Anda di halaman 1dari 15

UNIT KOKURIKULUM

SK (1) TAMAN SELAYANG

(Dengan Kerjasama PIBG SK1TS)

KERTAS KERJA

KEJOHANAN SUKAN OLAHRAGA


SK (1) TAMAN SELAYANG KALI -29
TAHUN 2019

TEMPAT: PADANG SMK SERI SELAYANG


MASA : 7.30 PAGI- 3.00 PTG
TARIKH : 9 MAC 2019
HARI : SABTU

“MINDA YANG SIHAT DATANG DARI BADAN YANG CERGAS”


PENDAHULUAN

Olahraga merupakan satu acara sukan yang amat menarik dan boleh disertai oleh

semua pelajar di sekolah menengah dan rendah. Ia merangkumi 2 disiplin iaitu padang

dan balapan. Disiplin padang melibatkan acara-acara seperti lompat jauh, lompat tinggi,

lontar peluru, lempar cakera dan merejam lembing. Bagi disiplin balapan pula ia

melibatkan acara-acara larian seperti 100 meter pecut, 200 meter pecut, 80 meter

berpagar dan lari berganti-ganti 4x100 meter atau 4x200 meter. Setiap peserta yang

menyertai acara-acara ini perlu mempunyai fizikal yang sihat tanpa sebarang alahan.

Kejohanan olahraga ini merupakan aktiviti tahunan untuk memilih peserta yang akan

mewakili sekolah ke pertandingan olahraga peringkat zon Gombak pada tahun 2019.

OBJEKTIF KEJOHANAN

1) Melahirkan murid yang sihat, cergas dan cerdas sejajar dengan Falsafah

Pendidikan Negara

2) Menjadi medan untuk memilih peserta yang akan mewakili sekolah ke

pertandingan olahraga peringkat zon dan Kejohanan Tunas Mini Olimpik

3) Merupakan tempat terbaik untuk mengaplikasikan teknik-teknik dan kaedah

bersukan yang telah dipelajari semasa di dalam kelas Pendidikan Jasmani

4) Membentuk sifat ingin bersaing secara sihat sesama rakan sebaya di dalam diri

setiap murid

5) Melahirkan murid yang memiliki motivasi ingin berjaya dalam setiap perkara

yang diceburi.

PENGANJUR

Unit Kokurikulum SK (1) Taman Selayang


NAMA PERTANDINGAN

Kejohanan Sukan Olahraga kali ke -29

SK (1) Taman Selayang 2019

TARIKH / HARI / MASA / TEMPAT KEJOHANAN

Latihan Rumah Sukan (Sesi Pagi)


25hb Feb 2019- Latihan Rumah Merah
26hb Feb 2019- Latihan Rumah Biru
27hb Feb 2019- Latihan Rumah Kuning
28hb Feb 2019- Latihan Rumah Hijau

Sukantara (Penyelaras: En. Ahmad Khalil Husari)

Tarikh : 1 Mac, 4 Mac 2019


Hari : Jumaat, Isnin
Masa : 7.30 pg – 12.20 tgh
Tempat : SK(1) Taman Selayang

Acara Padang
(Penyelaras: En. Mohd Dzulhafiz Bin Samsudin dan Pn. Faridah Jamaludin)

Tarikh : 5 Mac dan 7 Mac 2019


Hari : Selasa dan Khamis
Masa : 7.30 pg – 12.50 tgh (Sesi Pagi)
Tempat : SK 1 Taman Selayang dan Padang SMK Seri Selayang

Acara Balapan dan Kemuncak

Tarikh : 9 Mac 2019


Hari : Sabtu
Masa : 7.30 pagi – 1.00 petang
Tempat : Padang SMK Seri Selayang

KUMPULAN SASARAN

Murid-murid pra sekolah, ppki, empat, lima dan enam SK (1) Taman Selayang.

\
JAWATANKUASA PENGELOLA KEJOHANAN SUKAN OLAHRAGA
TAHUNAN KALI KE-29
SK(1)TS 2019

Pengerusi : Pn. Norsiah Bte Omar


( Guru Besar SK(1)TS )

Timbalan Pengerusi : En. Zalatef Bin Mustafa


( GPK KoKurikulum SK(1)TS )

Naib Pengerusi 1 : Pn. Siti Zubaidah Bte Abd Rahim


( GPK HEM SK(1)TS )

Naib Pengerusi 2 : Pn. Sapinah Binti Omar


( GPK Kurikulum SK(1)TS )

Naib Pengerusi 3 : Pn. Herliana Bte Husin


(GPK Pend. Khas SK(1)TS)

Naib Pengerusi 4 : Pn. Um Jamilah Bte Salleh


( PK Petang SK(1)TS )

Setiausaha : En. Mohd Dzulhafiz Bin Samsudin


( Setiausaha Sukan SK(1)TS )

Bendahari : Pn. Haniza


Kerani Kewangan SK(1)TS )
SENARAI TUGAS PEGAWAI SEMASA ACARA SUKANTARA TAHUN 2019
(GURU KELAS DAN KETUA ALIRAN MENGIKUT TAHUN)
(7.30 PG-12.30 TGH)
1. Sukantara (Penyelaras-.En. Ahmad Khalil Husari Bin Mohd Yusof)

1.1 Lompat Tinggi (Tahun 4) -1 MAC 2019 (JUMAAT)


En. Kumar Rao A/L Subramaniam (K)
Pn. Hasrul Akmar Binti Hassan
Pn. Nadiya Binti Khalik
Pn. Marini Binti Mustafa

1.2 Lompat Jauh (Tahun 4) -1 MAC 2019 (JUMAAT)


En. Noor Amiruddin Bin Abu Bakar (K)
En. Ahmad Al Muhaimin Bin Abdul Kudus
Pn. Azura Binti Alang
Pn. Juwairiah Bte Muda

1.3 Lompat Tinggi (Tahun 5) -1 MAC 2019 (JUMAAT)


Pn. Roslaini Binti Kadir (K)
En. Mad Hassan Bin Ibrahim
Pn. Siti Aslinda Bte Meor Ahmad
Pn. Faridah Binti Hussein

1.4 Lompat Jauh (Tahun 5) -1 MAC 2019 (JUMAAT)


Pn. Hasnizah Binti Abu Hasan (K)
Pn. Syarmilla Bte Mokhtaruddin
Pn. Shamanil Qamar Binti Abdul Halim
Pn. Saniza Binti Metuhu

1.5 Lompat Tinggi (Tahun 6) -4 MAC 2019 (ISNIN)


En. Mohd Redzuan Bin Mohammad Noor(K)
Pn. Siti Noraishah Bte Abd Hashim
Cik Khairul Azani Binti Mohd Roni
Pn. Nurul Wahidah Bte Othman

1.6 Lompat Jauh (Tahun 6) -4 MAC 2019 (ISNIN)


En. Aizuddin Bin Ahmad (K)
Pn. Fadzlina Binti Mohaidin
Pn. Zailida Nuriyah Bte Zainal Ariffin
Pn. Amiza Bte Abu Bakar
SENARAI TUGAS PEGAWAI SEMASA ACARA PADANG TAHUN 2019
(GURU KELAS DAN KETUA ALIRAN MENGIKUT TAHUN)
2. Acara Padang
(Penyelaras-En. Mohd Dzulhafiz Bin Samsudin)
(7.30 PG-12.30 TGH)

1.7 Lompat Tinggi (Tahun 4) -5 MAC 2019 (SELASA)


En. Kumar Rao A/L Subramaniam (K)
Pn. Hasrul Akmar Binti Hassan
Pn. Nadiya Binti Khalik
Pn. Marini Binti Mustafa

1.8 Lompat Jauh (Tahun 4) -5 MAC 2019 (SELASA)


En. Noor Amiruddin Bin Abu Bakar (K)
En. Ahmad Al Muhaimin Bin Abdul Kudus
Pn. Azura Binti Alang
Pn. Juwairiah Bte Muda

1.9 Lompat Tinggi (Tahun 5) -5 MAC 2019 (SELASA)


Pn. Roslaini Binti Kadir (K)
En. Mad Hassan Bin Ibrahim
Pn. Siti Aslinda Bte Meor Ahmad
Pn. Faridah Binti Hussein

1.10 Lompat Jauh (Tahun 5) -5 MAC 2019 (SELASA)


Pn. Hasnizah Binti Abu Hasan (K)
Pn. Syarmilla Bte Mokhtaruddin
Pn. Shamanil Qamar Binti Abdul Halim
Pn. Saniza Binti Metuhu

1.11 Lompat Tinggi (Tahun 6) -7 MAC 2019 (KHAMIS)


En. Mohd Redzuan Bin Mohammad Noor(K)
Pn. Siti Noraishah Bte Abd Hashim
Cik Khairul Azani Binti Mohd Roni
Pn. Nurul Wahidah Bte Othman
1.12 Lompat Jauh (Tahun 6) -7 MAC 2019 (KHAMIS)
En. Aizuddin Bin Ahmad (K)
Pn. Fadzlina Binti Mohaidin
Pn. Zailida Nuriyah Bte Zainal Ariffin
Pn. Amiza Bte Abu Bak

1.13 Lontar Peluru (Terbuka L&P) -7 MAC 2019 (KHAMIS)


En. Mohd Dzulhafiz Samsudin
Guru Lelaki SK1TS
SENARAI ACARA YANG DIPERTANDINGKAN
(A) Sukantara

ACARA TAHUN CATATAN

LOMPAT TINGGI 4/5/6 SEMUA AHLI RUMAH

LOMPAT JAUH 4/5/6 SEMUA AHLI RUMAH

(B) Padang

ACARA TAHUN CATATAN

LOMPAT TINGGI 4/5/6 L&P

LOMPAT JAUH 4/5/6 L&P

LONTAR PELURU TERBUKA L&P

TARIK TALI TIDAK DIPERTANDINGKAN L&P

(C) Balapan

ACARA TAHUN CATATAN

80 METER PPKI L&P


100 METER 4/5/6 L&P

200 METER 4/5/6 L&P

4 X 50 METER PPKI L&P


4 X100 METER 4/5/6 L&P
4 X 50 METER (IBUBAPA
DAN GURU) 4/5/6 L&P
PERATURAN PERTANDINGAN KEJOHANAN BALAPAN DAN PADANG 2019

1. Undang - undang

1.1 Pertandingan ini dianjurkan di bawah Undang-undang KOAM (di mana

sesuai) dan Peraturan Am MSSS serta MSSM.

2. Penyertaan

2.1 Setiap ahli rumah wajib mengambil bahagian dalam sukantara kecuali atas

sebab-sebab kesihatan.

2.2 Setiap rumah sukan adalah dibenarkan menghantar TIDAK LEBIH dari

dua (2) orang peserta bagi setiap acara individu dan satu (1) pasukan

sahaja bagi acara lari berganti-ganti

2.3 Setiap peserta hanya dibenarkan menyertai TIGA (3) acara individu dan

dua (2) acara berpasukan sahaja

3. Permulaan Bagi Acara Balapan

3.1 Bagi kesemua acara balapan, permulaan dekam (crouch start) TIDAK

AKAN digunakan.

4. Senarai Pungutan Mata

4.1 Semasa sukantara, setiap ahli rumah akan mendapat 10 mata bagi setiap

ketinggian / jarak yang dilepasi.

4.2 Mata sukantara akan dicampurkan dengan mata keseluruhan acara setiap

rumah termasuk acara tarik tali bagi menentukan juara kejohanan

(termasuk markah perbarisan dan hiasan khemah terbaik).


4.3 Senarai pungutan mata bagi acara berpasukan :

KEDUDUKAN MATA

PERTAMA 200

KEDUA 150

KETIGA 100

KEEMPAT 50

4.4 Senarai pungutan mata bagi acara individu :

KEDUDUKAN MATA

PERTAMA 200

KEDUA 150

KETIGA 100

KEEMPAT 50

KELIMA 40

KEENAM 30

KETUJUH 20

KELAPAN 10
ATURCARA KEJOHANAN

1. Sukantara

Tarikh : 1 Mac, dan 4 Mac


(Jumaat , Isnin)
Masa : 7.30 pg – 12.50 tgh
Tempat : SK (1) Taman Selayang

HARI TARIKH MASA PESERTA

JUMAAT 1 MAC 2019 7.30 – 12.50 TGH TAHUN 4,5 DAN6


(SEMUA RUMAH)

ISNIN 4 MAC 2019 7.30 – 12.50 TGH TAHUN 4,5 DAN 6


(SEMUA RUMAH)
2. Acara Padang

Tarikh : 5 dan 7 Mac 2019 (Selasa dan Khamis)


Masa : 7.30 pg – 12.50 tgh
Tempat : SK (1) Taman Selayang dan Padang SMK Seri Selayang

ACARA KATEGORI

TAHUN 4 (L)
LOMPAT TINGGI TAHUN 5 (L)
TAHUN 6 (L)

TAHUN 4 (P)
LOMPAT JAUH TAHUN 5 (P)
TAHUN 6 (P)

3. Lontar Peluru

Tarikh : 7 Mac 2019 ( Khamis )


Masa : 7.30 pg – 10.20 pg
Tempat : SK (1) Taman Selayang

ACARA KATEGORI

LONTAR PELURU TERBUKA (L&P)

4. Acara Balapan dan Kemuncak

Tarikh : 9 Mac 2019 ( Sabtu)


Masa : 7.30 pagi – 1.00 petang
Tempat : Padang SMK Seri Selayang
TENTATIF PROGRAM

7.00 Pagi : Peserta berkumpul di tapak perhimpunan sekolah dan


bergerak ke SMK Seri Selayang

7.30 Pagi : Pendaftaran peserta / pegawai kejohanan di padang.


Ketibaan para jemputan.

8.00 Pagi : Ketibaan tetamu khas / perasmi.


Peserta mengambil tempat.

8.15 pagi : Perarakan lintas hormat peserta perbarisan dan atlet.


Nyanyian lagu Negaraku.
Bacaan doa.
Bacaan ikrar peserta kejohanan.
Ucapan pengerusi pengelola kejohanan.
Ucapan perasmian pembukaan oleh tetamu khas.
Perarakan keluar peserta kejohanan.

9.00 pagi : Acara balapan bermula (100m, 200m , dan


4x100m dan acara pegawai dan ibubapa).

12.30 petang : Penyampaian hadiah bagi setiap acara serta johan rumah
keseluruhan, johan perbarisan, olahragawan dan
olahragawati kejohanan.

1.30 petang : Kejohanan ditutup.


ANGGARAN BELANJAWAN
(1) Perbelanjaan
(A) Kejohanan Olahraga

(1) Cenderahati Perasmi .................. RM 50.00


(2) Air Horn .................. RM 55.00
(3) Wisel -10 BUAH .................. RM 50.00
(4) Heller (Pembersar Suara)- 2 Buah .................. RM 300.00
(5) Minyak Hitam Buat Line- 2 Tong .................. RM 200.00
(6) Papan Clipboard (RM7 X15 buah) .................. RM 105.00

(7) Piala Olahragawan Olahragawati RM 100X 2...... RM 200.00


(8) Hadiah Hamper
Johan x 2 x RM100 .................. RM 200.00
Naib Johan x 2 x RM70 .................. RM 140.00
Tempat 3 x 2 x RM50 .................. RM 100.00
Tempat 4 x 2 x RM50 .................. RM 100.00
(9) Kain Rentang .................. RM 120.00
Jumlah RM 1620.00
(B) Padang Smk Seri Selayang ................. RM 300.00
(Sumbangan PIBG)
(C) Pingat pemenang (348 Xrm5.00) ................ RM 1740.00
(Sumbangan PIBG)
(D) Khemah Besar
(Sumbangan PIBG) ................ RM 1000.00
------------------
Jumlah Besar (A+B+ C+D) ................. RM 4660.00
------------------
(2) Peruntukan Sukan
(1) Sukan Tahunan .................. RM 2000.00

Disediakan Oleh,

......................................................
( EN. MOHD DZULHAFIZ BIN SAMSUDIN )
Setiausaha Sukan SK(1)TS

Disemak Oleh,

........................................................
( EN ZALATEF BIN MUSTAFA )
GPK Kokurikulum SK(1)TS

Diluluskan Oleh,

..........................................................
( PN. NORSIAH BINTI OMAR)
Guru Besar SK(1)TS

Anda mungkin juga menyukai