Anda di halaman 1dari 25

Topik 2

Pengertian Akidah
dan Kepentingannya

Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat melakukan perkara


berikut:
1. Menjelaskan pengertian akidah dari segi etimologi dan
terminologi.
2. Menjelaskan ciri-ciri akidah Islam.
3. Menerangkan empat sumber akidah Islam.
4. Menghuraikan kepentingan akidah dalam kehidupan.

Apabila membincangkan tentang akidah, lazimnya ia akan dikaitkan dengan


pegangan kepercayaan seseorang terhadap sesuatu agama sama ada ia agama
yang benar ataupun palsu. Masih ramai yang belum betul-betul memahami
maksud sebenar akidah, ciri-ciri dan sumbernya berdasarkan pandangan Islam.
Begitu juga dengan kepentingan akidah dalam kehidupan manusia.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


18 TOPIK 2 PENGERTIAN AKIDAH DAN KEPENTINGANNYA

Dalam topik ini, kita akan membincangkan pengertian akidah dari segi etimologi
dan terminologi, ciri-ciri akidah Islam dan sumbernya serta kepentingan akidah
dalam kehidupan manusia. Dengan memahami hal tersebut, kita akan mendapat
gambaran yang jelas tentang tasawur akidah dan kepentingannya dalam
kehidupan manusia.

AKTIVITI 2.1

Apakah yang anda faham tentang perkataan „akidah‰? Jelaskan dengan


menggunakan perkataan anda sendiri dan kongsikan jawapan anda
dalam forum myINSPIRE.

PENGERTIAN AKIDAH DARI SEGI BAHASA


2.1

DAN ISTILAH
Yang berikut akan dijelaskan maksud perkataan „akidah‰ dari segi bahasa dan
istilah.

Dari segi bahasa, akidah bermaksud „kepercayaan dan keyakinan‰ (Pusat


Rujukan Persuratan Melayu, 2005) dan dari segi etimologinya, perkataan akidah
merujuk perkataan Âaqada yang bermaksud „ikatan kemas‰ ataupun „simpulan
mati‰. Makna literal ini melambangkan adanya unsur makna semacam kekuatan
dan keyakinan (Zakaria Stapa & Mohamed Asin Dolah, 2001).

Makna ini boleh diteliti dalam firman Allah SWT berikut:

( z⎯≈yϑ÷ƒF{$# ãΝ›?‰¤)tã $yϑÎ/ Νà2ä‹Ï{#xσム⎯Å3≈s9uρ öΝä3ÏΖ≈yϑ÷ƒr& þ’Îû Èθøó¯=9$$Î/ ª!$# ãΝä.ä‹Ï{#xσムω

Maksudnya:
Allah tidak menghukum kamu disebabkan sumpah-sumpahmu yang tidak
dimaksudkan (untuk bersumpah), tetapi dia menghukum kamu disebabkan
sumpah-sumpah yang kamu sengaja.

(Surah al-Maidah, 5:89)

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 2 PENGERTIAN AKIDAH DAN KEPENTINGANNYA 19

Dari segi istilah, Abu Bakr Jabir al-JazaÊiri (t.t.) menjelaskan pengertian akidah
dengan makna istilah secara yang lebih terperinci seperti yang berikut:

‫مموعة من قضايا الق الدهية المسلمة بالعقل والسمع والفطرة يعقد عليها‬
‫النسان قلبه ويثن عليها صدره جازما بصحتها قاطعا بوجودها وثبوتها يرى‬
ً
‫خ فها أنه يصح أو يكون أبدا‬

Maksudnya:
Himpunan pernyataan-pernyataan benar yang bersifat badihi (terbukti
kebenarannya tanpa perlu dibuktikan), diterima (kebenarannya) menerusi
(penggunaan) akal yang waras, sumber wahyu dan fitrah (manusia); manusia
kemudiannya menyimpulkan (secara kemas) dalam hatinya disemat secara kemas
dalam jiwa raganya dalam keadaan dia memutuskan secara jazam (pasti)
kesahihannya, menerima secara putus kewujudan dan penyabitannya; dia tidak
berpandangan bahawa yang sebaliknya adalah sahih ataupun wujud.

Akidah juga apabila merujuk makna yang khusus, iaitu dari segi terminologi, ia
bermaksud „kepercayaan atau keyakinan yang cukup pasti lagi putus terhadap
sesuatu, tanpa sebarang rasa syak dan keraguan‰ (Zakaria Stapa & Mohamed Asin
Dolah, 2001).

Jika diteliti, gugusan definisi akidah yang diketengahkan oleh para ulama,
khususnya jika diteliti terhadap keterangan ayat al-Quran yang membicarakan
tentang keimanan orang Mukmin dan orang munafik, ternyata akidah bukan
sekadar merujuk „kepercayaan‰ semata-mata.

Malah, ia merujuk beberapa ciri penting yang terkandung dalam pengertian


akidah seperti penerimaan hati, pengikraran dengan lidah dan terdapatnya unsur
ketundukan yang terserlah menerusi kesanggupan manusia melaksanakan segala
perintah Allah SWT yang menjadi tuntutan iman seseorang manusia.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


20 TOPIK 2 PENGERTIAN AKIDAH DAN KEPENTINGANNYA

Allah SWT berfirman:

öΝÎγÏ9≡uθøΒr'Î/ (#ρ߉yγ≈y_uρ (#θç/$s?ötƒ öΝs9 §ΝèO ⎯Ï&Î!θß™u‘uρ «!$$Î/ (#θãΖtΒ#u™ t⎦⎪Ï%©!$# šχθãΨÏΒ÷σßϑø9$# $yϑ¯ΡÎ)

∩⊇∈∪ šχθè%ω≈¢Á9$# ãΝèδ y7Íׯ≈s9'ρé& 4 «!$# È≅‹Î6y™ ’Îû óΟÎγÅ¡àΡr&uρ

Maksudnya:
Sesungguhnya orang-orang yang beriman hanyalah orang-orang yang beriman
kepada Allah dan rasul-Nya kemudian mereka tidak ragu-ragu dan mereka
berjihad dengan harta dan jiwa raga pada jalan Allah, mereka itulah orang-orang
yang benar.

(Surah al-Hujurat, 49:15)

Setelah diterangkan tentang maksud perkataan akidah dan apa-apa yang


terkandung dalam pengertian akidah, dapat dirumuskan bahawa akidah Islam
adalah berkait dengan himpunan doktrin kepercayaan yang disimpulkan secara
kemas dalam hati sanubari, tanpa diselaputi oleh apa-apa keraguan dan ia
bersumberkan wahyu Allah SWT. Perkara yang disimpulkan itu terkandung
dalam rukun iman, sebagaimana yang terdapat dalam hadis Jibrail a.s. yang
terkenal itu.

SEMAK KENDIRI 2.1

1. Jelaskan definisi akidah dari segi bahasa dan dari segi istilah.

2. Kemukakan ayat-ayat al-Quran yang menjelaskan tentang


pengertian akidah.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 2 PENGERTIAN AKIDAH DAN KEPENTINGANNYA 21

2.2 CIRI-CIRI AKIDAH ISLAM

Akidah islamiah merupakan satu kepercayaan yang tetap dan tidak berubah
sampai bila-bila. Ia tidak berubah dengan berlakunya apa-apa perubahan di alam
ini dan bergantian para rasul. Akidah islamiah juga mempunyai keistimewaannya
yang tersendiri berbanding dengan kepercayaan menyeleweng yang dianuti oleh
penganut agama lain. Lima ciri utama akidah Islam adalah seperti yang dapat
anda lihat dalam Rajah 2.1.

Rajah 2.1: Lima Ciri Akidah Islam

Sekarang, mari kita bincangkan setiap ciri akidah Islam.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


22 TOPIK 2 PENGERTIAN AKIDAH DAN KEPENTINGANNYA

2.2.1 Jelas atau Terang


Ciri pertama akidah islamiah adalah jelas atau terang. Akidah Islam yang dibawa
oleh para rasul adalah jelas, mudah difahami dan tidak menimbulkan kesulitan
kepada manusia untuk memahaminya. Islam mengajar bahawa di sebalik alam
yang dicipta dengan indah dan cantik serta ditadbir berdasarkan aturan yang
teratur dan penuh tertib ini, ada Tuhan, iaitu Allah SWT yang Maha Berkuasa
yang menciptanya daripada tiada.

Tuhan ini tiada yang setara dengan-Nya, tiada mempunyai anak dan isteri serta
tiada sekutu bagi-Nya, sebagaimana yang didakwa oleh orang kafir.

Firman Allah SWT:

∩⊇⊇∉∪ tβθçFÏ⊥≈s% …ã&©! @≅ä. ( ÇÚö‘F{$#uρ ÏN≡uθ≈yϑ¡¡9$# ’Îû $tΒ …ã&©! ≅t/ ( …çμoΨ≈ysö7ß™ 3 #V$s!uρ ª!$# x‹sƒªB$# (#θä9$s%uρ

Maksudnya:
Dan mereka (orang-orang Musyrik) berkata: „Allah mempunyai anak.‰ Maha Suci
Allah (daripada apa-apa yang mereka katakan itu), bahkan Dia-lah yang memiliki
segala yang ada di langit dan di bumi, semuanya itu tunduk di bawah
kekuasaan-Nya.

(Surah al-Baqarah, 2:116)

Dalam prinsip akidah Islam, tiada suatu ajaran yang sukar difahami oleh manusia,
misalnya dengan menyebut:

„Demikian al-Quran dengan jelas menggambarkan hakikat Tuhan yang patut


disembah, Tuhan yang Esa dan Maha Berkuasa, yang memiliki segala di langit
dan di bumi, yang tidak memerlukan pembantu, teman atau anak. Konsep
ketuhanan sebegini mampu difahami oleh setiap akal yang waras, tidak
sebagaimana konsep ketuhanan yang dikemukakan oleh agama selain Islam
yang menggambarkan tuhan yang berjasad, beranak dan berbilang.‰

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 2 PENGERTIAN AKIDAH DAN KEPENTINGANNYA 23

2.2.2 Akidah Fitrah


Ciri akidah yang kedua ialah akidah fitrah. Ciri ini bermaksud akidah Islam ialah
akidah yang dimiliki oleh manusia secara fitrah atau semula jadi. Hal ini demikian
kerana Islam ialah agama yang terkandung dalam prinsip akidah yang datang
daripada Allah SWT, Tuhan yang mencipta manusia dan alam ini.

Lantaran itu, ia mengajar manusia mengenali penciptanya, mengenal pencipta


alam dan pengatur sistemnya. Dapat difahami di sini bahawa manusia yang
dijadikan oleh Allah SWT wajib mempercayai Tuhan yang telah menjadikannya
daripada tiada dan juga menjadikan alam maya ini.

Manusia juga diminta mengamalkan ajaran agama yang turut datang daripada
Tuhan yang sama. Hal ini bermakna seluruh prinsip akidah tersebut adalah bukan
sesuatu yang asing daripada manusia kerana ia datang daripada sumber yang
sama; ia bersifat semula jadi, bersifat mesra manusia dan mesra alam.

Hakikat ini ditegaskan oleh Allah SWT menerusi firman-Nya:

«!$# È,ù=y⇐Ï9 Ÿ≅ƒÏ‰ö7s? Ÿω 4 $pκön=tæ }¨$¨Ζ9$# tsÜsù ©ÉL©9$# «!$# |NtôÜÏù 4 $Z‹ÏΖym È⎦⎪Ïe$#Ï9 y7yγô_uρ óΟÏ%r'sù

∩⊂⊃∪ tβθßϑn=ôètƒ Ÿω Ĩ$¨Ζ9$# usYò2r&  ∅Å3≈s9uρ ÞΟÍhŠs)ø9$# Ú⎥⎪Ïe$!$# šÏ9≡sŒ 4

Maksudnya:
(Setelah jelas kesesatan syirik itu), maka hadapkanlah dirimu (engkau dan
pengikut-pengikutmu, wahai Muhammad) ke arah agama yang jauh daripada
kesesatan; (turutlah terus) „agama Allah,‰ iaitu agama yang Allah menciptakan
manusia (dengan keadaan bersedia daripada semula jadinya) untuk
menerimanya; tidaklah patut ada sebarang perubahan pada ciptaan Allah itu;
itulah agama yang betul lurus tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui.

(Surah ar-Rum, 30:30)

Rasulullah SAW dalam suatu hadisnya pernah menggambarkan bahawa Islam


yang diturunkan oleh Allah SWT adalah bersih dan sebati dengan fitrah kejadian
manusia.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


24 TOPIK 2 PENGERTIAN AKIDAH DAN KEPENTINGANNYA

Namun, fitrah tersebut boleh menjadi kotor atau terpesong daripada kejadian
asalnya hasil daripada bentuk pendidikan yang diterima oleh seseorang daripada
orang tuanya yang beragama Yahudi, Kristian atau Majusi.

Sabda Rasulullah SAW:

‫الفطرة وإنما أبواه يهودانه أو ينصانه أو يمجسانه‬ ‫ك مولود يول‬

Maksudnya:
Setiap anak dilahirkan dalam keadaan fitrah (suci – beragama Islam),
sesungguhnya kedua-dua ibu bapanyalah yang menjadikannya Yahudi atau
Kristian, atau Majusi.

2.2.3 Bersifat Tetap


Sesuai dengan ajaran yang datang daripada Allah SWT, Tuhan yang bersifat Maha
Mengetahui dan Maha Bijaksana, akidah Islam adalah bersifat tetap dan tidak
berubah pada semua zaman. Tiada sesiapa pun boleh menokok tambah atau
mengurangkan apa-apa yang terkandung di dalamnya. Kalau terdapat sebarang
tokok tambah, ia dianggap sebagai perkara bidaah yang tertolak dengan
sendirinya.

Sabda Rasulullah SAW:

ٌّ َ َ ُ َ ُ ْ َ ْ َ َ َ ْ َ َ َ ْ َ ْ َ
‫من أحدث ِف أم ِرنا ما ليس مِنه فهو رد‬

Maksudnya:
Sesiapa yang mengada-adakan dalam urusan kami (agama Islam) sesuatu yang
bukan daripadanya, maka ia tertolak.

(Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Al-Quran menolak sesiapa yang cuba mengada-adakan sesuatu dalam Islam


ataupun mensyariatkan apa-apa syariat kerana hak untuk menggubal syariat
dalam agama ini hanya milik Allah SWT sahaja, bukannya dikongsi dengan
makhluk-Nya di bumi ini.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 2 PENGERTIAN AKIDAH DAN KEPENTINGANNYA 25

Firman Allah SWT:

èπyϑÎ=Ÿ2 Ÿωöθs9uρ 4 ª!$# ÏμÎ/ .βsŒù'tƒ öΝs9 $tΒ É⎥⎪Ïe$!$# z⎯ÏiΒ Οßγs9 (#θããuŸ° (#àσ¯≈Ÿ2uà° óΟßγs9 Πr&

∩⊄⊇∪ ÒΟŠÏ9r& ë>#x‹tã öΝßγs9 š⎥⎫ÏϑÎ=≈©à9$# ¨βÎ)uρ 3 öΝæηuΖ÷t/ z©ÅÓà)s9 È≅óÁxø9$#

Maksudnya:
Patutkah mereka mempunyai sekutu-sekutu yang menentukan – mana-mana
bahagian dari agama mereka – sebarang undang-undang yang tidak diizinkan
oleh Allah? Dan kalaulah tidak kerana kalimah ketetapan yang menjadi pemutus
(daripada Allah, untuk menangguhkan hukuman hingga ke suatu masa yang
tertentu), tentulah dijatuhkan azab dengan serta-merta kepada mereka (yang
berbuat demikian). Dan sesungguhnya orang-orang yang zalim itu akan beroleh
azab seksa yang tidak terperi sakitnya.

(Surah as-Syura, 42:21)

2.2.4 Sahih
Satu lagi ciri penting akidah Islam ialah segala prinsip ajarannya adalah terbukti
kebenaran dan kesahihannya. Islam amat menekankan umatnya supaya menuntut
bukti dan kebenaran terhadap apa-apa yang diimaninya, terutamanya yang
melibatkan akidah.

Al-Quran menekankan kepentingan memahami dalil kebenaran prinsip akidah,


misalnya kewujudan Allah SWT.

Firman-Nya:

$yϑÎ/ 7Λ⎧Î=tæ ©!$# ¨βÎ) 4 $º↔ø‹x© Èd,ptø:$# z⎯ÏΒ ©Í_øóムŸω £⎯©à9$# ¨βÎ) 4 $‡Ζsß ωÎ) óΟèδçsYø.r& ßìÎ7−Gtƒ $tΒuρ

∩⊂∉∪ tβθè=yèøtƒ

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


26 TOPIK 2 PENGERTIAN AKIDAH DAN KEPENTINGANNYA

Maksudnya:
Dan kebanyakan mereka, tidak menurut melainkan sesuatu sangkaan sahaja
(padahal) sesungguhnya sangkaan itu tidak dapat memenuhi kehendak
menentukan sesuatu daripada kebenaran (iktikad). Sesungguhnya Allah Maha
Mengetahui akan apa-apa yang mereka lakukan.

(Surah Yunus, 10:36)

Allah SWT turut berfirman:

èπt7É)≈tã tβ%x. y#ø‹x. öÝàΡ$$sù 4 #vθè=ãæuρ $Vϑù=àß öΝåκߦàΡr& !$yγ÷FoΨs)ø‹oKó™$#uρ $pκÍ5 (#ρ߉ysy_uρ

∩⊇⊆∪ t⎦⎪ωšøßϑø9$#

Maksudnya:
Dan mereka mengingkarinya secara zalim dan sombong angkuh, sedang hati
mereka meyakini kebenarannya. Oleh itu, lihatlah bagaimana kesudahan orang-
orang yang melakukan kerosakan.

(Surah an-Naml, 27:14)

2.2.5 Bersifat Pertengahan


Akidah Islam adalah bersifat pertengahan, iaitu tidak ifrat ataupun tafrit. Aspek
pertengahan boleh difahami dari aspek pertengahan antara akidah yang
cenderung menjisim, menjasadkan Tuhan (al-tajsim) atau menyerupakan Tuhan
dengan makhluk (al-tashbih) dengan akidah yang menafikan Tuhan memiliki sifat
kesempurnaan (al-taÊtil).

Ia juga boleh difahami sebagai pegangan kepercayaan yang di tengah-tengah, iaitu


antara golongan yang menafikan segala perkara yang tidak boleh dicerap ataupun
diketahui maklumatnya oleh pancaindera manusia sehingga mereka menolak
perkara ghaib dengan golongan yang mengisbatkan adanya banyak tuhan di alam
ini, hatta ada yang mengatakan bahawa tuhan telah „menempati‰ dalam diri para
raja dan pembesar yang dipuja mereka.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 2 PENGERTIAN AKIDAH DAN KEPENTINGANNYA 27

Ciri ini juga boleh difahami sebagai akidah yang bersifat pertengahan antara
golongan yang menganggap nabi itu seperti manusia biasa yang tidak terlepas
daripada kongkongan hawa nafsu dengan golongan yang mengangkat status nabi
ke tahap yang melampau sehingga mereka sanggup mempertuhankan nabi.

Terdapat beberapa keterangan ayat al-Quran yang menjelaskan tentang ciri


pertengahan ini. Antaranya ialah akidah Islam mengiktiraf sifat Maha Suci Allah
SWT daripada menyerupai makhluk.

Hal ini sebagaimana firman-Nya:

( $[_≡uρø—r& ÉΟ≈yè÷ΡF{$# z⎯ÏΒuρ $[_≡uρø—r& öΝä3Å¡àΡr& ô⎯ÏiΒ /ä3s9 Ÿ≅yèy_ 4 ÇÚö‘F{$#uρ ÏN≡uθ≈yϑ¡¡9$# ãÏÛ$sù

∩⊇⊇∪ çÅÁt7ø9$# ßìŠÏϑ¡¡9$# uθèδuρ ( Ö™ï†x« ⎯ÏμÎ=÷WÏϑx. }§øŠs9 4 ÏμŠÏù öΝä.äτu‘õ‹tƒ

Maksudnya:
Dialah yang mencipta langit dan bumi; Dia menjadikan bagi kamu pasangan-
pasangan daripada jenis kamu sendiri, dan (menjadikan) daripada jenis binatang-
binatang ternak pasangan-pasangan (bagi binatang-binatang itu); dengan jalan
yang demikian dikembangkan (zuriat keturunan) kamu semua. Tiada sesuatu pun
yang serupa dengan-Nya; dan Dialah yang Maha Mendengar lagi Maha Melihat.

(Surah as-Syura, 42:11)

Perbezaan antara Allah SWT dengan makhluk dinyatakan secara jelas oleh Allah
SWT menerusi ayat berikut:

$tΒuρ ÏN≡uθ≈yϑ¡¡9$# ’Îû $tΒ …çμ©9 4 ×ΠöθtΡ Ÿωuρ ×πuΖÅ™ …çνä‹è{ù's? Ÿω 4 ãΠθ•‹s)ø9$# ©y∏ø9$# uθèδ ωÎ) tμ≈s9Î) Iω ª!$#

$tΒuρ óΟÎγƒÏ‰÷ƒr& š⎥÷⎫t/ $tΒ ãΝn=÷ètƒ 4 ⎯ÏμÏΡøŒÎ*Î/ ωÎ) ÿ…çνy‰ΨÏã ßìxô±o„ “Ï%©!$# #sŒ ⎯tΒ 3 ÇÚö‘F{$# ’Îû

ÏN≡uθ≈yϑ¡¡9$# çμ•‹Å™öä. yìÅ™uρ 4 u™!$x© $yϑÎ/ ωÎ) ÿ⎯ÏμÏϑù=Ïã ô⎯ÏiΒ &™ó©y´Î/ tβθäÜŠÅsムŸωuρ ( öΝßγxù=yz

∩⊄∈∈∪ ÞΟŠÏàyèø9$# ’Í?yèø9$# uθèδuρ 4 $uΚßγÝàøÏm …çνߊθä↔tƒ Ÿωuρ ( uÚö‘F{$#uρ

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


28 TOPIK 2 PENGERTIAN AKIDAH DAN KEPENTINGANNYA

Maksudnya:
Allah, tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, yang Hidup, Kekal
terus-menerus mengurus (makhluk-Nya); tidak mengantuk dan tidak tidur.
Kepunyaan-Nya apa-apa yang ada di langit dan di bumi. Tiada yang dapat
memberi syafaat di sisi Allah tanpa izin-Nya? Allah mengetahui apa-apa yang di
hadapan mereka dan di belakang mereka, dan mereka tidak mengetahui apa-apa
pun daripada ilmu Allah melainkan apa-apa yang dikehendaki-Nya. Kursi Allah
meliputi langit dan bumi. Dan Allah tidak merasa berat memelihara kedua-duanya,
dan Allah Maha Tinggi lagi Maha Besar.

(Surah al-Baqarah, 2:255)

Firman-Nya lagi:

Ÿξsùr& ö≅è% 4 ¬! tβθä9θà)u‹y™ ∩∇⊆∪ šχθßϑn=÷ès? óΟçFΖà2 βÎ) !$yγŠÏù ⎯tΒuρ ÞÚö‘F{$# Ç⎯yϑÏj9 ≅è%

∩∇∉∪ ËΛ⎧Ïàyèø9$# ĸöyèø9$# >u‘uρ Æìö7¡¡9$# ÏN≡uθ≈yϑ¡¡9$# >§‘ ⎯tΒ ö≅è% ∩∇∈∪ šχρã©.x‹s?

uθèδuρ &™ó©x« Èe≅à2 ßNθä3w=tΒ ⎯Íνωu‹Î/ .⎯tΒ ö≅è% ∩∇∠∪ šχθà)−Gs? Ÿξsùr& ö≅è% 4 ¬! šχθä9θà)u‹y™

4’¯Τr'sù ö≅è% 4 ¬! šχθä9θà)u‹y™ ∩∇∇∪ tβθçΗs>÷ès? óΟçFΖä. χÎ) Ïμø‹n=tã â‘$pgä† Ÿωuρ çÅgä†

∩∇®∪šχρãysó¡è@

Maksudnya:
Katakanlah: „Kepunyaan siapakah bumi ini, dan semua yang ada padanya, jika
kamu mengetahui?‰ Mereka akan menjawab: „Kepunyaan Allah.‰ Katakanlah:
„Maka apakah kamu tidak ingat?‰ Katakanlah: „Siapakah yang memiliki langit
yang tujuh dan yang memiliki ÂArasy yang agung?‰ Mereka akan menjawab:
„Kepunyaan Allah.‰ Katakanlah: „Maka, apakah kamu tidak bertakwa?‰
Katakanlah: „Siapakah yang di tangan-Nya berada kekuasaan atas segala sesuatu
sedang Dia melindungi tetapi tidak ada yang dapat dilindungi daripada
(azab-Nya), jika kamu mengetahui?‰ Mereka akan menjawab: „Kepunyaan
Allah.‰ Katakanlah: „(Kalau demikian), maka dari jalan manakah kamu ditipu?‰

(Surah al-Mukminun, 23:84−89)

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 2 PENGERTIAN AKIDAH DAN KEPENTINGANNYA 29

Ciri ini juga bermaksud bahawa akidah Islam berada di tengah-tengah, antara
golongan yang menerima secara membabi buta segala kepercayaan nenek moyang
secara warisan tanpa meneliti elemen kebatilan yang terkandung di dalamnya dan
antara golongan yang cuba mengkaji atau memikirkan tentang hakikat ketuhanan
itu sendiri.

Allah SWT menerusi firman-Nya menolak bentuk penerimaan akidah


berdasarkan taklid buta:

βÎ) 4 ?⎯≈sÜù=ß™ ⎯ÏΒ $pκÍ5 ª!$# tΑt“Ρr& !$¨Β /ä.äτ!$t/#u™uρ öΝçFΡr& !$yδθßϑçGø‹®ÿxœ Ö™!$oÿôœr& HωÎ) }‘Ïδ ÷βÎ)

∩⊄⊂∪ #“y‰çλù;$# ãΝÍκÍh5§‘ ⎯ÏiΒ Νèδu™!%y` ô‰s)s9uρ ( ߧàΡF{$# “uθôγs? $tΒuρ £⎯©à9$# ωÎ) tβθãèÎ7−Ftƒ

Maksudnya:
Benda-benda yang kamu sembah itu tidak lain hanyalah nama-nama yang kamu
dan datuk nenek moyang kamu menamakannya; Allah tidak sekali-kali
menurunkan sebarang bukti (atau keterangan) yang membenarkannya. Mereka
yang berbuat demikian tidak menurut melainkan sangkaan-sangkaan dan apa-
apa yang diingini oleh hawa nafsu mereka. Pada hal demi sesungguhnya telah
datang kepada mereka petunjuk daripada Tuhan mereka.

(Surah an-Najm, 53:23)

Golongan ini cuba memikirkan hakikat ketuhanan walaupun mereka sendiri


sebenarnya gagal memahami beberapa hakikat perkara yang berkaitan dengan
diri mereka sendiri seperti hakikat kehidupan, hakikat kematian dan hakikat
sesuatu perkara yang di luar capaian akal manusia yang terbatas.

Ciri pertengahan yang terdapat dalam akidah Islam juga bermaksud bahawa
iktikad yang dipegang oleh orang beriman adalah di tengah-tengah antara
golongan yang bermudah-mudah dalam menerima sesuatu pegangan akidah,
walaupun ia berasaskan „sangkaan‰ atau zann, syak serta waham dan antara
golongan yang tidak menerima pegangan akidah berdasarkan apa-apa yang
terlintas di hati, kemudian ia terus hilang.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


30 TOPIK 2 PENGERTIAN AKIDAH DAN KEPENTINGANNYA

Islam menolak zann sebagai sumber pegangan akidah, sebagaimana yang


diterima oleh penganut agama lain selain Islam.

Firman Allah SWT:

$yϑÎ/ 7Λ⎧Î=tæ ©!$# ¨βÎ) 4 $º↔ø‹x© Èd,ptø:$# z⎯ÏΒ ©Í_øóムŸω £⎯©à9$# ¨βÎ) 4 $‡Ζsß ωÎ) óΟèδçsYø.r& ßìÎ7−Gtƒ $tΒuρ

∩⊂∉∪ tβθè=yèøtƒ

Maksudnya:
Dan kebanyakan mereka tidak mengikuti kecuali prasangka sahaja.
Sesungguhnya prasangka itu tidak sedikit pun berguna untuk mencapai
kebenaran. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa-apa yang mereka
kerjakan.

(Surah Yunus, 10:36)

Firman-Nya lagi:

⎯ÏμÎ/ Μçλm; $tΒuρ ∩⊄∠∪ 4©s\ΡW{$# sπu‹Ïϑó¡n@ sπs3Íׯ≈n=pRùQ$# tβθ‘ϑ|¡ãŠs9 ÍοtÅzFψ$$Î/ tβθãΖÏΒ÷σムŸω t⎦⎪Ï%©!$# ¨βÎ)

∩⊄∇∪ $\↔ø‹x© Èd,ptø:$# z⎯ÏΒ ©Í_øóムŸω £⎯©à9$# ¨βÎ)uρ ( £⎯©à9$# ωÎ) tβθãèÎ7−Ftƒ βÎ) ( AΟù=Ïæ ô⎯ÏΒ

Maksudnya:
Sesungguhnya orang-orang yang tidak beriman kepada hari akhirat sahajalah
yang tergamak menamakan malaikat itu dengan nama perempuan, sedangkan
mereka tidak mempunyai sebarang pengetahuan mengenainya. Mereka tidak lain
hanyalah mengikut sangkaan semata-mata, pada hal sesungguhnya sangkaan itu
tidak dapat memenuhi kehendak menentukan sesuatu daripada kebenaran
(iktikad).

(Surah an-Najm, 53:27−28)

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 2 PENGERTIAN AKIDAH DAN KEPENTINGANNYA 31

⎯Å3≈s9uρ çνθç7n=|¹ $tΒuρ çνθè=tFs% $tΒuρ «!$# tΑθß™u‘ zΝtƒótΒ t⎦ø⌠$# ©|¤ŠÏã yx‹Å¡pRùQ$# $uΖù=tGs% $¯ΡÎ) öΝÎγÏ9öθs%uρ

tí$t7Ïo?$# ωÎ) AΟù=Ïæ ô⎯ÏΒ ⎯ÏμÎ/ Μçλm; $tΒ 4 çμ÷ΖÏiΒ 7e7x© ’Å∀s9 Ïμ‹Ïù (#θàn=tG÷z$# t⎦⎪Ï%©!$# ¨βÎ)uρ 4 öΝçλm; tμÎm7ä©

∩⊇∈∇∪ $\ΚŠÅ3ym #¹“ƒÍ•tã ª!$# tβ%x.uρ 4 Ïμø‹s9Î) ª!$# çμyèsù§‘ ≅t/ ∩⊇∈∠∪ $KΖŠÉ)tƒ çνθè=tFs% $tΒuρ 4 Çd⎯©à9$#

Maksudnya:
Dan kerana ucapan mereka: „Sesungguhnya kami telah membunuh al-Masih, Isa
bin Maryam, Rasul Allah‰, padahal mereka tidak membunuhnya dan (tidak) pula
menyalibnya, tetapi (yang mereka bunuh ialah) orang yang diserupakan dengan
Isa bagi mereka. Sesungguhnya orang-orang yang berselisih faham tentang
(pembunuhan) Isa, benar-benar dalam keraguan tentang yang dibunuh itu.
Mereka tidak mempunyai keyakinan (tentang siapa yang dibunuh itu), kecuali
mengikuti prasangka belaka, mereka tidak (pula) yakin bahawa yang mereka
bunuh itu ialah Isa. Bahkan Allah telah mengangkat Nabi Isa kepada-Nya; dan
adalah Allah Maha Berkuasa, lagi Maha Bijaksana.‰

(Surah an-NisaÊ, 4:157−158)

Kesimpulannya, itulah beberapa ciri penting akidah Islam yang berbeza dengan
pegangan kepercayaan agama lain. Berdasarkan ciri-ciri inilah akidah Islam
dengan mudah dapat diterima oleh manusia di seluruh dunia. Islam tidak pernah
memaksa manusia menerima akidah Islam tetapi membuka minda manusia
supaya memerhati dan memikirkan kebenaran akidah yang dibawa oleh Islam.

Jika manusia dapat menggunakan akalnya dengan waras, tanpa dipengaruhi oleh
hawa nafsu dan dikongkong oleh amalan bertaklid kepada pegangan warisan
nenek moyang, nescaya mereka akan dapat melihat ciri-ciri kekuatan yang ada
dalam akidah Islam.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


32 TOPIK 2 PENGERTIAN AKIDAH DAN KEPENTINGANNYA

SEMAK KENDIRI 2.2

1. Jelaskan ciri-ciri akidah Islam.

2. Huraikan ciri-ciri akidah Islam yang membezakannya dengan


akidah palsu.

3. Kemukakan beberapa ayat al-Quran yang menyatakan ciri khusus


akidah Islam.
2.3

SUMBER AKIDAH ISLAM

Akidah Islam terdiri daripada empat sumber. Cuba lihat Rajah 2.2 untuk
mengetahui empat sumber tersebut.

Rajah 2.2: Empat Sumber Akidah Islam

Empat sumber ini diterangkan dengan lebih lanjut dalam subtopik seterusnya.
Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
TOPIK 2 PENGERTIAN AKIDAH DAN KEPENTINGANNYA 33

2.3.1 Al-Quran al-Karim


Al-Quran ialah kitab suci yang membekalkan seluruh ajaran tentang prinsip
akidah kepada manusia. Tanpa al-Quran, manusia tidak akan dapat memikirkan
tentang hal yang berkaitan dengan keimanan terhadap Allah SWT, malaikat, para
rasul, kebangkitan semula manusia selepas mati, neraka, syurga dan sebagainya
kerana akal manusia adalah terbatas.

Al-Quran ialah sumber tertinggi dalam Islam kerana ia merupakan wahyu yang
diturunkan oleh Allah SWT dan ketulenannya dijamin oleh Allah SWT.

Firman Allah SWT:

∩®∪ tβθÝàÏ≈ptm: …çμs9 $¯ΡÎ)uρ tø.Ïe%!$# $uΖø9¨“tΡ ß⎯øtwΥ $¯ΡÎ)

Maksudnya:
Sesungguhnya Kami-lah yang menurunkan al-Quran, dan sesungguhnya Kami
benar-benar memeliharanya.

(Surah al-Hijr, 15:9)

2.3.2 Sunah
Maksud sunah ialah segala apa yang dinukilkan daripada Nabi Muhammad SAW
sama ada berbentuk perkataan, perbuatan dan pengakuannya terhadap sesuatu.

Sunah merupakan sumber kedua akidah Islam selepas al-Quran. Hadis yang
boleh dijadikan sumber akidah secara ijmak ialah hadis mutawatir yang
diriwayatkan oleh perawi yang ramai pada setiap peringkat sehingga dengan
jumlah bilangan yang ramai itu, adalah mustahil mereka bersepakat untuk
mereka-reka hadis palsu.

Selain hadis mutawatir, hadis ahad juga boleh dijadikan sumber akidah
berdasarkan amalan Rasulullah SAW yang menghantar pendakwahnya secara
perseorangan dan bukannya secara berkumpulan untuk mengajar perkara agama
termasuk akidah kepada umat Islam di seluruh pelosok negeri yang dikuasai oleh
umat Islam.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


34 TOPIK 2 PENGERTIAN AKIDAH DAN KEPENTINGANNYA

2.3.3 Ijmak
Selain al-Quran dan sunah, sumber ijmak juga diterima sebagai sumber akidah
asalkan ijmak tersebut tidak bertentangan dengan prinsip al-Quran dan sunah.
Ijmak bermaksud persetujuan ahli ijtihad selepas kewafatan Rasulullah SAW pada
mana-mana masa atas apa-apa perkara agama.

Mazhab ahli sunah wal-jamaah menerima pendapat ijmak sebagai sumber ajaran
agama sama ada syariah ataupun akidah kerana para mujtahid yang berijmak atas
sesuatu perkara tidak mungkin berijmak atas perkara kesesatan.

Sabda Rasulullah SAW:

َ ُ َ َ َ ُ ْ َ َ َّ َّ َ َ َّ َ َ َّ َّ َّ َ َّ َ ُ َ
‫ع ْن اب ْ ِن ع َم َر أن َر ُسول ا ِ َصل ا ُ عليْهِ َو َسل َم قال إِن ا َ ي َم ُع أ َّم ِت أ ْو قال أ َّمة‬
َ َ َ ْ َ َ َّ ُ َ َ َ َ َ َ َ َ َّ َ َ ْ َ َ ُ َّ َّ َ َّ ‫م‬
َّ‫اعةِ َو َم ْن َش َّذ َش َّذ إ َ ال‬ َُ
ِ ‫ار‬ ِ ‫م‬ ‫ال‬ ‫ع‬ ‫م‬ ِ ‫ا‬ ‫د‬‫ي‬ ‫و‬ ‫ة‬
ٍ ‫ل‬ ‫ض‬ ‫م‬ ‫ل‬ ‫س‬‫و‬ ِ ‫ه‬ ‫ي‬‫ل‬‫ع‬ ‫ا‬ ‫ل‬ ‫ص‬ ‫د‬
ٍ ‫م‬

Maksudnya:
Daripada Ibn Umar r.a. (katanya): „Sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda,
katanya: ÂSesungguhnya Allah tidak akan menghimpunkan umatku – atau
katanya, umat Muhammad – atas kesesatan, dan tangan Allah (pertolongan Allah)
adalah bersama jemaah (orang Islam), dan sesiapa yang mengasingkan diri
(daripada jemaah di dunia ini), ia akan mengasingkan diri di dalam neraka
(kelak).ʉ

(Al-Tirmidhi, 1990)

Selain itu, Allah SWT memberi amaran keras kepada orang Islam yang menyalahi
ijmak dan jalan orang yang beriman.

Firman Allah SWT:

⎯Ï&Îk!uθçΡ t⎦⎫ÏΖÏΒ÷σßϑø9$# È≅‹Î6y™ uöxî ôìÎ6−Ftƒuρ 3“y‰ßγø9$# ã&s! t⎦¨⎫t6s? $tΒ Ï‰÷èt/ .⎯ÏΒ tΑθß™§9$# È,Ï%$t±ç„ ⎯tΒuρ

∩⊇⊇∈∪ #·ÅÁtΒ ôNu™!$y™uρ ( zΝ¨Ψyγy_ ⎯Ï&Î#óÁçΡuρ 4’¯<uθs? $tΒ

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 2 PENGERTIAN AKIDAH DAN KEPENTINGANNYA 35

Maksudnya:
Dan barang siapa yang menentang Rasul sesudah jelas kebenaran baginya, dan
mengikuti jalan yang bukan jalan orang-orang Mukmin, Kami biarkan dia
berleluasa terhadap kesesatan yang telah dikuasainya itu dan Kami masukkan dia
ke dalam neraka Jahanam, dan neraka Jahanam itu seburuk-buruk tempat
kembali.

(Surah an-NisaÊ, 4:115)

2.3.4 Akal dan Fitrah


Selain tiga sumber yang telah dibincangkan, sumber akal dan fitrah yang suci
tanpa dipengaruhi oleh unsur hawa nafsu juga boleh dijadikan sumber akidah.

Sumber akal yang dimaksudkan di sini ialah sumber ilmu daruri yang diketahui
kebenarannya secara mudah oleh manusia tanpa berfikir panjang. Sumber akal ini
tidak menjadi sumber yang terpisah dengan sumber syarak. Hal ini demikian
kerana berpegang pada akal semata-mata tanpa bimbingan syarak, tidak
menjamin manusia mencapai kebenaran.

Sumber fitrah pula bermaksud fitrah manusia yang dapat mengenal Allah SWT
secara semula jadi tanpa bersandarkan apa-apa bukti ataupun dalil. Contohnya,
apabila manusia ditimpa kesusahan ataupun bencana, manusia akan teringatkan
Allah SWT dan menyebut nama-Nya. Begitu juga hati dan jiwa manusia akan
menyebut nama Allah SWT ketika dia berada dalam kesusahan.

KEPENTINGAN AKIDAH DALAM


2.4

KEHIDUPAN
Kepentingan akidah dalam kehidupan manusia boleh kita lihat dari aspek kesan
kebahagiaan dan keselesaan hidup yang dirasai oleh manusia apabila mereka
menerima akidah Islam. Tiga kepentingan seperti yang anda dapat lihat dalam
Rajah 2.3.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


36 TOPIK 2 PENGERTIAN AKIDAH DAN KEPENTINGANNYA

Rajah 2.3: Tiga Kepentingan Akidah dalam Kehidupan Manusia

Seterusnya, mari kita lihat penerangan yang lebih terperinci berkaitan pentingnya
akidah dalam Islam.

(a) Manusia akan Merasa Tenang dan Bahagia dalam Menjalani Kehidupan
Dengan menerima akidah Islam, manusia akan dapat mencapai kebahagiaan
dalam menjalani kehidupan di dunia dan di akhirat. Hakikat ini banyak
disentuh oleh al-Quran menerusi beberapa firman Allah SWT.

Antaranya ialah firman Allah SWT berikut:

«!$$Î/ z⎯tΒ#u™ ô⎯tΒ š⎥⎫Ï↔Î7≈¢Á9$#uρ 3“t≈|Á¨Ζ9$#uρ (#ρߊ$yδ š⎥⎪Ï%©!$#uρ (#θãΨtΒ#u™ t⎦⎪Ï%©!$# ¨βÎ)

Ÿωuρ öΝÍκön=tæ ì∃öθyz Ÿωuρ óΟÎγÎn/u‘ y‰ΨÏã öΝèδãô_r& öΝßγn=sù $[sÎ=≈|¹ Ÿ≅Ïϑtãuρ ÌÅzFψ$# ÏΘöθu‹ø9$#uρ

∩∉⊄∪ šχθçΡt“øts† öΝèδ

Maksudnya:
Sesungguhnya orang-orang yang beriman, dan orang-orang Yahudi, dan
orang-orang Nasara, dan orang-orang Sabiin (orang-orang yang keluar
daripada satu agama ke satu agama yang lain), sesiapa sahaja antara mereka
yang benar-benar beriman kepada Allah (termasuk iman kepada
Muhammad SAW), hari kemudian dan beramal soleh (perbuatan yang baik
yang diperintahkan oleh Islam), mereka akan menerima pahala daripada
Tuhan mereka, tidak ada kekhuatiran kepada mereka, dan tidak (pula)
mereka bersedih hati.
(Surah al-Baqarah, 2:62)
Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
TOPIK 2 PENGERTIAN AKIDAH DAN KEPENTINGANNYA 37

Allah SWT juga berfirman:

( Zπt6ÍhŠsÛ Zο4θu‹ym …çμ¨ΖtÍ‹ósãΖn=sù Ö⎯ÏΒ÷σãΒ uθèδuρ 4©s\Ρé& ÷ρr& @Ÿ2sŒ ⎯ÏiΒ $[sÎ=≈|¹ Ÿ≅Ïϑtã ô⎯tΒ

∩®∠∪ tβθè=yϑ÷ètƒ (#θçΡ$Ÿ2 $tΒ Ç⎯|¡ômr'Î/ Νèδt ô_r& óΟßγ¨ΨtƒÌ“ôfuΖs9uρ

Maksudnya:
Barang siapa yang mengerjakan amal soleh, baik lelaki mahupun
perempuan dalam keadaan beriman, maka sesungguhnya akan Kami
berikan kepadanya kehidupan yang baik dan sesungguhnya akan Kami beri
balasan kepada mereka dengan pahala yang lebih baik daripada apa-apa
yang telah mereka kerjakan.

(Surah an-Nahl, 16:97)

(b) Manusia akan Meninggalkan Amalan yang Buruk dan Beramal dengan
Amalan yang Mulia
Umat yang beriman dengan iman yang hakiki bukan sahaja akan dapat
menjalani kehidupan dengan baik dan aman tetapi juga mereka akan
meninggalkan amalan yang buruk dan sentiasa melakukan amalan yang
mulia.

Antara amalan soleh yang boleh memacu kejayaan orang Mukmin di dunia
ini adalah dengan menunaikan solat dalam keadaan khusyuk, meninggalkan
perkara yang melalaikan dan menjaga kehormatan diri.

Firman Allah SWT:

Ç⎯tã öΝèδ t⎦⎪Ï%©!$#uρ ∩⊄∪ tβθãèϱ≈yz öΝÍκÍEŸξ|¹ ’Îû öΝèδ t⎦⎪Ï%©!$# ∩⊇∪ tβθãΖÏΒ÷σßϑø9$# yxn=øùr& ô‰s%

öΝÎγÅ_ρãàÏ9 öΝèδ t⎦⎪Ï%©!$#uρ ∩⊆∪ tβθè=Ïè≈sù Íο4θx.¨“=Ï9 öΝèδ t⎦⎪Ï%©!$#uρ ∩⊂∪ šχθàÊÌ÷èãΒ Èθøó¯=9$#

∩∉∪ š⎥⎫ÏΒθè=tΒ çöxî öΝåκ¨ΞÎ*sù öΝåκß]≈yϑ÷ƒr& ôMs3n=tΒ $tΒ ÷ρr& öΝÎγÅ_≡uρø—r& #’n?tã ωÎ) ∩∈∪ tβθÝàÏ≈ym

öΝÎγÏF≈oΨ≈tΒL{ öΝèδ t⎦⎪Ï%©!$#uρ ∩∠∪ tβρߊ$yèø9$# ãΝèδ y7Íׯ≈s9'ρé'sù y7Ï9≡sŒ u™!#u‘uρ 4©xötGö/$# Ç⎯yϑsù

∩®∪ tβθÝàÏù$ptä† öΝÍκÌE≡uθn=|¹ 4’n?tã ö/ãφ t⎦⎪Ï%©!$#uρ ∩∇∪ tβθãã≡u‘ öΝÏδωôγtãuρ

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


38 TOPIK 2 PENGERTIAN AKIDAH DAN KEPENTINGANNYA

Maksudnya:
Sesungguhnya beruntunglah orang-orang yang beriman, (iaitu) orang-orang
yang khusyuk dalam solatnya. Dan orang-orang yang menjauhkan diri
daripada (perbuatan dan perkataan) yang tiada berguna. Dan orang-orang
yang menunaikan zakat. Dan orang-orang yang menjaga kemaluannya,
kecuali terhadap isteri-isteri mereka atau budak (hamba) yang mereka
miliki; maka sesungguhnya mereka dalam hal ini tiada tercela. Barang siapa
mencari yang selain itu (misalnya, zina, homoseksual dan sebagainya), maka
mereka itulah orang-orang yang melampaui batas. Dan orang-orang yang
memelihara amanat-amanat (yang dipikulnya) dan janjinya. Dan orang-
orang yang memelihara solatnya.

(Surah al-Mukminun, 23:1−9)

(c) Manusia akan Berfikiran Positif dalam Menjalani Kehidupan


Manusia yang beriman akan berfikiran positif dalam hidupnya. Dia akan
terhindar daripada sifat gelisah dan keluh-kesah, sekiranya mereka beriman
dengan Allah SWT dan percaya kepada semua rukun iman.

Hakikat ini dapat difahami dengan jelas kerana apabila manusia menerima
akidah Islam, mereka akan diberi ketenangan oleh Allah SWT, merasakan
bahawa segala yang berlaku adalah dengan ketentuan Allah SWT dan dengan
itu, manusia tidak akan berputus asa atas musibah yang menimpanya dan
tidak pula bersikap angkuh, sombong dan tidak sedarkan diri apabila
dikurniakan nikmat oleh Allah SWT.

Firman Allah SWT:

βr& È≅ö6s% ⎯ÏiΒ 5=≈tGÅ2 ’Îû ωÎ) öΝä3Å¡àΡr& þ’Îû Ÿωuρ ÇÚö‘F{$# ’Îû 7πt6ŠÅÁ•Β ⎯ÏΒ z>$|¹r& !$tΒ

∩⊄⊄∪ ×Å¡o„ «!$# ’n?tã šÏ9≡sŒ ¨βÎ) 4 !$yδr&uö9¯Ρ

Maksudnya:
Tiada suatu bencana pun yang menimpa di bumi dan (tidak pula) pada
dirimu sendiri melainkan telah tertulis dalam kitab (Luh Mahfuz) sebelum
Kami menciptakannya. Sesungguhnya yang demikian itu adalah mudah
bagi Allah.

(Surah al-Hadid, 57:22)

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 2 PENGERTIAN AKIDAH DAN KEPENTINGANNYA 39

Allah SWT turut berfirman:

$yϑèδ øŒÎ) È⎦÷⎫oΨøO$# š†ÎΤ$rO (#ρã


x Ÿ2 t⎦⎪Ï%©!$# çμy_t÷zr& øŒÎ) ª!$# çνt|ÁtΡ ô‰s)sù çνρãÝÁΖs? ωÎ)

…çμtGt⊥‹Å6y™ ª!$# tΑt“Ρr'sù ( $oΨyètΒ ©!$# χÎ) ÷βt“øtrB Ÿω ⎯ÏμÎ7Ås≈|ÁÏ9 ãΑθà)tƒ øŒÎ) Í‘$tóø9$# †Îû

3 4’n?ø¡9$# (#ρã
x Ÿ2 š⎥⎪Ï%©!$# sπyϑÎ=Ÿ2 Ÿ≅yèy_uρ $yδ÷ρts? öΝ©9 7ŠθãΨàfÎ/ …çνy‰−ƒr&uρ Ïμø‹n=tã

∩⊆⊃∪ íΟŠÅ3ym ͕tã ª!$#uρ 3 $u‹ù=ãèø9$# š†Ïφ «!$# èπyϑÎ=Ÿ2uρ

Maksudnya:
Jikalau kamu tidak menolongnya (Muhammad), maka sesungguhnya Allah
telah menolongnya (iaitu) ketika orang-orang kafir (Musyrikin Mekah)
mengeluarkannya (dari Mekah) sedang dia salah seorang daripada dua
orang ketika kedua-duanya berada di dalam gua, pada waktu dia berkata
kepada temannya: „Janganlah kamu berdukacita, sesungguhnya Allah
berserta kita.‰ Maka Allah menurunkan ketenangan-Nya kepada
(Muhammad) dan membantunya dengan tentera yang kamu tidak
melihatnya, dan al-Quran menjadikan orang-orang kafir itulah yang rendah
dan kalimat Allah itulah yang tinggi. Allah Maha Perkasa lagi Maha
Bijaksana.

(Surah at-Taubah, 9:40)

Selain kepentingan akidah dalam kehidupan manusia yang telah dinyatakan,


banyak lagi kepentingan lain. Misalnya, manusia akan sentiasa berwaspada dalam
hidupnya kerana mereka mempercayai segala tingkah lakunya akan diperhatikan
oleh Allah SWT dan semuanya dicatat oleh para malaikat yang akan ditimbang
pada hari kiamat.

Manusia juga akan mempunyai panduan yang jelas dalam menjalani kehidupan
di dunia ini kerana terdapatnya wahyu yang disampaikan oleh para rasul, dan
adanya kitab suci yang membezakan antara yang benar dengan yang palsu.

Selain itu, manusia akan mempunyai wawasan hidup yang jauh kerana
mempercayai terdapatnya hari pembalasan dan kebangkitan selepas kematian
mereka. Mereka juga akan sentiasa bersabar atas segala musibah yang
dihadapinya dan sentiasa berdoa, bertawakal dan berusaha bagi mendapat
keredaan Allah SWT semasa mereka hidup di dunia ini.
Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
40 TOPIK 2 PENGERTIAN AKIDAH DAN KEPENTINGANNYA

SEMAK KENDIRI 2.3

Huraikan kepentingan akidah dalam kehidupan manusia.

• Akidah dari segi etimologi merujuk simpulan kepercayaan yang disimpulkan


secara mantap dalam hati sanubari manusia.

• Akidah dari segi terminologi merujuk keyakinan yang cukup pasti lagi putus
terhadap sesuatu, tanpa sebarang rasa syak dan ragu.

• Akidah mempunyai ciri-cirinya yang khusus yang berbeza dengan


kepercayaan agama lain.

• Kepentingan akidah dalam kehidupan manusia yang utama ialah menjamin


kebahagiaan dan kesentosaan hidup manusia di dunia dan akhirat.

ÂAqada Ifrat
Al-TaÊtil Syak
Al-Tajsim Tafrit
Al-Tashbih Taklid
Bidaah Waham
Doktrin Zann
Fitrah

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 2 PENGERTIAN AKIDAH DAN KEPENTINGANNYA 41

Abu Bakr Jabir al-JazaÊiri. (t.t.). Akidah al-muÊmin. Dar al-Fikr al-ÊArabi.

Nuh ÂAli Salman (2004). Al-mukhtasar al-mufid fi jawharah al-tawhid. MuÊasasah


al-Bayan.

Pusat Rujukan Persuratan Melayu. (2005). Akidah. Dicapai dari prpm.dbp.gov.


my/Cari1?keyword=akidah

Sayid Sabiq. (2003). Akidah Islam. (Terj.) H Moh Abdai Rathomy. Pustaka Jiwa.

Zakaria Stapa, & Mohamed Asin Dollah. (2001). Islam: Akidah dan kerohanian.
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

Anda mungkin juga menyukai