Anda di halaman 1dari 2

SOALAN ULANG KAJI.

1. Butir-butir yang berikut dipetik daripada buku-buku Pasar Raya Harmoni pada 31 Disember 20X1.

RM
Modal pada 1 Januari 20X1 80 000
Inventori pada 1 Januari 20X1 3 840
Jumlah belanja 6 400
Jualan bersih 58 400
Belian bersih 33 120
Akaun belum bayar 3 920
Pinjaman 16 000
Akaun belum terima 3 040
Tunai di tangan 960
Kenderaan 43 200
Inventori pada 32 Disember 20X1 4 320
Hitung:
(a) Kos Jualan;
(b) Untung kasar;
(c) Tokokan;
(d) Peratus untung bersih atas jualan;
(e) Pulangan atas modal;
(f) Kadar pusing ganti inventori;

2. Encik Sharidin, seorang peniaga tidak menyimpan buku-bukunya mengikut system catan bergu.
Walau bagaimanapun, dia dapat memberi maklumat tentang nilai aset dan liabilitinya pada tarikh-
tarikh yang berikut.
30 Jun 20x2 30 Jun 20X3
RM RM
Komisen belum terima 60 -
Insurans prabayar - 85
Alatan pejabat 1 820 1 820
Akaun belum terima 3 274 1 380
Akaun belum bayar 2 436 1 352
Kenderaan 12 000 ?
Inventori 5 420 5 230
Tunai 75 60
Overdraf bank 336 86

Maklumat tambahan
i. Encik Sharidin telah mengeluarkan RM 2 700 daripada bank dalam tahun ini untuk
kegunaan keluarganya.
ii. Dia membawa masuk computer peribadinya yang bernilai RM3 260 untuk mengurus
perniagaannya tetapi tiada catatan dibuat.
iii. Seorang pelangan yang berhutang sebanyak RM 350 telah menghilangkan diri dan tidak
dapat dikesan. Sharidin terpaksa menghapuskan hutang ini.
iv. Sebuah van yang bernilai RM 25 000 telah dibeli pada 1 Januari 20X3 untuk kegunaan
perniagaan tetapi perkara itu terlupa direkod dalam akaun kenderaan.
v. Semua kenderaan dan alatan pejabat disusutnilaikan pada kadar 10% setahun pada
hujung tahun ini.

Anda dikehendaki :

a) Mengira modal awal dan modal akhir;


b) Menyediakan penyata Untung Rugi bagi tahun terakhir ;
c) Menyediakan penyata kedudukan kewangan pada 30 Jun 20x3;

3. Peter, pemilik perniagaan setia mendapati baki di penyata bank bagi bulan Julai 20X1 berbeza
dengan baki di buku tunai. Perbezaan tersebut dikenal pasti seperti yang berikut.
RM
Penyata bank 2 215 (debit)
Buku tunai 9 900
Setelah Peter membandingkan penyata bank dengan buku tunai, perkara-perkara yang berikut
telah ditemui.
i. Arahan tetap untuk bayar insurans premis RM 2 880 belum direkodkan dalam buku tunai.
ii. Cek RM 2 550 yang diterima daripada Ah Man telah dipulangkan oleh bank bertanda
‘rujuk penyuruhbayar’ tetapi belum direkodkan dalam buku tunai.
iii. Dividen RM 2 100 daripda Ferhad Berhad belum direkodkan dalam Buku Tunai.
iv. Cek RM3 600 untuk gaji dan bayaran RM1 950 kepada Sukjeet belum dikemukan kepada
bank.
v. Cek RM 1 560 kepada Andy telah didebitkan oleh bank tetapi direkodkan di sebelah debit
Buku Tunai.
vi. Bayaran RM 25 telah didebitkan oleh bank untuk caj buku cek.
vii. Cek RM12 750 daripada Perniagaan Kampar telah didepositkan pada 29 Julai tetapi belum
dikreditkan oleh bank.

Anda dikehendaki:

a) Mengemaskinikan Buku Tunai pada 31 Julai 20X1;


b) Menyediakan Penyata Penyesuaian Bank pada tarikh yang sama, bermula dari Buku Tunai
yang telah dikemaskinikan.

Anda mungkin juga menyukai