Anda di halaman 1dari 1

Sempena majlis pertukaran dan perpisahan En.

Aisamuddin yang diraikan


pada saat ini kami menadah tangan memohon kehadrat-Mu ya Allah agar
mereka diberkati, dikurniakan rahmat dan nikmat yang berpanjangan, sihat
walafiat yang berkekalan.

Di pagi yang indah ini, limpahkanlah Taufiq HidayahMu, petunjuk dan


inayahMu kepada kami. Sedarkan kami atas segala kesalahan dan kesilapan
yang telah kami lakukan. Mudah-mudahan hari yang akan datang akan
menjadi lebih bermakna bagi kami semua.

Kami berdoa ke hadrat-Mu ya Allah agar mereka dikurniakan kekuatan fizikal


dan mental untuk meneruskan kerja-kerja kami dalam suasana berbeza serta
dapat menjalankan tugas-tugas dengan jayanya.

Ya Allah, jadikanlah perhimpunan kami ini sebagai satu perhimpunan yang


dirahmati dan perpisahan kami pula selepas ini sebagai satu perpisahan yang
diberkati dan dilindungi. Dan janganlah Engkau jadikan pada diri kami ini, dan
mereka yang bersama kami, kebinasaan, dan menyingkirkan kami dari
memperolehi rahmat.

Anda mungkin juga menyukai