Anda di halaman 1dari 2

Soalan 1 : Rumusan

[30 markah]

Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang peranan IPT (institusi pengajian
tinggi) dan faktor-faktor yang menyebabkan sesebuah IPT menjadi pilihan pelajar untuk melanjutkan
pelajaran. Panjangnya rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

Landskap pendidikan negara akan memasuki fasa baharu apabila penjenamaan semula Pelan
Strategik Pengajian Tinggi Negara (PSPTN) disiapkan dan dikenali sebagai Pelan Pembangunan
Pendidikan Malaysia (PPPM) 2015-2025 (Pengajian Tinggi). PSPTN bertujuan mentransformasikan dan
mengangkat pendidikan negara ke tahap yang lebih tinggi. Untuk mencapai matlamat ini Institusi Pengajian
Tinggi (IPT) di negara ini dipertanggungjawabkan untuk membantu menyediakan modal insan
berkemahiran tinggi supaya Malaysia menjadi negara maju. Modal insan yang dilahirkan oleh IPT itu pula
bukan sahaja berjaya dalam bidang akademik tetapi memiliki nilai moral yang tinggi.

Fokus awal yang perlu diberi perhatian oleh setiap IPT ialah memberikan tumpuan kepada
pemilihan ahli akademiknya terlebih dahulu. Pensyarah IPT perlu menguasai ilmu sepenuhnya dan faham
tentang aspirasi negara. Hal ini demikian kerana, IPT perlu melahirkan graduan yang menyokong teras
misi nasional dalam meningkatkan keupayaan dan inovasi negara. Dalam masa yang sama, masyarakat
mengharapkan bidang pengajian tinggi dapat membentuk graduan yang mampu menterjemahkan
pengetahuan kepada amalan. Apa yang jelas ialah graduan hendaklah dibekalkan dengan kebolehan
kognitif yang tinggi iaitu berfikiran secara analitikal. Minda mereka juga seharusnya diasah dengan tahap
penaakulan yang tinggi supaya mampu menabur bakti kepada agama, bangsa dan negara.

Setiap graduan mengharapkan kerjaya yang baik setimpal dengan pengorbanan mereka selama
bertahun-tahun di IPT. Oleh itu, kerajaan perlu mewujudkan pangkalan data yang lengkap bagi mengenal
pasti keperluan sumber tenaga manusia. Sehubungan dengan itu, sewajarnyalah para pemimpin IPT
berusaha untuk meningkatkan keupayaan program yang ditawarkan di samping berperanan menambah
baik kualiti pengajian bidang tertentu agar graduan berupaya meneroka bidang yang diceburi sebaik
sahaja mereka menamatkan pengajian nanti.

Rakyat Malaysia mengharapkan IPT tempatan mampu meneruskan kecemerlangannya pada masa
hadapan. Perancangan strategik yang komprehensif perlu dirangka oleh peneraju IPT untuk wawasan
jangka masa panjang. Tidak dapat dinafikan juga, barisan kepimpinan IPT terutamanya naib canselor
merupakan faktor utama penentu kejayaan IPT. Oleh itu, tapisan ketat perlu dilaksanakan untuk mengisi
jawatan naib canselor. Pihak kerajaan perlu memberikan lebih banyak kuasa kepada Lembaga Pengarah
Universiti agar mereka dapat berperanan sebagai pembimbing dan pemantau pembangunan sesebuah
IPT. Dalam hal ini, diharapkan para ilmuwan dan cendekiawan negara dapat melontarkan idea-idea
bernas untuk memantapkan IPT tempatan. Sesungguhnya, kita mengharapkan IPT tempatan dapat terus
hidup dan berjuang di pentas pendidikan selari dengan kehendak dunia moden kini.

(Dipetik dan diubah suai daripada, ‘Memartabat Pendidikan Tinggi Negara’


Oleh Tan Sri Alimuddin Mohd Dom,
Utusan Malaysia, 13 Mei 2014)
Petikan membincangkan ......................................................................................................................

...........................................................................................................................................................................

..........................................................................................................................................................................

Antara...........................................................................................…………………………………… dan

…………………………………………………………………………………………………………………………….

Selain itu …………………………………………………………………………………………………………………

Seterusnya,……………………………………………. ……………………………………………………………,….

Di samping itu …………………………………………………………………………………………………………..

……………………………………………………………………………………………………………………………..

Akhir sekali, ………………………………….... ……………………………………………………………………….

Antara peranan …………………………………….. ialah/adalah ……………………………………. …..

Selain itu ……………………………………………………………………………………………………………….

Kesimpulannya,……..cadangan terhadap isu yang dikemukakan ……………. supaya………………

Harapan terhadap pihak yang terlibat ………………………………………………

Anda mungkin juga menyukai