Anda di halaman 1dari 11

TEKS PENGACARA MAJLIS

PENGUMUMAN :
Assalamualaikum wbkth dan salam sejahtera,

Tuan-tuan, puan-puan hadirin yang dihormati sekalian.


Untuk memastikan kelicinan perjalanan Majlis Sambutan Perayaan Hari Guru Peringkat Daerah
Segamat kali ke -42 tahun 2013 yang akan berlangsung sebentar lagi , berikut ialah beberapa
pengumuman penting yang perlu diberikan perhatian dan tindakan :

1. Kerjasama hadirin dipohon agar dapat berdiri, semasa diumumkan ketibaan tetamu
kehormat, sehingga beliau mengambil tempat di atas pentas.

2. Semua hadirin diminta berdiri sekali lagi dan bersama-sama membaca ikrar Hari Guru,
demikian juga ketika menyanyikan lagu Bangsa Johor dan Negaraku.

3. Hadirin juga diharap agar tidak mengaktifkan telefon mudah alih sebaliknya
menukarkannya ke silent mode sepanjang majlis berlangsung.

4. kerjasama hadirin dipohon agar tidak banyak melakukan banyak pergerakan keluar
masuk dewan dan tidak meninggalkan majlis sehingga tetamu kehormat
meninggalkan dewan ini.

5. Semua penerima anugerah dan cenderamata diharap dapat duduk dan berada di
tempat yang disediakan untuk memudahkan pengelolaan atur cara berkenaan.

6. Akhir sekali, untuk makluman semua, Sambutan Perayaan Hari Guru Daerah
Segamat ini dapat ditonton secara langsung menerusi laman web
harigurusegamat.blogspot.com

Kerjasama hadirin dan warga dewan sekalian didahului dengan ucapan terima kasih.

1
TEKS PENGACARA MAJLIS

PERKARA : MAJLIS SAMBUTAN PERAYAAN HARI GURU PERINGKAT DAERAH


SEGAMAT KALI KE-42 TAHUN 2013
TEMPAT : DEWAN BESAR SJK ( C ) JAGOH SEGAMAT
TARIKH: 23 MEI 2013
MASA : 2.00 PETANG

---------------------------------------------MAJLIS BERMULA----------------------------------------------------------

JAL : Diumumkan, ketibaan Yang Berbahagia ..............................................................................,


diiringi oleh Yang Berusaha En Yasiran Bin Maskom , Tuan Pegawai Pelajaran Daerah Segamat
serta dif-dif kehormat.

(Tunggu perasmi berdiri di atas pentas)

JAL : Nyanyian Lagu Bangsa Johor dan Nyanyian Lagu Seiring Melangkah.

 Persembahan Tarian 1 Malaysia

----------------------------------------------(Persembahan )-------------------------------------------------------

JAL : Indah berbalam si awan petang,


Berarak di celah pepohon ara;
Pemanis kalam selamat datang,
Awal bismillah pembuka bicara.

Demikian tadi persembahan selamat datang ,yang telah diterjemahkan melalui bakat dan kreativiti,
gabungan pelbagai bangsa dan generasi menghasilkan persembahan yang bervisi dan berkualiti.

Terima kasih diucapkan kepada pelajar-pelajar dari Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar
Putra, Segamat.

2
JAP : Assalamualaikum w.b.k.t.h , dan salam sejahtera.

Demi memberkati acara dan agenda kita,


Marilah kita semua,
Selaku insan kerdil sifat dan upaya,
Dengan sanubari yang bersih, minda yang jernih,
Menghimpunkan segala harapan dan hasrat,
Dengan bait-bait doa serta munajat.

Majlis sambutan Hari Guru ini ,dimulakan dengan bacaan doa. Untuk itu, majlis dengan
hormatnya mempersilakan yang dimuliakan : Ustaz Suhaimi bin Harun
Dari Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Kenangan,Segamat untuk memimpin bacaan
doa.
Majlis mempersilakan.
----------------------------------------------------------BACAAN DOA-----------------------------------------------------

JAL : Majlis mengucapkan ribuan terima kasih.

Semoga pertemuan kita pada pagi ini dipelihara,


Dilimpahkan sepenuh manfaat dan keceriaan,
Menambah tautan kemesraan,
Serta, berpisahnya kita nanti akan diiringi dengan jutaan ketenangan.

Yang Berbahagia, ....................................................................

Yang Berusaha, En Yasiran Bin Maskom, Tuan Pegawai Pelajaran Daerah


Segamat merangkap Pengerusi Jawatankuasa Majlis Sambutan Perayaan
Hari Guru Peringkat Daerah segamat kali ke 42 Tahun 2013.

Yang Diraikan Tokoh Guru Daearah Segamat, 2013

Yang Dihormati, Penolong Pegawai-Pegawai Pelajaran Daerah Segamat

3
Yang Dihormati, Ketua-ketua Jabatan

Yang dihormati, Tuan-tuan Pengetua dan Guru-guru Besar

Yang Dihormati, dif-dif jemputan khas, Ahli-ahli Jawatankuasa pengelola Majlis


Sambutan Perayaan Hari Guru Peringkat Daerah Segamat kali ke-42

Guru-guru, tuan-tuan, puan-puan, serta pelajar-pelajar yang dihormati sekalian.

JAL : Terlebih dahulu bersama-samalah kita memanjatkan setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat


Allah S.W.T kerana dengan limpah kurnia dan izin-Nya jua membolehkan kita berhimpun
di Dewan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Jagoh ini bersama-sama di dalam Majlis
Sambutan Perayaan Hari Guru peringkat Daerah Segamat kali ke 42 tahun 2013 dengan
TEMA “ 1 ASPIRASI 1 AGENDA”.

JAP : Megah Bangsa kerana Bahasa, indah budi kerana pekerti. Seikhlas hati kami dambakan,
kecil tapak tangan, nyiru kami tadahkan. Senyuman melirik kami alu-alukan. Selamat
datang, salam kemesraan dan terima kasih atas kehadiran, Yang Berbahagia, Tuan Haji
Mohd Zakaria Bin Yusof, Ketua Nazir, Jemaah Nazir Dan Jaminan Kualiti Negeri Johor,
Yang Berusaha, Tuan Pegawai Pelajaran Daerah Segamat, dif-dif kehormat,dif-dif
undangan, tuan-tuan,puan-puan, serta hadirin hadirat ke Majlis Sambutan Perayaan Hari
Guru Peringkat Daerah Segamat kali 42 tahun 2013.

Duduk sekawan dara jelita,


Bersimpuh sopan hati tertawan,
Tampillah tuan kami meminta,
Madah ucapan kata aluan.

Hadirin yang dihormati sekalian,

JAP : Sebagai pembuka tirai ucapan, majlis pada hari ini diteruskan,dengan menjemput dan
mempersilakan Yang Berusaha, En Yasiran Bin Maskom,Tuan Pegawai Pelajaran Daerah

4
Segamat merangkap Pengerusi Sambutan Perayaan Hari Guru Peringkat Daerah
Segamat 2013, untuk menyampaikan ucapan alu-aluan.

Majlis dengan hormatnya mempersilakan.

------------------------------------------UCAPAN TUAN PPD----------------------------------------------


JAL : Majlis merakamkan ribuan terima kasih kepada Yang Berusaha, En Yasiran Bin Maskom,
Tuan pegawai Pelajaran Daerah Segamat atas ucapan itu tadi.

JAL : Tuan ibarat pohon yang rendang


Tempat kami tumpang berteduh

Ibarat sekaki payung


Tempat kami berlindung

Ibarat rumah Gadang


Tempat kami bermalam

Ibarat lampu pelita


Tempat kami mencari cahaya

Ibarat bahtera di tengah samudera


Tempat warga pendidik berpadu tenaga

Mendokong wawasan 1 Malaysia


Mengangkat martabat negara tercinta

JAL : Seterusnya, majlis dengan hormat mesranya memohon kesudian Yang


Berbahagia,................................................................................. Johor untuk
menyampaikan ucapan dan seterusnya menyempurnakan Majlis Perasmian
Sambutan Perayaan Hari Guru Peringkat Daerah Segamat kali ke 42, tahun 2013.

5
Majlis dengan penuh hormatnya mempersilakan.

--------------------------------------UCAPAN PERASMIAN--------------------------------------------------

JAL : Majlis menghamparkan sekalung penghargaan dan jutaan terima kasih atas kesudian
Yang Berbahagia, ...................................., mengungkapkan ucapan perasmian itu tadi.

--------------------------------------------------------(Pembaca ikrar masuk )--------------------------------------------


JAL : Hadirin yang dihormati sekalian,

Ketulusan guru memikul amanah,


Keikhlasan guru melunas tanggungjawab,
Sudah tersimpul janji,
Sudah terpasak ikrar,
Sebati dalam diri setiap guru berhati waja,
Mendidik bangsa membina negara.

JAP : Hadirin warga dewan sekalian, Majlis Sambutan Hari Guru peringkat daerah Segamat
diteruskan dengan lafaz ikrar Hari Guru.

--------------------------(tunggu mikrofon dibawa masuk)--------------------------------------------

Untuk mengetuai lafaz ikrar Hari Guru, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan
........................................................................................................................................
Hadirin dan semua warga pendidikan diminta turut  berdiri dan bersama-sama
melafazkan ikrar hari guru ini.

----------------------------------------------------------LAFAZ IKRAR-----------------------------------------------------

JAP : Majlis mengucapkan terima kasih atas Lafaz Ikrar Hari Guru sebentar tadi.

6
JAL : Hadirin dan hadirat yang dikasihi sekalian,

Guru Malaysia berikrar berjanji


Mendidik memimpin putra putri tercinta
Persembahan koir menyusul kini
Gabungan suara guru berwibawa.

Berikut adalah persembahan koir Hari Guru. Untuk makluman hadirin, kumpulan koir yang
akan menyemarakkan nyanyian lagu-lagu Guru Malaysia, dan lagu tema Hari Guru
2013 ini, terdiri daripada kumpulan koir warga pendidikan Daerah Segamat, yang
dipimpin oleh _________________________
Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

------------------------------------------PERSEMBAHAN KOIR (lagu guru Malaysia dan lagu tema)-------------------

JAP :  Majlis mengucapkan terima kasih atas persembahan koir Hari Guru daerah Segamat itu
tadi.
Hadirin yang dihormati sekalian,

Majlis Sambutan Perayaan Hari Guru Peringkat Daerah Segamat pada hari ini diteruskan
dengan acara penyampaian cenderamata dan anugerah.

Untuk menyempurnakannya, majlis dengan sukacita dan bangganya, menjemput yang


Berbahagia, ................................................................................................................, diiringi
oleh Yang Berusaha En Yasiran Bin Maskom , Tuan Pegawai Pelajaran Daerah Segamat
untuk menyampaikan cenderamata dan anugerah kepada para penerima.

Majlis dengan hormat mesranya mempersilakan.

7
(TUNGGU PERASMI MENGAMBIL TEMPAT DAN BERSEDIA)

( RUJUK SENARAI NAMA PENERIMA HADIAH DAN CENDERAMATA)

Kategori ......................................dipersilakan penerimanya...........

---------------------PENYAMPAIAN CENDERAMATA DAN ANUGERAH----------------

JAP: Malis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada yang
Berbahagia, ........................................................................................................., atas
kesudian menyempurnakan atur cara itu tadi, serta tahniah kepada penerima-
penerima cenderamata dan anugerah sebentar tadi.

JAL: Hadirin yang dimuliakan,

Sebagai tanda ingatan kita untuk guru yang tercinta , anugerah dan penghargaan terus
dicipta, mengangkat martabat insan mulia, guru umpama emas berlian, taburan
jasa jadi pujian.

Sambutan Hari Guru pada tahun ini tidak lupa merakamkan ingatan setulus budi kepada
guru yang telah banyak menabur bakti dan jasa dalam dunia pendidikan khususnya di
Daerah segamat ini. Untuk tujuan itu,bersempena Sambutan Hari Guru Peringkat Daerah
Segamat pada tahun 2013 ini, akan diumumkan seorang lagi tokoh Guru Peringkat
Daerah segamat.

Untuk itu, majlis dengan sukacitanya mempersilakan Tokoh Guru Daerah Segamat 2013,
tampil ke pentas dan mengambil tempat yang disediakan.

----------------------------------TOKOH GURU DIIRING NAIK KE PENTAS --------------------------------------


Tunggu muzik –baca sajak – iring tokoh guru naik pentas

8
JAP : Guru.......
dalam ajarnya ada harapan,
dalam tegurnya ada doa,
dalam marahnya ada sayang,
dalam tawanya ada mesra,
dalam diamnya ada bijaksana,
dalam tangannya kita terbina,

JAL : Wang ringgit dan curahan tenaga tidak pernah minta balasan


Sumbangan jasa dan budi tidak pernah minta sanjungan
Begitu luhurnya jiwamu guru
Begitu mulianya hatimu guru
Jasa dan baktimu menjadi ingatan setiap ketika
Walau hanya sebaris kata
Terima Kasih Cikgu....

(PEMBACAAN PROFIL GURU)

JAP : Untuk menyempurnakan penyampaian Anugerah Tokoh Guru, majlis sekali lagi
menjemput yang Berbahagia..............................................................................., diiringi
oleh Yang Berusaha En Yasiran Bin Maskom , Tuan Pegawai Pelajaran Daerah
Segamat untuk menyampaikan Anugerah Tokoh Guru Daerah Segamat 2013.

Majlis dengan segala hormatnya,mempersilakan.

--------------------------PENYAMPAIAN ANUGERAH TOKOH GURU--------------------------------------

Dipersilakan ........................................

9
JAP : Sebagai tanda penghargaan sekalung budi, kepada Yang Berbahagia,
..................................................................................................................................yang
telah dapat bersama-sama warga pendidikan sepanjang majlis pada hari ini serta sudi
pula menyampaikan cenderamata dan anugerah kepada para penerima , majlis dengan
segala hormatnya mempersilakan Yang Berusaha, En Yasiran Bin Maskom, Pegawai
Pelajaran Daerah Segamat untuk menyampaikan cenderamata kepada Yang Berbahagia
Tuan Ketua Nazir, Jemaah Nazir Dan Jaminan Kualiti Negeri Johor

Majlis dengan hormatnya mempersilakan.

--------------------------------CENDERAMATA PERASMI ----------------------------------------------

JAP: Malis merakamkan ucapan terima kasih kepada Yang Berusaha, En Yasiran Bin Maskom
yang telah menyempurnakan penyampaian cenderamata kepada Yang Berbahagia Tuan
..............................................................................................

( Pastikan dif-dif kehormat telah turun dari pentas dan duduk )

JAL : Hadirin yang dihormati sekalian,

Bunga dedap di atas para,


Anak dusun pasang pelita;
Kalau tersilap tutur bicara,
Jemari disusun maaf dipinta.

JAL : Majlis Sambutan Hari Guru Peringkat Daerah Segamat kali ke 42 telah sampai
kepenghujungnya. Sebelum tirai majlis dilabuhkan, pihak majlis merakamkan ucapan
penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang telah menjayakan Majlis pada
hari ini, terutama sekali kepada Yang Berbahagia,
.............................................................................................................., Yang Berusaha,
Encik Yasiran Bin Maskom, Tuan Pegawai Pelajaran Daerah Segamat, dif-dif kehormat,
dif-dif undangan, semua guru dan para petugas serta semua pelajar dan seluruh warga
pendidikan daerah Segamat.

10
JAP : Sebelum tirai majlis dilabuhkan, marilah kita bersama-sama menyanyikan Lagu
Negaraku. Kerjasama hadirin dipohon untuk berdiri.

---------------------------------------------------LAGU NEGARAKU------------------------------------------------------

JAL : Sekian. WabillahiTaufiqWalhidayah Wassalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh.


Dengan ini majlis bersurai. Terima kasih.

11

Anda mungkin juga menyukai