“Hahaha… Hahaha… apa yang tikus kecil macam awak ni boleh tolong saya?
Hahaha… Saya adalah raja rimba… kenapa saya perlu bantuan awak? Tak pe
lah, sebab kan awak ni kelakar, saya lepaskan awak.” Balas Singa sambil
ketawa terbahak-bahak.
Beberapa hari kemudian, sedang tikus berjalan-jalan di dalam hutan mencari
makanan, tiba-tiba dia terdengar suara Singa mangaum meminta tolong.
“Aum, tolong!, tolong!” jerit singa.
Tikus berlari sekuat hati menuju ke arah suara singa.
Dia ternampak Singa terperangkap di dalam sebuah jaring perangkap yang di
pasang oleh pemburu.
Tikus terus menggigit jaring itu sampai putus.
“Terima kasih tikus, kerana menyelamatkan saya. Saya tak sangka yang awak
boleh tolong saya.” Kata singa.
“Sama-sama.”
Sebab itulah kita tidak boleh pandang rendah pada orang lain. Setiap orang ada
kekuatan dan ada kelemahan masing-masing. Singa yang kuat pun tak boleh
buka jaring, tapi tikus yang lemah, boleh.