Anda di halaman 1dari 39

MANUAL “SETUP” DAN PENGGUNAAN OBS

STUDIO

OLEH: IQMAL SYAHMI

SKIM KHIDMAT PELAJAR (SKP),


PEJABAT KURSI INSTITUSI RAJA-RAJA MELAYU,

UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA (UiTM)


ISI KANDUNGAN

No. Perkara Muka surat

1.0 Langkah-langkah ‘installation’ OBS Studio di Windows 10 2

1.1 Cara memuat turun perisian OBS Studio daripada Internet

2.0 ‘Setup’ Sebelum ‘livestream’ di OBS Studio 9

2.1 Lokasi ‘Settings’ untuk OBS Studio

2.2 Menambah ‘Scene’ di dalam OBS Studio

2.3 Menambah ‘Background Color’ pada ‘Scene’

2.4 Menambah Imej atau Poster pada ‘Scene’ di dalam OBS

2.5 Menambah ‘Crawler’ di dalam ‘Scene’ OBS Studio

2.6 Menukarkan Paparan OBS Studio kepada Studio Mode

2.7 Menambah ‘Window Capture’ di dalam ‘Scene’ dalam OBS

Studio

3.0 Kawalan Semasa ‘livestream’ Berlangsung di OBS Studio 35

3.1 Memulakan ‘livestream’ di OBS Studio

3.2 Mengakhiri ‘Livestream’ di OBS Studio

4.0 ‘Setup’ selepas ‘livestream’ di OBS Studio 38

i
1.0 Langkah-Langkah ‘installation’ OBS Studio di Windows OS

Sebelum bercadang untuk “install” OBS Studio di PC atau di komputer peribadi (laptop)
pengguna, anda perlu memastikan PC atau komputer peribadi anda mempunyai
spesifikasi berikut:

Sistem Operasi: Windows 7 ke atas (Digalakkan Windows 10)


Cip CPU: Sekurang-kurangnya Intel Core i3 (Generasi ke 5), Intel Core i5 (Generasi
ke 6) atau lebih baharu daripada yang dinyatakan di atas.
Untuk cip AMD: Sekurang-kurangnya AMD Ryzen 5 2600 dan lebih baharu daripada
yang dinyatakan.
Kad Grafik (Graphic Card): Sama ada daripada NVIDIA atau AMD Radeon, mana-
mana varian boleh digunakan selagi ianya adalah “graphic card” di dalam PC
atau “laptop” pengguna.
RAM: Sekurang-kurangnya 8GB di dalam PC atau “laptop” pengguna (lebih tinggi nilai
RAM tersebut, lebih bagus)
Internet: Capaian Internet yang pantas, seboleh-bolehnya 100Mbps melalui Wi-Fi atau
kabel LAN (nama lain bagi kabel ini ialah kabel Ethernet)

1.1 Cara memuat turun perisian OBS Studio daripada Internet

1. Buat carian di Google “OBS Studio download” atau “OBS Studio” atau tekan link ini:
https://obsproject.com/ . Klik pada hasil carian paling atas sekali (lama web rasmi OBS
Studio akan dipapar jika “link” laman web di atas diklik.
2. Seterusnya, laman web ramsi OBS Studio akan tarpapar di skrin, dan terdapat 3
jenis butang untuk memuat turun perisian berikut mengikut jenis “operating system”,
atau OS. Klik pada butang “Windows”, dan perisian OBS Studio akan dimuat turun
secara automatik.

2
3. Setelah perisian tersebut selesai dimuat turun, “launch” perisian tersebut, yang akan
menyuruh pengguna memilih dimanakah perisian ini akan di”install”, dan sebagainya.

Tekan pada ‘file’ yang sudah dimuat turun di laman web OBS Studio, ianya akan membuka
‘installation wizard’.

Tekan pada butang ‘Next’

Tekan pada butang ‘Next’

3
Pengguna boleh memilih di mana perisian OBS ini mahu di’install’ di “storage” mengikut
keselesaan pengguna. Tekan butang ‘Next’ setelah selesai memilih.

Selepas itu, OBS Studio akan di ‘install’.

4
Selepas OBS Studio selesai di ‘install’, tekan butang ‘Next’ dan OBS Studio akan terbuka
secara automatik.

4. Setelah selesai, OBS Studio akan terbuka secara automatik di skrin. Akan munculnya
beberapa menu dan pilihan “settings” yang perlu dipilih agar ianya bersesuaian dengan
medium ‘livestream’ yang pengguna mahu.

Pilih seperti yang dipaparkan di dalam gambar ini, untuk memastikan OBS Studio
dioptimumkan penggunaannya sebagai medium ‘livestream’.

5
Terus tekan ke butang ‘Next’.

Pilih medium ‘livestream’ yang pengguna mahu gunakan untuk memulakan ‘livestream’
mereka. Sebagai contoh, klik pada ‘Facebook Live’.

6
Jika pengguna sudah membuat jadual ‘upcoming livestream’ di Facebook Page, pastikan
‘copy’ dan ‘paste’ Stream Key ke dalam menu ini. Jika tiada, tulis sahaja apa apa di dalam
ruangan Stream Key kerana ialah boleh diubah semula di dalam menu “settings”.

Akhir sekali, paparan ini akan muncul untuk menyenaraikan setiap pilihan yang telah
dilakukan oleh pengguna untuk memastikan penggunaan OBS Studio yang mengikut
kehendak pengguna. Setelah itu, tekan butang “Apply Settings”.

7
Paparan ini akan muncul, menunjukkan bahawa OBS Studio sudah siap untuk diguna.

Selepas semua langkah di atas dituruti, maka perisian OBS Studio sudah sedia untuk
digunakan oleh pengguna., tanpa perlu membayar apa-apa kos atau bayaran. Kita terus
menuju ke langkah seterusnya.

8
2.0 ‘Setup’ Sebelum ‘Livestream’ di OBS Studio

Setelah OBS Studio sudah di ‘install’ dan sudah dibuka, seterusnya kita lihat kepada
persiapan awal yang perlu dilakukan di OBS Studio sebelum ‘livestream’ bermula.

2.1 Lokasi ‘Settings’ untuk OBS Studio


Di dalam OBS Studio, terdapat pelbagai menu yang ada di bahagian atas OBS Studio,
dan antara menu yang cukup penting ialah menu ‘Settings’. Mari melihat apa yang ada
di dalam menu ‘Settings’ berikut:

Tekan menu ‘file’, dan tekan lagi pada menu ‘Settings’. Ianya akan membuka laman
baharu.

Akan munculnya menu ‘Settings’ dengan pelbagai sub-menu sedia ada.

9
Pastikan dua kotak yang dibulatkan di ‘tick’, untuk memastikan ketika memulakan atau
memberhentikan ‘livestream’, akan keluar paparan kecil untuk memastikan pengguna betul
betul ingin memulakan atau menamatkan ‘livestream’. Tekan ‘Apply’.

Seterusnya, pilih menu ‘Stream’ yang terdapat di sebelah kiri. Di sinilah pengguna dapat
memilih medium penyiaran yang dikehendaki. Contoh: Facebook Live.

10
Selepas itu, cari ‘Stream Key’ untuk menyiarkan program yang akan disiarkan di Facebook
Live dengan mencarinya di menu “Schedule Live Video Event”, ‘copy Stream Key’ tersebut
dan ‘paste’ di kotak ‘Stream Key’ di atas. Tekan ‘Apply’ dan ‘OK’ setelah selesai.

Di sini lokasi di mana “Stream Key” boleh didapati di Facebook Live Creator. ‘Copy Stream
Key’ tersebut dan ‘paste’ di dalam kotak ‘Stream Key’ di atas.

11
2.2 Menambah ‘Scene’ di dalam OBS Studio

‘Scene’ di dalam OBS Studio berfungsi sebagai sebuah paparan yang boleh digunakan oleh
pengguna untuk memaparkan apa jua bahan atau perkara yang mereka mahu di dalam
‘livestream’ mereka. Setiap ‘scene’ boleh memaparkan pelbagai elemen yang berbeza dari
satu sama lain mengikut kreativiti pengguna. Mari melihat cara-cara menambah ‘scene’ di
dalam OBS Studio.

Di bahagian bawah, terdapat kotak kecil yang bertulis ‘Scene’. Untuk menambah ‘scene’, tekan
butang ‘+’ yang ada dibawah.

Paparan akan muncul seperti berikut. Namakan ‘scene’ mengikut apa yang pengguna
mahukan, dan tekan ‘OK’.

12
‘Scene’ yang baharu akan dipaparkan di bawah.

Pengguna sekarang boleh menukar ‘scene’ yang diingini oleh mereka dengan klik pada
‘scene’ di bawah, ianya akan bertukar.

13
2.3 Menambah ‘Background Color’ pada ‘Scene’

Pada satu-satu masa, pengguna ingin menukarkan latar belakang ‘livestream’ mereka
kepada warna yang lebih baik atau terang. Mari melihat bagaimana ingin menambah
‘Background Color’ pada ‘scene’ sedia ada.

Di bahagian bawah, terdapat kotak kecil yang tertulis ‘Source’. Untuk mencari ‘Background
Color’, tekan butang ‘+’ yang dibulatkan.

Di dalam menu tersebut, cari dan tekan ‘Color Source’ seperti yang dibulatkan di atas, dan klik
pada menu tersebut.

14
Selepas itu, paparan ini akan muncul. Pengguna boleh menamakania mengikut kesesuaian,
dan tekan butang ‘OK’.

Selepas itu, paparan ini muncul, di mana pengguna boleh memilih warna yang mereka mahu.
Untuk menukar warna, klik pada butang ‘Select Colour’, dan menu baharu akan muncul.

15
Menu tersebut akan terpapar di skrin apabila butang ‘Select Colour’ dipilih, dimana pengguna
boleh memilih warna yang mereka kehendaki sebagai latar belakang di dalam ‘scene’. Setelah
selesai memilih, tekan ‘OK’.

Setelah selesai memilih warna, tekan butang ‘OK’.

16
Untuk menjadikan warna ini memenuhi ‘scene’ ini, tekan butang Ctrl+F serentak agar warna ini
memenuhi skrin.

2.4 Menambah Imej atau Poster pada ‘Scene’ di dalam OBS

Setiap program ‘livestream’ semestinya akan wujud poster promosi untuk program tersebut,
dan pastinya ianya perlu dipaparkan di permulaan ‘livestream’. Mari kita melihat cara-cara
memasukkan imej atau poster ke dalam ‘scene’ yang dipilih.

Pertamanya, klik butang tambah di bawah kotak kecil yang tertulis ‘Source’, dan pilih menu
‘Image’ seperti yang ditanda di atas.

17
Selepas itu, paparan ini akan muncul. Pengguna boleh menukarkan namanya mengikut
kesesuaian. Selepas itu, tekan butang ‘OK’.

Seteusnya, paparan ini akan muncul, dan pengguna perlu klik pada butang ‘Browse’ yang
ditunjukkan di atas seterusnya memilih gambar di dalam ‘folder’ PC atau Laptop pengguna
yang ingin dimasukkan ke dalam ‘scene’ di OBS Studio.

18
Selepas pengguna telah memilih gambar yang dikehendaki, tekan pada butang ‘OK’.

Ketika gambar ini dimasukkan, gambar ini tidak memenuhi seluruh ‘scene’. Untuk memastikan
gambar ini memenuhi seluruh skrin, ‘right click’ pada gambar tersebut, dan cari menu
‘Transform’, dan pilih ‘Fit to Screen’. Cara lain untuk membesarkan gambar tersebut adalah
dengan klik gambar terlebih dahulu, dan seterusnya menekan butang Ctrl+F di ‘keyboard’.

19
Gambar tersebut akan memenuhi seluruh ‘scene’ tersebut.

2.5 Menambah ‘Crawler’ di dalam ‘Scene’ OBS Studio

Pastinya, di dalam setiap ‘livestream’ akan ada sebuah ‘crawler’ yang memaparkan tajuk
program ‘livestream’ serta informasi-informasi yang penting kepada penonton. Mari kita
melihat cara-cara membuat ‘crawler’ untuk diletakkan di dalam ‘scene’.

Pertama, klik butang ‘+’ di bawah kotak kecil yang tertulis ‘Source’, dan cari nama menu ‘Text
(GDI+)’ dan klik menu yang dibulatkan di atas.

20
Paparan ini akan muncul, di mana pengguna boleh menamakan ‘Text’ ini sebagai ‘Crawler’,
dan tekan butang ‘OK’.

Seterusnya, paparan ini pula muncul, di mana pengguna boleh memilih ‘font’ yang pengguna
mahu. Klik pada butang ‘Select font’ seperti yang dibulatkan di atas.

21
Selepas butang ‘Select font’ ditekan, akan muncul paparan ini di mana pelbagai ‘font’ yang
boleh dipilih dan saiz ‘font’ juga boleh diubah seperti yang dibulatkan di atas. Setelah selesai,
tekan butang ‘OK’.

Seterusnya, pengguna boleh menulis apa-apa yang dikehendaki di dalam kotak ‘text’ seperti
yang tertulis di atas.

22
Seterusnya, untuk menambah ‘background color’ dibelakang ‘text’, ‘scroll’ sedikit ke bawah
daripada ‘text box’ di atas, dan cari ‘menu’ yang tertulis ‘Background Colour’ dan tekan butang
‘Select color’.

Pilih warna yang dikehendaki oleh pengguna, dan tekan butang ‘OK’.

23
Seterusnya, pengguna perlu menaikkan ‘opacity’ latar belakang berwarna ‘crawler’ tersebut
dengan mencari menu ‘Background Opacity’, dan ubahkan nilai yang dibulatkan kepada 100%.
Ubah ‘alignment crawler’ ini dengan memilih menu ‘Alignment’ ke ‘center’. Tekan butang ‘OK’
setelah selesai.

Seterusnya, gunakan ‘mouse’ dan klik pada ‘crawler’ tersebut hingga muncul garis merah
seperti di atas. Gerakkan ‘crawler’ tersebut ke posisi yang sesuai dan pengguna boleh
membesarkan saiz ‘crawler’ tersebut dengan menarik bulatan-bulatan kecil yang ada pada
kotak ‘crawler’ tersebut.

24
Selepas berjaya membuat ‘crawler’, pengguna perlu memastikan ‘crawler’ tersebut bergerak
agar tidak statik sahaja. Berikut merupakan langkah-langkah untuk menggerakkan ‘crawler’.

Pertamanya, klik pada menu ‘Crawler’ tersebut, dan ‘right-click’ pada menu tersebut. Cari
menu yang tertulis ‘Filter’ seperti yang ditunjuk di atas.

25
Paparan ini akan muncul, di mana di sini ‘crawler’ ini boleh ditambah ‘effects’, iaitu ‘Scrolling
Effects’. Tekan pada butang ‘+’ yang di ‘highlight’ dibawah.

Seterusnya, pilih menu ‘scroll’ yang ada di dalam butang ‘+’.

26
Paparan ini akan muncul. Teruskan tekan butang ‘OK’.

Seterusnya, paparan akan muncul seperti yang tertera di atas. Pastikan pengguna ‘tick’ pada
menu ‘Loop’ yang tertera di atas.

27
Akhir sekali, pastikan pengguna perlu mengubah nilai pada menu ‘Horizontal Speed’ seperti di
atas kepada 60.00, atau bergantung kepada pengguna berapa kelajuan ‘scrolling effects’ yang
dikehendaki. Setelah selesai, tekan butang ‘Close’. Maka ‘crawler’ tersebut akan bergerak.

28
2.6 Menukarkan Paparan OBS Studio kepada Studio Mode

Fungsi ini juga penting di dalam OBS Studio, kerana ianya akan memudahkan pengguna
untuk mengawal ‘livestream’ dengan lebih mudah serta tidak akan menimbulkan masalah.
Langkah-langkah untuk mengaktifkan ‘Studio Mode’ adalah seperti berikut.

Pertama sekali, pengguna perlu menekan butang ‘Studio Mode’ yang ada di bahagian bawah,
di sebelah kanan, seperti yang dibulatkan di atas.

Seterusnya, paparan akan muncul seperti begini.

29
Seperti yang terpapar di atas, skrin di sebelah kiri merupakan ‘preview’ screen di mana
penonton ‘livestream’ tidak akan nampak apa yang dipaparkan di skrin ‘preview’. Skrin di
sebelah kanan merupakan ‘program’ screen, di mana paparan di skrin ‘program’ boleh dilihat
oleh penonton apabila ‘livestream’ bermula. Untuk menukar ‘view’ dari ‘Scene 1’ kepada
‘Scene 2’, tekan butang ‘Fade’ yang ada di antara ‘preview’ dan ‘program’ screen, seperti yang
dibulatkan di atas.

Selepas butang ‘Fade’ ditekan, ‘program’ screen akan bertukar ke ‘Scene 2’ dan penonton
boleh nampak pertukaran ‘scene’ tersebut. Fungsi ini amat penting ketika ‘livestream’
berlangsung!

30
2.7 Menambah ‘Window Capture’ di dalam ‘Scene’ dalam OBS Studio

Fungsi ini paling penting di dalam OBS Studio, kerana ianya bertujuan untuk memaparkan
‘live video conference’ yang mungkin melibatkan moderator serta panel-panel di dalam
aplikasi panggilan atas talian, seperti Google Meet, Zoom Meeting, Cisco Webex Meeting
dan banyak lagi di dalam ‘scene’ yang wujud di dalam OBS Studio. Contoh yang akan
digunakan ialah penggunaan Google Meet sebagai medium ‘live video conference’.
Langkah-langkahnya adalah seperti berikut.

Pertama, klik butang ‘+’ di bawah kotak kecil yang tertulis ‘Source’, dan cari nama menu
‘Window Capture’ seperti yang ditunjukkan di atas.

Seterusnya, paparan ini akan muncul seperti di atas, di mana pengguna boleh menukar
namanya kepada ‘Google Meet’ atau mengikut kesesuaian pengguna.

31
Seterusnya, paparan ini akan muncul, dan pengguna perlu memilih ‘window’ yang ingin
dipaparkan di ‘scene’, dengan memilihnya pada menu ‘Window’ seperti di atas. Kebiasaannya,
‘Window’ menu akan memaparkan secara automatik ‘window’ yang aktif di belakang OBS
Studio. Selepas selesai, tekan butang ‘OK’.

Selepas itu, paparan skrin akan muncul seperti di atas. Seperti di atas, ‘Window Capture’ ini
menangkap setiap paparan yang ada di ‘window’ tersebut. Jika pengguna mahu hanya
memaparkan sebahagian dari ‘window’ tersebut, pengguna perlu ‘crop window’ tersebut.

32
Untuk ‘crop window’, pengguna perlu klik terlebih dahulu pada ‘Window Capture’ tersebut.
Seterusnya, pengguna perlu ‘hold’ butang Alt sambal menggerakkan ‘Window Capture’
tersebut untuk mengecilkannya hingga boleh nampak garis hijau boleh dilihat seperti di atas.

Selepas proses diatas dilakukan, hasil akhirnya akan menjadi seperti begini. ‘Window Capture’
ini boleh digerakkan mengikut kesesuaian.

33
Seperti yang anda lihat, hasil akhir setelah 2 ‘Window Capture’ telah ditambah di dalam
‘Source’ dan sudah di ‘crop’ dan telah disusun, ianya menjadi teratur dan kemas.

NOTA: Jika secara tiba-tiba ‘Window Capture’ hilang dan tidak menunjukkan apa-apa, ‘right-
click’ pada ‘Window Capture’ dan klik pada ‘Properties’. Seterusnya, klik pada menu ‘Window’
dan cari semula ‘tab’ yang memaparkan Google Meet tersebut. Ianya akan muncul semula.

34
3.0 Kawalan Semasa ‘Livestream’ Berlangsung di OBS Studio

Selepas setiap ‘setup’ sebelum ‘livestream’ telah dibuat, sudah tiba masanya untuk
memulakan ‘livestream’ anda. Sebelum anda memulakan ‘livestream’, pastikan:

• ‘Stream Key’ sudah di ‘copy’ dan ‘paste’ di dalam ‘Settings’, di bawah menu ‘Stream’
• Program ‘livestream’ sudah dibuat dan dijadualkan di Facebook Page, dan pastikan
OBS Studio sudah dibuka sekurang-kurangnya 30 minit sebelum waktu
‘livestream’ bermula dan butang ‘Start Streaming’ sudah ditekan dan sudah
muncul ‘LIVE’ di bawah sekali di dalam OBS Studio.
• Pastikan ‘Desktop Audio’ dan ‘Mic/Aux’ sudah di ‘MUTE” terlebih dahulu. Ketika
pertukaran ke ‘scene’ yang memaparkan moderator dan panel, ‘UNMUTE’
‘DESKTOP AUDIO’ sahaja jika moderator dan panel kedua-duanya berada di
dalam Google Meet / Zoom Meeting / Cisco Webex Meeting dan lain-lain.

3.1 Memulakan ‘livestream’ di OBS Studio

Jika ‘setup’ di OBS Studio sudah lengkap dan bersedia untuk ‘livestream’ (pastikan checklist
di atas diikuti!), tekan butang ‘Start Streaming’ yang telah dibulatkan di atas.

35
Seterusnya, paparan ini akan muncul untuk memastikan pengguna memulakan ‘livestream’.
Tekan butang ‘Yes’.

Selepas itu, ‘livestream’ akan bermula dan pengguna boleh melihat jika ‘livestream’ sudah ke
‘Facebook Live’ atau tidak. Seperti di atas, bulatan pertama menunjukkan ‘livestream’ sudah
bermula, dan bulatan kedua menunjukkan kelajuan Internet dalam menghantar ‘feed
livestream’ dari OBS Studio ke Facebook (atau medium penyiaran lain). Selepas itu, jika
moderator dan panel sudah bersedia, pengguna boleh menekan butang ‘Fade’ yang berada di
antara ‘Preview’ dan ‘Program’ screen (pastikan ‘scene’ yang mempunyai ‘Window Capture’
sudah dipilih di ‘Preview’ screen terlebih dahulu) , dan ‘scene’ yang dipilih akan muncul di
‘Program’ screen. “UNMUTE” Desktop Audio dan moderator serta panel boleh mula bercakap

NOTA!! : Pengguna DILARANG membuka ‘tab’ lain di belakang OBS Studio ketika ‘livestream’
berlangsung untuk mengelakkan ‘Window Capture’ memaparkan ‘tab’ selain Google Meet.

36
3.2 Mengakhiri ‘Livestream’ di OBS Studio

Setelah moderator dan panel sudah memberikan tanda bahawa ‘livestream’ akan berakhir,
pengguna perlu bersedia untuk “MUTE” Desktop Audio.

Setelah moderator dan panel sudah berhenti bercakap, “MUTE” Desktop Audio di Audio Bar
(terletak di bar berwarna dan apabila ‘Desktop Audio’ sudah MUTE, logo ‘speaker’ berwarna
merah akan muncul). Seterusnya, tekan butang “FADE TO BLACK” untuk menggelapkan
‘livestream’ (terletak di antara skrin ‘Preview’ dan ‘Program’, di bawah butang ‘Fade’). Selepas
itu, tekan butang ‘End Stream’

Selepas itu, paparan ini akan muncul untuk memastikan pengguna ingin menamatkan
‘livestream’. Tekan butang ‘Yes’ dan ‘livstream’ akan tamat.

Selepas logo ‘LIVE’ telah hilang di bahagian bawah di dalam OBS Studio, ianya sudah selamat
untuk menutup OBS Studio.

37
4.0 ‘Setup’ Selepas ‘Livestream’ di OBS Studio

• Setelah ‘livestream’ berakhir, anda boleh menutup OBS Studio kerana segala ‘setup’
yang dilakukan sebelum ini akan disimpan, KECUALI ‘Window Capture’. Apabila
anda membuka semula OBS Studio, pastikan anda klik pada menu ‘Window
Capture’ (atau nama Google Meet yang ditulis oleh pengguna), ‘right-click’ dan
pilih ‘Properties’. Ulang langkah seperti di point 2.7 dan ‘Window Capture’ akan
berfungsi semula.

• Semasa membuka semula OBS Studio, pengguna hanya perlu menukar gambar
poster mengikut ‘livestream’ pada waktu berikut (rujuk point 2.4)

• Pengguna juga perlu meng ‘edit’ ‘crawler’ di mana, pengguna perlu mengubahnya
mengikut tajuk ‘livestream’ pada hari tersebut. (rujuk point 2.5, dimana hanya
‘edit’ di dalam ‘text box’ yang sudah ada tulisan sahaja, tidak perlu untuk
melakukan proses ‘Scrolling Effects’ semula)

• Pastikan juga ‘Stream Key’ untuk ‘livestream’ pada hari tersebut sudah di ‘copy’
dan paste di dalam menu “Streaming” di bawah menu besar ‘Settings’. (rujuk
point 2.1)

Diharap ‘manual’ ini dapat membantu Tuan / Puan / Encik / Cik dalam
melaksanakan program ‘livestream’ di pelbagai medium media sosial agar
dapat memberikan manfaat kepada semua!

Yang baik datang daripada Allah S.W.T.


Yang buruk datang dari kekhilafan saya.

Terima kasih.

38

Anda mungkin juga menyukai