Anda di halaman 1dari 5

TEKS : KURSUS MOTIVASI UPSR 2014 ANJURAN PIBG SKBA, KOLEJ KOMUMITI SEGAMAT 2 DAN

PERSATUAN BELIA BATU ANAM

Asalamualaikum wbt dan selamat sejahtera.

Yang dihormati,

Yang dihormati,

Yang dihormati,

Yang Berusaha Encik Ismail bin Buang, Guru Besar SK Batu Anam, Segamat,

Yang berusaha,

Yang dihormati, En. Juwahir bin Abdullah. guru penolong kanan pentadbiran,

Yang dihormati, guru-guru SK Batu Anam, Segamat serta murid-murid yang dikasihi
sekalian.
Terlebih dahulu bersama-samalah kita merafakkan kesyukuran ke hadrat Allah S.W.T, atas limpah kurnia
dan izin-Nya jua, membolehkan kita berhimpun di dewan untuk bersama-sama mengisi minda dalam majlis
ilmu Kursus Motivasi UPSR 2014.

Mencari timba si anak dara,


Dibawah sarang burung tempua;
Salam sembah pembuka bicara,
Selamat datang untuk semua.

Majlis mengucapkan selamat datang, salam kemesraan dan terima kasih atas kehadiran Yang dihormati
_____________________________________________________________________________________
guru-guru, murid-murid yang dikasihi sekalian ke Majlis Kursus Motivasi UPSR 2014 anjuran PIBG SK Batu
Anam, Kolej Komuniti Segamat 2 dan Persatuan Belia Batu Anam,

Demi memberkati acara dan agenda kita,


Marilah kita semua,
Selaku insan kerdil sifat dan upaya,
Dengan sanubari yang bersih, minda yang jernih,
Menghimpunkan segala harapan dan hasrat,
Dengan bait-bait doa serta munajat.

Untuk itu, majlis dengan hormatnya mempersilakan Al Fadil Ustaz Ahmad Rosdi bin Ibrahim, Guru Pendidikan Islam
SK Batu Anam, tampil seketika untuk memimpin pembacaan doa pembuka majlis pada pagi ini.

-Majlis mempersilakan.

Terima kasih diucapkan.


Semoga pertemuan kita pada pagi ini dipelihara,

Dilimpahkan sepenuh manfaat dan keceriaan,

Menambah tautan kemesraan,

Serta, berpisahnya kita nanti akan diiringi dengan jutaan ketenangan.

Majlis berikut diteruskan dengan penyamapaian ceramah tentang .__________________________

_______________________________________________ yang akan disampaikan oleh


Tinggi bukit silang menyilang,

Air pasang terang-terangan;

Budi sedikit tidakkan hilang,

Dalam hati kenang-kenangan.

Sebagai tanda penghargaan, majlis mempersilakan ...

Untuk menyampaikan cenderamata kepada....

Majlis merakamkan ribuan terima kasih.

Dengan penyampaian cenderamata itu tadi, majlis kita telah sampai ke penghujungnya.

Saya sudahi majlis dengan.....

Anda mungkin juga menyukai