Anda di halaman 1dari 9

PANTUN

Apa khabar saudara di sana,


Berbudi bahasa amalan kita,
Ziarah-menziarahi jiran tetangga,
Hidup harmoni aman sentosa.

Cina, Melayu dan juga India,


Sikap bertoleransi budaya kita,
Bermaafan sesama manusia,
Inilah namanya satu Malaysia.

Siek-siek, Nandri, Terima Kasih pelbagai bahasa,


Budaya kita buat semua,
Negara kita negara maju jaya,
Budi pekerti amalan semua.

Pucuk ubi, daun keladi,


Pagi hari malam menanti,
Amalkan sikap untuk berbudi,
Agar hidup aman harmoni.

Hari Merdeka, Hari Malaysia,


Menziarahi amalan mulia,
Saling bermaafan amalan manusia,
Hidup bahagia aman sejahtera.

Orang miskin, orang kaya,


Menziarahi sesama kita,
Tak kira tua ataupun muda,
Tak kira bangsa atau agama.
Enjit-enjit Semut

Enjit-enjit semut, sapa sakit naik atas


Enjit-enjit semut, sapa sakit naik atas
Enjit-enjit semut , sapa sakit naik atas
Enjit-enjit semut sapa sakit naik atas

Buah cempedak di luar pagar


Ambillah galah tolong tunjukkan
Kamilah budak baru belajar
Kalaulah salah hoi-hoi tolong tunjukkan

Tinggilah tinggi si matahari


Anak kerbau mati tertambat
Sudahlah lama saya mencari
Baru sekarang hoi-hoi saya mendapat

Pisanglah emas bawa belayar


Masak sebiji di atas peti
Hutanglah emas boleh dibayar
Hutanglah budi hoi-hoi dibawa mati

Pulaulah Pandan jauh ke tengah


Gununglah Daik bercabang tiga
Hancurlah badan dikandung tanah
Budi yang baik dikenang juga

Sireh berlipat sirehlah pinang


Sireh dari Pulau Mutiara
Pemanis kata selamat datang
Awal Bismillah pembuka bicara

Tetak buluh panjang suluh


Buat dijolok sarang penyengat
Angkat tangan jari sepuluh
Doa diminta agar selamat

Tuai padi antara masak


Esok jangan layu-layuan
Intai kami antara nampak
Esok jangan rindu-rinduan
Hendaklah dulang diberi dulang
Dulang berisi sagu mentah
Hendak pulang kuberi pulang
Tinggalkan pantun barang sepatah

Lancang kuning lancing pusaka


Nampak dari Tanjung Tuan
Kalau kering Laut Melaka
Barulah saya lupakan tuan

Asam kandis mari dihiris


Manis sekali rasa isinya
Dilihat manis dipandang manis
Lebih manis hati budinya

Ayam hutan terbang ke hutan


Tali tersangkut pagar berduri
Bukan kerana mati tak makan
Tapi kerana kasih tak terperi
PANTUN KLASIK

Kalau tuan merendang telur,


Jangan terlupa telur yang masin;
Kalau tuan sudah mahsyur,
Jangan lupakan keluarga yang miskin.

Kembang indah menawan hati,


Sayang terkerat di tengah hari;
Cinta itu laksana api,
Tersalah hemat membawa diri.

Limau manis tiga serangkai,


Taruh mari di kebun cina;
Mulut manis jangan di pakai,
Banyak orang sudah terkena.

Nyiur manis baru gugur,


Dibawa nyonya keluar pagar;
Jasad menangis di pintu kubur,
Menyesal di dunia tidak belajar.

Medang sila buahnya cantik,


Jatuh menimpa ke pasu bunga;
Dengan sebab nila setitik,
Habis rosak susu sebelanga.

Menjual lidi ke Batu Bara,


Menjual lokan ke Batu Pahat;
Kerana dengki punya angkara,
Orang baik disangka jahat.

Orang berniaga semalam-malaman,


Apa jualan pulut berinti,
Hidup di dunia buat amalan,
Untuk bekalan akhirat nanti.

Naik bukit pergi Asahan,


Bayar niat mudah-mudahan;
Sungguhpun songket kain pilihan,
Tapi tak boleh buat basahan.
Orang Daik pergi menuba,
Dapat seekor ikan haruan;
Perkara tak baik jangan dicuba,
Takut kelak merana badan

Orang mengail di Lubuk Dulang,


Umpan mari si kulit duku;
Kalau bermain tunangan orang,
Nyawa bergantung di hujung kuku.

Pagi-pagi kapal berlabuh,


Singgah di Bentan membeli kopi;
Bangun pagi sembahyang Subuh,
Minta Tuhan tambahkan rezeki.

Pokok cempedak di tepi tangga,


Buah sebiji gugur terbuang;
Janganlah mudah merasa bangga,
Bila diri dipuji orang.

Rendang sungguh pohon ara,


Tumbuh subur tepi telaga;
Tidak salah berkenal mesra,
Tatasusila perlulah dijaga.

Sayang laksamana menggulung benang,


Benang digulung perahu Bugis;
Orang jauh jangan dikenang,
Kalau dikenang tunduk menangis.

Ambil bertih dari hulu,


Isi mari di dalam balang;
Bersihkan laman kita dahulu,
Baru bersihkan halaman orang.

Anak ayam di atas pagar,


Turun ke tanah memakan padi;
Kalau hutang wajib dibayar,
Kalau janji wajib ditepati.
Cedok air dengan baldi,
Cedok nasi dengan senduk;
Baik dibawa resmi padi,
Semakin berisi semakin tunduk.

Kalau ke bukit sama mendaki,


Kalau ke laut sama berenang;
Kalau kita bersatu hati,
Kerja yang berat menjadi senang.

Kelapa muda, muda juga,


Kelapa tua dibuat inti;
Suka, suka juga,
Sembahyang kita jangan di henti.

Kelapa muda rumah Megat,


Mari makan bulan puasa;
Badan muda biarlah ingat,
Sementara belum rosak binasa.

Gulai lemak sayur cendawan,


Anak udang goreng berlada;
Kasih emak sepanjang jalan,
Sayang saudara sama berada.

Dari hulu turun ke pekan,


Sampannya rosak di tengah hari;
Kalau selalu ingatkan tuhan,
Apa dipinta pasti diberi.

Marilah kita menanam padi,


Padi ditanam di dalam bendang;
Marilah kita menabur budi,
Supaya kita dikenang orang.

Ikan belanak dalam tapisan,


Orang membubu di Kuala Dungun;
Ayuhai anak ingat pesanan,
Kalau jatuh cepatlah bangun.
Hancur-hancur daun keladi,
Buat makanan sarapan pagi;
Hendak dikesal tak guna lagi,
Carilah lain sebagai pengganti

Kalau tuan merendang telur,


Jangan terlupa telur yang masin;
Kalau tuan sudah mahsyur,
Jangan lupakan keluarga yang miskin.

Kembang indah menawan hati,


Sayang terkerat di tengah hari;
Cinta itu laksana api,
Tersalah hemat membawa diri

Halia ini tanam-tanaman,


Ke barat juga akan condongnya;
Dunia ini pinjam-pinjaman,
Akhirat juga akan sudahnya.

Delima batu dipenggal-penggal,


Bawa galah ke tanah merah;
Lima waktu kalau ditinggal,
Allah Taala memang marah.

Burung pipit burung kedidi,


Hinggap di pokok di tepi sawah;
Jika hidup tidak berbudi,
Ibarat pokok tidak berbuah

Jangan suka menganyam nyiru,


Nyiru dianyam di tepi tasik,
Jangan suka menanggung rindu,
Rindu datang bawa penyakit.

Kalau ada menanam tebu,


Boleh dijual di pasar desa;
Kalau kita jadi tetamu,
Biarlah pandai berbudi bahasa

Jangan biasa duduk bertentang,


Tengok orang dari belakang;
Cari pagi makan petang,
Asal hidup jangan berhutang

Prelude Kompang :

Solo :
Allahumma Solli ‘Alaa Sayyidina Muhammad, Wa’alaa Aali Sayyidina
Wamaulaana Muhammad.

Ramai-ramai :
Sollu ‘Alaiiiiiiiihhhhhhhhh ….

Kenangan lalu tingkah bergema …..


Tradisi lama rentak dibawa
Assalamualaikum anak seni semua …..
Kepada juri yang arif bijaksana

Paluan kompang Penawar bergema ..


Wilayah Pengerang Cinta Budaya, Yaa Rasulullah.

Rentak Zapin (3 x pantun)

Rentak kompang dipalu … paluan.. pusaka


Kompang merinding …. bergema …. serata

Sedapnya lagu sedapnya lagu …. bersilang tingkah


Dipalu kompang dipalu … rentak pusaka …. Melayu

Seni budaya seni budaya … pusaka bangsa


Terbela …. Terjaga … Sejahtera.

Rentak Inang :

Pengerang wilayah yang lama


Di tenggara letaknya dalam Johor
Tadbir urus disusun teratur
Rakyat Sejahtera
Maju tersohor

1 x rentak zapin

Rentak kompang dipalu … paluan.. pusaka


Kompang merinding … bergema… serata

*Tamat kompang dengan pukulan berteh

Sekian Dari Kami Kompang Penawar. Wabillahi Taufiq Wal


Hidaaaayah.
Assalaamualaikum Warahmatullaaahi Wabarakatuh.

Anda mungkin juga menyukai