Anda di halaman 1dari 88

LATIHAN BUKU TEKS- TAHUN 6

PRAKTIS KENDIRI

CADANGAN
JAWAPAN
Latihan Buku Teks-Tahun
6
NAMA : __________________________________

KELAS : _________________________________

Disusun oleh : Cikgu Rose

1
Koleksi Cikgu Rose
LATIHAN BUKU TEKS- TAHUN 6

TERIMA KASIH KERANA SUDI


MENGGUNAKAN MODUL INI
SEMOGA BERMANFAAT..

andai kata ada tersalah / tersilap harap


dimaafkan dan boleh beritahu saya untuk
diperbetulkan.. … terima kasih
017-8662686

Saya berharap modul ini tidak dikongsi


bersama guru lain dan sekiranya ingin
mendapatkan boleh terus hubungi
saya…terima kasih.

Terima Kasih ,
Rujukan :
 kredit to owner asal
 mr. google
 guru BM

2
Koleksi Cikgu Rose
LATIHAN BUKU TEKS- TAHUN 6

TEMA 1 - KEKELUARGAAN
Unit 1 – Saling Menyayangi

CADANGAN JAWAPAN
Latihan Buku Teks-Tahun 6
Tema 1 -Kekeluargaan

3
Koleksi Cikgu Rose
LATIHAN BUKU TEKS- TAHUN 6

Rangsangan – ms 1
1. Bercuti bersama keluarga 5. Bermain
2. Hormat-menghormati 6. Bergurau senda
3. Beriadah bersama keluarga 7. Membantu keluarga.
4. Menonton televisyen bersama-sama

Bina ayat :
1. Kita haruslah beriadah atau bersenam bersama-sama dengan anggota
keluarga pada hujung minggu.
2. Kita haruslah meluangkan masa untuk menonton televisyen bersama-sama
dengan keluarga pada waktu tertentu.
3. Semua anggota keluarga perlu hormat-menghormati dan saling memaafkan
antara satu sama lain.
4. Ibu bapa boleh meluangkan masa bermain bersama anak-anak pada masa
lapang.
5. Anak-anak juga haruslah membantu keluarga di rumah untuk meringankan
bebanan ibu bapa seperti mengemas rumah, memberi makan ternakan
atau membantu menyediakan makanan.
( mana-mana jawapan yang sesuai )
Jasa Ibu Tidak Terbalas – ms 2
Irfan : Berita ini tentang Puan Fazlina yang luka pada bahagian kaki ketika menyelamatkan
tiga orang anaknya daripada banjir. Beliau telah mengangkat anak-anaknya ke
bumbung rumah semasa paras air semakin naik. Ketika kejadian, suaminya tiada
di rumah kerana bekerja di luar kawasan.
Irdina : Semasa ayah masih kecil, nenek sangat bimbang sewaktu ayah demam.
Nenek telah membawa ayah ke klinik dengan segeranya.
Fauzan Anak yang Cakna – ms 3
Pengajaran
1. Kita haruslah menepati janji yang telah dibuat. Contoh, ayah Fauzan berusaha
untuk menyiapkan tempahan pelanggan mengikut tempoh yang dijanjikan
walaupun dia tidak sihat. Dia berusaha unuk menyiapkan.
2. Kita hendaklah membantu mengurangkan beban ibu bapa dengan membantu
mereka ketika mereka melakukan kerja. Contoh, Fauzan telah membantu
ayahnya menyiapkan tempahan pelanggan.
Nilai
1. Sikap berbudi bahasa yang ditunjukkan Fauzan apabila dia telah menjemput
pelanggan ayahnya masuk dan melayan melihat perabot tempahannya.
2. Bersikap prihatin dengan mengambil tahu hal keluarga. Fauzan begitu cakna
apabila dia terus meninjau bengkel ayahnya setelah dia tidak mendengar
bunyi alat-alat pertukangan.
Perkara Menarik
1. Kebolehan dan bakat kemahiran Fauzan membolehkannya bertukang dan
menyiapkan tempahan pelanggan ayahnya walaupun berusia muda.

Sayang Ayah – ms 4
Menulis semula gurindam dalam tulisan berangkai.

4
Koleksi Cikgu Rose
LATIHAN BUKU TEKS- TAHUN 6

( boleh memilih 3 @ 4 perenggan untuk salin semula )


Mari Kita Bantu Ayah – ms 5
Peribahasa dan Bahasa yang Santun
1. seperti tongkang pecah
2. berat sama dipikul,ringan sama dijinjing
3. ada masa
4. membuang masa
5. bagai melepaskan batuk di tangga
6. mengambil berat
7. kebersihan asas kesihatan
8. buah hati
9. air bujang
10. asal jadi
11. ringan tulang

Mari Kita Bantu Ayah – ms 6


Kami Bangga , Tuk Akub

Mari Kita Bantu Ayah – ms 6


Kami Bangga , Tuk Akub

5
Koleksi Cikgu Rose
LATIHAN BUKU TEKS- TAHUN 6

1. Pak Akub menggunakan dron untuk menyembur racun di ladang.


2. Pak Akub menerima anugerah Tokoh Peladang Jaya di kampungnya.
3. Irfan akan menyambut harijadinya pada bulan Mei ini di sebuah restoran mewah.
4. Siapakah gadis yang bertudung biru itu?
5. Pak Ngah Zaki tinggal di kampung bersama keluarganya.
( mana-mana jawapan yang sesuai )
Unit 2 – Ke Sana ke Sini
Bercuti di Tanah Tinggi – ms 6
Irdina : Wah, seronoknya. Sudah lama saya tidak memetik buah stawberi. Tidak sabar
rasanya untuk menunggu hari esok. Tentu manis rasa buah strawberi itu.Selain itu,
kita juga mencuba aktiviti lain sepanjang berada di sini.
Encik Nabil : Terima kasih, puan. Bolehlah nanti kami memilih tempat-tempat yang
menarik untuk dilawati. Risalah ini juga dapat membantu kami membuat
pilihan. Kami bercadang ke Taman Agroteknologi MARDI. Saya ingin
melihat kaedah penanaman bunga dan buah-buahan di sana nanti. Kami
juga ingin ke Hutan Massy untuk menikmati keindahan flora dan fauna.
Iran : Jangan lupa ayah, pasar malam Pekan Brinchang. Di sana ada menjual
pelbagai jenis sayur, serbuk the, pokok hiasan, makanan dan cenderamata.
Saya ingin membeli sedit cenderamata sebagai kenangan.

Seronoknya Bercuti – ms 8
1. Pada pendapat saya, tempat percutian yang menepati manfaat yang dinyatakan ialah
negeri Terengganu. Banyak destinasi percutian yang menarik di Terengganu. Antaranya
terdapat pulau-pulau tropika yang indah, hutan yang masih terpelihara flora dan fauna,
tempat-tempat bersejarah serta pelbagai jenis makanan yang enak dan lazat.
2. Percutian dengan keluarga memberikan banyak kebaikan. Antaranya dapat mengeratkan
lagi perhubungan keluarga serta dapat meluangkan masa untuk berkongsi kegembiraan,
dan berkongsi pengalaman baru. Pengalaman bersama keluarga akan menjadi kenangan
yang terindah.
3. Pada pendapat saya, manfaat percutian yang paling menarik ialah dapat meluangkan
masa bersama keluarga tanpa memikirkan apa-apa masalah. Semua ahli keluarga
akan bersama dan meninggalkan semua bebanan kerja serta aktiviti harian. Hubungan
kekeluarga akan bertambah erat dengan berkongsi kegembiraan, bergurau-senda dan
menikmati keindahan alam bersama-sama.
Melancong ke Pulau Mabul – ms 9
Syarikat pelancongan Suria Kencana menawarkan pakej yang menarik untuk pelancong
memilih pakej yang diingini. Kami sekeluarga memilih pakej B kerana pakej ini sesuai dengan
kegiatan kelaurga kami. Kami ingin menikmati keindahan pantai dan keunikan kawasan
persekitaran.Saya dan keluarga akan melakukan aktiviti menyelam permukaan di Pulau
Mabul untuk memerhatikan kehidupam marin dengan berlatarkan alam semula jadi.Saya
teringin untuk melihat ikan pari, kuda laut dan juga ikan spesies nudibanch, moray dan lain-
lain. Kami mahu merakam video yang menarik sebagai kenangan berada di sana.

Kisah Sebuah Keluarga – ms 10


1. Ibu bapa boleh memantau kegiatan anak-anak di rumah dengan menggunakan
6
Koleksi Cikgu Rose
LATIHAN BUKU TEKS- TAHUN 6

kemudahan teknologi melalui telefon pintar semasa bekerja atau berjauhan dengan
mereka.
2. Ibu bapa juga haruslah tidak mementingkan kerjaya. Mereka hendaklah meluangkan
masa bersama-sama keluarga untuk mengeratkan kasih sayang.
3. Janganlah kita lalai dengan peranti atau gajet sehingga kita alpa dengan kehidupan
dan tidak menghiraukan orang lain yang bersama-sama kita.
4. Sentiasalah bersyukur dengan nikmat yang diberikan Tuhan semoga rezeki kita
bertambah dan dapat bercuti bersama keluarga lagi.
Bercuti di Calet Dusun – ms 11

Bina Ayat.
1. Ayah mengopek sebiji durian untuk dimakan bersama keluarga.
2, Terdapat sebuah meja kecil di taman itu.
3. Irfan makan seulas durian yang manis.
4. Terdapat seekor ikan di dalam pinggan yang diletakkan di atas meja.
5, Abang membakar dua cucuk udang untuk keluarganya.
6. Irfan membakar dua ketul ayam untuk adiknya.
7. Adik menyelitkan sekuntum bunga di telinganya.
8. Emak membawa sebekas ayam yang telah diperap untuk dibakar.
9. Sebidang tikar dihampar berhampiran mereka.
10. Terdapat sederet pkok kelapa yang ditanam di belakang calet.
11. Di kawasan itu juga terdapat beberapa batang pokok durian yang berbuah lebat.
12. Kakak meletakkan sejambangan bunga di dalam pasu.
13. Emak meletakkan sebotol air minuman dan sebiji gelas di atas tikar.

Kenangan Terindah – ms 12
1. Pada cuti sekolah yang lalu, Irfan dan keluarganya menaiki feri ke Pulau Nami di Korea
Selatan.
7
Koleksi Cikgu Rose
LATIHAN BUKU TEKS- TAHUN 6

2. Mereka begitu teruja kerana dapat menyaksikan keunikan dan keindahan pulau
peranginan itu.
3. Mereka dapat melihat beberapa orang model memperagakan hanbok iaitu pakaian
tradisional Korea.
4. Ibu dan kakak Irfan mencuba memakai pakaian tradisional itu untuk merakam gambar.
5. Irfan juga telah termakan kimci, sejenis makanan tradisi Korea yang sangat pedas.
6. Mereka sekeluarga mendapat pengalaman baru mencuba membuat kimci.
7. Mereka juga melawat Menara Seoul yang merupakan mercu tanda ibu kota Seoul.
8. Irfan banyak merakam gambar sebagai kenangan mereka sekeluarga.
9. Keluarga mereka terbeli banyak baju yang dijual di Pasar Malam Myeongdong.
10.Ibu tidak lupa membelikan beberapa barangan untuk dihadiahkan kepada saudara-mara.

Unit 3 – Cerita Pertemuan


Bertemu pada Hari Perayaan – ms 13
Irfan : Walaupun tidak dapat bertemu, kita boleh berhubung dengan pelbagai cara
lain. Antaranya kita boleh berhubung melalui panggilan telefon. Kita boleh
menggunakan panggilan video untuk bercakap dengan saudara mara. Kita juga boleh
berhubung melalui media sosial seperti WhatsApp, Facebook, Twitter atau pun
Instagram.
Prasad : Kita boleh berhubung dengan cara lain tetapi kemeriahannya tidak sama.
Kita tidak dapat merasai kemeriahan suasana berhari raya. Saudara-
mara berkumpul dan kunjung-mengunjungi antara satu sama lain. Kita juga
tidak dapat bersalam dengan ahli keluarga yang lain. Saya juga merindui
ketupat , lemang , dan rendang. Sungguh enak sekali.
Shu Ying : Saya juga merindui malam Tahun Baharu Cina. Biasanya, kami akan
makan malam bersama-sama dengan keluarga datuk dan nenek di
kampung. Namun demikian, kita harus bersyukur kerana keluarga kita
sihat walafiat dan dapat bertemu lagi.
Yang Jauh di Mata – ms 14 & 15
Isu ke4 – Berjimat Cermat
Kemiskinan
Walaupun Idham hidup miskin namun itu bukan alasan baginya untuk tidak berjaya dalam
pelajaran. Dia berusaha tanpa mengenal putus asa sehingga dapat melanjutkan pelajaran
ke luar negara.
Isu Ikatan Kekeluargaan
Idham tidak pernah lupa akan keluarganya di kampung. Dia selalu berhubung dengan adik
melalui panggilan video dan bertanya khabar emaknya. Selain itu, Idham juga berhubung
melalui e-mel yang dihantar kepada sepupunya Suria untuk bertanya khabar dan
memberitahu perkembangannya di England.
Isu Tanggungjawab Anak
Sewaktu di sekolah menengah Idham tidak mahu tinggal di asrama kerana ingin membantu
ibunya di kebun. Dia tahu keluarganya susah dan tidak mahu membebani keluarganya.
Begitu juga ketika Idham belajar di London. Dia bekerja sambilan untuk menampung
pelajarannya dan tidak lupa untuk mengirimkan wang kepada ibunya di kampung.
Isu Berjimat Cermat
Idham telah mengumpulkan wang semasa bekerja di sebuah restoran di England. Wang itu
digunakan untuk mengembara ke seluruh Eropah setelah dia tamat belajar nanti. Walaupun
begitu, dia juag tidak pernah lupa untuk mengirimkan wang kepada ibunya di kampung.

Merancang Pertemuan Keluarga – ms 16

8
Koleksi Cikgu Rose
LATIHAN BUKU TEKS- TAHUN 6

Saya mencadangkan Hari Keluarga di Port Dickson, Negeri Sembilan. Kos percutian di sini
tidak terlalu mahal dan mempunyai banyak tempat menarik yang sesuai untuk keluarga
mengadakan hari keluarga. Kita boleh memilh tempat seperti di Eangle Ranch Resort. Antara
tarikan aktivit yang boleh kita lakukan bersama keluarga sempena hari keluarga adalah
berkuda,, aktiviti memanah, berbasikal, go-kart dan banyak lagi.
Lembaran Memori – ms 17
Murid boleh menyalin semula sajak yang diberikan atau mencipta sajak baru.
Manisnya Pertemuan – ms 18
Pak Usu dan isterinya datang ke rumah Pak Akub. Mereka bersalam dengan Pak Akub dan
isterinya NeneK Ngah. Pak Akub menyambut kedatangan Pak Usu dengan ramah mesra.
Nenek Ngah mengajak Mak Usu berbual-bual di beranda rumah. Mereka duduk di
lantai yang beralaskan tikar mengkunag. Mak Usu dan Nenek Ngah begitu rancak berbual
sambil ketawa.
Makanan telah siap berhidang di dapur. Pak Akub mengajak Pak Usu dan isterinya
makan tengah hari. Mereka berterima kasih kepada Nek Ngah kerana bersusah payah
menyiapkan hidangan. Hidangan tersebut amat lazat dan menyelerakan kerana masakan
kampung tiada tandingan dengan masakan ala barat.
Pak Akub membawa Mak Usu dan Pak Usu bertandang di halaman rumah . Terdapat
banyak pokok bunga yang ditanam di sekitar rumah Pak Akub. Mak Usu tertarik akan
bunga-bungan yang kembang mekar di halaman ruamh itu. Baunya harum dan wangi sekali
dengan warna yang menarik.
Di tepi rumah Pak Akub juga ada sebatang sungai yang jernih airnya. Mereka mencuba
memancing ikan menggunakan pancing. Mak Usu tertawa kecil melihat gelagat Pak Usu
apabila pancingnya terkena ranting kayu.
Manisnya Pertemuan – ms 18

Kasih Terjalin – ms 19
9
Koleksi Cikgu Rose
LATIHAN BUKU TEKS- TAHUN 6

Masa terluang boleh digunakan untuk beriadah dengan keluarga. Ayah boleh mengajak anak-anaknya
bermain permainan dalaman seperti catur, dam , congkak dan sebagainya yang digemari oleh
anak-anak mereka. Permainan ini dapat merehatkan fikiran sambil mengeratkan hubungan
kekeluargaan. Ibu bapa boleh mengambil peluang untuk bertanya tentang keinginan anak-anak ,
bermesra dan bergurau senda dengan anak-anak pada masa ini. Dengan cara ini , dapat
mewujudkan kasih sayang dalam kalangan keluarga .

I bu bapa juga boleh membawa anak-anak beriadah di taman bersama-sama. Ahli keluarga dapat
menikmati keindahan alam di taman bersama keluarga. Di samping itu, ahli keluarga boleh menjalin
kemesraaan dengan melakukan pelbagai aktiviti bersama-sama. Misalnya, ahli keluarga boleh memberi
makan ikan di kolam, bersenam robik,, dan bermain di taman permainan.
Teka Silang Kata– ms 20

Keluarga Bahagia– ms 21
1, Keluarga Bahagia bermaksud keluarga yang saling memahami serta menerima kelebihan

10
Koleksi Cikgu Rose
LATIHAN BUKU TEKS- TAHUN 6

dan kekurangan antara satu sama lain. Mereka tidak mementingkan diri sendiri dan
mengambil berat antara satu sama lain.
2. Ibu bapa dapat membentuk keluarga bahagia dengan cara memberikan kasih sayang
yang secukupnya dan melayan anak-anak mereka dengan sebaik-baiknya.
3. Sebagai anak, saya berperanan membentuk keluarga bahagia dengan menjadi anak
yang taat dan menghormati ibu bapa.Saya juga akan menjaga tingkah laku dan
saling tolong-menolong antara satu sama lain.
4. Pantun di atas bermaksud hubungan kekeluargaan akan sentiasa harmoni jika
anggota keluarga saling bantu membantu antara satu sama lain.
5. Keluarga bahagia akan membentuk generasi yang sihat mental dan fizikal. Generasi
yang bahagia membawa kepada kemakmuran negara. Hal ini dikatakan demikian kerana
keluarga yang bahagia akan melahirkan insan yang tinggi akhlaknya dan mempunyai
rasa tanggungjawab terhadap negara.
Poskad untuk Ayah – ms 22
1. Molly perlu tinggal di asrama kerana rumahnya terletak jauh dari sekolah.
2. Dua sikap Molly yang wajar dicontohi oleh orang lain ialah bertanggungjawab
dan bersemangat waja. Molly seorang yang bertanggungjawab kerana selalu
mengingati keluarganya di kampung dengan menghantar poskad untuk bertanya
khabar. Dia juga mempunyai semangat dan keazaman yang tinggi untuk berjaya
dalam pelajaran. Dia belajar bersungguh-sungguh untuk mencapai cita-citanya.
Segala cabaran dan halangan ditempuhi dengan tabah.
3. Sebagai rakan, saya boleh membantu Molly dengan menyesuaikan diri
dengan cara menjadi sahabat baiknya.Saya akan cuba membantunya
dengan kehidupan di asrama dan menemaninya ke mana-mana sahaja.

1. Aina masih tidak dapat melupakan peristiwa itu.


2. Abang mengirimkan e-mel untuk kawannya di luar negara.
3. Josan masih belum dapat menyesuaikan diri di asrama .
4. Adik berusaha mencapai buku yang terletak di atas almari itu.
5. Josh Hua merindui neneknya di kampung.
6. Acara sukaneka itu telah bermula sejak tadi.
7. Saya belajar dengan tekun untuk berjaya.
8. Kami tiba pada waktu petang.
9. Mereka telah menetap di situ selama 10 tahun yang lalu.

11
Koleksi Cikgu Rose
LATIHAN BUKU TEKS- TAHUN 6

CADANGAN JAWAPAN
Latihan Buku Teks-Tahun 6
Tema 2 – Kesihatan
dan Kebersihan

TEMA 2 - Kesihatan dan Kebersihan


Unit 4 – Kesihatan Tanggungjawab Kita
Kesihatan dan Kebersihan – ms 23
12
Koleksi Cikgu Rose
LATIHAN BUKU TEKS- TAHUN 6

1. makan makanan berkhasiat 4. menjaga kebersihan gigi


2. tidur secukupnya 5. membuat pemeriksaan kesihatan
3. jaga kebersihan bilik air 6. menjaga mata

1. Kita mesti makan makanan yang seimbang agar badan kita mendapat semua khasiat
yang diperlukan.
2. Kita perlu mendapatkan tidur yang berkualiti agar bersemangat untuk melakukan
aktiviti pada keesokan hari.
3. Kita hendaklah menjalankan pemeriksaan kesihatan secara berkala untuk
memastikan badan kita sentiasa sihat.
4. Kita harus menjaga kebersihan diri dan tempat tinggal kerana kebersihan
merupakan asas kesihatan.
5. Kita juga perlu menjaga kesihatan mata agar mata kita sentiasa sihat dan tidak
rabun.
Kesihatan dan Kebersihan – ms 24 & 25
Izzah ; Ya, Ibu. Obesiti juga disebabkan oleh sikap kita yang yang tidak
mementingkan kesihatan. Sesetengah daripada kita kurang bersenam dan
mengamalkan pemakanan yang tidak sihat serta pengaruh emosi.
Izzah: Contohnya, kia akan mudah mendapat penyakit. Kesihatan kita terganggu
akibat penyakit darah tinggi, jantung, kolestrol tinggi, strok dan juga
diabetes. Selain itu, juga juga sukar untuk berjalan dan melakukan
aktiviti harian yang lain.
Rumusan :
Kita harus menjaga kesihatan kita agar kita sentiasa sihat. Kita perlu mengawal
pemakanan kita dengan memilih makanan yang berzat dan seimbang sebagai diet
harian. Sekiranya kita mengamalkan cara hidup sihat, maka kita akan sentiasa sihat
dan risiko mendapat penyakit adalah rendah. Tubuh badan kita sihat dan sudah pasti
kita tidak mudah obes.

Rawatan Fisioterapi – ms 26 & 27

Piramid Makanan Malaysia 2020 – ms 28

13
Koleksi Cikgu Rose
LATIHAN BUKU TEKS- TAHUN 6

Kita Jaga Kita – ms 29


Petik palas di tepi paya, Covid-19 tidak berupa,
Tangan sakit ubat tak dibawa, Membawa maut miskin atau kaya,
Covid-19 amatlah berbahaya, Basuh tangan jangan dilupa,
Penyakit berjangkit meragut nyawa. Agar tak terpaut penyakit berbahaya.

Dedalu melata menumpang perumah,


Senang kelihatan senang diperhati,
Jika kita duduk di rumah,
Virus jangkitan boleh dihenti.

Gajet, Oh, Gajet ! – ms 30

Gajet, Oh, Gajet ! – ms 30


Kawan-kawan, penggunaan gajet memberikan kesan kepada mata kanak-kanak.

14
Koleksi Cikgu Rose
LATIHAN BUKU TEKS- TAHUN 6

Antaranya, pelihatan mata akan menjadi kabur.Hal ini disebabkan oleh mata yang
terdedah kepada skrin gajet dalam masa yang lama. Penurunan tahap pelihatan
yang teruk akan menyebabkan sakit kepala dan pelihatan berganda.
Selain itu, penggunaan gajet juga menyebabkan peningkatan rabun jauh atau
imiopia. Kesannya, menyebabkan regangan bebola mata turut berlaku apabila
proses akomodasi berlaku pada masa yang sama. Seterusnya, mata juga akan
mudah kering. Keduduakan kanak-kanak yang tidak sesuai semasa menggunakan
gajet akan menyebabkan masalah mata kering, mata penat, dan kesakitan pada
bahu dan leher. Akhir sekali, penggunaan gajet juga menyebabkan kerosakan pada
saraf mata. Pendedahan kepada cahya biru terlalu lama berbahaya kerana cahaya
itu dapat menenbusi saraf mata terus berbanding dengan sinar ultraungu(UV)
Kesimpulannya, ibu bapa haruslah memantau anak-anak yang suka bermain dan
menggunakan gajet dengan kerap.
Unit 5 – Kebersihan Asas Kesejahteraan
Trak Makanan BeSS – ms 31
Encik Faizal : Ayah bersetuju dengan kamu, Izzah. Bagi ayah, peniaga trak
makanan ini mematuhi piawai yang ditetapkan. Peniaga tersebut
menjaga kualiti makanan yang dijual serta menjaga kebersihan
permisnya. Peniaga ini juga menyediakan pilihan makanan
yang sihat untuk pelanggannya. Selain itu, peniaga ini juga
mengenakan pakaian bersih serta memakai apron, penutup
muka, memakai topi serta sarung tangan.
Fateh: Pengiktirafan BeSS ini sangat penting agar pengguna dapat
memilih premis makanan yang bersih dan sihat.
Penjagaan Diri Remaja – ms 32
Rumusan
Rumusannya, untuk memastikan penjagaan kebersihan diri remaja sempurna,
mereka perlu menyediakan peralatan kebersihan dan penjagaan diri yang mencukupi
bagi memastikan kebersihan kulit terjaga, kebersihan tubuh badan , kebersihan gigi,
rambutt dan kuku terjaga dengan sempurna. Kelengkapan alatan kebersihan amat
penting bagi memastikan remaja dapat menjaga kebersihan diri dengan sempurna.

Kempen Kebersihan Tandas – ms 33


- murid menyalin semula teks laporan.

Kantin Bersih , Murid Selesa – ms 34

15
Koleksi Cikgu Rose
LATIHAN BUKU TEKS- TAHUN 6

Kantin Bersih , Murid Selesa – ms 34


Sesi persekolahan telah pun bermula. Izzah begitu bersemangat datang ke sekolah .
Izzah begitu teruja untuk melihat kantin baharu sekolahnya. Pengusaha kantin sekolah telah
membuat penambahbaikan kantin sekolah.
Kantin baharu sekolahnya mengalami perubahan yang begitu menarik. Izzah dapat
melihat kebersihan dan susun atur kantin telah berubah. Semua makanan yang dijual
diletakkan di dalam bekas lutsinar yang tertutup tetapi boleh dilihat akan jenis makanan yang
dijual.Tujuannya supaya makanan yang dijual tidak terdedah kepada habuk atau lalat yang
boleh menyebabkan keracunan makanan.
Pekerja kantin juga mengutamakan kebersihan dengan memakai apron dan sarung
tangan. Mereka juga melakukan pensanitasi tangan sebelum dan selepas melakukan kerja.
Kantin sekolahnya sangat bersih dan tidak berbau busuk kerana setiap murid menjaga
kebersihan.
Murid sekolahnya juga bertanggungjawab memastikan peraturan kantin diikuti. Kantin
sekolahnya juga menggalakkan murid-murid membawa bekas makanan sendiri bagi
mengurangkan penggunaan plastik. Sisa makanan dibuang ke dalam tong kompos. Apabila
tong kompos ini telah penuh, tong ini akan dibawa ke pondok baja kompos untuk
dikumpulkan bagi menghasilkan baja kompos.
Di tempat membasuh tangan pula, pihak pengurusan kantin menyediakan sabun untuk
murid mencuci tangan. Dengan ini, tangan terjamin bersih dan berbau.
Akhir sekali, pekerja akan membersihkan kantin setiap petang sebelum menutupnya ,
Sesuai dengan slogan kebersihan asas kesihatan. Perubahan ini telah melayakkan sekolah
Izzah mendapat Anugerah Amalan Perkhidmatan Kantin Terbaik Peringkat Kebangsaan.

Persekitaran Rumahku Sebersih Taman. – ms 36

16
Koleksi Cikgu Rose
LATIHAN BUKU TEKS- TAHUN 6

Bina Ayat
1. Pak Akub memotong rumput yang panjang di halaman rumah.
2. Aiman mengikat plastik sampah itu dengan kemas supaya tidak tercabut.
3. Bau bunga ros yang mekar itu semerbak harumnya.
4. Farhana senang hati melihat pokok-pokok bunganya hidup subur dan berbunga.
5. Pokok bunga jejarum begitu tersubur sekali berbanding dengan pokok bunga yang lain.
6. Tong sampah itu ditutup rapat-rapat supaya tidak dihurungi lalat atau diselongkar
oleh binatang.
7. Tong sampah yang terletak di hadapan rumahnya berwarna hijau daun.
8. Halaman rumah Pak Kasim dihias secantik-cantik dan dijaga bersih.

Unit 6 – Bersih Selalu, Sihat Sentiasa


Nyamuk Penyelamat – ms 37
Izzah : Ya, ayah. Nyamuk berwolbachia tidak berbahaya kerana tidak menyebabkan
penyakit lain kepada hidupan lain.
Izzah : Persekitaran yang bersih dapat menjamin kejayaan pembiakan nyamuk
berwolbachia di dalam bekas-bekas hitam itu dengan cara tidak mengganggu
atau mengalihkan bekas ini,tidak membuang air dari bekas-bekas ini, tidak
memasukkan bahan pembunuh jentik-jentik ke dalam bekas ini dan memberi
kesedaran kepada masyarakat.
Evolusi Ambulans – ms 38
Ciri-ciri ambulans pada masa hadapan haruslah mempunyai keupayaan teknologi yang
canggih .Ambulans yang digunakan mestilah mempunyai ciri-ciri yang dapat meningkatkan
fungsi dan kemampuannya dalam menangani dan keupayaan menyelamatkan pesakit.
Sebolehnya, ambulans dapat direka khas agar dapat bergerak di udara bagi memastikan
pesakit dibawa ke hospital dalam tempoh yang singkat. Ambulans juga mempunyai robot
yang berfungsi sebagai doktor yang berkeupayaan merawat pesakit.
Bilik Isolasi – ms 39
Murid menyalin semula sajak

Unit 6 – Bersih Selalu, Sihat Sentiasa


Jagalah Tangan Kita – ms 40
Mari kawan-kawan
Ayuh jaga tangan
Basuh tangan kita
Dengan cara yang betul
17
Koleksi Cikgu Rose
LATIHAN BUKU TEKS- TAHUN 6

Tekap tangan kita pada tuala


Supaya tangan kita cepat kering

Jangan lupa kawan,


Sapu krim tangan,
Elak tangan kering
Kita senang hati

Jangan lupa kawan,


Jangan guna bahan bahaya
bahan antipenuaan
tidak baik untuk kita

Elakkan juga bahan guna retinol


Akibatnya tangan kita kering
Jangan lupa kawan,
Sapu vaselin sebelum tidur
Tangan sihat kita senang hati.
( nada anak itik tok wi)
Bilik Selesa, Tidur Berkualiti – ms 41

1. Amin tidak dapat tidur kerana bunyi bising dari luar rumahnya.
2. Kulit mukanya kering dan kemerah-merahan.
3. Makanan yang dijual di gerai itu semuanya manis-manis.
4. Aiman digelar pekak badak oleh kawannya.
5. Pakaian kita haruslah bersih dan kemas.
6. Wangian yang dipakai oleh kakak harum semerbak baunya.
7. Kami sekeluarga selesa tingga di calet itu.

Kurangkan Batuk Berkahak – ms 42

18
Koleksi Cikgu Rose
LATIHAN BUKU TEKS- TAHUN 6

Izzah telah bulat hati untuk berkongsi petua cara mengurangkan batuk berkahak dengan
ibunya. Izzah memberitahu kepada ibunya tentang petua tersebut
Mula-mula, hiris halia dan lemon bulat-bulat secara perlahan-lahan. Kemudian, kita
masukkan hirisan tersebut ke dalam balang bersaiz sederhana yang tinggi. Selepas itu,
masukkan madu setinggi lapisan lemon dan halia hingga lapisan itu tenggelam. Kita perlu
ulang langkah itu untukbeberapa lapisan sehingga balang itu penuh. Seterusnya, kita perlu
simpan balang tersebut di dalam peti sejuk. Kita boleh minum madu itu dua kali sehari iaitu
pada waktu pagi dan petang. Campuran ini mampu bertahan selama tiga hingga empat bulan
jika disimpan di dalam peti sejuk,
Penjagaan dan Penggunaan Kanta Sentuh – ms 43

Kanta sentuh perlu ditanggalkan sebelum tidur kerana boleh menyebabkan risiko pada mata
selain gangguan kesihatan lain untuk jangka panjang.
Jam Pintar Pemantau Kesihatan – ms 44
Jam tangan ini dapat membantu kita mengekalkan tahap kesihatan dengan memantau tahap
kesihatan semasa. Jam Pintar Pemantau Kesihatan ini dilengkapi aplikasi yang canggih .Jam
tangan pintar ini dapat mengesan simptom awal bagi masalh jantung, jangkitan saluran
pernafasan, serangan asthma dan sebagainya.
Pada masa akan datang , fungsi jam ini akan lebih canggih lagi dengan perisian teknologi
terkini yang boleh dimiliki oleh setiap orang.
Selamatkan Gigi Kekal – ms 45
Puan Zurina: Kasihan rakan kamu. Jika dia mengikut langkah-langkah dalam poster
itu, pastinya dia dapat menyelamatkan gigi kekal serta dapat
menggunakannya semula.
Izzah : Betul, ibu. Jika gigi kekal tidak diselamatkan kita terpaksa menggunakan
gigi palsu supaya kita dapat mengunyah makanan dan memberi senyuman.

Kasih Ibu – ms 46

19
Koleksi Cikgu Rose
LATIHAN BUKU TEKS- TAHUN 6

20
Koleksi Cikgu Rose
LATIHAN BUKU TEKS- TAHUN 6

CADANGAN JAWAPAN
Latihan Buku Teks-Tahun 6
Tema 3 – Keselamatan

21
Koleksi Cikgu Rose
LATIHAN BUKU TEKS- TAHUN 6

TEMA 3 - Keselamatan
Unit 7 – Sentiasa Peka
Keselamatan – ms 47
Gambar ini berkaitan dengan keselamatan manusia ,hidupan liar ,kejadian tanah runtuh dan
agensi keselamatan yang berkaitan. Gajah liar boleh mengancam keselamatan pemandu
kenderaan atau penduduk setempat. Sekiranya kita berdepan dengan situasi ini, pemandu
kenderaan dinasihatkan agar tidak memandu laju atau pun membunyikan hon. Selain itu,
kejadiah tanah runtuh juga boleh mengancam keselamatan kita. Kita perlu melaporkan
kejadian tersebut kepada agensi yang berkaitan untuk dimabil tindakan yang sewajarnya.
Kempen Rumah Selamat – ms 48 & 49
Faris : Apa yang ayah beritahu kepada jiran kita itu ?
Robin : Sudah , ayah. Saya telah mengunci semua pintu.

Di Pulau Langkawi
Irfan : Apabila kita menyertai kempen tersebut, pihak polis tahu bahawa kita tiada di rumah. Pihak polis
akan membuat rondaan di kawasan rumah kami untuk meastikan rumah kami
selamat dan kami akan dapat bercuti dengan tenang.
Faris ; Ayah saya pula telah memberitahu jiran kami tentang percutian kami di sini.
Faris : Ayah saya berbuat demikian kerana ingin meminta pertolongan jiran untuk
memantau keselamatan rumah kami. Selain itu, jiran juga dapat membantu
kami menyiram tanaman di halaman rumah. Jika berlaku sesuatu kecemasan,
jiran boleh terus menghubungi ayah ataupun pihak berwajib.
Robin: Tujuan ayah saya memberitahu pengawal keselamatan supaya mereka tahu
akan ketiadaan kami di rumah selama seminggu. Pengawal keselamatan akan
kerap membuat rondaan di kawasan rumah kami.
Jangan Jadi Mangsa – ms 50 & 51
Robin : Kita perlu berhati-hati ketika membeli barangan secara dalam talian supaya
kita tidak menjadi mangsa penipuan.
Faris: Boleh , Robin. Apabila kita ingin membeli sesuatu barangan secara
dalam talian, kita perlu memilih laman sesawang yang boleh dipercayai.
Sekiranya kita keliru dengan laman sesawang , kita boleh meminta
pertolongan ayah atau ibu kita. Selepas, memilih laman sesawang yang
dipercayai, kita perlu memilih barangan yang ingin kita beli. Kita juga perlu
menyemak maklumat peniaga dan kaedah pembayaran. Jika terdapat
keraguan , kita hentikan pembelian. Sekiranya maklumat itu sahih, kita
boleh meneruskan pembelian. Kita boleh memilih kaedah pembayaran
sama ada pembayaran secara dalam talian atau membuat bayaran
semasa menerima barang. Akhir sekali, jangan lupa untuk menyimpan
semua resit dan bukti pembayaran.
Irfan ; Jika kita kerap diberi pendedahan dan peringatan tentang keselamatan
penggunaan media sosial, saya percaya mangsa kes penipuan dalam
talian ini dapat dikurangkan. Hal ini demikian, kerana jika setiap pembeli
mengikuti panduan langkah-langkah keselamatan yang disarankan pihak
berwajib, pasti urusan jual beli dalam talian lebih selamat dan mudah.
( contoh idea)

Jago Kampungku – ms 52
Sabtu, 10 Mac 2022

22
Koleksi Cikgu Rose
LATIHAN BUKU TEKS- TAHUN 6

8:00 pagi
Pada pagi ini, aku sekeluarga bersiap-siap untuk pulang ke kampung. Kami ingin menziarahi datuk dan
nenek. Kami ke sana dengan menaiki kereta yang dipandu oleh ayah. Aku sangat teruja kerana
akan berpeluang melihat datuk dan pak usu mengajarkan silat di pekarangan rumah.
Aku dan keluarga selamat tiba di kampung. Ketibaan kami telah disambut mesra oleh datuk
dan nenek. Kami bertanyakan khabar mereka sambil berbual-bual mesra.
9.00 malam
Pada sebelah malam, datuk mengajar silat. Ramai kanak-kanak dan remaja yang datang
untuk belajar silat dengan datuk. Datuk merupakan seorang mahaguru yang terkenal dengan
ilmu persilatan. Menurut datu, mempelajari seni pertahanan diri seperti silat banyak
faedahnya. Selain untuk menjaga keselamatan diri , pesilat juga akan lebih yakin percaya diri
dan berdisiplin.
Ahad, 11 Mac 2022
9.00 malam
Oleh kerana malam ini tidak ada latihan silat, aku dan Pak Usu ke surau bersama-sama.
Ketika kami pulang dari surau, kami ternampak seseorang pemuda yang mencurigakan di
belakang rumah Mak Esah. Pemuda itu memakai topeng muka dan sarung tangan. Pak Usu
dan aku terus bersembunyi di dalam semak.
Pak Usu meminta aku memberitahu orang kampung yang masih lagi berada di surau. Aku
segera berlalu meninggalkan Pak Usu. Pencuri tersebut menyendari akan kehadiran Pak
Usu. Dia terus mencuba melarikan diri. Dengan pantas, Pak Usu mengejar dan berjaya
menangkap pencuri tersebut seorang diri.
Orang kampung sampai di tempat kejadian. Mereka terpegun melihat ketangkasan Pak Usu
menangkap pencuri tersebut. Tidak lama kemudian, pihak polis tiba. Pencuri tersebut
diserahkan kepada pihak berkuasa. Orang kampung mengelarkan Pak Usu Jago Kampung
kerana kehebatan dan ketangkasan Pak Usu.
Isnin, 12 Mac 2022
10.00 pagi
Kami bersarapan dengan datuk dan nenek. Selepas itu, kami bersalam-salaman dengan
mereka. Kami pun bertolak pulang. Aku pasti akan menziarahi datuk dan nenek lagi kerana
banyak pengalaman yang aku peroleh.

Jago Kampungku – ms 52

23
Koleksi Cikgu Rose
LATIHAN BUKU TEKS- TAHUN 6

Pandu Cermat – ms 53
Murid menulis tulisan Jawi
Melintas dengan Selamatnya – ms 54
Ibu : kerana : apabila : yang
Ayah : kalau : serta
Julius: sambil ; untuk
Ayah : dengan

Unit 8 – Sentiasa Berhati-hati


Info Talian Kecemasan 999 – ms 55

24
Koleksi Cikgu Rose
LATIHAN BUKU TEKS- TAHUN 6

Irfan :
Berdasarkan poster ini, setiap kanak-kanak haruslah diberi pendedahan dan dididik
tentang kepentingan talian kecemasan 999 supaya mereka tahu cara dan masa yang
perlu untuk membuat panggilan kecemasan tersebut. Selain itu, kanak-kanak juga
perlu tahu keadaan yang dianggap kes kecemasan. Seterusnya , kanak-kanak
juga diingatkan agar tidak sesekali mendail talian kecemasan 999 sesuka hati
sekiranya tiada kes kecemasan yang memerlukan pertolongan segera.
Utamakan Keselamatan – ms 56 & 57

Irfan :Saya meramalkan pak cik tersebut akan terus menghubungi talian kecemasan
999. Beliau akan memberikan maklumat yang tepat tentang kejadian kebakaran
serta lokasi kejadian tersebut bagi memudahkan pasukan penyelamat sampai.
Selepas itu, pihak bomba pasti akan tiba ke lokasi untuk memadamkan kebakaran
tersebut. Dengan ini, api dapat dikawal daripada merebak ke kawasan berdekatan.
Konvoi Berbasikal Selamat – ms 58 & 59

Pada 23 Mac 2022 yang lalu, SK Seri Permai telah menganjurkan Program Konvoi
Berbasikal Selamat. Program tersebut telah disertai oleh murid tahun 6 bersama dengan ibu
bapa masing-masing. Program itu turut mendapat kerjasama daripada Persatuan Ibu Bapa
dan Guru (PIBG) dan pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Tujuan pihak sekolah menganjurkan program tersebut adalah untuk mendidik murid-
murid tentang cara-cara menunggang basikal dengan selamatnya. Selain itu, diharapkan
program ini dapat menyemai dan memupuk kesedaran menjadi pengguna jalan raaya yang
selamat. Seterusnya, murid-murid juga dapat mempraktikkan Pendidikan Keselamatan Jalan
Raya (PKJR) dan mengamalkan budaya selamat.
Murid bersama penjaga masing-masing datang ke sekolah pada awal pagi. Murid-murid
yang terlibat begitu teruja sekali. Mula-mula, mereka perlu mendaftarkan diri di kuanter
pendaftaran yang terletak di tepi dewan. Kemudian, mereka akan berkumpul di dewan
sekolah. Majlis dimulakan dengan ucapan oleh guru besar. Seterusnya, beliau merasmikan
program Konvoi Berbasikal Selamat.
Selepas itu, para peserta diberikan taklimat keselamatan oleh seorang pegawai trafik
yang dijemput khas. Beliau menerangkan tentang tentang ciri-ciri keselamatan yang perlu
ada pada sesebuah basikal seperti brek yang berfungsi dan lampu pemantul cahaya.
Penunggang basikal pula perlu memakai peralatan keselamatan seperti topi keledar, pad
siku, pad lutut dan berkasut.
Pada pukul 9.00 pagi, acara bermula. Para peserta mula mengayuh dengan didahului
oleh dua orang anggota polis trafik bermotosikal yang mengiringi para peserta. Para peserta
begitu bersemangat dan mengayuh mengikut laluan yang ditetapkan.
Para peserta Konvoi Berbasikal Selamat berkumpul di sekolah kembali setelah aktiviti
selesai. Para peserta berasa gembira kerana mendapat pengalaman baru terutama murid-
murid yang terlibat. Para peserta diberikan sijil penyertaan. Harapan mereka agar program
seperti ini dapat dilaksankan setiap tahun.

25
Koleksi Cikgu Rose
LATIHAN BUKU TEKS- TAHUN 6

Konvoi Berbasikal Selamat – ms 58 & 59

Hati-hati, Ayah – ms 60
Murid menulis tulisan Jawi
26
Koleksi Cikgu Rose
LATIHAN BUKU TEKS- TAHUN 6

Bergembira dengan Waspadanya – ms 61

1. Kamil suka bermain bola bersama kawan-kawannya di padang.


2. Josua hampir terjatuh apabila ditolak oelh budak itu.
3. Mereka terpaksa beratur panjang untuk mendapatkan tandatangan penulis terkenal itu.
4. Azmil berjalan pantas menuju ke kantin untuk membeli makanan.
5. Apakah benda yang terdapat dalam bakul itu ?
6. Apa lagi yang kamu mahu ?
Waspada di Belantara – ms 62

Menyambung Komik :

Unit 9 – Waspada Fenomena Alam

27
Koleksi Cikgu Rose
LATIHAN BUKU TEKS- TAHUN 6

Kepala Air – ms 63
Irfan : Pada pendapat saya, kita batalkan sahaja perkelahan di kawasan air terjun itu.
Ini kerana kejadian Kepala Air ini boleh berlaku bila-bila masa tanpa kita sedari.
Mengikut statik kejadian yang berlaku secara tiba-tiba telah meragut banya
nyawa. Saya cadangkan kita pergi berkelah di pantai sahaja. Namun begitu,
kita harus sentiasa berwaspada dan berhati-hati setiap masa.
Langkah Selamat – ms 64

Faris : Sekiranya kita mengharungi banjir , kita mungkin akan terdedah kepada gigitan
haiwan berbisa yang cuba menyelamatkan diri. Selain itu, kita juga terdedah dengan
bahaya memijak benda-benda tajam yang turut ditenggelami air yang boleh
mencederakan kaki kita seperti kaca, batu atau zink. Kita juga mungkin akan
tenggelam sekiranya terpijak longkang yang tidak tertutup. Seterusnya kita juga
berisiko dihanyutkan oleh arus deras.
Cuaca Panas Melampau – ms 65

Salin semula teks dengan betul.


Bahaya Tsunami – ms 66

Eh, Tanah Runtuh ! – ms 67

28
Koleksi Cikgu Rose
LATIHAN BUKU TEKS- TAHUN 6

Bina ayat :
1. Ibu menasihati abang supaya rajin belajar.
2. Salwa terkejut melihat seekor ular dicelah pokok.
3. Amin dan rakannya mengikut lalui denai untuk sampai ke rumah Pak Ngah.
4. Azli menelefon neneknya di kampung kerana rindu.
5. Danial terjatuh kerana terpijak kulit pisang.
6. Farid mula gelabah apabila dsoal oleh guru disiplin.
Selamatkah Adik ? – ms 68
Irfan : Panduan pemilihan pengasuh yang saya peroleh ialah saya mesti mengambil
tahu tentang persekitaran rumah pengasuh, peribadi pengasuh, pengalaman
dan kelayakan pengasuh, ahli isi rumah yang tinggal bersama dan juga
perkhidmatan pengasuh sedia ada.

Irfan :
Persekitaran rumah pengasuh amat penting dalam pemilihan pengasuh untuk
memastikan adik saya sentiasa berada dalam persekitaran yang bersih dan
selamat . Persekitaran itu juga harus mempunyai ruang aktiviti yang luas bagi
keselesaan adik saya bergerak dan melakukan aktiviti.
Kempen Sekolah Selamat – ms 69

4 6 2 3 5 1

Rabu, 4 April 2022


9.00 pagi
SK. Seri Permai telah mengadakan program Kempen Sekolah Selamat. Semua warga
sekolah berkumpul di dewan untuk mendengar ucapan guru besar. Tujuan program ini
diadakan adalah untuk memberi kesedaran kepada murid-murid bahawa sekolah merupakan
tempat yang selamat dan selesa untuk belajar. Pelbagai acara telah diadakan pada hari
tersebut untuk menjayakan program ini.
9.30 pagi
Acara dimulai dengan pertandingan pendidikan lalulintas. Acara ini disertai oleh murid-murid
tahap dua. Seramai 50 orang peserta mengikuti acara ini. Murid-murid yang menyertai
pertandingan ini haruslah memakai peralatan keselamatan seperti topi keledar, pad siku, pad
lutut dan berkasut. Selain itu, basikal juga haruslah dalam keadaan baik terutamanya brek
basikal.
11.00 pagi
Acara seterusnya ialah Program Kantin Sihat. Program ini merupakan satu program yang
dapat membantu memberi kesedaran kepada semua warga sekolah terutamanya para
pelajar agar menghargai dan mengetahui fungsi kantin sepenuhnya.

Khamis, 5 Aril 2022


29
Koleksi Cikgu Rose
LATIHAN BUKU TEKS- TAHUN 6

9.00 pagi
Pada hari kedua program diadakan pameran keselamatan. Murid-murid berkumpul di
dewan sekolah untuk mendengar ceramah dan melihat pameran alat keselamatan.
Pihak sekolah telah menjemput pihak Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM)
untuk program ini. Murid-murid berpeluang melihat dan mengenali alatan
keselamatan dan mengetahui fungsi alat keselamatan tersebut. Antara alat
keselamatan yang dipamerkan seperti jaket pemantul cahaya, pad siku, pad lutut dan
topi keledar. Murid- murid juga berpeluang untuk melihat pelbagai jenis alat
pemadam api.
10.00 pagi
Pihak sekolah dengan kerjasama pihak Jabatan Pertahanan Awam telah membuat
latihan kebakaran. Latihan kebakaran ini telah berjaya dilakukan oleh warga sekolah
dengan baik kerana mematuhi semua arahan keselamatan. Setelah semua warga
sekolah berkumpul di padang dan diberi penerangan tentang latihan kecemasan itu.
Kemudian, pihak Jabatan Pertahanan Awam mengadakan demonstrasi memadam
api menggunakan alat pemadam api. Murid-murid begitu teruja melihat demonstrasi
itu dan beberapa orang murid dipilih untuk mencuba menggunakan alat pemadam api
tersebut.
11.30 pagi
Majlis penutupan Kempen Sekolah Selamat telah diadakan di dewan sekolah. Para
pemenang bagi acara yang dipertandingkan sepanjang kempen tersebut telah
mendapat hadiah dan sijil masing-masing.
Informasi Gempa Bumi – ms 70
Irfan : Berdasarkan informasi gempa bumi ini, kita perlu membuat persediaan awal dan
mengambil langkah-langkah keselamatan yang perlu agar kita selamat sekiranya
berlaku gempa bumi. Langkah-langkah keselamatan ini termasuk sebelum, semasa,
dan selepas kejadian gempa bumi. Sebelum gempa bumi, kita perlu membuat
persediaan awal dari segala aspek seperti mempelajari risiko dan langkah-langkah
keselamatan tentang gempa bumi. Semasa gempa bumi pula, kita harus bertindak
pantas dan betul supaya kita selamat. Selepas kejadian pula, kita perlu segera
bergerak ke kawasan lapang yang selamat.
Faris: Jika tiada persediaan dan latihan untuk menghadapi bencana gempa bumi ini,
sudah pasti kita akan berasa panik dan tidak dapat bertindak dengan cara yang
betul. Selain itu, kita juga berisiko untuk mendapat kecederaan dan sebagainya.
Demi Keselamatan Murid – ms 71
Penjagaan bas sekolah amat perlu dititik beratkan oleh pengusaha bas untuk keselesaan dan
keselamatan murid-murid yang menggunakan perkhidmatan bas sekolah. Bas perlulah di
hantar servis secara berkala dan perlu juga dihantar di PUSPAKOM untuk menjalani
pemeriksaan bagi memastikan bas dalam keadaan yang baik. Pemilik bas juga perlu
melakukan pemeriksaan rapi setiap hari sebelum mengambil murid sekolah. Sekiranya
langkah keselamatan ini diikuti oleh pengusaha bas, sudah pasti keselamatan murid akan
terjamin dan bas sentiasa dalam keadaan baik untuk perjalanan.

30
Koleksi Cikgu Rose
LATIHAN BUKU TEKS- TAHUN 6

Demi Keselamatan Murid – ms 71

1. Pemandu bas haruslah memandu bas dengan cara yang betul untuk keselamatan
dan keselesaan penumpang bas.
2. Kakak memakai wangian sebelum ke pejabat.
3. Ibu memandang adik dengan wajah yang sayu.
4. Kami menaiki bas untuk ke sekolah.
5. Pak Ismail telah menjalani pembedahan jantung di hospital kerajaan.
6. Lelaki itu memandang Seri lalu tersenyum.
7. Kenderaan itu ditahan untuk pemeriksaan polis sebelum dapat meneruskan perjalanan.
Pasukan Bomba Komuniti Orang Asli – ms 72
murid membaca petikan

31
Koleksi Cikgu Rose
LATIHAN BUKU TEKS- TAHUN 6

TEMA 4 - PERPADUAN
Unit 10 – Langkah Perpaduan
Rangsangan – ms 1

CADANGAN JAWAPAN
Latihan Buku Teks-Tahun 6
Tema 4 – Perpaduan

32
Koleksi Cikgu Rose
LATIHAN BUKU TEKS- TAHUN 6

1. Perpaduan Dalam Kepelbagaian


2. Perpaduan Asas Kesejahteraan Negara
3. Perpaduan Teras Kejayaan
4. Bersatu Teguh, Bercerai Roboh
5. Hidup Sepakat Membawa Berkat

Bina ayat :
1. Kita mestilah menghormati adat resam dan budaya setiap kaum untuk mengekalkan
perpaduan.
2. Kita perlulah mengamalkan sikap bekerjasama dalam kehidupan seharian supaya
dapat mengeratkan perpaduan.
3. Hubungan yang erat sesama manusia penting dalam kehidupan untuk melahirkan
masyarakat yang bersatu padu.
4. Kita haruslah bertutur dengan berhati-hati agar tidak menyakiti perasaan orang lain.
5. Kita wajarlah saling menghormati dan mengamalkan cara hudup bertolenrasi untuk
kehidupan yang lebih sejahtera.
( mana-mana jawapan yang sesuai )
Minggu Citra Malaysia – ms 74 & 75
Molly : Pada pandangan saya, murid-murid sekolah kita mampu membuat persembahan
tersebut dengan bimbingan guru.
Prasad : Siapakah yang akan menyediakan bahan-bahan lukisan untuk Pertandingan
Melukis Sepanduk?
Faris : Saya cadangkan pihak persatuan atau pihak sekolah menyediakan kain putih
untuk membuat sepanduk. Para peserta hanya perlu membawa bahan
lukisan sahaja atau bahan lain yang difikirnya perlu.
Amna : Saya bersetuju dengan cadangan kamu itu. Bagaimana pulak dengan
cadangan untuk mengadakan pameran tentang tokoh perpaduan ?
Molly ; Saya amat bersetuju untuk mengadakan pameran ini. Pameran ini
kita adakan di dewan terbuka. Murid-murid boleh datang melihat pameran
bila-bila masa. Bahan-bahan pameran kita boleh dapatkan daripada
guru penasihat dan juga guru perpustakaan.
Prasad : Bagaimana pula dengan karnival perpaduan dan Larian Amal Perpaduan
?
Amna ; Karnival perpaduan memaparkan permainan tradisional pelbagai kaum.
Murid-murid pastii seronok melihat pelbagai permainan dipamerkan dan
murid-murid boleh mencuba permainan ini dengan bantuan ahli
persatuan. Kita akan berikan taklimat terlebih dahulu kepada ahli
persatuan yang menjaga bahagian ini.
Molly : Saya bersetuju dengan Amna. Bagi Acara Larian Amal Perpaduan ini, kita
boleh meminta guru penasihat berurusan dengan pihak yang terbabit
seperti pihak polis atau persatuan ibu bapa dan guru.
Izzah: Rumusan daripada perbincangan ini, kita bersetuju dengan semua
acara yang saya bentangkan. Keputusannya , kita akan melaksanakan
semua cadangan yang dikemukakan dengan bantuan semua pihak.
Kita perlu bekerjasama dan berfikiran positif untuk menjayakan
program tersebut.

Sereban Tidak Sebulu – ms 76 & 77


Kata-kata tentang perpaduan:
33
Koleksi Cikgu Rose
LATIHAN BUKU TEKS- TAHUN 6

1. Bersepakat membawa berkat


2. Janganlah kita berpecah belah
3. Ayuh, berbaik-baik dengan rakan
4. Hormati perbezaa antara kita
5. Jaga tempat kita bersama-sama
6. Berbudi bahasa amalan kita

Ramalan :
Jika perpaduan wujud, sudah pasti ayam pelung dan ayam tukung akan hidup dalam
keadaan aman dan harmoni. Tiada musuh yang akan mengganggu gugat kesejahteraan dan
perhubungan mereka. Selain itu, mereka juga dapat menjalani kehidupan yang selesa
kerana saling bekerjasama. Perpaduan amat penting bagi memastikan mereka tidak
dihendap oleh musuh demi menjamin kesejahteraan hidup. Oleh itu, mereka harus sedar
akan kepentingan bersatu padu dan saling hormat-menghormati.
Bermula di Bangku Sekolah – ms 78

Satu Arah Satu Suara – ms 79


Pengajaran yang kita peroleh daripada seloka ialah kita hendaklah menghentikan

34
Koleksi Cikgu Rose
LATIHAN BUKU TEKS- TAHUN 6

perbalahan. Selain itu, kita mestilah saling bekerjasam dalam melakukan sesuatu. Sekiranya
berlaku perselisihan, haruslah kita duduk sama-sama berbincang tanda maufakat. Janganlah
kita bersikap memntingkan diri sendiri tanpa ambil peduli akan rakan kita yang susah.
Haruslah kita bersama-sama memberikan bantuan. Hiduplah dengan semangat setiakawan
agar perpaduan kekal dalam kehidupan kita.
Karya Perpaduan – ms 80
Imbuhan Awalan
- berminat - peserta - bersungguh-sungguh
- pemenang - berdurasi
- pertama - tersebut
- kedua - memilih
- ketiga - semasa
- terbuka - mahakarya
Imbuhan Akhiran
- anjuran - pautan
- sediakan - hasilkan
- daftarkan - hubungi
Imbuhan Sisipan
- cemerlang - gelanggang
- gemilang - kesinambungan
- gemerlap
Imbuhan Apitan
- menyertai - berkumpulan - menerusi - mempersembahkan
- peraduan - menggalakkan - menggambarkan - kebolehan
- dianjurkan - meletakkan - pemilihan - mengetengahkan
- meneliti - penyertaan - ditentukan - ketidakfahaman
- dipaparkan - menggunakan - berdasarkan - pertanyaan

Dialog :

Izzah : Saya berminat untuk menyertai peraduan ini. Ada sesiapa lagi yang mahu
menyertainya ?
Azam: Kami pun berminat juga. Anjuran siapakah peraduan ini ?
Izzah : Peraduan ini dianjurkan oleh Panitia Sejarah SK Seri Permai.
Hana: Pemenang peraduan ini akan mendapat hadiah berupa wang tunai.
Hadiah pertama akan mendapat wang tunai sebanyak RM250.00.
Azam: Wah, menarik hadiahnya ! siapakah yang perlu kita hubungi untuk
menyertai pertandingan ini?
Rashmi: Peserta boleh menghubungi Cikgu Rizal .
Izzah: Baiklah. Pertandingan ini secara berkumpulan. Kita boleh mengajak
Fateh dan Molly untuk menyertai bersama kita.
Azam: Saya bersetuju. Kita perlu mempersembahkan video pendek yang kreatif
dan menarik.

Unit 11 – Gema Perpaduan


Kafe Salam – ms 81
Bapa saya mewariskan sebuah kedai kepada saya. Kedai tersebut terbiar setelah bapa saya
35
Koleksi Cikgu Rose
LATIHAN BUKU TEKS- TAHUN 6

meninggal dunia. Saya tiada idea untuk mengusahakan kedai itu.


Pada suatu hari, kawan saya iaitu Abu dan Raju datang menziarahi saya setelah lama
tidak bertemu. Kami duduk berbual-bual di taman. Saya menyatakan hasrat untuk membuka
kafe . Saya meminta cadangan daripada Abu dan Raju. Mereka begitu gembira dan telah
memberi beberapa cadangan yang menarik serta berjanji akan membantu saya. Kami
bersepakat untuk membuka kafe bersama-sama.
Kami mengeluarkan modal bersama-sama untuk menjayakan impian tersebut. Dua hari
kemudian, kami memulakan tugas mengubah kafe dengan mengecat kafe tersebut. Kami
mengubah suai kafe itu dengan konsep dalam taman yang menarik. Kami membeli kerusi
meja yang cantik serta hiasan kafe yang menarik.
Kami juga mencipta logo yang menarik iaitu tiga biji kawan yang berganding bahu dan
tersenyum riang. Kami menamkan kafe tersebut dengan nama Kafe Salam. Loga dan nama
kafe ini melambangkan semangat setia kawan antara kami.
Setelah beroperasi, kafe kami sentiasa dikunjungi pelanggan . Mereka terdiri daripada
pelbagai kaum. Kafe ini semakin maju.
Begitulah cerita saya , bagaimana bermulanya pembukaan kafe ini dengan semangat
setia kawan dan kerjasama kami.
Irama yang Menyatukan Kita – ms 82 & 83
Ilmu
 Ilmu tentang alat muzik. Terdapat bahan terpakai dipersekitaran yang boleh dijadikan
seperti alat muzik.
 Pembelajaran muzik boleh dilakukan secara formal dengan tunjuk ajar ayang betul.
Penggunaan bahan terpakai juga boleh menghasilkan muzik yang menarik.
 Muzik juga merupakan medium untuk membentuk perpaduan. Contonya Allahyarham
Sudirman yang selalu membawa mesej perpaduan dalam setiap persembahannya.
 Alat muzik angklung diperbuat daripada buluh dan dikategorikan sebagai idiofon, iaitu
alat muzik yang terhasil daripada bunyi getaran.
Nilai
 Nilai baik hati yang ditunjukkan oleh Pak Cik Adi Johari yang mahu mengajar kanak-
kanak bermain muzik dan bersedia mengajar mereka dengan percuma.
 Nilai menghargai alam sekitar yang ditunjukkan oleh Izwan, Dinesh dan Mei Lee yang
menggunakan bahan terpakai sebagai alat muzik.
 Nilai patriotisme yang ditunjukkan oleh Allahyarham Sudirman bin Haji Arshad yang
membawa mesej perpaduan dalam persembahannya.
 Nilai tidak berputus asa ditunjukkan oleh Izwan , Dinesh, dan Mei Lee semasa belajar
untuk bermain angklung.
Mari Bersyair – ms 84
Murid memilih tiga rangkap syair dan menulis dalam bentuk tulisan berangkai.
Hidup Harmoni – ms 85
- Murid mencipta rangkap pantau atau mnyalin semula pantun tersebut.

Balai Raya Muhibah – ms 86


- balai raya - urus setia - hak milik
- rumah terbuka - setiausaha - urus niaga

36
Koleksi Cikgu Rose
LATIHAN BUKU TEKS- TAHUN 6

- kerjasama - berjiwa besar - tanah wakaf


- terima kasih - berbesar hati - bermurah hati
Cerita :
Izzah begitu teruja dengan rancangan pembinaan Balai Raya Muhibah di kampungnya.
Bapanya sebagai setiausaha telah menulis sepucuk surat memohon sumbangan kewangan
daripada syarikat swasta. Balai raya ini akan dibina di atas sebidang tanah wakaf hak milik
seorang penduduk tempatan yang berbesar hati memberikan tanahnya. Penduduk kampung
berharap, syarikat tersebut bermurah hati untuk menghulurkan derma. Persatuan penduduk
juga telah melantik urus setia untuk kelancaran projek ini. Semua penduduk kampung
memberikan kerjasama dan berterima kasih kepada pihak yang terbabit.
Unit 12 : Semarak Perpaduan
Jaudah Perpaduan – ms 87
Malaysia mempunyai keunikan kerana terdiri daripada pelbagai kaum misalnya, Melayu, Cina
dan India yang mempunyai keistimewaan budaya masing-masing. Salah satu aspek yang
menyumbang kepada keistimewaan masyarakat Malaysia ialah makanan .
Pada bulan Ramadhan , banyak bazar Ramadhan di dirikan untuk memberi peluang
kepada peniaga berniaga dan penduduk mendapatkan makanan yang telah siap dimasak.
Bazar Ramadhan ini bukan hanya dikunjungi oleh penganut Islam , malah turut menjadi
pilihan masyarakat lain untuk mendapatkan juadah digemari.
Selain itu, tempat menjamu selera seperti restoran, warung, kedai kopi dan sebagainya
telah menjadi tempat pertemuan masyarakat berbilang kaum. Mereka berkumpul, bermesra
sambil menikmati hidangan yang sama. Setiap kaum juga amat perihatin tentang makanan
yang tidak boleh dimakan oleh sesuatu kaum. Contohnya bila sesuatu perayaan tiba, setiap
kaum akan mengunjungi rakan mereka yang berbeza agama. Namun begitu, makanan yang
dihidangkan bersesuain dengan agama kaum tersebut.
Malaysia terkenal dengan pelbagai juadah yang enak dan digemari oleh semua kaum.
Makanan ini telah menjadi identiti masyarakat Malaysia. Antara makanan tradisi orang
Melayu namun dinikmati oleh semua kaum di Malaysia ialah nasi lemak.
Perpaduan melalui Kokurikulum – ms 88 & 89
Ilmu
 Ahli jawatankuasa kelab, persatuan dan unit beruniform dilantik melalui pemilihan.
 Terdapat makanan yang tidak boleh dimakan oleh seseorang mengikut ajaran agama
yang dianutinya.
 Usaha untuk menyatukan pelbagai etnik, budaya dan agama bukan usaha yang
mudah.
 Terdapat 32 suku kaum yang berbeza budaya di Sabah.
 Antara kegiatan yang boleh dijalankan semasa perkhemahan termasuklah merentas
hutan,turun cenuram, luncur keluang, dan kembara berpandu arah.
Nilai
 Nilai kerjasama boleh dipupuk dalam kegiatan kokurikulum.
 Nilai prihatin terhadap perbezaan cara hidup setiap kaum perlu ada dalam diri
masyarakat Malaysia.
 Nilai perpaduan boleh diwujudkan melalui kegiatan kokurikulum yang melibatkan
pelbagai kaum.
 Nilai tolenrasi perlu ditunjukkan dalam masyarakat yang mempunyai kepelbagaian
budaya.
 Nilai keyakinan boleh dibentuk melalui kegiatan yang dijalankan semasa
perkhemahan.

Sukan Wadah Perpaduan – ms 90


Perpaduan boleh dipupuk melalui aktivitii sukan dengan melibatkan peserta daripada
pelbagai kaum. Aktiviti bersukan dapat mengeratkan silaturahim dan pada masa yang sama

37
Koleksi Cikgu Rose
LATIHAN BUKU TEKS- TAHUN 6

sukan boleh menerapkan disiplin dan integriti dalam kalangan peserta dengan cara mereka
berlatih bersama-sama. Mereka berkongsi padang, alatan sukan dan jurulatih yang sama.
Mereka berlatih bersungguh-sungguh untuk mencapai kejayaan bagi pasukan mereka.
Aktiviti sukan juga dapat memupuk perpaduan dalam kalangan penyokong sukan. Mereka
memberi sokongan tanpa mengira kaum dan bentuk sukan yang menjadi pilihan. Penyokong
sokong mampu mengeratkan silatulrahim antara kaum. Kemudahan sukan yang disediakan
oleh pihak kerajaan seperti gelanggan digunakan oleh semukaum dan mereka jug
aberkongsi peralatan yang sama.
Kesimpulannya, penglibatan dalam bidang sukan yang melibatkan pelbagai kaum
memang dapat memupuk semangat kesukanan yang kuat sekali gus dapat mengeratkan
lagi perpaduan masyarakat .
Perpaduan Teras Kejayaan – ms 91
Perpaduan,
Menjadi simbolik kekuatan Negara,
Seperti sejenis persahabatan yang tak terungkap,
Dengan perkataan, senyuman , lambaian,
Dan mesranya perhubungan

Melayu, India, dan Cina,


Walaupun kita berbeza rupa,agama, dan bangsa,
Biar tak sama budaya dan lenggoknya,
Namun kita seia sekata,
Bersatu hati hidup sepakat,
Bersama-sama menuju cita-cita
Memacu pembangunan Negara.

Perpaduan itu,
Seperti sejenis ikatan persaudaraan,
Seperti seberkas lidi tidak mudah patah,
Meski budaya kita berbeza
Tak kira bangsa berpadu tenaga
Satu gagasan satu harapan

Kita bina negara atas nama perpaduan,


Menbentuk ikatan keakraban,
Mengorak langkah menuju kejayaan,
Hidup sentosa maju negara.
Buku Jalanan Chow Kit – ms 92
Rangkai kata bebas Kiasan
 bandar raya - mengasah bakat
 bekerjasama - anak emas
 bola sepak - pilih kasih
 kakitangan
Istilah
 pusat sumber
 warganegara
 mata pelajaran
 suri teladan

Bina perenggan:
Buku Jalanan Chow Kit merupakan pusat sumber dan ruang belajar untuk memberi peluang
kepada kanak-kanak dari keluarga miskin kota untuk membaca, belajar, bersukan, dan

38
Koleksi Cikgu Rose
LATIHAN BUKU TEKS- TAHUN 6

berseni kreatif. Di sini, kanak-kanak golongan miskin bandar tanpa mengira status, bangsa
dan warganegara berpeluang untuk mempelajari pendidikan asas supaya mereka boleh
hidup sebagai manusia yang baik dan sempurna. Bagi menjayakan program tersebut
pelbagai pihak telah bekerjasama dan menyumbangkan kemudahan kepada mereka. Antara
kemudahan dan sokongan yang diterima berbentuk wang tunai, tenaga pengajar, makanan,
sukarelawan, buku dan lain-lain lagi.
Anak-anak ini dididik tanpa pilih kasih dan diberikan kemudahan secara percuma.
Mereka yang berjaya diharap dapat menjadi suri teladan kepada golongan yang kurang
bernasib baik.
Manfaatkan Lebah dengan Tempau – ms 93
 Nilai – Baik Hati
 Ilmu - Tempua mempelajari cara membuat sarang menggunakan daun padi dan
lalang.
 Nilai – kerajinan
 Ilmu - Sarang lebah jantan berbeza dengan sarang lebah betina .
 Nilai – Mufakat , kerjasama
 Ilmu - Tempuan bersarang rendah.
Permainan Membina Kata Majmuk – ms 94
- balai raya - cari gali - bertolak ansur
- guru besar - garis pusat - rendah diri
- tengah hari - mata pelajaran
- kuning langsat - gulung tikar
Bina ayat :
1. Datuk Majid merasmikan balai raya di kampung saya.
2. Guru besar sekolah saya sanagt tegas tetapi baik hati.
3. Kami sekeluarga makan nasi tengah hari di restoran.
4. Kakak berkulit kuning langsat.
5. Syarikat Pertronas sedang melakukan cari gali minyak dan gas di perairan Sarawak.
6. Encik John mengukur garis pusat bilik tidur itu.
7. Semua pelajar dikehendaki lulus mata pelajaran Sejarah.
8. Syarikat Daya Maju itu terpaksa gulung tikar kerana perniagaannya merosot.
9. Kita haruslah bertolak ansur agar tidak tercetus pergaduhan.
10.Amin tetap rendah diri walaupun telah menjadi sorang yang terkenal.
Mari Erat Perpaduan – ms 95
Perpaduan merupakan suatu elemen yang sangat penting untuk mengekalkan keharmonian
rakyat dan keamanan negara.
Pihak sekolah haruslah memastikan penglibatan murid berbilang kaum dalam aktiviti
kelab,persatuan, badan beruniform dan sukan. Hal ini demikian kerana aktiviti kokurikulum ini
mampu memupuk sikap bekerjasama, bertolak ansur dan hormat-menghormati. Selain itu,
sikap bantu-membantu seperti melatih pelajar menghulurkan sumbangan tanpa mengira
kaum. Seterusnya,,aktiviti bergotong-royong yang sering dijalankan di sekolah turut dapat
membantu menyemai semangat perpaduan dalam kalangan murid berbilang kaum di
sekolah. Warga sekolah haruslah bersepakat dalam melaksanakan sesuatu program agar
mendatangkan kebaikan kepada semua pihak. Murid-murid diajar berbincang sebelum
membuat kata putus untuk mendidik mereka menghormati pendapat orang lain. Akhir sekali,
warga sekolah haruslah senantiasa bersatu hati untuk mengekalkan keamanan dan
kesejahteraan sekolah juga negara.

Penilaian – ms 96
Cara paling penting untuk mewujudkan perpaduan melalui pendidikan ialah melalui
penggunaan bahasa kebangsaan. Di sekolah saya, semua kaum mempelajari bahasa

39
Koleksi Cikgu Rose
LATIHAN BUKU TEKS- TAHUN 6

Melayu dan bertutur menggunakan bahasa Melayu. Kurikulum sekolah juga telah
menerapkan elemen sivik dalam pendidikan. Kami semua diberikan pendidikan menjadi
warganegara yang bertanggungjawab terhadap masyarakat dan negara. Seterusnya, melalui
kegiatan kokurikulum, aktiviti yang dijalankan melibatkan semua kaum. Guru-guru akan
memastikan kami bekerjasama dan bersikap toleransi.
Selain itu, kami juga mempelajari mata pelajaran Sejarah. Melalui pelajaran Sejarah,
kami memahami akan sejarah pembinaan negara. Kami juga dapat membina semangat
perpaduan dan sikap bertanggungjawab. . Saya bangga belajar di sekolah saya kerana kami
warga sekolah saling hormati-menghormati antara satu sama lain.
Akhir sekali, perpaduan yaang diterapkan sejak di bangku sekolah ini akan dapat
mengeratkan perpaduan. Sudah pasti tiada persengketaan dalam masyarakat berbilang
bangsa. Perpaduan juga akan melahirkan generasi yang bersatu padu dan menguntungkan
negara.
Penilaian – ms 96

Murid menyalin semula petikan.

40
Koleksi Cikgu Rose
LATIHAN BUKU TEKS- TAHUN 6

TEMA 5 - KEBUDAYAAN,KESENIAN,DAN ESTETIKA


Unit 13 – Warisan Budaya Kekal Terpelihara
Rangsangan – ms 97
1. Kraf tangan
2. Pakaian
3. Alat muzik
4. Permainan
5. Makanan

Malaysia merupakan sebuah negara yang unik kerana terdiri daripada pelbagai kaum,
bahasa, agama, seni budaya dan sebagainya. Setiap kaum di Malaysia mempunyai warisan
budaya tersendiri. Sebagai contohnya, terdapat perbezaan antara tarian, muzik, bahasa dan

CADANGAN JAWAPAN
Latihan Buku Teks-Tahun 6
Tema 5 – Kebudayaan,
Kesenian,
dan Estetika

41
Koleksi Cikgu Rose
LATIHAN BUKU TEKS- TAHUN 6

dialek yang digunakan oleh pelbagai kaum.


Budaya melambangkan identiti sesebuah negara. Amalan budaya tradisional kita
melambangkan sifat majmuk masyarakat kita.Misalnya, pakaian tradisional pelbagai
kaum yang unik dan berwarna warni. Budaya tradisional kita juga menunjukkan budi
dan pekerti masyarakat Malaysia. Nilai murni yang yang diamalkan menunjukkan kita
prihatin terhadap orang lain dan bersikap mesra.

( mana-mana jawapan yang sesuai )


Lemak Manis Tepung Pelita – ms 98
Mula-mula, kita mestilah sediakan acuan tepung pelita. Kemudian, masukkan satu sudu the
gula pasir yang telah dikisar ke dalamnya. Seterusnya, untuk lapisan bawah, masukkan
semua bahan ke dalam periuk dana panaskan. Kacau adunan sehingga sebati dan likat.
Selepas itu, tuang adunan ke dalam acuan dan biarkannya menyejuk. Untuk bahagian
atas, kita perlu panaskan semua bahan iaitu 4 cawan santan, 4 sudu makan tepung beras
dan secubit garam. Apabila adunan telah sebati, kita tutup api. Akhir sekali, tuang adunan ke
dalam acuan semula dan biarkannya menyejuk.
Perkahwinan Orang Asli – ms 99
Tok Batin Bidi
Beliau seorang tok batin dan ayah yang bertanggungjawab. Beliau amat mementingkan adat
resam dan budaya dalam kehidupan. Beliau menghargai budaya untuk memastikan budaya
itu tidak luput ditelan zaman.
Tijah
Seorang generasi muda yang membuktikan rasa hormat mereka terhadap generasi tua
dalam usaha mengekalkan budaya tradisional ini.Tijah juga seorang anak yang
mementingkan adat resam dan budaya.
Adab Berkunjung – ms 100
Kunjung-mengunjungi adalah antara amalan mulia yang diamalkan oleh generasi
muda.
Antara adab lain yang perlu diamalkan semasa berkunjung ke rumah saudara-
mara, rakan, dan jiran tetangga ialah kita haruslah memakai pakaian yang kemas,
bersih dan menutup aurat. Selain itu, kita juga haruslah memastikan tuan rumah tidak
ada aktiviti bersama keluarga atau saat yang tidak mengizinkan mereka terima kita
sebagai tetamu. Jaga pertuturan kita ketika bercakap sebagai tanda kita
menghormati dan menyenangkan tuan rumah. Akhir sekali, janganlah kita terlalu
lama bertamu di rumah tuan rumah. Ini akan membuatkan tuan rumah tidak selesa
atau dikhuatiri mengganggu perancangan awal tuan rumah.

Adab Berkunjung – ms 101


Semasa di kampung, Irfan dan ayahnya menghadiri Pesta Sukan Rakyat. Mereka ternampak
sekumpulan lelaki bermain bola takraw.
Irfan hairan mereka tidak menggunakan jaring. Ayahnya memberitahu Irfan bahawa itu
ialah permainan sepak raga tuju.
Ayahnya menerangkan cara bermain permainan itu. Irfan teruja akan keunikan
permainan itu. Permainan ini dapat mengisi masa lapang dengan aktiviti yang berfaedah.
Selain itu, badan kita sihat dan otak cerdas. Bila sihat, kita dapat melakukan aktiviti harian
dengan baik.
Semasa di sekolah, Irfan menceritakan pengalamannya di kampung kepada rakan-
rakannya. Irfan meminta Cikgu Shamil , iaitu guru pendidikan jasmani mengajar mereka
bermain semasa mata pelajaran Pendidikan Jasmani. Cikgu Shamil berbesar hati dan sudi

42
Koleksi Cikgu Rose
LATIHAN BUKU TEKS- TAHUN 6

menunjuk cara kepada Irfan dan kawan-kawannya. Mereka bermain di kawasan lapang.
Akhir sekali, Cikgu Shamil menubuhkan kelab sepak raga tuju. Mereka mula menyiapkan
gelanggang baharu. Semua remaja dan dewasa boleh bermain bersama-sama. Irfan berasa
bangga dapat bermain permainan tradisional ini. Permainan ini tak lapuk dek hujan, tak
lekang dek panas.
Bidar Lukut – ms 102
Kata Ganda Penuh
- daun-daun - cantik-cantik
- undang-undang - kanak-kanak
- botol-botol - gerai-gerai
- perahu-perahu - penonton-penonton

Catatan ringkas :
Bidar Rukut ialah sejenis perahu kecil yang bentuknya tirus dan panjang. Permainan ini
merupakan permainan tradisional kaum Melanau di Mukah, Sarawak. Di dalam perahu ,
akan dipacakkan daun-daun kering sebagai layar. Perahu akan bergerak apabila ditiup
angin.
Dalam undang-undang, permainan ini, perahu perlu bergerak mengikut lorong masing-
masing.Lorong ditanda menggunakan botol-botol yang telah disambung. Perahu-perahu ini
dicat dengan warna yang cantik-cantik.Keunikannya menarik minat kanak-kanak dan
dewasa. Terdapat banyak gerai-gerai yang menjual makanan tradisional tempatan.
Penonton-penonton dapat membeli makanan dan minuman.

Unit 14 – Persada Seni Lambang Jati Diri


Istimewanya Pak Cu – ms 103
Pak Cu ialah Eyo Hock Seng. Pak Cu berketurunan Cina. Masyarakat sekitar memanggil Pak Cu
dengan gelaran Pak Cu Tok Dalang. Pak Cu mula bermain wayang kulit sejak berusia 10 tahun. Pak
Cu berguru dengan pemain wayang kulit tersohor, Abdullah Baju Merah. Sudah lebih 40 tahun Pak
Cu bergiat aktif dalam persembahan. Untuk masa akan datang, Pak Cu sedang melatih seorang
cucu Pak Cu untuk mewarisi seni ini. Walaupun masih muda, dia sudah mampu menghafal beberapa
buah cerita wayang kulit.
Persembahan Randai – ms 104 & 105

1. Pada pendapat saya, golongan muda dapat menghayati keunikan alunan muzik
43
Koleksi Cikgu Rose
LATIHAN BUKU TEKS- TAHUN 6

tradisional dengan cara menyaksikan persembahan tradisional dan mempelajari


muzik tradisional randai.
2. Kita dapat menjadikan busana ini dikenali oleh generasi muda dengan menggalakkan
mereka menonton persembahan kebudayaan dan mencuba memakainya atau mempamer
kan kehalusan pakaian ini.

Tafsiran 2 : Keistimewaan yang ditonjolkan dalam persembahan randai menunjukkan nilai


estetika yang tinggi dalam persembahan.
Tafsiran 3 : Persembahan randai diiringi alunan muzik tradisional bagi merancakkan
persembahan ini lagi.
Tafsiran 4 : Terdapat lima busana utama yang dipakai oleh penari-penari dalam
persembahan randai.
Tanglungku Cantik – ms 106
 menghargai warisan
banyak mengajar saya membuat tanglung
 kreatif
menggunakan teknologi lampu diod pancaran cahaya
 rasional
tanglung itu lebih selamat

Bidang seni dapat membentuk jati diri masyarakat dengan memberikan kesedaran tentang
kepentingan memelihara dan menjaga hasil seni.
Citra Warna Malaysia – ms 107
Seni kata lagu

Petikan sape yang memukau penonton


Oh, gemersik gema ghatam yang menghibur
Rasai kemeriahan tarian joget
Gurau senda sopan dijaga
Kenali tarian sewang
Tarian sewang masyarakat Orang Asli
Tarian indah yang istimewa
Jangan dilupa hayati gerak tari tarian sumazau
Tarian indah tersusun gerakan
Tarian kipas yang mengagumkan
Alunan petikan zheng yang mempersona
Uniknya gesekan rebab menusuk sukma
Bersamalah kita

Persembahan Awang Batil – ms 108


Kata ganda separa
- tertanya-tanya - mengetuk-ngetuk - bersalam-salaman
- kemerah-merahan - dongeng-dongengan - kenang-kenangan
- besar-besaran - digesek-gesek
- tetamu - memukul-mukul
- lelaki - gemuruh

1. Adik masih tertanya-tanya adakah mahu menerima tawaran itu.


2. Lelaki yang berbadan besar itu ialah abang saya.
3. Mukanya kemerah-merahan menahan malu apabila dimarah oleh wanita itu.

44
Koleksi Cikgu Rose
LATIHAN BUKU TEKS- TAHUN 6

4. Pada pagi raya, kami sekeluarga bersalam-salaman.


5. Ramai etamu yang hadir pada hari ini.
6. Abdul mengetuk-ngetuk pintu rumahnya dengan kuat.
7. Majlis kahwin anak Pak Samad diadakan secara besar-besaran.
( contoh ayat )

Contoh Surat
Amna binti Abu,
68, Medan Terengganu,
33300 Terengganu.
8 September 2022

Menemui sahabatku Irfan, yang kini berada di Temerloh, Pahang. Semoga sihat sejahtera
bersama keluarga tercinta.
Saudara,
Apa khabar saudara di sana ? Saya berharap saudara dan keluarga berada dalam
keadaan sihat sejahtera. Saya dan keluarga di sini sihat-sihat sahaja.
Tujuan saya menulis surat ini adalah untuk menceritakan kepada saudara tentang
Persembahan Awang Batil yang saya tonton di Balai Seni Negara pada minggu lepas.
Persembahan ini disembahkan oleh seorang lelaki tua yang digelar pelipur lara. Pelipur lara
akan memakai topeng usang yang kemerah-merahan. Beliau mula mengetuk-ngetuk batil
yang kecil di atas ribanya sampai menyampaikan cerita dongeng-dongengan secara
bersahaja.
Selepas itu, biola pula digeseh-gesekkan dalam nada yang perlahan sesuai dengan
ceritanya. Walaupun asyik bercerita, beliau tidak lupa berjenaka untuk menghiburkan
penonton.
Pada akhir persembahan pula, pelipur lara meniup serunail dan memukul-mukul
rebananya. Persembahannya mendapat tepukan gemuruh dan beliau mendapat
cenderamata daripada tetamu yang hadir. Saya berasa seronok dan sudah pasti akan
menjadi kenang-kenangan yang tidak akan saya lupakan.
Sampai di sini sahaja yang dapat saya coretkan. Sampaikan salam saya kepada
keluarga saudara di sana.
Yang benar,
Amna

Persembahan Awang Batil – ms 108

45
Koleksi Cikgu Rose
LATIHAN BUKU TEKS- TAHUN 6

Unit 15 – Estetik Cita Rasa Malaysia


Hebatnya Perahu Besar – ms 109
Respons
Perahu ini unik kerana dibina dengan pasak tanpa menggunakan paku. Perahu ini juga
menggunakan kayu cengal dan kayu penaga sebagai pasak menjadikan perahu ini tahan
lama. Selain itu, perahu ini juga dilengkapi kabin yang dipanggil”kup” serta dapur kecil di
bahagian tengah dek. Di antara papan dinding perahu, ditampal dengan gegala yang dibuat
daripada kain guni, damar, dan minyak kuing bagi memastikannya tidak masuk air.

Kita perlu menghargai warisan budaya kerana perlu mengekalkan warisan budaya tradisional
yang sudah wujud sejak lama dahulu serta kehalusan pembuatannya agar tidak dilupakan
oleh generasi muda.Kita perlu peka akan kepentingan pemeliharaan warisan.

46
Koleksi Cikgu Rose
LATIHAN BUKU TEKS- TAHUN 6

Muzik Tradisional India – ms 110


tambura – sejenis alat bunyi-bunyian bertali empat dan berleher panjang yang digunakan
dalam muzik India untukk menghasilkan dengung.
mersik - nyaring , lantang
terngiang-ngiang - bunyi mendenging yang berpanjangan
table – gendang kecil
tempo – irama
metronome – alat ukur tempo
menala – memukul dengan tangan tergenggam
genre – jenis karya sastera atau seni
Baju Melayu – ms 111
- Murid menyalin semula syair dengan tulisan yang kemas
Indahnya Bahasaku – ms 112
- murid menyalin semula tulisan Jawi
Seni Kain Baraburu – ms 113
- gunung-ganang - bergotong-royong - jangkih-mangkih
- suku-sakat - berwarna-warni - turun-temurun
- gopoh-gapah - saki-baki - cola-cala
- saudara-mara - jari-jemari

Cerita :
Pada cuti sekolah yang lalu, saya dan keluarga telah pulang ke rumah nenek saya di
kampung. Sepanjang perjalanan, saya ternampak gunung-ganang yang indah. Apabila
sampai di rumah nenek, saya melihat sudah ramai saudara- mara yang sampai. Saya turun
dari kereta dengan gopoh-gapah kerana tidak sabar hendak berjumpa nenek. Saya
memegang erat jari-jemari nenek dan bersalam . Pada esok harinya, kamu sekeluarga
bergotong-royong memasak untuk kenduri. Pada hari tu, kami memakai pakaian yang
berwarna-warni.
Kercang Menguji Minda – ms 114
Tafsiran Pantun 1 – Permainan kercang perlu dipertahankan untuk tatapan generasi
akan datang.
Tafsiran Pantun 2 – Pemain perlu bijak mengeluarkan simpulan tali yang tersimpul
pada kercang.
Tafsiran Pantun 3 – Permainan ini menonjolkan kreativiti dan kesabaran pemain untuk
menyelesaikan cabaran.
Tafsiran Pantun 4 – Keunikan permainan ini menarik minat orang ramai untuk
memainkannya.

Pengayaaan – ms 115
A 1. tanglung-tanglung 2. sesiku 3. orang-orang
B 1. serta-merta 2. kacau-bilau 3. rempah-ratus 4. memetik-metik
C 1. mengambil 2. bersalam 3. mencium 4. tetangga
D.
1. Perhiasan-perhiasan yang dipakai oleh pengantin itu sangat cantik sekali.
2. Kita haruslah menghargai dan mengenali tarian-tarian tradisonal.
3. Majlis itu meriah dengan kehadiran saudara-mara yang jauh.
4. Kami memusing-musing kampung kerana sudah lama tidak pulang ke rumah nenek.
E
1. lelaki
Lelaki yang memakai baju Melayu itu ialah abang saya.

47
Koleksi Cikgu Rose
LATIHAN BUKU TEKS- TAHUN 6

2. kekuda
Tukang rumah itu memasang kekuda sebelum memasang bumbung pondok itu.
3. kuih-muih
Para tetamu menikmati hidangan kuih-muih tradisional yang dihidang oleh tuan rumah.
4. jari-jemari
Pemuda itu meniup saksofon sambil memainkan jari-jemarinya mengikut alunan.
Ikon Budaya – ms 116
Encik Fatah : Beliau telah menghasilkan karya sastera seperti pantun dan puisi
kanak-kanak.
Encik Fatah : Penghasilan karya sastera untuk bacaan kanak-kanak penting kerana
dapat membudayakan minat membaaca dan menghargai sastera Melayu.
Encik Fatah : Sumbangan beliau telah mencorakkan pemikiran masyarakat kerana beliau
beliau aktif mempelajari, menyelidik, dan mempromosikan seni budaya
menerusi penulisan termasuk buku dan menghadiri seminar berkaitannya
di dalam dan luar negara. Beliau sentiasa mempelajari, menyelidik dan
mempromosikan seni budaya menerusi penulisan .
Seni Pertukangan Kraf Tembaga – ms 117
Keistimewaan produk seperti periuk tembaga menjadi pilihan pelanggan kerana sifatnya
sebagai pengalir haba yang baik. Oleh itu, lauk-pauk yang dimasak akan tahan lebih lama
kerana mendapat haba yang cukup. Semasa proses pembentukan periuk, saiz periuk
tembaga biasanya diukur dengan menggunakan jari tangan sahaja. Penggunaan teknik yang
betul sering diamat-amati bagi memastikan periuk yang kemas buatannya.

tembaga - sejenis logam


pengiktirafan - penghargaan
kraf tangan – hasil buatan tangan
motif – latar
estetika – keindahan, cita rasa
jongkong – bongkah

Catatan Usaha Pak Leh


Antara usaha Pak Leh untuk meneruskan tradisi iini ialah sentiasa peka akan permintaan
semasa terhadap produk kraf tembaga. Beliau akan memastikan bekalan jongkong tembaga
mencukupi untuk pengeluaran produk pada tiap-tiap bulan. Beliau berharap agar seni
pertukangan kraf tembaga ini akan terus kekal zaman-berzaman. Cara-cara lain untuk
memperkembang seni pertukangan ini ialah Pak Leh perlu mengadakan promosi hasil kraf
tangannya dalam media elektronik dan media sosial.
Seni Persembahan Bangsawan – ms 118
- murid menyalin perenggan

48
Koleksi Cikgu Rose
LATIHAN BUKU TEKS- TAHUN 6

CADANGAN JAWAPAN
Latihan Buku Teks-Tahun 6
Tema 6 – Sains,Teknologi,
dan Inovasi

49
Koleksi Cikgu Rose
LATIHAN BUKU TEKS- TAHUN 6

TEMA 6 - Sains, Teknologi, dan Inovasi


Unit 16 – Indahnya Sains
Rangsangan – ms 119
1. Sains, teknologi , dan inovasi banyak membantu manusia dalam urusan harian.
2. Mesin pemotong rumput alat kawalan jauh dapat membantu membersihkan belukar
dan semak samun.
3. Mesin pemotong ini dapat dihidupkan dengan mudah dengan menggunakan
kunci pemula.
4. Reka bentuk yang canggih dan teknologi terkini membolehkan jet ski meluncur di atas air.
5. Jet ski membantu menemui orang yang lemas dengan lebih cepat.

cerita :

Mesin rumput Blu-Kar ini digerakkan dengan enjin diesel dan boleh dihidupkan dengan
mudah menggunaakan kunci pemula. Ia boleh dikawal dalam jarak radius 150 meter. Ia
bukan sahaja membolehkan anda memotong rumput sambil duduk pada jarak jauh, malah ia
juga lebih selamat untuk membersihkan kawasan belukar. Ia dilengkapkan dengan kipas
pemotong jenis logam karbon kelajuan tinggi yang tahan lasak. Jet ski menggunakan
teknologi canggih membolehkan kenderaan ini terapung di atas air. Mempunyai kelajuan
tinggi dan reka bentuk badan dari polimer dan bahan komposit .Jet ski dilengkapi dengan
enjin pembakaran dalaman dan kekuatan unit kuasa yang berbeza. Digunakan tidak hanya
untuk acara sukan, tetapi juga sebagai alat rekreasi, dan juga dibeberapa badan
penguatkuasaan undang-undang.
( mana-mana jawapan yang sesuai )
Indahnya Sains – ms 120 & 121
Sang Daun : Sumbangan saya pula ialah, saya menyerap karbon dioksida dan mengeluarkan
oksigen yang diperlukan oleh manusia dan haiwan. Selain itu, saya juga dapat
membantu menyerap pencemaran bunyi. Dengan cara ini, saya mampu
mengurangkan pencemaran bunyi.
Sang Burung : Ya, saya gembira bersarang di sini. Pokok ini mempunyai banyak dahan dan
ranting yang kuat. Jadi, saya dapat membuat sarang dengan kukuhnya.
Selain itu, pokok ini juga mempunyai daun yang lebar dan rimbun. Daun
seperti ini mampu melindungi sarang saya daripada panas terik matahari
dan juga hujan.
Sang Batang : Terima kasih Sang Buah. Wahai kawan-kawanku semua, marilah kita
menjaga hubungan ini. Kita haruslah bekerjasama dan hormat-menghormati
antara satu sama lain. Janganlah kita bermusuh dan hiduplah aman damai.
Adopsi Kup-kupu – ms 122 & 123
Faris : Saya merumuskan bahawa program adopsi kupu-kupu ini bagus untuk kita sertai.
Sebagai seorang murid, kita dapat belajar dan melihat sendiri proses kitaran hidup
kupu-kupu. Pengalaman ini dapat kita aplikasikan dalam proses pembelajaran sains
di sekolah. Harga yang ditawarkan pula adalah sangat berpatutan.
Izzah : Saya meramalkan orang ramai akan turut menyertai program ini dengan membeli
untuk anak-anak mereka dan menyokong program adapsi kupu-kupu ini kerana
banyak manfaatnya. Di samping itu, sebagai manusia, kita tidak sanggup untuk
melihat kepompong ini dihapuskan.Saya juga meramalkan ibu saya akan menyokong
program adapsi kupu-kupu ini.

Pusat Sains dan Kreativiti Terengganu – ms 124

50
Koleksi Cikgu Rose
LATIHAN BUKU TEKS- TAHUN 6

1. Saya akaan menyusun maklumat dan foto yang diambil semasa menyertai lawatan
PSKT. Saya akan memilih foto-foto yang menarik dan hebat.
2. Saya akan memilih dan membuat satu reka cipta ciptaan saya sendiri berpandukan ilmu
dan pengalaman yang diperoleh semasa lawatan.
3. Saya akan mendokumentasikan semua dapatan saya ini dalam bentuk Microsoft
PowerPoint dengan kreatif untuk mendapatkan hasil yang terbaik.
4. Saya akan membentangkan kepada rakan-rakan dan guru di kelas semasa mata
pelajaran Sains untuk berkongsi ilmu dengan kawan-kawan.
Cantiknya Buruj – ms 125

- murid menulis tulisan Jawi


Pantulan Cahaya – ms 126
Peluasan Subjek
1. Penggunaan cermin memudahkan doktor gigi.
2. Seorang pemandu menggunakan cermin pandang sisi.
3. Cermin cembung memperlihatkan pemandangan sukar.
4. Pelanggan salun dandanan rambut dapat melihat imej bahagian belakang kepalanya.
Peluasan Predikat
1. Cermin memudahkan doktor gigi memeriksa gigi pesakitnya.
2. Pemandu menggunakan pantulan daripada cermin pandang sisi.
3. Cermin cembung memperlihatkan pandangan laluan sukar.
4. Pelanggan dapat melihat imej potongan rambut bahagian belakang kepalanya.

Unit 17 – Teknologi Membantu Kita


Hebatnya Topi Keledar Bluetooth – ms 127
Abang : Abang bersetuju dengan cadangan Izzah kerana topi keledar ini menggunakan
teknologi yang terkini dan selamat untuk digunakan oleh ayah. Ayah pasti
51
Koleksi Cikgu Rose
LATIHAN BUKU TEKS- TAHUN 6

akan gembira nanti.


Hana : Saya pun bersetuju. Ayah pasti suka kerana mudah , selamat , dan mesra
untuk digunakan. Topi ini dilengkapi dengan antena FM, bateri dan
pengecas juga disediakan, mikrofon yang berkualiti serta panel kawalan
yang canggih.
Izzah : Saya dapat bayangkan, ayah akan terkejut dan bangga dengan hadiah ini.
Ayah pasti akan merasa gembira dan terus cuba memakai topi ini.
Menulis perenggan.
Topi Keledar Bluetooth merupakan sebuah topi keledar dengan teknologi yang canggih. Topii
ini dilengkapi dengan antenna FM yang boleh menerima saluran radio dari seluruh dunia.
Selain itu, topi ini juga dilengkapi dengan bateri dan pengecas untuk memudahkan pengguna
mengecas semula. Batri yang dibekalkan jenis bateri tahan lama, pengecasan mengambil
masa selama tiga jam sahaja dan empoh bercakap selama sepuluh jam.
Topi ini juga menyediakan mikrofon yang berkualiti. Apabila bercakap, kita akan
mendengar suara dengan jelas dan dapat mengawal bunyi persekitaran. Apabila mendengar
panggilan masuk, pengguna hanya perlu mengucapkan “hello” untuk mengaktifkan
sambungan. Akhir sekali, topi ini menyediakan panel kawalan dengan menggunakan
teknologi Blurtooth yang mudah digunakan dan mesra penunggang. Panel kawalan ini sesuai
digunakan dengan semua jenis telefon bimbit dan amat sesuai untuk komunikasi antara
penunggang semasa berkonvoi.
Mesin Rumput Kawalan Jauh – ms 128 & 129

Ramalan :
Saya yakin semua petani amat berminatt dan ingin memiliki mesin Blu-Kar ini untuk
membantu dan memudahkan urusan membersihkan ladang.Sekiranya petani dapat membeli
mesin ini, sudah pasti mereka tidak lagi penat untuk menebas semak samun dan lalang.
Petani boleh duduk sambil mengawal pergerakan mesin Blu-Kar ini . Sudah pasti kerja-kerja
pembersihan ini dapat dilakukan dengan mudah dan selamat.
Mesin Rumput Kawalan Jauh – ms 128 & 129
1. Syarikat rekaan milik Zulkifli bin Haji Haron memperkenalkan sebuah
mesin rumput kawalan jauh yang bernama Blu-Kar.
2. Mesin ini digunakan untuk membersihkan semak-samun serta belukar yang tebal.
3. Mesin ini digerakkan oleh enjin diesel berkeupayaan 10 kuasa kuda dan
dihidupkan dengan menggunakan kunci pemula.
4. a. bilah pemotong jenis logam karbon berkelajuan tinggi dan tahan lasak.
b. dilengkapi dengan sistem pacuan empat roda.
c. mesin sangat lasak dan sesuai melepasi pelbagai halangan.
d. boleh dikawal dalam jarak yang jauh oleh pengguna.
e. enjin berkuasa tinggi dan mudah digerakkan.

Saudara Teknologi – ms 130 & 131

Pengerusi,
52
Koleksi Cikgu Rose
LATIHAN BUKU TEKS- TAHUN 6

Kelab Sains dan Teknologi,


SK Seri Permai,
31200 Ipoh,
PERAK DARUL RIDZUAN.
_______________________________________________________________________
Pengerusi,
Kelab Sains dan Teknologi,
SK Lembah Sireh,
31200 Ipoh,
PERAK DARUL RIDZUAN. 18 JULAI 2022

Tuan,
Undangan Menyertai Pameran Sains dan Teknologi.
Merujuk perkara di atas, pihak Kelab Sains dan Teknologi SK Seri Permai ingin mengundang
Kelab Sains sekolah tuan untuk menyertai pameran Hari Sains dan Teknologi yang akan
diadakan di sekolah kami.
2. Tujuan penganjuran Hari Sains dan Teknologi adalah untuk menambahkan ilmu
pengetahuan murid-murid tentang sains dan teknologi. Selain itu, aktiviti seperti ini juga dapat
menarik minat murid-murid terhadap bidang sains dan teknologi, sekali gus memupuk
budaya sains dan teknologi dalam kalangan generasi muda masa kini.
3. Kami berbesar hati ingin menjemput pihak tuan bersama-sama menjayakan program ini
dan membuat pameran bersama. Kami sedia maklum bahawa sekolah tuan telah muncul
sebagai johan daerah dalam pertandingan STEM online pada tahun lepas. Hasil ciptaan
pihak tuan begitu menarik dan kami ingin berkongsi ilmu dan melihat sendiri hasil ciptaan
tersebut.
4. Sehubungan dengan itu, berikut adalah perincian program tersebut.
Tarikh : 30 Julai 2022
Hari : Sabtu
Masa : 8.00 pagi
Tempat : Dewan Gemilang , SK Seri Permai
Kami berharap semoga undangan ini akan mendapat pertimbangan yang sewajarnya
daripada pihak tuan. Atas kerjasama dan perhatian tuan, kami dahulukan ucapan terima
kasih.
Sekian,
Yang benar,
(AMNA BINTI AZMAN)
Setiausaha,
Kelab Sains dan Teknologi,
SK Seri Permai.

Kuasa di Hujung Jari – ms 132


Mereka yang berusia 19 tahun ketika itu mencipta sistem tersebut sebagai projek tahun
akhir. Mereka mengambil masa selama enam bulan untuk menyiapkan prototaip sistem
tersebut. Motosikal dan kereta boleh menggunakan sistem tersebut .

53
Koleksi Cikgu Rose
LATIHAN BUKU TEKS- TAHUN 6

Kenderaan yang telah dipasang dengan sistem tersebut tidak boleh dibuka oleh orang
lain. Hanya pemilik cap jari atau orang yang sudah direkodkan dalam sistem boleh
menghidupkannya.
Masalah kecurian kenderaan dapat diatasi kerana sistem tersebut sukar untuk diceroboh.
Sesiapa pun tidak boleh menghidupkan kenderaan sekiranya tidak menggunakan cap jari
pemilik yang sah.
Pelajar dan pensyarah kolej sudah mula membuat tempahan pemasangan sistem tersebut.
Amiruddin dan Adeb dapat menyiapkan sistem tersebut dalam masa kira-kira 12 hari sahaja
jika alatan yang diperlukan lengkap .
Unit 18 – Inovasi Kreatif
Hasil Kreatif – ms 133
Izzah: Singki ini diperbuat daripada meja terpakai kerana dapat menjimatkan kos dan
mudah disediakan.
Amna : Singki ini disediakan oleh guru-guru kita sendiri yang diketuai oleh Cikgu Nazri,
guru mata pelajaran reka bentuk dan teknologi sekolah kita.
Izzah : Pada pendapat saya, singki ini cukup menarik dan unik. Meja plastik yang tidak
boleh digunakan telah dioleh menjadi singki untuk kegunaan murid-murid. Secara
tidak langsung sekolah kita telah menyokong program kitar semula. Guru-guru
kita sungguh kreatif menyiapkan singki ini untuk kegunaan murid-murid agar
sentiasa menjaga kebersihan.
Berinovasi demi Alam Lestari – ms 134 & 135
Pernyataan 1 Perenggan 2
Inovasi straw ini tercetus apabila beliau melihat beras hancur daripada perusahaan padinya
tidak mempunyai nilai pasaran yang tinggi. Beras hancur hanya diproses menjadi makanan
ternakan.
Ilmu : Sains dan Teknologi
Nilai : Menghargai alam sekitar / Kreatif
Pernyataan 2 Perenggan 3
Straw ini menonjolkan satu inovasi yang mampu menggantikan penggunaan straw plastik.
Ciptaan ini ibarat serampang dua mata kerana membawa kebaikan kepada pelestarian alam
sekitar dan pasaran beras tersebut
Ilmu : Sains dan Teknologi
Nilai : Menghargai alam sekitar / Bijaksana
Berinovasi demi Alam Lestari – ms 134 & 135

Pernyataan 3 Perenggan 4
Kandungan straw daripada bahan semula jadi tanpa menggunakan bahan kimia dapat
mengekalkan rasa aslinya.
Ilmu : Sains dan Teknologi
Nilai : Menghargai alam sekitar / Menjaga kesihatan

Pernyataan 4 Perenggan 5
Straw ini juga boleh dimakan dengan selamatnya. Jika tidak, straw ini boleh dijadikan baja
tanaman kerana sifatnya yang mudah terurai sepenuhnya.
Ilmu : Sains dan Teknologi
Nilai : Menghargai alam sekitar / Kreatif

Berinovasi demi Alam Lestari – ms 134 & 135

1.Ilmu : Kelesterian Alam


Nilai : Kasih sayang

54
Koleksi Cikgu Rose
LATIHAN BUKU TEKS- TAHUN 6

2.Ilmu : Sains dan teknologi


Nilai : Kreatif
3.Ilmu : Sains dan Teknologi
Nilai : Kreatif
4.Ilmu : Kelesterian Alam
Nilai : Menghargai alam sekitar
5.Ilmu : Kelesterian alam
Nilai : Kreatif
6.Ilmu : Pertanian dan Penternakan
Nilai : Bijaksana
7.Ilmu : Ekonomi
Nilai : Berwawasan
8.Ilmu : Ekonomi
Nilai : Bersyukur
Inovasi Pembelajaran Bahasa – ms 136

Penginovasi Luncur Jet – ms 137

Penginovasi Luncur Jet – ms 137

Sewaktu pulang ke kampung, Izzah melihat Pak Cik Din sedang membuat luncur jet di
pekarangan rumahnya. Pak ciknya itu sedang memerah otak untuk menyiapkan luncur jet
itu. Beliau telah meminta buah fikiran Izzah. Beliau memberi Izzah katalog warna untuk
55
Koleksi Cikgu Rose
LATIHAN BUKU TEKS- TAHUN 6

memilih warna yang sesuai.


Izzah melihat katalog warna tersebut. Kemudian Izzah memberikan pendapatnya tentang
pilihan warna yang menarik dan bersesuaian seperti yang diajar oleh ayahnya. Pak Cik Din
memuji Izzah kerana otak geliga. Izzah tersenyum kerana ke mana tumpahnya kuah kalau
tidak ke nasi.
Pak Cik Din menceritakan kepada Izzah bagaimana luncur jet ini dibuat. Beliau
memberitahu Izzah yang luncur jet ini dibuat daripada bot kaca gentian terpakai. Hendal
basikal pula digunakan agar luncur jet ini mudah dikawal. Kos ciptaannya jauh lebih murah
berbanding dengan harga luncur jet dalam pasaran. Paling menarik luncur jet ini boleh
bergerak dalam keadaan mengundur. Semua ini dihasilkan menggunakan tulang empat
keratnya. Bagi beliau, di mana ada kemahuan, di situ ada jalan.
Izzah amat kagum akan kehebatan inovasi yang dibuat oleh Pak Cik Din. Dia yakin yang
ciptaan Pak Cik Din akan mendapat banyak tempahan. Pak Cik Din menceritakan bahawa
semasa Perintah Kawalan Pergerakan, dia tidak suka membuang masa begitu sahaja.
Beliau mendapat idea melalui bacaan dan mula melayari Internet untuk mendapat lebih
maklumat. Rezekinya semakin bertambah bagai bulan jatuh ke riba apabila hasil ciptaan
inovasinya ini mendapat permintaan tinggi daripada orang perseorangan dan juga syarikat
pelancongan.
Pak Cik Din seorang yang bersemangat tinggi. Beliau akan terus melakukan inovasi
untuk menghasilkan luncur jet yang lebih canggih. Semua kejayaan ini adalah hasil titik
peluhnya, dia yakin usaha tangga kejayaan.

Penginovasi Luncur Jet – ms 137

Kreativiti Kami – ms 138


Ayat Tunggal
1. Murid-murid mengukur batang paip PVC.
2. Ketua kumpulan menanda sebelum memotong batang paip.

56
Koleksi Cikgu Rose
LATIHAN BUKU TEKS- TAHUN 6

3. Seorang murid memotong batang paip.


4. Seorang murid menyambung batang paip.
5. Mereka menyambung menggunakan gam.
6. Dua orang murid memasang alas kain.

Peluasan Subjek.
1. Murid-murid kelas Enam Bestari mengukur batang paip PVC.
2. Ketua kumpulan masing-masing menanda sebelum memotong batang paip.
3. Seorang murid lelaki memotong batang paip.
4. Seorang murid lelaki menyambung batang paip.
5. Mereka menyambung batang paip menggunakan gam.
6. Dua orang murid perempuan memasang alas kain.

Peluasan Predikat.
1. Murid-murid kelas Enam Bestari mengukur batang paip PVC di bengkel kemahiran hidup.
2. Ketua kumpulan menanda sebelum memotong batang paip tersebut supaya
mendapat ukuran yang betul.
3. Seorang murid lelaki memotong batang paip menggunakan sebilah gergaji tajam.
4. Seorang murid lelaki menyambung batang paip yang telah siap dipotong untuk membuat
rangka kerusi.
5. Mereka menyambung batang paip menggunakan gam supaya kukuh dan tidak mudah
tercabut.
6. Dua orang murid perempuan memasang kain untuk dijadikan alas tempat duduk.
Bijak Sains – ms 139
 Keperluan asas untuk tumbuhan terus hidup ialah air, cahaya matahari,
ruang dan nutrien.
 Kita hendaklah menyediakan ruang yang sesuai untuk tumbesaran pokok dan
mendapat cahaya yang cukup.
Rumusan :
Semua hidupan seperti pokok memerlukan air, cahaya matahari dan nutrien mendapat untuk
hidup dengan suburnya. Oleh itu, penanam pokok perlulah menyediakan tempat yang sesuai
untuk jenis-jenis pokok itu agar mendapat baja, cahaya dan nutrien yang secukupnya supaya
pokok dapat membesar dengan baik. Penjagaan yang rapi akan mendatang hasil yang baik.
Ramalan :
Pokok-pokok yang dijaga dengan cukup keperluan asas akan tumbuh dengan baiknya dan
tidak terbantut pertumbuhannya.
Dadu Perluasan Ayat – ms 140
Ayat Tunggal :
1. Pokok itu berbuah lebat.
2. Abang membeli topi keledar yang canggih.
3. Mesin pemotong rumput itu memudahkan kerja.
4. Rama-rama itu sungguh cantik.
5. Saya ada sebuah anak patung.
Ayat Majmuk :
1. Straw itu berasaskan beras putih, beras merah, dan beras hitam.
2. Jet ski itu sangat laju dan berteknologi terkini.
3. Cermin pandang sisi digunakan untuk melihat kenderaan di bahagian sisi oleh pemandu.
4. Singki ini diperbuat daripada meja terpakai kerana dapat menjimatkan kos dan
mudah disediakan.
5. Guru dan murid membuat sebuah anak patung untuk menjimatkan kos.

Yang Mana Satu – ms 141


Rumusan :
Penyangkut baju elektrik lebih kecil dan sesuai diletakkan di dalam almari pakaian. Alat ini

57
Koleksi Cikgu Rose
LATIHAN BUKU TEKS- TAHUN 6

juga kurang menggunakan tenaga elektrik dan dilengkapi dengan ciri-ciri keselamatan. Alat
ini juga bercirikan kalis air dan mudah digunakan. Manakala, rak pengering pakaian pula
boleh dipasang pada siling rumah dan menjimatkan ruang. Pakaian yang disidai pada rak
pengering pakaian ini cepat kering kerana dilengkapi dengan alat pemanas serta dapat
mengurangkan kedut pakaian.
Ramalan :
Saya meramalkan mereka akan membeli rak pengering pakaian kerana dapat menyidai
pakaian lebih banyak,menjimatkan ruang serta pakaian lebih cepat kering. Dengan cara ini,
mereka dapat menjimatkan kos. Mereka tidak akan membeli penyangkut baju elektrik kerana
penyangkut tersebut hanya boleh digunakan untuk sehelai baju sahaja.
Inovasi Perkhidmatan Farmasi – ms 142
Rumusan :
Perkhidmatan Tambah Nilai Farmasi adalah perkhidmatan inovatif yang disediakan untuk
pesakit bagi memudahkan mereka mendapatkan ubat susulan. Ia melibatkan aktiviti
pendispensan ubat bagi pesakit dengan preskripsi jangka panjang bagi bekalan ubat susulan
dan semasa mereka. Pengguna boleh memilih pilihan dalam memudahkan mereka
mendapatkan bekalan ubat susulan. Antara perkhidmatan yang disediakan adalah Sistem
Pembekalan Ubat Bersepadu, Sistem Temujanji , Farmasi Pandu Lalu, dan Ubat Melalui Pos
1 Malaysia.
Ramalan:
Saya meramalkan ramai pesakit menggunakan perkhidmatan ini kerana dapat
mengurangkan beban pesakit dari segi kos dan masa. Pesakit tidak perlu menunggu lama
untuk mendapatkan bekalan ubat dan mendapatkan ubat dalam masa yang ditetapkan. Pihak
hospital juga dapat memberikan perkhimatan yang lebih baik kerana tidak berlaku kesesakan
ruang menunggu ubat.

58
Koleksi Cikgu Rose
LATIHAN BUKU TEKS- TAHUN 6

TEMA 7 - Pertanian dan Penternakan


Unit 19 – Penternakan Janakan Pendapatan
Rangsangan – ms 143
a. Penternakan ikan d. Perlombongan
b. Penanaman buah-buahan e. Pertanian
c. Penternakan kambing f. Hasil kraf tangan

1. Penternakan kambing boleh mendatangkan keuntungansekiranya ia dijalankan


secara terancang.
2. Industri padi di Malaysia merupakan salah satu industri pertanian yang ke3 terpenting

CADANGAN JAWAPAN
Latihan Buku Teks-Tahun 6
Tema 7 – Pertanian dan
Penternakan

59
Koleksi Cikgu Rose
LATIHAN BUKU TEKS- TAHUN 6

di Malaysia.
3. Petani juga menceburi bidang penternakan ikan dan udang yang memberi pulangan
yang besar.
4. Perlombongan juga merupakan salah satu industri utama di Malaysia.
5. Pelbagai hasil kraf tangan dihasilkan oleh penduduk tempatan untuk meningkatkan
ekonomi mereka.

Perenggan :
Sektor pertanian dan penternakan memainkan peranan yang penting di dalam ekonomi
negara melalui sumbangannya kepada pendapatan negara dan perolehan eksport serta
mewujudkan peluang pekerjaan. Sektor ini adalah pembekal utama makanan dan juga bahan
mentah untuk industri berasaskan sumber.

( mana-mana jawapan yang sesuai )


Ayuh, Kita Berternak ! – ms 144
Antara faedah memperkenalkan kegiatan penternakan di sekolah ialah dapat memberi
peluang kepada murid-murid untuk berjinak-jinak dalam bidang penternakan. Selain itu,
kawasan sekolah yang luas juga dapat dimanfaatkan dengan kegiatan penternakan. Murid
boleh menternak arnab, ayam, lembu,dan kambing . Secara tidak langsung, murid
memperoleh pengalaman memerah susu, memungut telur, dan menghalau itik masuk ke
reban. Ahli Kelab Pertanian juga dapat belajar mengurus ladang dengan bantuan guru
penasihat. Seterusnya, Kelab Pertanian boleh mengaut keuntungan daripada hasil jualan
ternakan dan digunakan untuk kecemerlangan sekolah.
Akhirnya, dari sudut jangka panjang, pelajar yang terbabit terbuka minda mereka ke
arah industri perladangan dan penternakan secara profesional.

Sasaran Ternakan Kelab Pertanian SK Seri Permai – ms145


Irfan : Kelab Pertanian bercadang untuk menjalankan kegiatan penternakan
di sekolah. Apakah pendapat rakan-rakan tentang cadangan ini?
Nalini : Saya bersetuju dengan cadangan Kelab Pertanian tersebut. Banyak faedah
yang diperoleh jika kegiatan tersebut dilaksanakan di sekolah. Kawasan sekolah
kita sangat luas dan bersesuaian dengan projek ini.
Robin : Benar, Nalini. Kita boleh memanfaatkan kawasan sekolah untuk menternak
arnab, puyuh,ayam,lembu, dan kambing.
60
Koleksi Cikgu Rose
LATIHAN BUKU TEKS- TAHUN 6

Shu Ying : Saya tidak keberatan seandainya Kelab Pertanian hendak menjalankan
kegiatan penternakan. Bagaimanapun, kita perlu mengambil kira beberapa
masalah yang mungkin kita hadapi.
Irfan ; Saya setuju Shu Ying. Kelab Pertanian haruslah membuat kertas kerja yang
lengkap bagi memastikan projek dapat dilaksanakan dengan baik. Segala
masalah yang berkemungkinan akan timbul mestilah ada jalan penyelesaiannya.
Saya percaya, guru penasihat Kelab Pertanian telah sedia maklum dan
dapat menjayakan projek ini.
Nalini ; Apakah sasaran ternakan Kelab Pertanian ?
Robin : Sasaran Kelab Pertanian ialah memelihara 6 ekor kambing, 20 ekor ayam dan
itik, 2 ekor lembu, dan 10 ekor arnab.
Shu Ying : Kelab juga menetapkan sasaran dengan pengeluaran susu lembu segar
sebanyak 2 liter sehari dan mengutip sekurang-kurangnya 15 biji telur ayam dan
telur itik sehari.
Irfan : Selain itu, Kelab Pertanian juga dapat mengaut keuntungan daripada
hasil jualan ternakan untuk kecemerlangan sekolah dan persatuan.

Perikanan Darat – ms146 & 147


Tafsiran :
Nelayan Tasik Biru bersemangat untuk berjaya dalam bidang perikanan darat. Mereka
bekerjasama menghadapi rintangan , membina jeti untuk kemudahan, mengatasi masalah
serangan ikan pemangsa, ikan raja, dan menubuhkan koperasi untuk membantu nelayan.
Ikan -ikan yang sukar diperoleh seperti temoleh, patin, dan baung boleh dijual dengan harga
yang mahal. Ikan tilapia, lampan, dan puyu boleh dijual terus ke restoran melalui koperasi.
Pihak koperasi juga boleh menghasilkan produk daripada ikan seperti ikan pekasam dan ikan
kering untuk meningkatkan ekonomi.

Menternak Angsa – ms148

61
Koleksi Cikgu Rose
LATIHAN BUKU TEKS- TAHUN 6

Pembinaan Reban
Reban biasanya dibuat untuk angsa berteduh, bertelur dan tidur sahaja. Angsa tidak suka tinggal di
dalam reban tetapi lebih suka berkeliaran. Kotak atau tayar buruk yang beralas rumput, jerami, atau
kain disediakan untuk angsa bertelur.
Pemakanan
Haiwan ini kuat makan dan cepat membesar. Angsa makan pelete makanan ayam dalam kuantiti
yang lebih banyak berbanding dengan unggas lain. Kadang kala angsa boleh diberi makanan rumput,
batang pisang muda, sayur, soya hampas dan daun pandan.
Pembiakan
Sebaik-baiknya angsa dibela sepasang atau bertiga bagi tujuan pembiakkan. Angsa betina mampu
bertelur sehingga sepuluh tahun. Angsa yang menghasilkan telur lebih banyak pada tahun kedua
berbanding dengan tahun pertama.
Pengeraman
Telur angsa perlu diambil setiap dua hari. Sebarang kelewatan akan menyebabkan kadar penetasan
telur berkurangan. Jangka masa pengeraman telur angsa adalah antara 29 hingga 30 hari. Pakar
mensarankan suhu yang paling baik sekali untuk menyimpan telur angsa adalah antara tujuh darjah
Celsius sampai 13 darjah Celsius.
Penjagaan Penjagaan Anak Angsa
Selepas telur menetas, anak angsa telah diletakkan di dalam tempat mengeram selama tiga hingga
tujoh hari sehingga bulunya kering. Hendaklah selalu dibersihkan supaya bebas daripada hama dan
tidak dihurung agas. Selepas itu, ia boleh dialihkan ke reban yang ditutup dengan jaring atau
kalambu.
Seloka Menjadi Penternak – ms149
1. Janganlah kita memilih pekerjaan.
2. Tidak boleh bersikap malas jika ingin berjaya.
3. Bidang penternakan boleh menghasilkan pendapatan yang lumayan.
4. Kerja menternak boleh mengurangkan tekanan dalam hidup.
5. Tiada guna memiliki sijil yang tinggi jika tiada pekerjaan.
6. Bidang penternakan menghasilkan pendapatan yang lumayan sekiranya diusahakan
dengan baik.

Ketam Nipah Kotak – ms150


Irfan : Apa khabar , Pak Cik Rosli ?
Pak Cik Rosli: Khabar baik, Irfan, Sudah lama Irfan tidak datang ke rumah pak cik.
Tentu ada hal menarik yang hendak Irfan sampaikan.
Irfan : Saya teringat akan pak cik apabila terbaca iklan tentang kursus
penternakan ketam nipah. Adakah pak cik masih berminat untuk
menternaknya ?
Pak Cik Rosli : Ya, pak cik masih berminat. Bilakah kursus itu akan diadakan ?
Irfan : Kursus tersebut akan diadakan pada 17 Oktober hingga 12 Disember
62
Koleksi Cikgu Rose
LATIHAN BUKU TEKS- TAHUN 6

dan 24 Oktober hingga 19 Disember. Pak cik boleh memilih tarikh


yang sesuai.
Pak Cik Rosli : Berapakah bayaran yang akan dikenakan untuk menyertai kursus itu?
Irfan : Bayaran yang dikenakan sebanyak RM899.00.
Pak Cik Rosli : Apakah maklumat yang terdapat dalam iklan tersebut ?
Irfan : Iklan ini menyatakan serba sedikit tentang ketam nipah dan cara
penternakannya.
Pak Cik Rosli: Terima kasih, Irfan. Pak cik berminat untuk mengikuti kursus ini.
Unit 20 – Rezeki daripada Tanah
Menanam Sayur di Rumah – ms151
Irfan : Apakah jenis sayuran yang kita hendak tanam , abang ?
Abang : Kita perlu memilih sayur yang sesuai untuk ditanam seperti bayam putih,
tomato, lada benggala dan kubis bunga. Sayur-sayur ini baik untuk
kesihatan kita.
Irfan : Pada pendapat abang, sayur apakah yang sesuai untuk kita tanam ?
Abang : Semua jenis sayur ini sesuai untuk kita tanam , cuma cara penanaman dan
penjagaannya berbeza.Begitu juga dengan tempoh keluar hasilnya. Kita
perlu memilih sayur yang sesuai iaitu cara penjagaan yang mudah dan
mendapat hasil yang cepat.
Irfan ; Betul.Saya memilih untuk menanam lada benggala. Tempoh keluar hasilnya
dalam masa 7 hingga 9 minggu dan mudah ditanam.Saya suka makan
sayur lada benggala ini. Bagaimana pula dengan abang ?
Abang : Abang pula akan menanam sayur bayam putih. Bayam putih ini cepat
mengeluarkan hasil. Kita boleh mengutip hasilnya dalam jangka masa 4
minggu sahaja. Selain itu, sayur ini juga mudah untuk ditanam dan harga
benihnya juga tidak mahal.

Pahlawan Cangkul di Tengah Kota – ms152 & 153

Pahlawan Cangkul di Tengah Kota – ms152 & 153

63
Koleksi Cikgu Rose
LATIHAN BUKU TEKS- TAHUN 6

Teka-teki Buah-buahan – ms154


 rambutan
 manggis
 durian
 delima
 nanas
 betik
Ada Padi Ada Beras – ms155
 murid menulis baris pantun yang bersesuaian dengan keindahan bahasa.

* mana-mana di terima

Enaknya Harum Manis – ms156


Ayat seruan :
1. Eh, pokok harum manis Mak Wan sudah berbuah !
2. Syabas, Mak Wan, buahnya lebat sekali !
3. Wah, manis sungguh harum manis ini !
4. Amboi, panjang lebar penerangan Mak Wan !
5. Eh, ada lagi !
Ayat Perintah :

64
Koleksi Cikgu Rose
LATIHAN BUKU TEKS- TAHUN 6

1. Cuba lihat di sana.


2. Jemputlah rasa harum manis ini, irfan.
3. Lihatlah cuaca di sini .
4. Lihat pula tanahnya.
5. Buat jus atau campurkannya dengan makanan lain.
6. Usah makan harum manis ini banyak sangat pula.
Dialog :
Mak Wan : Irfan, cuba lihat ini .
Irfan : Eh, pokok harum manis Mak Wan berbuat lebat !
Mak Wan : Marilah ke sini , Irfan.
Irfan ; Wah, buahnya berbau manis sekali !
Mak Wan : Jemputlah makan buah harum manis ini , Irfan.
Irfan : Wah, manis sungguh rasanya !
Mak Wan : Ambillah buah harum manis ini untuk dibawa balik.
Irfan : Eh, terima kasih Mak Wan ! Tentu ibu suka harum manis ini.
Unit 20 – Rezeki daripada Tanah
Pokok Serba Guna – ms157
Saya Sebatang Pokok Betik
Saya sebatang pokok betik. Saya berguna kepada manusia. Saya dijual di pasar basah dan
pasar raya.
Manusia suka akan saya. Pucuk saya boleh dibuat ulam dan kerabu. Daun saya pula
dapat melembutkan daging semasa direbus.
Selain itu, getah saya juga berguna. Getah saya boleh dibuat ubat penyakit kulit. Kulit
saya berwarna hijau dan bertukar kepada warna kuning apabila ia matang. Buah saya enak
dimakan dan selalu dijadikan pencuci mulut.. Buah saya juga berkhasiat dan kaya dengan
vitamin A dan C. Oleh itu, saya dapat dijadikan penawar sembelit. Saya juga boleh dihasilkan
pelbagai produk. Antaranya termasuklah jus betik, halwa, jem, sabun, kosmetik dan ubat.
Saya sangat baik dan pokok serba guna untuk manusia. Oleh itu, tanamlah saya.

Saya Sebatang Pokok Kelapa


Saya sebatang pokok kelapa. Saya hidup subur di kawasan persisiran pantai. Saya juga
banyak terdapat di desa dan di luar bandar. Saya mempunyai banyak kegunaan kepada
manusia. Saya juga dijual di merata-rata tempat.
Pucuk saya boleh dibuat sarung ketupat. Lidi saya pula boleh dibuat penyapu.
Air daripada kelapa muda saya dapat menghilangkan dahaga. Batang saya pula boleh dibuat
titi untuk orang menyeberangi parit atau anak sungai.
Saya juga banyak khasiatnya. Saya dapat mencegah dehidrasi dan menjaga daya
tahan tubuh. Saya boleh menghasilkan pelbagai produk. Antaranya termasuklah jeli, berus,
kraf tangan, minyak masak, sabun, dan kosmetik.
Saya sangat baik dan pokok serba guna untuk manusia. Oleh itu, tanamlah saya.

Susu Kambing Segar – ms158 & 159

65
Koleksi Cikgu Rose
LATIHAN BUKU TEKS- TAHUN 6

Rumusan :
Persekitaran ladang yang baik dapat membantu menghasilkan susu yang bermutu. Rumput
yang subur menjadi sumber makanan yang berkhasiat untuk kambing. Kandang dan
kawasan ladang yang luas serta dijaga dengan baik akanmembolehkan kambing yang
diternak secara gembala lebih sihat,aktif, dan bersih. Selain itu, susu kambing diperah
dengan tangan dan tidak bercampur dengan air dan perisa tiruan . Susu kambing segar dan
asli.
Ramalan :
Encik Aizat boleh menambahkan lagi bilangan kambing ternakannya memandangkan
kawasan ladang ini luas dan persekitaran yang sesuai. Beliau juga boleh menambahkan
bilangan pekerja untuk menguruskan ternakan ini. Seterusnya, beliau perlu menggunakan
kaedah yang lebih moden untuk memerah susu tetapi masih mengekalkan mutu susu yang
dikeluarkan. Pengeluaran susu segar di Malaysia semakin meningkat kerana rakyat Malaysia
semakin mementingkan pemakanan sihat.
Pokok Lidah Buaya – ms 160
Pada pendapat saya, Pak Cik Salim boleh mengusahakan penanaman lidah buaya secara
komersial. Pokok lidah buaya atau aloe vera merupakan sejenis tumbuhan yang banyak
manfaat. Lidah buaya memiliki khasiat yang luar biasa baik untuk kesihatan ataupun
kecantikan. Terdapat lebih 500 spesies lidah buaya dan pak cik harus memilih spesies yang
sesuai untuk menghasilkan produk. Terdapat pelbagai produk di pasaran seperti minuman,
kosmetik,ubat-ubatan,gel rambut dan gel kulit. Pak Cik Salim harus memilih produk yang
mudah di pasarkan dan mempunyai permintaan yang tinggi.

Hasil Bumi Ini – ms 161


Bumi menghijau
Kaya dengan tumbuh-tumbuhan
Mentari terbit di pagi hari
Sang Murai pula sibuk berkelahi
Pepohon hijau penyejuk mata
Tumbuh subur hasil bumi bertuah

Teknologi moden, penternak hebat,


ternakan dipelbagai bukan hanya kambing dan lembu
66
Koleksi Cikgu Rose
LATIHAN BUKU TEKS- TAHUN 6

Arnab, ayam, rusa , juga ayam belanda di ladang,


Susu dan telur segar dari ladang,
Madu berkhasiat dari alam

Kini hidupan laut diternak


Menari riang di dasarmu
ternakan membiak
penternak tersenyum bahagia
Hasil bumi bertuah
Anugerah Tuhan
Ikan Sangkar – ms 162
Ayat Aktif
1. Ikan tilapia dan ikan patin makan palet.
2. Pak Cik Zaidi memberi ikannya makan dua kali sehari.
3. Pak Cik Zaidi menuai hasil ternakannya setelah enam hingga lapan bulan.
4. Ikan tilapia dan ikan patin menjadi kegemaran ramai.
5. Jualan di pasar menjadi pilihan pelanggan.
6. Pelbagai jenis ikan dan saiz menjadi pilihan pembeli.
7. Peniaga berjualan di pasar yang menjadi tumpuan pelanggan.
8. Pelanggan berselera makan ikan tilapia.
9. Ikan patin dan ikan tilapia menjadi sajian kegemaran orang ramai masa kini.
10. Pelanggan begitu berselera menikmati hidangan ini.
11. Kita boleh memasak ikan patin dana tilapia dengan pelbagai jenis masakan.
12. Mereka menikmati keenakan rasa ikan patin.
( ayat bersesuaian diterima)
Menanam Jagung di Tanah Terbiar – ms 163
Encik Burhan hendak menanam jagung manis. Beliau membajak tanah dan menyediakan
batas. Seterusnya, beliau membuat lubang yang dalamnya kira-kira lima sentimeter. Jarak
antara lubang pula kira-kira 0.6 meter.
Encik Burhan telah memilih benih jagung yang paling baik. Beliau memasukkan tiga
butir biji benih ke dalam lubang. Jika ketiga-tiga biji benih itu bercambah, beliau perlu
mencabut salah satu anak pokok. Dua anak pokok terbaik kekal.
“Beberapa bulan lagi, anak pokok ini akan membesar. Aku akan menjaga tanaman ini
dengan baiknya,” kata Encik Burhan.
Pokok-pokok jagung telah disiram oleh Encik Burhan pada setiap hari. Beliau juga
telah membajai pokok tersebut. Beliau juga telah mengawalnya daripada serangan
penyakit dan rumpai.
Lebih dua bulan telah berlalu. Jagung manis yang ditanam oleh Encik Burhan boleh
dituai. Beliau menjual jagung manis kepada penduduk di kawasan kediamannya.
“Wah, untung juga bertanam jagung ini!” kata Encik Burhan.

Udang Kara Udang Galah – ms 164


Irfan : Robin, mari kita baca maklumat tentang udang kara dan udang galah ini.
Nanti kita boleh membuat penilaian yang mana sesuai untuk kita ternak.
Robin : Baiklah, Irfan. Udang kara diternak di kolam , sama ada kolam di tanah, kolam
simen atau kolam kanvas. Manakala udang galah pula boleh diternak di kolam
di tanah, kolam plastik atau kolam politena.
Irfan : Kita juga perlu tahu tentang mutu air kolam. Udang kara hidup dalam air tawar dan
memerlukan suhu 28 darjah Celcius hingga 34 darjah Celcius. Udang galah pula
boleh hidup dalam air tawar atau air payau. Suhu yang diperlukan antara 25 darjah
Celcius hingga 34 darjah Celcius.
67
Koleksi Cikgu Rose
LATIHAN BUKU TEKS- TAHUN 6

Robin: Kita juga perlu memastikan kebersihan dan kitaran udara di dalam air sentiasa
dijaga supaya udang tidak mati.
Irfan : Cuba lihat jenis makanan pula. Udang kara makan pelet, kentang yang dipotong
dadu, daun ketapang yang dibuang urat, lobak putih dan lobak merah. Udang
kara juga makan lebihan daun bayam dan kangkung kecuali akar. Kita juga boleh
memberinya makan ikan gapi.
Robin ; Makanan udang galah pula amat mudah didapati. Udang galah makan makanan
semulajadi yang terdapat di dalam kolam. Kita juga boleh memberi makanan
tambahan seperti makanan berumus yang boleh dibeli dan campuran pelbagai
jenis bijirin seperti dedak, padi, kacang dan sebagainya.
Irfan ; Betul, Robin. Saya memilih udang galah untuk diternak. Kos memelihara udang
galah lebih jimat berbanding udang kara. Kos makanan murah dan hasil tuaian
pun tidak lama. Tiga hingga empat bulan kita sudah boleh menuai hasilnya. Udang
galah juga mempunyai permintaan tinggi dipasaran.
Robin: Saya setuju. Penternakan udang ini, memerlukan kita mengetahui tentang
kaedah penternakan yang sesuai, mutu air, makanan dan waktu yang sesuai
untuk menuai hasilnya.
Ayuh,Kutip dengan Mudahnya! – ms 165
Dengan menggunakan alat penuai cili api waktu tuaiannya lebih singkat. Oleh itu, petani
dapat menjimatkan masa. Selain itu, penggunaan alat ini juga dapat menggelakkan cili api
bertaburan di tanah. Ini dapat mengelak pembaziran. Jika kita tidak menggunakan alat
penuai cili api, waktu lebih lama. Ini merugikan waktu dan kos upah. Kita dapat menuai cili
api dengan pantasnya dan menjimatkan masa. Walau bagaimanapun, kedua-dua cara tuai ini
baik kerana tidak menggunakan elektrik dan bahan bakar. Oleh itu, alam sekitar sentiasa
terpelihara.
Penanaman Buluh Secara Komersial – ms 166
Rumusan :
Rumusan yang boleh kita peroleh ialah pokok buluh mudah ditanam dan mudah hidup tanpa
penjagaan rapi. Selain itu, banyak produk yang boleh dihasilkan daripada buluh. Pelbagai
inovasi yang boleh dilakukan dengan buluh dan dapat mengubah stigma masyarakat tentang
keberhasilan produk daripada buluh. Produk buluh berpotensi untuk dipasarkan di dalam dan
di luar negara disamping dapat membantu memacu ekonomi negara.
Ramalan :
Untuk masa depan, buluh akan menjadi tanaman komersial utama negara. Banyak kilang
akan dibina untuk menghasilkan produk daripada buluh. Kesannya, banyak peluang
pekerjaan diwujudkan apabila industri buluh berkembang dan produk daripada buluh buatan
Malaysia akan terkenal dan mendapat permintaan tinggi dari negara luar.

Penanaman Buluh Secara Komersial – ms 166


Penggunaan kata yang tepat

Pokok buluh madu senang tumbuh tanpa mengira jenis tanah. Namun demikian, buluh ini
lebih baik ditanam di kawasan yang mempunyai saliran yang elok. Buluh madu biasanya
ditanam melalui anak pokok. Pada peringkat awal, anak pokok disiram dua kali sehari
selama sebulan untuk mengelakkan pokok mati. Pokok ini juga perlu dibaja sekali dalam tiga
bulan. Bagaimanapun, pokok buluh madu tidak memerlukan kawalan serangga perosak

68
Koleksi Cikgu Rose
LATIHAN BUKU TEKS- TAHUN 6

kerana pokok ini lasak dan boleh tumbuh liar.

69
Koleksi Cikgu Rose
LATIHAN BUKU TEKS- TAHUN 6

CADANGAN JAWAPAN
Latihan Buku Teks-Tahun 6
Tema 8 – Ekonomi,
Keusahawanan,
dan Pengurusan Kewangan

70
Koleksi Cikgu Rose
LATIHAN BUKU TEKS- TAHUN 6

TEMA 8 - Ekonomi, Keusahawanan, dan Pengurusan Kewangan


Unit 22 – Sumber Ekonomi
Rangsangan – ms 167
a. Inap desa d. Ladang rusa
b. Gerai jualan pasar pagi e. Nelayan belangkas
c. Ladang itik penelur f. Hotel kucing

1. Pulau Jawa maju dengan kegiatan ekonomi yang pelbagai.


2. Pelancong yang datang ke Pulau Jawa boleh menginap di Inap Desa.
3. Pelancong menaiki pesawat untuk sampai ke Puau Jawa .
4. Keindahan Pulau Jawa begitu mempersona sekali.
5. Pelancong boleh mengunjungi ladang rusa dan ladang pengusaha itik penelur.
6. Terdapat gerai jualan pasar pagi yang menjual aneka barangan.
7. Penduduk tempatan juga boleh menghantar kucing mereka di Hotel Kucing.

( mana-mana jawapan yang sesuai )


Inap Desa Pilihan – ms 168
Izah : Ayah dan ibu, cuba lihat inap desa ini. Saya tertarik dengan inap desa ini. Tentu
kita sekeluarga seronok jika kita bercuti dan menginap di Inap Desa Kampung
Kaseh ini kerana banyak keistimewaan dan keunikannya tersendiri. Inap ini
luas dan selesa. Sudah pasti kita akan merasai pengalaman bermalam di rumah
tradisional Melayu dalam suasana kampung. Kita juga akan dihidangkan dengan
makanan selera kampung dengan harga hanya RM30.00 seorang.. Selain itu , kita
kita juga dapat mencuba aktiviti menggagau ikan di sawah padi dengan harga
RM10.00 sahaja untuk seorang. Seterusnya, kita juga akan mengalami
pengalaman di dusun buah-buahan dan mendapat diskaun 50 peratus daripada
harga pasaran. Saya pasti seronok jika kelurga kita dapat bercuti di sini.
Belangkas Sumber Rezeki – ms 169

Izzah : Encik Azman seorang yang gigih berusaha kerana beliau bermula sebagai nelayan
pantai yang hanya menggunakan bot kecil untuk mencari rezeki. Namun, dengan
berkat sabar dan usahanya itu, beliau telah mula menternak belangkas secara
komersial dan berjaya menjadi seorang pengekspot belangkas.
Izzah : Saya meramalkan, perusahaan ini akan berkembang dan terus maju pada masa
hadapan kerana permintaan tinggi terhadap belangkas di luar negara semakin
meningkat. Selain itu, nelayan setempat juga akan menjual hasil tangkapan
belangkas masing-masing kepada Encik Azman.Syarikat milik Encik Azman
akan terus berjaya.

Pasar Pagi Unik – ms 170


Izzah ; Pada pendapat saya, ekonomi penduduk setempat boleh ditingkatkan apabila

71
Koleksi Cikgu Rose
LATIHAN BUKU TEKS- TAHUN 6

adanya pasar unik ini. Penduduk setempat yang kebanyakkannya bekerja sebagai
petani boleh menjual sendiri hasil pertanian mereka kepada pengunjung. Dengan
cara ini, hasil jualan akan lebih meningkat kerana tidak perlu lagi menjualnya
kepada orang tengah yang membeli daripada mereka dengan harga yang lebih
murah. Selain itu, bagi penduduk berhampiran dan mempunyai halaman rumah
yang luas boleh menjadikan kawasan rumah sebagai tempat meletak kenderaan
pelanggan dan mengenakan sedikit bayaran.
Bagi persoalan kedua pula, saya berpendapat bahawa beberapa perkara perlu
ditambah baik untuk menarik lebih ramai pelanggan yang datang ke sini. Antaranya
termasuklah pihak berkuasa setempat perlu menyediakan papan tanda jalan
penunjuk arah ke pasar tersebut bagi memudahkan pengunjung luar dan dalam
datang ke sini. Tempat tersebut haruslah disusun atur dengan lebih kemas dan
memudahkan pengunjung untuk membeli . Barang-barang jualan haruslah diletak
di atas gerai atau tempat yang tinggi sedikit dan elakkan terus meletak di atas tanah
dengan hamparan plastik.
( idea lain diterima)
Cenderamata Bumi Kenyalang – ms 171
Encik Suden merupakan seorang pengusaha kedai cenderamata. Beliau berniaga di Bandar
Raya Kuching. Di kedai beliau terdapat banyak barang cenderamata dan kraf tangan yang
dihasilkan oleh masyarakat pelbagai kaum dan etnik di Sarawak.
Di bahagian belakang kedai, cenderamata tersebut terdapat sebuah bengkel kraf
tangan. Pelanggan boleh melihat sendiri cara anyaman tikar rotan Sarawak.Lebih istimewa,
tikar-tikar tersebut dianyam sendiri oleh ibu bapanya.
Sebagai pemilik perusahaan barangan kraf tangan, Encik Suden sentiasa manis mulut
semasa melayan pelanggan-pelanggannya. Oleh sebab itu, kedainya sering mendapat
sambutan orang ramai. Kedainya sentiasa dikunjungi oleh ramai pelanggan terutamanya
pelancong dari dalam dan luar negara.
Encik Suden mengamalkan amalan baik semasa mengurus perusahaannya. Beliau
sentiasa memberikan senyuman dan bercakap dengan sopan semasa melayan para
pelanggan. Harga yang ditawarkan juga berpatutan. Barangan kraf tangan yang dijual di
kedai Encik Suden memenuhi cita rasa pelanggan kerana mempunyai nilai estetika yang
tersendiri.
Selain itu, Encik Suden juga bersyukur kerana mempunyai para pekerja yang rajin dan
cekap. Mereka sangat pandai menyusun dan membersihkan barangan pameran dan
kedainya. Oleh sebab itu, kedai kraf tangannya sentiasa kemas dan bersih. Para pelanggan
jug aberasa selesa semasa berbelanja di kedai kraf tangan tersebut.
Kedai cenderamata milik Encik Suden semakin maju. Beliau juga seorang yang
merendah diri dan sentiasa bersemangat untuk berjaya. Kini, Encik Suden mampu tersenyum
lebar kerana telah berjaya membuka beberapa buah cawangan baharu di beberapa buah
bandar besar di Sarawak.

Tingkatkan Ekonomi Bersama – ms 172


Bagi mengatasi masalah ini, jirannya dipelawa untuk membantunya membuat pelbagai jenis

72
Koleksi Cikgu Rose
LATIHAN BUKU TEKS- TAHUN 6

kuih-muih. Kerja-kerja Puan Noraini semakin ringan dan kuih juga boleh dibuat dengan lebih
banyak setelah dibantu oleh jiran-jirannya. Setiap hari, banyak kuihnya yang terjual. Bagi
meluaskan pasaran kuih-muihnya, beliau mempromosikan jualannya di media sosial. Hasil
daripada promosi yang berkesan dan berterusan, kuih-muihnya berjaya dipasarkan secara
lebih meluas. Beliau menggunakan perkhidmatan penghantaran untuk memudahkan para
pelanggannya. Berkat usaha dan kesabaran, Puan Noraini telah mampu menubuhkan
sebuah kedaai yang menjual pelbagai kuih-muih tradisional. Beliau bersyukur kerana mampu
meningkatkan ekonomi keluarga serta jiran-jirannya.
Tingkatkan Ekonomi Bersama – ms 172

Unit 23 – Usahawan Berjaya


Usahawan Telur Asin – ms 173
Izzah : Rahsia kejayaan usahawan ini ialah usaha yang berterusan dan tidak mudah
berputus asa. Sebelum mula menternak itik, beliau telah menghadiri kursus bagi
meningkatkan ilmu dalam bidang ini. Pak cik belajar tentang pemilihan baka dan
pemakanan itik untuk mendapatkan telur yang bermutu. Selain itu, pak cik juga
belajar cara membuat telur asin yang berkualiti. Oleh itu, telur asin ini boleh
dijual dengan harga yang tinggi.
Pengusaha Hotel Kucing – ms 174

Ilmu :
Ilmu yang diperoleh ialah ilmu tentang keusahawanan dan ekonomi. Bagaimana kita harus
bijak merancang dan mengusahakan sesuatu supaya apa yang kita bangunkan itu mencapai
kejayaan. Tanpa ilmu, sudah pasti kita akan menghadapi masalah untuk menyelesaikan
sesuatu masalah. Ilmu ekonomi penting kerana dapat membantu dalam pengambilan
keputusan sehingga kegiatan yang dilakukan efektif dan efisien. Dengan ilmu ekonomi kita
dapat memahami kegiatan-kegiatan ekonomi dan masalah-masalah yang akan dihadapi.

Usahawan Kita – ms 175


73
Koleksi Cikgu Rose
LATIHAN BUKU TEKS- TAHUN 6

Nilai :
Nilai yang diperoleh daripada sajak ialah bersikap tabah dalam menghadapi segala dugaan,
Seterusnya, kita haruslah bijak menyusun masa agar segala yang kita rancang berjalan
dengan baik. Selain itu, usahawan juga perlulah gigih berusaha untuk berjaya. Akhir sekali,
ushawan yang berjaya perlulah sentiasa bersyukur dengan kejayaan yang dikecapi dan
jangan bersikap sombong.
Rezeki daripada Rusa – ms 176

Pada pendapat saya, terdapat beberapa tindakan yang boleh dilakukan oleh Pak Hassan
bagi memajukan perusahaannya. Antaranya termasuklah menghasilkan pelbagai produk
berasaskan daging rusa seperti daging burger, sosej, bebola rusa, dan daging rusa perap.
Pak Hassan boleh mengikuti kursus bagi mendapat ilmu baru untuk menghasilkan produk
berasaskan daging rusa ini. Selain itu, Pak Hassan juga boleh mengiklankan jualannya
menggunakan media sosial dan menyertai ekspo-ekspo yang dijalankan oleh pihak kerajaan.
Pedoman untuk Berjaya – ms 177

Usahawan berjaya Usahawan berjaya


Cekap mengurus masa Berpandangan jauh
Geliga mindanya Mencari ilham
Bijak dia merancang Untuk terus berjaya

Usahawan berjaya Usahawan berjaya


Bersikap peramah Tidak mudah berputus asa
Mesra pelanggan Tajam minda setiap masa
Setiap masa Kreatif dan inovatif punca berjaya
( lagu anak itik tokwi)

Tadika Cerdas – ms 178


74
Koleksi Cikgu Rose
LATIHAN BUKU TEKS- TAHUN 6

Ayat Susunan Biasa


1. Beliau mendapat pengalaman di situ.
2. Puan Lisa menyimpan wang juga.
3. Wang simpanan digunakan oleh Puan Nurul.
4. Beliau berjaya membuka tadikanya sendiri.
5. Beliau bijak berniaga.
6. Tadika Cerdas diiklankan oleh beliau di media sosial.
7. Beliau ke karnival usahawan juga.
8. Murid Tadika Cerdas semakin bertambah.
9. Perniagaan Puan Nurul semakin maju.
10. Puan Lisa bersyukur.
11. Kejayaan ini hasil kerjasama para pekerjanya.

Ayat Susunan Songsang


1. Di sebuah tadika, Puan Lisa pernah bekerja.
2. Tadika Cerdas nama tadika Puan Lisa.
3. Terkenal Tadika Cerdas.
4. Pemilik lima buah tadika beliau sekarang.
5. Di situ, beliau memperkenalkan tadikanya.
6. Turut memberikan sokongan ahlii keluarganya.
Tadika Cerdas – ms 178

Unit 24 – Bijak Mengurus Wang

75
Koleksi Cikgu Rose
LATIHAN BUKU TEKS- TAHUN 6

Misi Agihan Dana – ms 179


Nalini : Saya mencadangkan kita memberikan wang tunai kepada mereka kerana
urusannya lebih mudah. Kita hanya perlu memindahkan wang tersebut
melalui atas talian sahaja dan serahan lebih cepat. Wang tersebut memberi
pilihan kepada mereka bebas membeli apa-apa sahaja keperluan mereka.
Robin : Saya pula mencadangkan pemberian barangan keperluan kepada pihak mereka
kerana lebih memudahkan mereka menerima barangan yang telah siap.
Namun begitu, kita perlulah mengurus dengan bijak. Kita perlu membeli
barangan yang perlu sahaja untuk mengelakkan pembaziran. Selain itu, kita
juga perlu menyediakan pengangkutan untuk penghantaran barang tersebut.
Tabungan Berwarna – ms 180 & 181
Izzah : Kaedah tabung berwarna ini sangat menarik kerana dapat memupuk minat dan
semangat ahli masyarakat untuk menabung. Amalan menabung ini akan jadi
lebih menarik jika dilakukan bersama-sama kerana setiap ahli keluarga akan
menyimpan wang dengan warna yang berbeza. Menyimpan duit mengikut warna
bukan sahaja menarik, malah mendidik kita untuk lebih berjimat dan menghargai
setiap duit yang kita terima.
Hana : Sikap penabung yang berjaya ialah penabung dapat menggunakan wang
tabungan tersebut pada masa hadapan. Selain itu, tabiat ini akan melatih diri
kita agar sentiasa beringat semasa berbelanja dan tidak sesekali melakukan
pembaziran. Seterusnya, seseorang yang menabung pasti tidak akan mengalami
bebanan hutang yang melampau. Apabila hujung tahun ,kita boleh keluarkan duit
simpanan tersebut dan laburkan di tempat yang betul seperti menyimpan di bank.
Panduan Bijak Berbelanja – ms 182
Selamat sejahtera Tuan Pengerusi Majlis, tuan guru besar, guru-guru, dan rakan-rakan
sekalian. Tajuk syarahan saya pada pagi ini ialah “Panduan Berbelanja”.
Hadirin yang saya hormati,
Sebelum berbelanja, seseorang individu perlulah merancang perbelanjaan sebelum
membuat pembelian. Kita juga boleh merancang tempat pembelian dan barangan yang
hendak dibeli. Menyenaraikan barang yang diperlukan merupakan salah satu kaedah untuk
mengelakkan diri daripada melakukan pembaziran. Selain itu, kita juga dapat menjimatkan
masa, tenaga dan wang.
Sidang dewan sekalian,
Semasa berbelanja pula, kita seharusnya mengikut senarai barang yang dicatat.
Janganlah kita membeli mengikut kehendak dan bukan keperluan. Seterusnya, kita juga
haruslah bijak membuat perbandingan harga.Tidak kira di kedaai atau menerusi laman
sesawang,pengguna hendaklah membuat perbandingan harga agar tidak tertipu oleh penjual
yang ingin mengaut untung secara berlebihan.
Warga dewan yang dikasihi,
Selepas membuat bayaran, pengguna haruslah pastikan harga pada resit sama dengan
harga yang dibeli. Seterusnya, pengguna perlulah mengira jumlah perbelanjaan dan
mencatat dalam buku rekod perbelanjaan.Simpan baki lebihan perbelanjaan dalam tabung.
Dengan cara ini, kita dapat mengawal perbelanjaan harian kita.
Kesimpulannya, pengguna haruslah bijak merancang perbelanjaan. Amalan berjimat-
cermat penting persis pesan peribahasa “sediakan payung sebelum hujan kerana langit tidak
selalunya cerah”. Kita perlu menyimpan, bak kata pepatah “sikit-sikit, lama-lama menjadi
bukit”.
Sekian , terima kasih.

Panduan Bijak Berbelanja – ms 182

76
Koleksi Cikgu Rose
LATIHAN BUKU TEKS- TAHUN 6

Jimat Cermat Amalan Mulia – ms 183


 Murid menyalin huruf Jawi
Misi Duit Tabungan – ms 184
Kata Tugas
Kata Penekan Kata Pembeda
- Sebolehnya - bagusnya
- Sebaik-baiknya - gembiranya
- Sesungguhnya - baiknya
- Sewajarnya - berfaedahnya
- Bahawasanya - segeranya

Contoh Ayat :
1. Sebolehnya kerja ini haruslah disiapkan pada petang ini juga.
2. Sebaik-baiknya kita selesaikan dengan segera.
3. Kita sewajarnya melatih anak-anak menabung seusia kecil lagi.
4. ‘Bagusnya idea kamu itu,” kata Ali kepada Syahmi.
5. Adik bermain bersama kawan-kawan dengan gembiranya.
6. Dalila bangun lalu mengambil wang itu dengan segeranya.

Sumber Pendapatan Sampingan – ms 185


Kisah 1
Sofia anak yang rajin. Dia sering menolong ibunya. Dia dan adiknya mengumpulkan surat
khabar lama untuk dijual.Setiap hari, Sofia dan adiknya akan mencari dan mengumpulkan
77
Koleksi Cikgu Rose
LATIHAN BUKU TEKS- TAHUN 6

surat khabar lama.


Setelah banyak dikumpul, surat khabar itu akan dibawa ke kedai kitar semula yang
terdapat berdekatan rumahnya. Mereka menjual semua surat khabar yang dikumpulkan itu.
Mereka mendapat pulangan yang berbaloi. Wang itu disimpan ke dalam tabung.

Kisah 2
Arisa anak yang rajin . Dia dan keluarganya menanam pelbagai jenis sayuran. Mereka
menanam sayuran di kawasan rumah. Ada sayuran yang ditanam di dalam bekas dan ada
yang ditanam terus di tanah.
Apabila sayur-sayur itu telah matang, Arisa dan keluarganya menuainya. Arisa
membantu keluarganya menjual sayur-sayuran itu. Sayur-sayuran Arisa habis dijual kerana
sayurnya segar dan murah. Arisaa gembira kerana mendapat wang. Wang itu disimpan oleh
Arissa ke dalam tabungnya.

Projek Mini Multimedia – ms 186


a. Nama syarikat : Syarikat Usaha Maju
b. Nama produk : Penanda buku
c. Ciri-ciri keistimewaan produk : Tahan lama dan warna-warni
d. Strategi pemasaran : Jualan secara dalam talian , group wasap kelas, kedai buku
sekolah, kantin , dan secara bersemuka di sekolah.
e. Kewangan :
i. Sumber modal - wang persendirian
ii. Jumlah kos - RM 100
iii. Keuntungan - RM 60

Ayat aktif :
1. Murid-murid boleh membeli kad penanda buku ini pada waktu rehat .
2. Ahli kelab menjual kad ini dengan harga yang murah.
3. Ahli kelab mencipta kad penanda buku .
4. Kad penanda buku ini sangat menarik dan bermutu.
5. Mereka mengumpul wang untuk dijadikan modal.

Ayat pasif :
1. Kad penanda buku ini saya beli.
2. Kad penanda buku yang comel ini dihasilkan oleh mereka.
3. Wang modal dikumpul oleh mereka.
4. Kad ini diijual oleh ahli kelab dengan harga yang murah.
5. Kad itu sedang dijual oleh mereka.

Lazat, Lembut, dan Gebu – ms 187


Cadangan saya, Puan Faizah boleh mengekalkan jenama produknya dalam pasaran adalah
dengan mengekalkan kualiti produknya. Pada masa yang sama, beliau boleh
mempelbagaikan jenis roti canai segera miliknya seperti roti canai cheese, roti canai sosej,
78
Koleksi Cikgu Rose
LATIHAN BUKU TEKS- TAHUN 6

coklat, mushroom ,dan sebagainya.


Pembungkusan adalah penting bagi sesuatu produk. Pembungkusan yang baik dapat
melindungi produk daripada rosak . Selain itu, dapat memberikan maklumat yang lengkap
tentang produk. Oleh itu, reka bentuk label yang baik juga akan menarik perhatian pelanggan
untuk membeli.
Pengiklanan pula adalah satu strategi promosi, kaedah komunikasi satu hala untuk
memberitahu pelanggan tentang produk atau perkhidmatan dan bagaimana untuk
mendapatkannya di pasaran.

Penilaian Berasaskan Projek – ms 188


Cara-cara mengurus kewangan :
Ayat susunan biasa :
1. Izzah mendapat buku wang saku dari bank.
2. Izzah menyimpan wang di dalam tabung setiap hari.
3. Izzah membuat buku skrap yang cantik.

Ayat susunan songsang ;


1. Dari bank, Izzah mendapat buku wang saku.
2. Setiap hari, Izzah menyimpan wang di dalam tabung.
3. Buku skrap yang cantik itu dibuat oleh Izzah.

Ramalan :

Sekiranya kita tidak membuat perancangan dalam pengurusan kewangan kita mungkin akan
mengalami masalah hutang yang berterusan. Hidup kita pasti dalam kemurungan dan
masalah tidak dapat diselesaikan. Kita juga akan mengalami tekanan hidup yang melampau
sekiranya kita menghadapi masalah kewangan.

79
Koleksi Cikgu Rose
LATIHAN BUKU TEKS- TAHUN 6

CADANGAN JAWAPAN
Latihan Buku Teks-Tahun 6
Tema 9 – Integriti

80
Koleksi Cikgu Rose
LATIHAN BUKU TEKS- TAHUN 6

TEMA 9 - Intergriti
Unit 25 – Amanah Sejagat
Rangsangan – ms 189
Rangkap 1
Integriti berupaya membentuk generasi yang berakhlak mulia dan bersikap amanah.
Rangkap 2
Teras integriti menjadi asas utama kehebatan rakyatnya dalam memajukan negara .
Rangkap 3
Negara akan maju apabila bangsanya hebat dan mempunyai jati diri yang kukuh.
Hargai Alam Kita – ms 190 & 191
Abang : Terima kasih, tuan. Saya bersetuju dengan penyataan tuan. Hutan paya bakau
ialah satu amanah yang perlu kita jaga dan menjadi tanggungjawab kita bersama.
Hutan paya bakau merupakan hutan anugerah Tuhan yang perlu kita pelihara dan
hargai kerana hutan ini melindungi negara kita daripada hakisan pantai.
Izzah : Untuk melaksanakan tanggungjawab itu , saya akan berkongsi maklumat ini
di media sosial agar semua rakan maya saya mendapat maklumat yang
betul tentang hutan paya bakau. Saya berharap mereka yang membaca
maklumat itu akan mempunyai kesedaran tentang kepentingan menjaga
hutan paya bakau ini.
Integriti Peniaga – ms 192 & 193

Ramalan :
Puan Nurin akan menerima barangannya kerana semakan menunjukkan penjual tersebut
bukan seorang penipu alam maya.
Tanggungjawab Pembimbing Rakan Sebaya – ms 194
Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) memainkan peranan penting di sekolah. Mereka menjadi
pendengar yang faham akan masalah rakan. Cara ini membantu rakan mereka menghilang
tekanan.
Pembimbing Rakan Sebaya juga merupakan pemimpin kepada murid lain. Mereka
dilatih untuk memimpin kumpulan perbincangan dan menjadi suri teladan kepada murid
lain.Selain itu, Pembimbing Rakan Sebaya membantu guru kaunseling dalam aktiviti
bimbingan dan kaunseling. Mereka belajar mematuhi etika kerahsiaan yang telah
diamanahkan kepada mereka.
Pesan Ibu – ms 195
 Murid menulis tulisan Jawi

81
Koleksi Cikgu Rose
LATIHAN BUKU TEKS- TAHUN 6

Amanah Kita – ms 196

Sebagai warganegara Malaysia, kita hendaklah mempunyai sikap tanggungjawab terhadap


negara.Kita sebagai rakyat Malaysia wajib mempunyai kad pengenalan diri atau MyKad.
Pemilik MyKad wajib membawa kad ini ke mana-mana. MyKad ini penting kerana kad ini
menentukan warganegara kita. Sekiranya MyKad hilang, kita bertanggungjawab melaporkan
kehilangan kad kepada pihak polis dengan segeranya. Sesiapa yang membuat pemalsuan
MyKad akan dianggap sebagai perbuatan pecah amanah kepada negara.
Mykad ini berbentuk segiempat dan berwarna biru laut. MyKad dicipta dengan
mempunyai reka bentuk terkini dan dilengkapi dengan cip mikropemproses.
MyKad mempunyai beberapa keistimewaan. Antaranya, kad ini menyimpan nilai wang
untuk transaksi tanpa tunai dan menyimpan rekod cap jari. Kad ini juga mempunyai cetakan
pelangi yang boleh berubah warna membuatkan kad ini sukar dipalsukan. Selain itu, MyKad
menggunakan teknologi turisan laser pada gambar dan nombor MyKad.
Kita sebagai rakyat Malaysia yang cintakan negara haruslah menjaga dan menyimpan
MyKad dengan sebaik-baiknya.

Unit 26 – Integriti Nadi Kemakmuran Negara


Tanggungjawab Awam – ms 197
Pada pukul 7.00 pagi, Doktor Hayati bergerak ke hospital. Semasa dalam perjalanan ke
hospital, Doktor Hayati ternampak satu kemalangan telah berlaku. Mangsa kemalangan ialah
seorang wanita . Ketika itu, jam menunjukkan pukul 7.15 pagi. Kemalangan berlaku antara
sebuah kereta dengan sebuah motosikal. Pemandu kereta tidak mengalami kecederaan.
Doktor Hayati memberhentikan kereta dan segera memberikan rawatan awal. Beliau
segera menghubungi talian kecemasan dengan mendail 999 dan memberitahu lokasi
kemalangan dan mangsa kemalangan.
Kira-kira pukul 8.10 pagi, ambulan tiba di tempat kejadian. Mangsa kemalangan dibawa
ke hospital untuk rawatan lanjut. Dia dibawa ke Unit Kecemasan. Pada pukul 9.00 pagi,
Doktor Hayati menemui mangsa kemalangan itu dan merawat mangsa. Mangsa hanya patah
tangan dan luka di bahagian kaki.
Cekal, Berani, Setia – ms 198 & 199
Wira Negara
Takkan ku biarkan tubuhmu binasa
Kau adalah wira yang tidak pernah berhenti berbakti
Kami tunduk dan hormat kepadamu
Kau berjuang demi bangsa dan negara

Wira Negara
Kau sanggup berkorban demi negara
Kau berkorban masamu demi negara
Kau berusaha menentang musuh demi negara
Kami berdiri megah di pentas wira

82
Koleksi Cikgu Rose
LATIHAN BUKU TEKS- TAHUN 6

Cekal, Berani, Setia – ms 198 & 199

Ilmu:
Kita harus mempertahankan negara seperti anggota tentera yang menjaga
sempadan negara daripada anasir jahat dan rela berkorban.
Nilai:
Patriotisme
Ilmu:
Kita perlu mempunyai integriti yang tinggi terutamanya dalam hal yang melibatkan
negara supaya kedaulatan negara sentiasa terbela.
Nilai:
Bertanggungjawab/ Amanah / Jati Diri
Kisah Pengganti Raja – ms 200
Pada pendapat saya, cara pemilihan ini tidak adil. Baginda haruslah mengotakan janji yang
telah dibuat. Janganlah menghampakan harapan rakyat dengan janji palsu.Untuk melantik
seorang pengganti raja, baginda boleh memilih beberapa calon sebelum membuat pilihan
yang muktamat. Baginda haruslah mencapai kata sepakat dengan penasihat baginda.
Baginda boleh juga menguji kepintaran penganti raja dengan menyelesaikan masalah rakyat.

Pada pendapat saya, cara pemilihan ini adil dan saksama. Untuk melantik seorang pengganti
raja, baginda boleh memilih calon yang bersesuaian dengan kehendak raja. Baginda juga
boleh meminta calon-calon raja menyelesaikan masalah rakyat dengan bijaksana. Selain itu,
cara pemilihan juga boleh dilakukan dengan kebolehan individu melawan musuh.
Integriti Amalan Kita – ms 201
Aku Lencana Integriti
Dalam cabaran yang hebat
Bersama pasukan yang taat
Tersemat aku dengan gahnya
Berlatar bunga raya Malaysia
Lambang mesra setiap masa

Berbekal semangat yang kental


Terus melangkah dengan cekal
Sang Saka Biru lambang sejati
Mempertahankan bumi bertuah
Tanpa gentar dan ragu

Bintang lima simbol keperibadian


Tanda prinsip berintegriti
Kamilah warga penuh setia
Mendambakan diri pada pertiwi
Kamilah penjunjung keamanan
Berbekalkan semangat cekal dihati

83
Koleksi Cikgu Rose
LATIHAN BUKU TEKS- TAHUN 6

Peluang Kedua – ms 202


Ayat susunan biasa
Nama saya Adila. Saya sentiasa mendampingi masyarakat oleh sebab saya pegawai
Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) yang dilantik. Kami menerima satu laporan tentang
seorang lelaki yang tidak terurus pada suatu hari.
Ayat susunan biasa
Kami pergi ke sana untuk berjumpa dengan lelaki itu. Kami memberikan segala
bimbingan dan nasihat kepadanya. Usaha kami tersebut membuahkan hasil. Dia berazam
untuk menjadi seorang pembekal dan pengedar telur sejak hari itu.
Ayat susunan biasa
Kehidupan lelaki itu sudah pun berubah pada hari ini. Dia amat bersyukur setelah
mendapat peluang kedua. Dia bertekad untuk membantu orang yang senasib dengannya
sebagai tanda kesyukuran.
Unit 27 – Kejujuran Asas Jati Diri
Jujur kepada Ilmu – ms 203
Faris : Kita harus bertanggungjawab dan amanah dengan ilmu yang kita perolehi dan
tidak menyalah gunakannya.
Faris : Saya akan membuat ulang kaji yang lebih berkesan agar saya dapat menguasai
dan memahami ilmu tersebut dengan sebaik-baiknya.
Tokoh Wartawan Negara – ms 204

Helaian Kertas Bermakna – ms 205


Pada suatu hari, Irdina ke perpustakaan sekolahnya. Dia ingin meminjam sebuku. Setelah
memilih buku yang diinginkan, dia pun mendaftarkan pinjamannya di kuanter.
Irdina duduk di kerusi. Irdina membelek-belek helaian buku tersebut. Irdina menemui
sebuah nota kecil yang terselit di dalam helaian buku tersebut. Di hadapannya tertulis “
“Cadangan Jadual Tugas Pengawas”. Dia pasti buku nota ini amat penting.
Irdina tidak tahu tindakan yang perlu dilakukannya. Dia memberitahu hal tersebut kepada
Irfan dan abangnya. Abang Irfan mencadangkan Irdina memberikan buku nota itu kepada
guru pengawas sekolah supaya buku itu dapat dipulangkan segera.
Keesokannya, Irdina berjumpa dengan Cikgu Shukri , guru pengawas sekolahnya. Irdina
memberitahu Cikgu Shukri tentang penemuan buku nota itu dan menyerahkannya kepada
beliau. Cikgu Shukri memuji sikap Irdina yang amanah dan jujur itu.
Cikgu Shukri memanggil ketua pengawas, Laila. Beliau memulangkan buku nota itu
kepadanya. Laila mengakui kesilapannya yang dia terlupa akan tempat dia meletakkan buku
nota itu. Selepas meminta maaf atas kelalaiannya daripada Cikgu Shukri, dia pun bertanya
tentang maklumat orang yang menemukan buku nota itu.
Sebelum pulang ke rumah, Laila bertemu dengan Irdina. Dia berterima kasih kepada
Irdina kerana memulangkan semula buku nota tersebut .

84
Koleksi Cikgu Rose
LATIHAN BUKU TEKS- TAHUN 6

Helaian Kertas Bermakna – ms 205

Kejujuran untuk Manfaat Bersama – ms 206


Ayat penyata:
Buku teks di bilik itu tersusun dengan kemasnya mengikut mata pelajaran.
Cikgu Ramli meletakkan fail dengan kemas di rak.
Terdapat beberapa orang pengawas buku teks sedang bertugas.
Ayat tanya :
Apakah yang perlu saya lakukan ?
Apakah yang sedang kamu tulis itu?
Apakah yang harus saya catat pada borang ini ?
Ayat seruan :
Aduhai, banyak sungguh buku yang telah rosak !
Aduhai, buku ini sudah terkoyak !
Aduhai, muka surat buku ini sudah hilang!
Ayat perintah :
Amin, letakkan buku itu di sini.
Letakkan buku yang sudah diikat di sini .
Letakkan buku-buku ini di sana.
Selamatkan Kucing Jalanan – ms 207
Kakak Shu Ying, Shu Yee telah terjumpa seekor kucing yang cedera. Dia berasa kasihan dan
bertanggungjawab untuk merawat kucing itu. Dia membawa kucing itu pulang ke rumahnya.
Keesokan harinya, Shu Yee membawa kucing itu berjumpa dengan doktor haiwan.
Doktor itu menerangkan bahawa kos rawatannya agak mahal. Dia tidak mampu membayar
kos rawatan tersebut. Shu Yee merakam beberapa gambar kucing tersebut dan memuat naik
di media sosial. Dia ingin berkongsi maklumat tersebut bersama rakan alam maya yang lain.
Hasil bantuan rakan-rakan di media sosial, dia telah mendapat wang yang cukup untuk
membayar rawatan kucing itu.
Sejak hari itu, Shu Yee bertekad untuk menjalankan aktiviti menyelamatkan kucing
jalanan. Dia mendapat banyak sokongan. Orang ramai memberikan sumbangan dalam
pelbagai bentuk seperti makanan, sangkar dan juga wang tunai.
Shu Yee turut mengajak rakan lain bersamanya. Mereka memberikan makanan kepada
kucing-kucing jalanan yang terbiar. Kadangkala mereka turut membersihkan kucing dan
merawat kucing yang mengalami kecederaan. Shu Yee dan rakan-rakan gembira kerana
dapat membantu kucing jalanan.

85
Koleksi Cikgu Rose
LATIHAN BUKU TEKS- TAHUN 6

Selamatkan Kucing Jalanan – ms 207

Permainan Membuat Ramalan – ms 208

86
Koleksi Cikgu Rose
LATIHAN BUKU TEKS- TAHUN 6

Jiranku yang Amanah – ms 209


Encik Johan memelihara beberapa ekor arnab. Dia meletakkan arnab-arnab itu di dalam
sebuang sangkar yang besar. Setiap hari, arnab-arnab itu diberi makan sayur-sayuran.
Pada suatu hari, dia mendapat panggilan dari ketua tempat kerjanya. Dia diamanahkan
untuk melakukan satu tugasan luar selama seminggu dengan segeranya. Dia mula
memikirkan tentang arnab-arnabnya. Dia bimbang jika tiada orang menjaga arnab-arnab iru,
sudah pasti arnab-arnab itu akan sakit dan mati kerana kelaparan.
Jirannya, Encik Amri yang kebetulan berada di luar rumah ternampak Encik Johan yang
seperti dalam masalah. Encik Amri segera bertanya kepada Encik Johan akan masalah yang
dihadapinya. Dia menceritakan masalah itu kepada jirannya. Jirannya bersetuju untuk
membantunya. Encik Johan berasa gembira kerana ada orang untuk menjaga arnab-
arnabnya. Dia berasa tenang untuk meninggalkan arnab-arnabnya.
Sepanjang ketiadaan Encik Johan, jirannya yang amanah telah memastikan keperluan
arnab-arnab itu dipenuhi. Encik Amri selalu memberikan makanan dan minuman kepada
arnab tersebut dan memastikan kebersihan sangkar arnab-arnab itu.
Beberapa hari kemudian, Encik Johan pun pulang. Dia memberikan buah tangan
kepada Encik Amri kerana sudi menolongnya, Dia bersyukur mempunyai jiran yang amanah
dan baik hati.

87
Koleksi Cikgu Rose
LATIHAN BUKU TEKS- TAHUN 6

Penilaian – ms 210
Ayat penyata :
 Pejabat pos itu kemas dan cantik.
 Dua orang pelanggan sedang berurusan di kuanter.
 Seorang posmen memasukkan surat-surat ke dalam guni.

Ayat tanya :
 Di manakah saya boleh mengisi borang ini ?
 Bagaimanakah hendak mengisi borang ini ?
 Apakah benda yang ada di dalam kotak ini ?

Ayat perintah :
 Sila dapatkan angka giliran anda di sana.
 Sila tunggu dengan sabar.
 Sila jaga kebersihan.

Ayat seruan :
 Aduhai, lamanya waktu menunggu !
 Wah, besarnya pejabat pos ini !
 Wah, bersihnya pejabat pos ini !

Ayat susunan biasa :


 Semua pelanggan menunggu giliran mereka sambil duduk di atas kerusi.
 Posmen itu sangat segak.
 Surat ini untuk kakak.

Ayat susunan songsang :


 Sambil duduk di atas kerusi, semua pelanggan menunggu giliran.
 Sangat segak posmen itu.
Untuk kakak surat ini.

88
Koleksi Cikgu Rose

Anda mungkin juga menyukai