Anda di halaman 1dari 2

SET 4 ( SOALAN 6 )

a) Wajarkah tindakan yang dilakukan oleh majikan Puan Aminah? Berikan


alasan anda.
Tidak wajar. Hal ini kerana majikan Puan Aminah hanya mementingkan diri
sahaja dan tidak mementingkan hak pekerja. Hal ini akan menyebabkan
pekerja berasa tidak puas hati dan tidak selesa dengan layanan majikan
tersebut.

b) Senaraikan tiga hak sebagai seorang pekerja.


i. Hak mendapat gaji.
ii. Hak mendapat cuti.
iii. Hak mendapat layanan yang baik daripada majikan.

c) Ramalkan kesan ke atas Puan Aminah sekirannya majikan tidak mencarum


gaji tersebut kepada KWSP.
i. Puan Aminah akan tidak mempunyai duit simpanan pada waktu usia tua
nanti. Hal ini akan menyebabkan Puan Aminah akan hidup bersusah pada
waktu usia tua.
ii. Puan Aminah tiada wang pada waktu kecemasan. Hal ini kerana tiada
simpanan duit dalam KWSP.
SET 5 ( SOALAN 6 )
a) Apakah perasaan anda apabila melihat kejayaan golongan orang kurang
upaya (OKU) dalam sukan paralimpik? Ulaskan.
Bangga. Hal ini kerana atlet paralimpik negara kita telah berjaya
mengharumkan nama negara dengan memungut pingat emas, perak dan
gangsa yang banyak kepada negara kita.

b) Nyatakan sikap yang boleh anda contohi setelah mengetahui kejayaan para
atlet paralimpik tersebut.
i. Sikap tidak mudah berputus asa.
ii. Sikap berusaha bersungguh – sungguh.

c) Jelaskan bentuk penghargaan yang wajar diberikan kepada atlet paralimpik


atas kejayaan mereka dalam sukan tersebut.
i. Memberikan elaun kepada atlet paralimpik. Hal ini kerana wang elaun
tersebut dapat meringankan beban mereka.
ii. Menyebarkan kejayaan atlet paralimpik dalam akhbar dan berita harian. Hal
ini akan menyebabkan mereka akan rasa bangga dengan diri sendiri dan
mereka akan mencuba untuk melakukan lebih banyak kejayaan pada masa
akan datang.

d) Nyatakan dua atlet paralimpik yang berjaya dalam bidang sukan yang
diceburi mereka.
i. Muhammad Ziyad Zolkelfi
ii. Abdul Latif Romly

Anda mungkin juga menyukai