Anda di halaman 1dari 6

040902100956

1.0 PENGENALAN

Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga, maksud sosial ialah segala yang berkaitan
dengan masyarakat, perihal masyarakat, kemasyarakatan sama dengan kedudukan
ekonomi dan pada masa ini belum begitu kuat. Menurutnya lagi sosial membawa
maksud berkaitan dengan persahabatan, pergaulan, dan aktiviti masa lapang kelab.
Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga juga bermaksud bukan hal-hal kemasyarakatan,
pemimpin yang perjumpaan keramaian, demokrasi faham atau ajaran bertujuan
membangunkan masyarakat secara damai untuk mencapai masyarakat sosialis,
demokrat penganut atau penganjur faham sosial demokrasi.

Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga, budaya bermaksud ialah tamadun, peradapan
dalam Islam. Menurutnya lagi budaya juga bermaksud kemajuan fikiran. Akal budi
cara berfikir, berkelakuan dan sebagainya, contohnya budaya Barat yang dianggap
mempunyai unsur-unsur buruk atau negatif. Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga juga
maksud budaya ialah bersifat budaya, yang mengenai kebudayaan, yang sudah maju
akal budi antropologi.

Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga, semangat membawa maksud perasaan hati atau
perasaan manakala jiran pula membawa maksud orang yang tinggal berhampiran
dengan rumah seseorang tetangga. Manakala dari segi istilah syarak, jiran bermaksud
orang yang tinggal berdekatan dengan rumah kita samada di kanan, kiri,
depan ,belakang, atas mahupun ditingkat bawah hingga 40 biah rumah dari setiap
penjuru. Dalam perkataan Arab, jiran membawa maksud orang yang tinggal sebelah
menyebelah atau tetangga. Oleh itu, dapat disimpulkan bahawa semangat kejiranan
membawa erti satu suasana dan perhubungan yang positif dalam satu-satu kawasan
kejiranan.

Semangat kejiranan dapat melahirkan masyarakat yang harmoni dan sejahtera.


Masyarakat yang mengamalkan sifat yang baik seperti tolong-menolong, saling
bertegur sapa dan menjaga keselamatan masyarakat dapat mewujudkan satu suasana
yang tenang dan aman. Masyarakat harus melakukan perkara yang baik mengekalkan
keamanan yang terpelihara. Tamsilan yang jelas dapat dilihat dalam aktiviti
bergotong-royong, masyarakat sentiasa menghulurkan bantuan antara satu sama lain
dalam membersihkan kawasan perumahan. Hubungan jiran bagai aur dengan tebing
dapat meningkatkan lagi semangat kejiranan dalam sesebuah masyarakat. Sejajar
040902100956

dengan hal ini, masyarakat dapat menjalani kehidupan dalam suasana aman dan
harmoni.

Selain itu, semangat kejiranan yang teguh dapat menjadikan sesebuah masyarakat itu
lebih cekap dalam melaksanakan sesebuah program. Hubungan mereka amat akrab
dan boleh meningkatkan ramai kenalan dalam sesebuah masyarakat. Sesuatu
pekerjaan dapat dilaksanakan dengan cepat dan lancar dengan bantuan ramai pihak.
Jika masyarakat bertindak bagai enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-
masing, sesuatu pekerjaan atau program tidak dapat dilaksanakan dengan cekap.
Contohnya, jiran membantu jiran yang lain dalam mengadakan kenduri dengan
bersama-sama menyediakan makanan untuk tetamu dan mendirikan khemah untuk
para tetamu. Lantaran itu, pekerjaan dapat diselesaikan dengan mudah. Bukan itu
sahaja, hubungan yang erat dapat diwujudkan ketika melakukan pekerjaan bersama-
sama. Masyarakat yang memupuk semangat kejiranan dapat melaksanakan sesuatu
pekerjaan dengan lebih cekap dan menghasilkan sesuatu yang lebih baik.

Di samping itu, masyarakat juga boleh memupuk semangat perpaduan. Semangat


kejiranan yang mantap dapat mewujudkan masyarakat yang bersatu padu dan
perpaduan yang teguh. Perpaduan juga sama pentingnya seperti semangat kejiranan.
Kehidupan negara Malaysia memerlukan perpaduan yang teguh. Hal yang demikian,
Malaysia mempunyai pelbagai kaum dan agama. Negara kita dikagumi seluruh dunia
kerana mempunyai perpaduan yang erat. Perkara ini dapat dibuktikan dengan
kehadiran bangsa Melayu, Cina, India dan bangsa lain dalam sesebuah masyarakat.
Setiap kaum perlu mengetahui adat dan tradisi kaum lain untuk mengelakkan daripada
menimbulkan isu sensitif. Semangat kejiranan yang mantap dapat mengelakkan
situasi ini daripada berlaku kerana hubungan yang erat antara kaum. Oleh itu,
masyarakat perlu mempunyai semangat kejiranan yang tinggi supaya dapat
mewujudkan perpaduan yang teguh.

Semangat kejiranan dalam kalangan rakyat Malaysia yang semakin luntur dalam abad
kesejagatan ini telah menyebabkan peningkatan gejala sosial dalam golongan muda
remaja terutamanya remaja. Remaja dasawarsa ini suka menghabiskan usia remaja
mereka dengan melaksanakan aktiviti-aktiviti yang tidak berfaedah. Gejala yang
semakin berleluasa di Malaysia ialah vandalisme. Hal ini dikatakan demikian kerana
tidak mempunyai pihak yang memantau kawasan perumahan sebagai pemantau
040902100956

seperti yang dilakukan dalam program Rukun Tetangga untuk menghalang remaja
yang dapat diibaratkan bagai enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing
untuk menjauhi gejala vandalisme. Sekiranya hal ini akan menyebabkan kemudahan
awam yang disediakan oleh kerajaan semakin berkurangan dan meningkatkan kos
perbelanjaan kerajaan.

Selain itu, jiran yang tidak menjaga etika berjiran akan sukar mendapat pertolongan
apabila ditimpa kesusahan. Hal ini dikatakan demikian kerana jiran-jiran tidak akan
mendekati dan tidak akan memberi prihatin tentang hal ehwal kita. Ketika kita berada
dalam kesusahan terutamanya ditimpa kemalangan, merekalah orang pertama yang
akan datang menghulurkan bantuan kepada kita sebelum adik-beradik atau saudara-
mara kita datang. Permasalahan ini berpunca dari sikap yang mementingkan diri
sendiri atau dengan kata lain individualisme dan tidak menjaga adab baik melalui
perbuatan mahupun tutur kata. Contohnya, jiran tidak akan memberi bantuan apabila
salah seorang ahli keluarga sakit dan memerlukan kenderaan dengan segera.

Di samping itu, jiran yang tidak beradab akan lebih menjejaskan perpaduan
dikalangan masyarakat. Hal ini lebih mudah dilihat apabila tidak mempunyai
kerukukan diantara jiran tetangga dan berlakunya permusuhan dikalangan masyarakat
berpunca dari ketiadaan adab dari jiran tetangga yang berlainan agama. Perkara yang
melibatkan agama lebih mudah dibangkitkan menjadi permusuhan dikalangan jiran
tetangga. Perselisihan faham antara jiran tetangga juga akan berlaku apabila tidak
mempunyai komunikasi yang baik malahan lebih membimbangkan apabila
berlakunya fitnah dikalangan masyarakat setempat yang melibatkan jiran tetangga.

Rasional kajian ini adalah untuk mendapatkan pandangan tentang semangat kejiranan
yang masih diamalkan hingga kini. Oleh itu, pengkaji mendapati bahawa terdapat
segelintir golongan muda yang semakin kurang mengamalkan atau kurang tahu
mengenai semangat kejiranan kita. Oleh yang demikian, bagi meningkatkan
kesedaran kepada generasi muda kini yang lupa semangat kejiranan, malahan
menganggap bahawa semangat kejiranan adalah tradisi lama dan harus dilupakan
telah menarik minat pengkaji untuk mengetahuinya. Di samping itu, pengkaji ingin
mengetahui sama ada masyarakat di Bandar Parklands masih mengamalkan semangat
kejiranan atau tidak. Oleh itu, penngkaji berminat untuk menjalakan kajian terhadap
040902100956

aktiviti-aktiviti kejiranan yang dijalankan bagi mengetahui kesan aktiviti kejiranan


yang dijalankan dalam memupuk semangat kejiranan.

2.0 OBJEKTIF KAJIAN

Terdapat dua objektif kajian ini iaitu adalah untuk :

1. Mengenal pasti aktiviti-aktiviti kejiranan yang dijalankan di Bandar


Parklands.
2. Mengkaji keesan aktiviti kejiranan yang dijalankan dalam memupuk semangat
kejiranan di Bandar Parklands.
040902100956

3.0 LOKASI KAJIAN

3.1 PETA LOKASI

Peta 1: Peta Bandar Parklands, Klang, Selangor Darul Ehsan

Sumber: https://www.google.com/maps/

Kajian ini telah dijalankan di kawasan Bandar Parklands yang terletak di Daerah
Klang, Selangor Darul Ehsan. Kemudahan wujud di kawasan kejiranan untuk
menyediakan perkhidmatan dan kemudahan penting kepada penduduknya.
Kemudahan seperti kedai runcit, farmasi dan klinik perubatan disediakan untuk
memudahkan penduduk mengakses barangan dan perkhidmatan penting tanpa perlu
melakukan perjalanan jauh. Terdapat juga kemudahan seperti balai polis untuk
membantu memastikan keselamatan dan kesejahteraan penduduk. Bukan itu sahaja
kemudahan seperti taman, pusat komuniti dan dewan serbaguna disediakan untuk
memberi peluang kepada penduduk untuk berkumpul, bersosial dan mengambil
bahagian dalam acara komuniti. Di samping itu, kemudahan seperti pasaraya dan
restoran membantu merangsang pertumbuhan ekonomi. Secara keseluruhan, Bandar
Parklands mempunyai pelbagai kemudahan yang dapat membantu meningkatkan
kualiti hidup penduduk, menggalakkan pembangunan komuniti dan menarik
perniagaan dan penduduk baharu ke kawasan tersebut.
040902100956

3.2 KAWASAN KAJIAN

Pembangunan perbandaran ini bermula pada awal 2000-an oleh sebuah syarikat
pembangunan hartanah bernama WCT Land. Ia direka bentuk untuk menjadi kawasan
perumahan dengan kemudahan komersial dan rekreasi. Pembangunan Bandar
Parklands telah dirancang dalam beberapa fasa, dan fasa pertama telah siap pada
tahun 2007. Ia terdiri terutamanya daripada hartanah kediaman bertanah seperti rumah
teres, rumah berkembar dan banglo. Selama bertahun-tahun, Bandar Parklands telah
berkembang menjadi komuniti yang cergas dan berkembang maju dengan pelbagai
kemudahan dan kemudahan. Perbandaran ini kini menempatkan beberapa sekolah,
kemudahan penjagaan kesihatan, pusat beli-belah, restoran dan taman rekreasi. Ia
mudah diakses melalui beberapa lebuh raya utama seperti Lebuhraya Kesas,
Lebuhraya Baru Lembah Klang, dan Lebuhraya Persekutuan, menjadikannya lokasi
yang sesuai untuk mereka yang bekerja di Kuala Lumpur dan kawasan sekitarnya.
Bandar Parklands adalah komuniti yang pelbagai terdiri daripada orang-orang dari
pelbagai latar belakang, budaya, dan bangsa. Majoriti penduduk adalah rakyat
Malaysia, tetapi terdapat juga sejumlah besar ekspatriat yang tinggal di kawasan itu.
Komuniti ini terkenal dengan mesra dan mesra, dengan banyak aktiviti sosial dan
budaya dianjurkan sepanjang tahun. Penduduk Bandar Parklands juga berbangga
dalam menjaga kebersihan dan keselamatan kawasan kejiranan mereka,
menjadikannya tempat yang sesuai untuk didiami.

Anda mungkin juga menyukai