Anda di halaman 1dari 1

Teori Asas 1 : JEDA (Interval)

Posted by  mr Mu  ,  at  15:12

Salam..agak lama tidak update blog ini. Memandangkan cuti sekolah bermula maka blog ini pun terpaksa
bercuti sekali.HEHEHE apapun bagi meneruskan sesi pembelajaran kita, saya akan menyambung tajuk teori
muzik ini dengan tajuk JEDA (Interval).

Apa dia JEDA (Interval)?


Jeda ialah jarak antara bunyi. Lebih kurang jarak antara dua bunyi la. Contoh antara bunyi x dan y. Diantara
bunyi x dan y tersebut adalah JEDA(Interval). Boleh faham???

JEDA pula akan diukur dalam Ton dan Separuh Ton ataupun lebih dikenali dengan semiton.

Bunyi bagi muzik pula lebih telah dicipta dengan melebelkan bunyi tersebut dengan abjad. Iaitu dari
abjad A hingga G. Lihat contoh dibawah :

A  B  C  D  E  F  G  A' B' C' D'

Setiap abjad yang berakhir dengan huruf G akan bermula semula dengan huruf A semula namun bunyi pada
huruf tersebut akan lebih tinggi nadanya.

Walaupun abjad A, B, C dan seterusnya digunakan tidak bermakna setiap bunyi akan bermula dengan huruf A.
Setiap bunyi akan bermula dengan nada tersendiri dan tidak terikat dengan huruf A sahaja. Besar
kemungkinan bunyi juga boleh bermula dari huruf G atau C.

Ok..kalau belum lagi faham sila bertanya ya..hehe Jumpa lagi dalam teori akan datang..

Anda mungkin juga menyukai