Anda di halaman 1dari 1

PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU (PIBG)

SMK TAMPARULI, TAMPARULI SABAH


SESI 2015/2017
TEL:088-782345, FAX: 088-782594

Rujukan Kami :XEE4401/100/15/2


Tarikh :20 SEPTEMBER 2018

Kepada,

YB Puan Christina Liew Chin Jin,


Timbalan Ketua Menteri/
Menteri Pelancongan,Kebudayaan dan Alam Sekitar,
Sabah.

YB,

MEMOHON SUMBANGAN PENYELENGGARAAN PERHENTIAN BAS PIBG DAN JALAN SUSUR


MASUK KE SMK TAMPARULI

Saya dengan hormatnya merujuk mengenai perkara tersebut di atas.

02. Dengan rendah hati, kami Pihak PIBG SMK Tamparuli ingin memohon daripada pihak YB
untuk memberikan sumbangan agar kami dapat memperbaiki laluan masuk ke SMK Tamparuli
dan laluan di belakang dewan sekolah yang rosak. Sumbangan ini kami pohon agar kami dapat
menutup lubang itu untuk keselesaan dan keselamatan warga SMK Tamparuli

03. Untuk pengetahuan pihak YB, keadaan laluan yang ada sekarang amat kurang baik kerana
berlubang teruk dan dalam. Keadaan ini bertambah teruk apabila musim hujan. Ini menyukarkan
kenderaan yang melalui laluan itu dan perlu berhati-hati untuk mengelak lubang. Keadaan ini
juga dikhuatiri boleh menyebabkan kemalangan berlaku

04. Begitu juga dengan keadaan perhentian bas PIBG yang semakin uzur dan tidak dapat
menampung jumlah pengguna yang semakin ramai. Terdapat juga kerusi perhentian bas tersebut
yang tercabut dan rosak.

05. Sehubungan dengan itu, kami memohon jasa baik YB untuk memberi sumbangan bagi
memperbaiki laluan yang rosak dan perhentian bas PIBG di sekolah kami .Sumbangan dan
perhatian pihak YB amat kami hargai serta di dahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian.

“ BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan amanah,

ENCIK MICHAEL KADUM


YDP PIBG
SMK Tamparuli
Sesi 2017/19
s.k Fail

Anda mungkin juga menyukai