Anda di halaman 1dari 2

“‫هللا الرَّ حْ َم ِن الرَّ ِحي ِْم‬

ِ ‫ــــــــــــــــــم‬
ِ ْ‫ِبس‬

Alhamdulillahi rabbil ‘alamin wassalatu


Wassalamu ‘ala asyarafil anbiya’e wal
Mursalin wa’ala alihi
Wasahbihi ajma’in
BACAAN DOA OLEH MUHAMMAD ZULHELMI BIN AB WAHAB.

Ya Karim, Ya Wadud

Sesungguhnya, kami berhimpun pada hari ini, bagi menyatakan


kesyukuran di atas kurniaan Mu yang tidak ternilai.

Jadikanlah kami hamba-hamba Mu yang sentiasa bersyukur


sama ada nikmat yang sedikit lebih-lebih lagi nikmat yang
melimpah ruah kepada kami.

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim.

Engkau berkatilah dan rahmatilah perjalanan Majlis …… pada


hari hari ini. Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui bahawa
kami di sini ingin menimba ilmu Mu yang sangat luas bagi
mengembangkan ilmu pengetahuan kami sebagai hamba Mu
yang Engkau redhai.
Justeri berkati dan rahmatilah perhimpunan kami ini.
Kurniakanlah kepada kami ilmu Mu. Sinarilah hati-hati kami
dengan cahaya dan hidayah Mu.

Semoga dengannya kami mudah menerima dan menghayati


serta mengamalkannya.

Ya Zal Jalali Wal Ikram,

Kurniakanlah jua kepada kami kesihatan anggota, kecergasan


minda, ketenangan jiwa, kekuatan semangat. Semoga denganya
kami mampu mendepani cabaran, berdaya saing dan mampu
mengangkat martabat diri, keluarga, masyarakat dan negara.

Anda mungkin juga menyukai