Anda di halaman 1dari 2

GARIS PANDUAN BAGI HIMPUNAN VIRTUAL HEPILI – KAMI NAK HIDUP SIHAT

SEMPENA
SAMBUTAN MINGGU SIHAT HEPILI 2023

• PENDAFTARAN
Tatacara pendaftaran ke Himpunan Virtual HePiLI 2023 (HVH2023)

1. Himpunan Virtual HePiLI – Kami Nak Hidup Sihat sempena Minggu Sihat HePiLI 2023
akan dilaksanakan pada 6 Julai 2023 (Khamis) bermula jam 7.30 pagi.

2. Pendaftaran terbahagi kepada empat (4) kategori iaitu:


i) Kategori Prasekolah / Tabika ii)
Kategori Sekolah Rendah iii)
Kategori Sekolah Menengah
iv) Kategori Institut Pengajian Tinggi (IPT)

3. Bagi kategori (i), (ii) dan (iii), pendaftaran adalah secara institusi di mana guru perlu
mendaftar nama institusi sebagai peserta manakala bagi kategori (iv), pendaftaran
adalah secara individu.

4. Borang pendaftaran ini perlu diisi secara lengkap termasuk cadangan bilangan warga
institusi yang akan terlibat di dalam Himpunan Virtual HePiLI 2023 dan X-Break Mega
bersama warga institusi pendidikan terbesar secara virtual

5. Himpunan ini akan diadakan secara live-streaming menerusi platform Youtube dan
platform DELIMa di mana pautan kepada live-streaming ini akan diberikan melalui media
sosial Facebook Kementerian Kesihatan Malaysia dan Hepili Network.

6. Tarikh tutup pendaftaran adalah pada 3 Julai 2023 (Isnin)

• HARI KEJADIAN

Persediaan untuk Himpunan Virtual HePiLI 2023

1. Guru/Peserta perlu menyediakan kamera dan peranti (telefon bimbit, laptop atau
computer) yang bersesuaian.

2. Guru perlu mengumpulkan dan memberi taklimat kepada semua murid yang terlibat
dengan HVH2023 dari aspek aturcara dan pelaksanaan X-Break Mega

3. Guru/Peserta boleh log masuk ke live-streaming bermula jam 7.30 pagi melalui pautan
yang akan diberikan dan mengisi borang pengesahan kehadiran yang ditayangkan di
skrin utama bagi tujuan verifikasi Malaysia Book of Records.
4. Guru/Peserta perlu memastikan kamera dibuka dan suara di“mute” bagi melancarkan
perjalanan majlis.

5. Guru boleh memaklumkan kepada kelas-kelas yang tidak terlibat di dalam Himpunan
Virtual HePiLI 2023 untuk turut serta di dalam pelaksanaan X-Break pada jam 8.25 pagi
tanpa menjejaskan sesi pengajaran dan pembelajaran.

6. Guru/Peserta digalakkan untuk mengambil gambar sepanjang HVH2023 dijalankan dan


boleh memuatnaik gambar ke folder Google Drive di pautan berikut :
https://drive.google.com/drive/folders/14ZcXALPnYmiOaqnPeU4G4pF0G4MmZOEl?usp
=sharing

7. Guru/Peserta digalakkan untuk mengadakan simulasi video X-Break yang akan


diadakan semasa majlis. Video tersebut boleh didapati melalui pautan tersebut : pautan
akan dikongsi kemudian

8. Tatacara majlis dan ikrar boleh didapati melalui borang pendaftaran di muka surat
seterusnya.

Anda mungkin juga menyukai