Anda di halaman 1dari 18

Topik 7

Beriman kepada
Qadak dan Qadar

Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat melakukan perkara


berikut:
1. Menjelaskan pengertian qadak dan qadar.
2. Menjelaskan konsep beriman kepada qadak dan qadar.
3. Menyatakan pengaruh beriman kepada qadak dan qadar
dalam kehidupan Muslim.

Dalam topik ini, kita akan membincangkan konsep beriman kepada qadak dan
qadar yang merupakan salah satu daripada rukun iman yang penting. Dalam
topik ini, pengertian qadak dan qadar, konsep beriman kepada qadak dan qadar,
dalil kewajipan beriman dengan qadak dan qadar serta pengaruh beriman kepada
qadak dan qadar dalam kehidupan Muslim akan diterangkan kepada anda.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


126 TOPIK 7 BERIMAN KEPADA QADAK DAN QADAR

PENGERTIAN BERIMAN KEPADA QADAK


7.1

DAN QADAR
Beriman kepada qadak dan qadar ialah salah satu rukun iman yang terpenting
yang wajib dipercayai oleh orang Islam. Mereka wajib meyakini bahawa Allah
SWT telah menetapkan ketentuan hukum-Nya terhadap sesuatu sejak azali dan
menentukan qadarnya untuk segala sesuatu di alam ini sebelum ia terjadi.

Sabda Rasulullah SAW:

ِّ ‫خر َوتُ ْؤم َِن بالْ َق َدر َخ ْيه ِ َو َشه‬ ْ ْ َ ْ َ ُ ُ َ ُ ُ َ َ َ َ َ َّ َ ْ ُ ْ َ َ َ


ِ ِ ِ ِ ِ ِ ‫قال أن تؤمِن بِا ِ وم ئِكتِهِ وكتبِهِ ورسلِهِ والو ِم ال‬
Maksudnya:
Sabdanya (Rasulullah SAW): Engkau beriman dengan Allah, malaikat-Nya, kitab-
kitab-Nya, rasul-rasul-Nya, hari akhirat dan engkau beriman dengan (ketentuan)
qadarnya, baik ataupun buruk.

(Hadis riwayat Muslim)

Untuk memudahkan kita memahami pengertian qadak dan qadar, elok


diterangkan terlebih dahulu pengertian qadar, walaupun dari segi susunannya,
perkataan qadak diletakkan terlebih dahulu. Hubungan antara qadak dan qadar
adalah amat berkaitan antara satu sama lain dan kadangkala hanya perkataan
qadar sahaja disebut, misalnya sebagaimana yang terdapat dalam hadis sebelum
ini.

Perkataan qadar bermaksud bahawa „Allah SWT mengadakan sesuatu


berdasarkan penentuan atau penetapan kadar (ukuran) dan takdir tertentu pada
zat dan hal ehwal-Nya (sifat-sifat-Nya) bertepatan dengan ilmu Allah SWT
sebelum ia diadakan.‰

Dengan kata lain, Allah SWT mengetahui tentang (zat) sesuatu dan ketetapan
takdirnya, masanya (seperti masa manusia lahir dan meninggal dunia) dan sifat
serta hal ehwal sesuatu sebelum ia diadakan lagi, kemudian Dia menjadikan
sesuatu itu berdasarkan ukuran tertentu seperti sifat dan hal ehwalnya
sebagaimana yang telah terdedah ilmu-Nya tentang sesuatu itu sebelum ia
dijadikan lagi (Nuh ÂAli Salman, 2004).

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 7 BERIMAN KEPADA QADAK DAN QADAR 127

Firman Allah SWT:

β&r ≅
È 6ö %s ⎯iÏΒ =
5 ≈Gt 2
Å ’ûÎ ω)Î Ν
ö 3
ä Å¡
à Ρ&r ’
þ ûÎ ω
Ÿ ρu Ú
Ç ‘ö {
F #$ ’ûÎ π7 6t ŠÁ
Å Β• ⎯ΒÏ z>$¹
| &r $! Βt

$! ϑ
y /Î #( θm
ã t
ø ?s ω
Ÿ ρu öΝ3
ä s?$sù $tΒ ’
4 ?n tã #( θö y™'ù ?s ξ
Ÿ Šø 3
s 9jÏ ∩⊄⊄∪ × ¡
Å „o «!#$ ’?n ã
t š9Ï ≡Œs β
¨ )Î 4 $! δ
y &r u9ö Ρ¯

∩⊄⊂∪ ‘A θ‚
ã sù Α
5 $Ft ƒø Χè ≅
¨ .ä =
 tÏ †
ä ω
Ÿ ª!#$ ρu 3 Ν
ö 6
à 9s?#™u

Maksudnya:
Tiada suatu bencana pun yang menimpa di bumi (dan tiada sesuatu pun yang
menimpa) dirimu, melainkan telah tertulis dalam kitab (Luh Mahfuz) sebelum
Kami memperlakukannya. Sesungguhnya yang demikian itu adalah mudah bagi
Allah. (Kami jelaskan yang demikian itu) supaya kamu jangan berdukacita
terhadap apa-apa yang luput (atau terlepas) daripada kamu, dan supaya kamu
jangan terlalu gembira (yang melampau batas sehingga menjadi sombong dan
angkuh) terhadap apa-apa yang diberi-Nya kepadamu. Dan Allah tidak menyukai
orang yang sombong lagi membanggakan diri.

(Surah al-Hadid, 57:22−23)

Firman-Nya lagi:

∩⊆®∪ ‘9 y‰)
s Î/ çμ≈Ψo )
ø =n z
y ™> ©
ó «
x ≅
¨ .ä $Ρ¯ )Î

Maksudnya:
Sesungguhnya Kami menciptakan segala sesuatu menurut ukuran.

(Surah al-Qamar, 54:49)

Allah SWT turut berfirman:

…νç ‰
y ΨÏã ™> ©
ó «
x ≅
‘ à2uρ ( ߊ#Šy “÷ ?s $Βt ρu Πã $ym‘ö {
F #$ Ù
â ‹Éós? $Βt uρ ©
4 \s Ρ&é ≅
‘ 2
à ã ≅ϑ
Ï tø B
r $tΒ Ν
ã =n ÷èƒt !
ª #$

∩ ∇ ∪ A‘ # ‰
y )
ø ϑ
Ï /Î

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


128 TOPIK 7 BERIMAN KEPADA QADAK DAN QADAR

Maksudnya:
Allah mengetahui apa-apa yang dikandung oleh setiap ibu, dan mengetahui apa-
apa yang kurang daripada yang dikandung dalam rahim itu atau yang lebih (iaitu
sama ada anak yang dikandung itu satu atau kembar, sempurna atau cacat
anggotanya, juga tempoh kandungannya). Dan segala sesuatu pada sisi-Nya ada
ukurannya.

(Surah ar-RaÊd, 13:8)

Keterangan al-Quran ini diperkukuhkan oleh beberapa hadis Rasulullah SAW.

Antaranya ialah sabda Rasulullah SAW:

َ ِ ‫ي َظال ِم ل َ ُه ْم َول َ ْو َر‬


ْ‫ح ُهم‬ ُ ْ ‫ضهِ لَ َع َّذ َب ُه ْم َو ُه َو َغ‬ ِْ ‫اواتِهِ َوأَ ْه َل أَر‬
َ ‫ل َ ْو أَ َّن ا َّ َ َع َّذ َب أَ ْه َل َس َم‬
ٍ
ُْ ْ ً َ َ ُ ُ َ َ ُْ َ َ َ َ َْ َ ْ َ ْ َ ْ ْ َُ ًْ َ ُ َُْ َ ْ َ َ َ
َ
‫لكنت رحته خيا لهم مِن أعمال ِ ِهم ولو كن لك مِثل جب ِل أح ٍد ذهبا أو مِثل‬
َ‫ك َح َّت تُ ْؤم َِن بالْ َق َدر َف َت ْعلَ َم أَ َّن ما‬ َ ْ َ ُ َ َّ
‫يل ا ِ ما قبِل مِن‬ َ ُ ُ ُْ ُ ُ ََ
ِ ِ ِ ِ ‫جب ِل أح ٍد تنفِقه ِف سب‬
َ َ َّ ُ ْ َ َّ َ َ َ ُ ْ ُ َ ْ َ َ َ ْ َ َّ َ َ َ ْ ُ ْ ُ َ ْ َ َ َ َ َ
َ َ َ َ
‫أصابك لم يكن ِلخ ِطئك وأن ما أخطأك لم يكن ِل ِصيبك وأنك إِن مت‬
‫ت الَّار‬ َ ْ‫َغ ْي َه َذا َد َخل‬
ِ
Maksudnya:
Sekiranya Allah SWT mengazabkan penghuni langit dan bumi-Nya, nescaya Dia
boleh mengazabkan mereka dan Dia tidak berlaku zalim kepada mereka. Dan
sekiranya Dia merahmati mereka, nescaya rahmat-Nya adalah lebih baik bagi
mereka berbanding dengan amalan (yang dilakukan mereka). Sekiranya engkau
mempunyai emas seumpama sebesar bukit Uhud atau (sesuatu yang lain yang
seumpama) sebesar bukit Uhud (juga) yang engkau nafkahkan pada jalan Allah
SWT, Allah (sama sekali) tidak akan menerima (amalan tersebut) sehingga kamu
beriman dengan (ketentuan) qadar; engkau mengetahui bahawa apa-apa yang
menimpa engkau (daripada apa-apa kesusahan), ia bukan untuk mempersalahkan
engkau dan apa-apa yang engkau tersalah, ia bukan untuk menimpakan musibah
kepadamu. Sekiranya engkau mati dalam keadaan engkau tidak (berpegang)
dengan (pegangan) ini, engkau akan memasuki neraka.

(Hadis riwayat Imam Ahmad dan Ibn Majah)

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 7 BERIMAN KEPADA QADAK DAN QADAR 129

Setelah diterangkan pengertian qadar, seterusnya akan diterangkan pula


pengertian qadak. Dari segi bahasa, qadak bermaksud hukum (al-hukm).
Maksudnya, Allah SWT mahu mengadakan sesuatu berdasarkan bentuk dan
keadaan yang tertentu (seperti manusia yang ingin dijadikan-Nya tinggi, rendah,
putih, hitam dan sebagainya), sebagaimana ia terjadi atau terwujud secara
realitinya di alam nyata (Nuh ÂAli Salman, 2004).

Maksudnya, Allah SWT mahu mencipta sesuatu makhluk berdasarkan sifat dan
ciri tertentu, kemudian apa-apa yang terjelma dan benar-benar wujud secara
kenyataannya adalah selaras dengan apa-apa yang dikehendaki-Nya itu.

Kalau diperhatikan secara teliti, pengertian qadak dan qadar ini adalah amat
hampir dan saling berkait antara satu sama lain. Lantaran itu, ramai orang yang
mengungkapkan pengertian „qadak dan qadar‰ sebagai merujuk satu pengertian
sahaja, iaitu „Kemahuan Allah SWT untuk mengadakan sesuatu dalam bentuk
yang khusus, kemudian Dia mengadakannya betul selaras dengan apa-apa yang
dikehendaki-Nya‰ (Nuh ÂAli Salman, 2004).

Di alam realiti, terdapat banyak perkara atau benda maujud sama ada dalam
bentuk zat, sifat dan takdir sesuatu (baik dan buruk) yang wujud. Dalam perkara
ataupun benda yang ada hubungan dengan manusia, terdapat dua jenis benda
atau perkara yang berlaku kepada manusia dan berkait dengan qadak dan qadar
seperti dipaparkan dalam Rajah 7.1.

Rajah 7.1: Dua Benda atau Perkara yang Ada Hubungan dengan Manusia

Seterusnya, mari kita lihat penjelasan lanjut mengenai hal ini.

(a) Perkara yang Tiada Pilihan Langsung


Jenis pertama merujuk perkara yang manusia tiada pilihan langsung dalam
proses berlakunya perkara tersebut yang manusia terpaksa menerima
hakikat berlakunya perkara tersebut dalam kehidupannya.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


130 TOPIK 7 BERIMAN KEPADA QADAK DAN QADAR

Contohnya, hari kelahirannya, warna kulit, panjang pendeknya atau


penyakit, khususnya penyakit yang diwarisi. Begitu juga putaran perjalanan
darah, gerakan sistem penghadaman dan pernafasannya, semuanya itu
terpaksa diterima seadanya. Oleh sebab itu, dia tidak dihisab atas semua
perbuatan tersebut. Hal ini demikian kerana dia tidak membuat pilihan
untuk melakukannya.

(b) Perkara yang Berlaku dengan Pilihannya


Jenis kedua merujuk perkara yang berlaku dengan pilihannya sendiri yang
kalau dia memilih untuk melakukan perkara baik, dia akan dibalas dengan
pahala. Manakala, jika sebaliknya dia memilih melakukan perkara jahat, dia
akan diseksa di akhirat.

Memang betul sekiranya manusia memilih melakukan sesuatu kejahatan,


pilihannya itu adalah bertepatan dengan ketetapan qadak dan qadar yang
amat teliti dan jelas terdedah pada pengetahuan Allah SWT sejak azali lagi.
Namun, manusia yang membuat pilihan tersebut tidak mengetahui
langsung tentang ketetapan tersebut untuk dirinya.

Misalnya, seseorang yang memilih untuk bersedekah pada jalan Allah SWT,
tidak pernah mengetahui adanya ketetapan qadak dan qadar bahawa dia akan
bersedekah, lalu berdasarkan pengetahuannya tentang qadak dan qadar
tersebut dia melakukan amalan bersedekah.

Jadi, ketika dia memilih untuk bersedekah, dia sebenarnya melakukannya


semata-mata kerana dia ingin melakukannya dan demi mendapatkan pahala
daripada amalan tersebut. Lantaran itu, dia pun melakukan amalan mulia
tersebut dengan pilihannya sendiri.

Oleh itu, balasan pahala diberi kepadanya berdasarkan usaha dan niatnya
yang didorong oleh kemahuan hatinya yang kuat untuk melakukan
kebaikan bagi mendapat keredaan Allah SWT.

Begitu juga sebaliknya, perogol atau pembunuh yang melakukan perbuatan


terkutuk tersebut, dia melakukannya bukan berdasarkan pengetahuannya
tentang qadak dan qadar Allah SWT yang menentukan dia melakukan
kejahatan tersebut. Namun, ia adalah berdasarkan pilihan yang dibuatnya
untuk membunuh ataupun merogol dan didorong oleh naluri kejahatan
yang ada dalam dirinya sehingga dia memilih untuk melakukan perbuatan
terkutuk tersebut. Jadi, atas pilihannya itu, dia akan diseksa pada hari
akhirat.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 7 BERIMAN KEPADA QADAK DAN QADAR 131

Berdasarkan keterangan ini, suatu rumusan boleh dibuat bahawa sesuatu


makhluk yang telah dijadikan oleh Allah SWT ataupun akan dijadikan oleh
Allah SWT pada masa yang akan datang telah diketahui oleh Allah SWT
sebelum ia dijadikan.

Sebelum sesuatu itu dijadikan, Allah SWT telah mengetahui semua sifatnya,
kemudian Dia menjadikannya selaras dengan sifat yang telah tersedia
diketahui-Nya sebelum itu. Hal ini bermakna sesuatu itu bukan dijadikan
secara spontan atau kebetulan tetapi ia selaras dengan perancangan dan
ketetapan ukuran takdir Allah SWT yang telah diketahui-Nya sejak azali lagi
(Nuh ÂAli Salman, 2004).

Semua ketetapan qadar Allah SWT mempunyai hikmah yang hanya


diketahui-Nya sahaja. Sebarang perkara yang berlaku kepada manusia sama
ada baik ataupun buruk, ia adalah daripada ketetapan Allah SWT. Manakala
tindakan dan perbuatan manusia sama ada perbuatan baik ataupun jahat, ia
hasil pilihan manusia. Ia akan dikira baik, jika ia selaras dengan syariat dan
buruk, jika bertentangan dengan syariat. Hal ini demikian kerana semua
perkara baik dan buruk tidak dapat lari daripada ketetapan qadar Allah SWT.

Allah SWT mencipta manusia dan tidak ada perkara yang berlaku di bawah
pentadbiran-Nya melainkan dengan kehendak-Nya dan Dia tidak reda
dengan kekufuran hamba-Nya. Namun, Allah SWT menganugerahkan
kemampuan dan kuasa memilih kepada manusia. Jadi, segala perbuatan
yang dilakukan oleh manusia terbit hasil daripada penggunaan kemampuan
dan kuasa memilih yang ada pada manusia.

Allah SWT memberi petunjuk kepada sesiapa yang Dia kehendaki dengan
rahmat-Nya dan menyesatkan mereka yang dikehendaki-Nya dengan
hikmah-Nya. Dia tidak patut dipersoalkan apa-apa yang Dia lakukan tetapi
manusia akan dipersoalkan apa-apa yang dilakukan oleh mereka (MaÊhad
al-Tarbiyyah al-Islamiyyah al-Hadisah, 1422).

Allah SWT telah menentukan secara khusus sifat sesuatu berdasarkan iradat
atau kemahuan-Nya. Kemudian, Dia menjelmakan sesuatu itu di alam realiti
dengan menjadikannya pada waktu yang telah ditetapkan-Nya dalam
bentuk, sifat dan keadaan tertentu yang telah sedia diketahui-Nya sejak azali
lagi. Hal inilah yang dinamakan sebagai qadak dan qadar.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


132 TOPIK 7 BERIMAN KEPADA QADAK DAN QADAR

SEMAK KENDIRI 7.1

1. Jelaskan pengertian qadak dan qadar secara ringkas.

2. Apakah yang anda faham tentang maksud beriman kepada qadar


dan qadar?

3. Jelaskan dalil-dalil kewajipan beriman kepada qadak dan qadar.

KONSEP BERIMAN KEPADA QADAK DAN


7.2

QADAR
Setelah diterangkan pengertian qadak dan qadar, kita akan dapat memahami
dengan mudah konsep beriman kepada qadak dan qadar, jikalau kita memahami
beberapa fakta penting yang berkait dengan konsep tersebut. Fakta ini sebaiknya
perlu difahami secara kronologi supaya tasawur konsep ini akan mudah
diperoleh.

Kefahaman yang jelas tentang konsep ini adalah penting supaya manusia dapat
menghindarkan diri daripada menisbahkan perbuatan zalim kepada Allah SWT.
Menurut Nuh ÂAli Salman (2004) dan MaÊhad al-Tarbiyyah al-Islamiyyah
al-Hadisah (1422), terdapat empat fakta yang dimaksudkan (lihat Rajah 7.2).

Rajah 7.2: Empat Fakta Penting yang Berkait dengan Konsep


Beriman kepada Qadak dan Qadar

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 7 BERIMAN KEPADA QADAK DAN QADAR 133

Sekarang, mari kita lihat penjelasan lanjut berkaitan empat fakta yang dinyatakan
dalam Rajah 7.2.

(a) Peringkat Pertama: Pengetahuan Allah SWT tentang Sesuatu


Ilmu Allah SWT meliputi segala sesuatu sama ada kecil ataupun besar sejak
azali. Semuanya tertulis di Luh Mahfuz. Allah SWT tidak mendedahkan
ilmu-Nya tentang sesuatu perkara yang diketahui-Nya sejak azali kepada
manusia, begitu juga dengan ketetapan qadar dan qadaknya ke atas sesuatu.

Firman Allah SWT:

$Βt uρ 4 Ì s
ó 7t 9ø #$ ρu hÎy99ø #$ †ûÎ $Βt Ο
Þ =n è÷ tƒρu 4 uθδ
è ω
 )Î $! γ
y ϑ
ß =n è÷ ƒt Ÿω =
É ‹ø tó9ø #$ ßx?Ï $
x Βt …νç ‰
y Ψã
Ï ρu

C§Î/$ƒt ω
Ÿ ρu 5=Û
ô ‘u ω
Ÿ ρu ÇÚ‘ö {
F #$ M
Ï ≈ϑ
y =è ß
à ’ûÎ π7 6¬ m
y ω
Ÿ u ρ $γ
y ϑ
ß =n ÷èƒt ω
 )Î π> s%‘u ρu ⎯ÏΒ Ý
ä )
à ¡
ó @n

∩∈®∪ &⎦⎫7Î Β• =
5 ≈Gt .Ï ’ûÎ ω
 )Î

Maksudnya:
Dan pada sisi Allah-lah kunci-kunci semua perkara ghaib; tidak ada yang
mengetahuinya kecuali Dia sendiri, dan Dia mengetahui apa-apa yang di
daratan dan di lautan, dan tiada sehelai daun pun yang gugur melainkan
Dia mengetahuinya, dan tidak jatuh sebutir biji pun dalam kegelapan bumi,
dan tidak sesuatu yang basah atau yang kering, melainkan tertulis dalam
kitab yang nyata (Luh Mahfuz).

(Surah al-AnÊam, 6:59)

(b) Peringkat Kedua: Tertulisnya Sesuatu di Luh Mahfuz


Sesungguhnya telah tertulis di Luh Mahfuz ketentuan qadar makhluk yang
telah dijadikan oleh Allah SWT dan tiada yang tertinggal sesuatu pun
daripadanya.

Firman Allah SWT:

β
¨ )Î 4 =
A ≈Ft .Ï ’ûÎ š9Ï ≡Œs β
¨ )Î 3 Ú
Ç ‘ö {
F #$ ρu Ï™$! yϑ¡
¡ 9#$ ’ûÎ $Βt Ν
ã n=è÷ ƒt !
© #$ χ&r Ν
ö =n è÷ ?s Ο
ó 9s &r

∩∠⊃∪ × ¡
Å „o «!#$ ’?n ã
t 7
y 9Ï ≡Œs

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


134 TOPIK 7 BERIMAN KEPADA QADAK DAN QADAR

Maksudnya:
Apakah kamu tidak mengetahui bahawa sesungguhnya Allah mengetahui
apa-apa saja yang ada di langit dan di bumi? Bahawasanya yang demikian
itu terdapat dalam sebuah kitab (Luh Mahfuz). Sesungguhnya yang
demikian itu amat mudah bagi Allah.

(Surah al-Hajj, 22:70)

(c) Peringkat Ketiga: Berlakunya Sesuatu Selaras dengan Kehendak Allah SWT
Sesungguhnya segala apa yang dikehendaki oleh Allah SWT akan berlaku
dan apa-apa yang tidak dikehendaki-Nya tidak akan berlaku.
Sesungguhnya, hanya Allah SWT yang menjadi raja yang mentadbir alam
ini. Semua perkara yang dikehendaki-Nya akan berlaku, begitu juga
sebaliknya.

Tiada siapa yang boleh menolak pelaksanaan sesuatu berdasarkan


ketetapan-Nya sejak azali atau menukar apa-apa yang telah ditetapkan-Nya.
Terdapat banyak dalil yang menunjukkan berlangsungnya kehendak
(masyiÊah) Allah SWT terhadap sesuatu.

Antaranya ialah firman Allah SWT berikut:

∩ ⊄ ® ∪ š ⎥ ⎫ϑ
Ï n=≈yè9ø #$ >
 ‘u !
ª #$ u™$! t±„o β&r ω
H )Î tβρâ™$! ±
t n@ $Βt uρ

Maksudnya:
Dan kamu tidak dapat menghendaki (menempuh jalan itu), kecuali apabila
dikehendaki Allah, Tuhan semesta alam.

(Surah at-Takwir, 81:29)

Firman-Nya lagi:

∩∇⊄∪ ãβθ3
ä Šu sù ⎯.ä …μç 9s tΑθ)
à ƒt β&r $↔º ‹ø ©
x Šy #‘u &r #! sŒ)Î …ÿ νç ã øΒ&r $! ϑ
y Ρ¯ )Î

Maksudnya:
Sesungguhnya keadaan-Nya apabila dia menghendaki sesuatu, hanyalah
Dia berfirman kepadanya: „Jadilah!‰ Maka terjadilah ia.

(Surah Yasin, 36:82)

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 7 BERIMAN KEPADA QADAK DAN QADAR 135

Sabda Rasulullah SAW:

‫ِين‬
‫ال‬ّ ‫يا ُي َف ّ ِق ْه ُه ف‬
ً ْ ‫َم ْن يُر ْد ا َّ ُ بهِ َخ‬
ِ ِ ِ ِ
Maksudnya:
Sesiapa yang Allah kehendaki kebaikan untuknya, maka Dia akan
memahamkannya dalam perkara agama.

(Hadis riwayat Bukhari)

(d) Peringkat Keempat: Allah SWT Mencipta Sesuatu Perbuatan


Pada hakikatnya, Allah SWT ialah pencipta segala perkara, termasuk
perbuatan yang dilakukan oleh manusia. Ertinya, segala perbuatan manusia
dijadikan Allah SWT dengan membekalkan kepada manusia kemampuan
untuk melakukan sesuatu perbuatan, manakala terbitnya sesuatu perbuatan
daripada manusia adalah berdasarkan daya usaha (kasb) daripadanya.

Walaupun manusia diberi kemampuan untuk mengetahui ciri kekhususan


sesuatu dan dianugerahkan juga kepadanya kemampuan memilih
sesetengah perbuatan bersifat pilihan, iaitu perbuatan yang boleh dipilih
untuk melakukannya, namun dia sendiri tidak mencipta perbuatan tersebut.

Firman Allah SWT:

’ûÎ Ô7ƒÎ °
Ÿ …&ã !© ⎯3
ä ƒt Ν
ö 9s ρu #‰
Y 9s ρu õ‹‚
Ï −Gtƒ Ο
ó 9s ρu Ú
Ç ‘ö {
F #$ ρu N
Ï ≡θu ≈yϑ¡¡9#$ 7
à =ù Βã …μç 9s “%
Ï !© #$

∩⊄∪ #\ ƒ‰
Ï )
ø ?s …νç ‘u ‰
£ )
s ùs ™& ©
ó x« ≅
¨ 2
à t =n z
, y uρ 7
Å =ù ϑ
ß 9ø #$

Maksudnya:
Kepunyaan-Nyalah kerajaan langit dan bumi, dan Dia tidak mempunyai
anak, dan tidak ada sekutu bagi-Nya dalam kekuasaan-Nya, dan Dia telah
menciptakan segala sesuatu, dan Dia menetapkan ukuran-ukurannya
(takdirnya), (iaitu dengan sebaik-baiknya sesuai dengan naluri, sifat dan
fungsi masing-masing).

(Surah al-Furqan, 25:2)

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


136 TOPIK 7 BERIMAN KEPADA QADAK DAN QADAR

Firman-Nya lagi:

∩∉⊄∪ ≅
× ‹.Ï ρu ™& ©
ó «
x ≅
eÈ .ä ’
4 ?n tã uθèδρu ( ™& ó©«
x ≅
eÈ à2 ,
ß Î= ≈ z
y !
ª #$

Maksudnya:
Allah menciptakan segala sesuatu dan Dia memelihara segala sesuatu.

(Surah az-Zumar, 39:62)

Allah SWT turut berfirman:

∩®∉∪ tβθ=è yϑè÷ s? $Βt uρ /ö 3


ä )
s =n {
s !
ª #$ ρu

Maksudnya:
Padahal Allah-lah yang menciptakan kamu dan apa-apa yang kamu perbuat
itu.

(Surah as-Saffat, 37:96)

Berhubung dengan perbuatan yang berada dalam lingkungan pilihan


manusia, Allah SWT menyuruh manusia melakukan sesuatu perbuatan dan
melarangnya melakukan sesetengah perbuatan tertentu. Allah SWT sama
sekali tidak memaksa manusia melakukan sesuatu perkara ataupun
meninggalkannya.

Semuanya terletak pada pilihan manusia. Manusia akan diberi pahala


sekiranya dia melakukan perbuatan yang disuruh dan diberi dosa sekiranya
melanggar larangan Allah SWT.

Firman Allah SWT:


ô ΒiÏ Νßγ≈Ψo G÷ 9s &r $! Βt uρ Ν
ö κå Jt ƒ− ‘hÍ Œè öΝκÍ 5Í $Ζu )
ø tp :ø &r ⎯
? ≈ϑ
y ƒ*Î /Î Νκå Jç ƒ− ‘hÍ Œè Ν
ö κå J÷ èy 7t ¨?#$ ρu #( θΖã tΒ#™u t⎦⎪%
Ï !© #$ ρu

∩⊄⊇∪ ×⎦⎫δ
Ï ‘u =
| |¡.x $ÿo 3Ï ›
¤ Í Δö #$ ≅
‘ .ä 4 ™& ó©«
x ⎯ΒiÏ Ογ
Î =Î Ηu å
x

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 7 BERIMAN KEPADA QADAK DAN QADAR 137

Maksudnya:
Dan orang-orang yang beriman, dan mereka diikuti oleh anak cucu mereka
dalam keimanan, Kami hubungkan anak cucu mereka dengan mereka (iaitu
mereka diletakkan sedarjat dengan nenek moyang mereka yang beriman
dan dikumpulkan bersama dalam syurga), dan Kami tiada mengurang
sedikit pun pahala amalan mereka (di dunia ini). Tiap-tiap manusia terikat
dengan apa-apa yang dikerjakannya.

(Surah at-Tur, 52:21)

Berdasarkan fakta ini, dapat dirumuskan bahawa Allah SWT telah


menetapkan sejak azali lagi untuk mencipta sesuatu sesuai dengan
kemahuan-Nya. Kemudian, Dia mencipta atau mengadakan sesuatu itu
selaras dengan apa-apa yang telah ditetapkan-Nya sejak azali.

Manusia tidak akan dihisab pada hari akhirat berdasarkan perbuatan yang
akan dilakukannya sebagaimana yang telah sedia diketahui oleh Allah SWT
sejak azali atau berdasarkan penetapan qadak dan qadarnya sebelum dia
memilih untuk melakukannya. Namun, dia akan dihisab berdasarkan
perbuatan yang benar-benar dilakukan oleh dirinya sendiri di dunia ini
berdasarkan pilihan yang dibuat olehnya. Dia juga tidak akan dihisab atas
perbuatan yang berlaku ke atas dirinya tanpa pilihannya sendiri.

SEMAK KENDIRI 7.2

Jelaskan fakta-fakta penting berkait dengan beriman kepada qadak dan


qadar.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


138 TOPIK 7 BERIMAN KEPADA QADAK DAN QADAR

PENGARUH BERIMAN KEPADA QADAK


7.3

DAN QADAR DALAM KEHIDUPAN MUSLIM


Terdapat beberapa kesan keimanan seseorang terhadap qadak dan qadar dalam
kehidupannya. Hal ini demikian kerana beriman kepada qadak dan qadar akan
meninggalkan kesan kejiwaan yang mendalam dalam diri manusia yang akan
mendorongnya melakukan perbuatan yang disuruh oleh Allah SWT dan
meninggalkan larangan-Nya.

Kesan tersebut boleh dilihat kepada empat fakta seperti yang ditunjukkan dalam
Rajah 7.3 (Yusri Abu, 2004).

Rajah 7.3: Empat Kesan Beriman kepada Qadar dan Qadar dalam Kehidupan

Sekarang, mari kita lihat penjelasan lanjut berkaitan dengan empat kesan tersebut.

(a) Berasa Tenang dan Tenteram


Orang yang beriman dengan qadak dan qadar akan berasa tenang dan
tenteram kerana yakin bahawa segala takdir yang telah ditetapkan oleh
Allah SWT mempunyai kebaikan untuk manusia.

Firman Allah SWT:


ö à69© × öyz uθèδρu $↔\ ‹ø x© (#θèδt õ3s? β&r #©¤
| tãρu ( öΝ3
ä 9© ν× ö.ä θu èδρu Α
ã $tF)
É 9ø #$ Ν
ã 6
à ø‹n=æ
t =
| GÏ .ä

∩⊄⊇∉∪ šχθßϑ=n ÷ès? Ÿω Ο


ó çFΡ&r uρ Ν
ã n=÷èƒt ª!#$ uρ 3 Ν
ö 3
ä ©9 @ Ÿ° uθèδρu $\↔‹ø ©
x #( θ™6s
Å è? β&r ©
# ¤
| tãρu

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 7 BERIMAN KEPADA QADAK DAN QADAR 139

Maksudnya:
Diwajibkan ke atas kamu berperang (berjihad), padahal berperang itu ialah
sesuatu yang kamu benci. Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia
amat baik bagi kamu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal
ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedangkan kamu tidak
mengetahui.

(Surah al-Baqarah, 2:216)

(b) Tidak Akan Berputus Asa Apabila Gagal


Orang yang beriman dengan qadak dan qadar tidak akan berputus asa
sekiranya menghadapi kegagalan dalam hidup. Dia akan sentiasa
bertawakal dan berdoa kepada Allah SWT serta sentiasa mendekatkan diri
kepada-Nya.

Mereka memahami firman Allah SWT yang berikut:


È 2
 uθtGŠu =ù sù «!#$ ’?n tãρu 4 $uΖ9s9θö Βt uθèδ $Ζu 9s !
ª #$ |=Ft Ÿ2 $Βt ω
 )Î $! Ζu ;u ‹Á
Å ƒã ⎯9© ≅%è

∩∈⊇∪ šχθãΖΒÏ σ÷ ϑ
ß ø9#$

Maksudnya:
Katakanlah: „Sekali-kali tidak akan menimpa kami melainkan apa-apa yang
telah ditetapkan Allah untuk kami. Dia-lah pelindung kami, dan hanya
kepada Allah orang-orang yang beriman perlu bertawakal.‰

(Surah at-Taubah, 9:51)

(c) Melipatgandakan Usaha untuk Mencapai Sesuatu yang Dihajati


Orang yang beriman kepada qadak dan qadar akan melipatgandakan usaha
untuk mencapai sesuatu yang dihajatinya. Mereka tidak pernah
menyalahkan takdir yang telah ditetapkan ke atas mereka sejak azali.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


140 TOPIK 7 BERIMAN KEPADA QADAK DAN QADAR

Sabda Rasulullah SAW:

َ ْ ‫ب َم َك ُن َها م ِْن‬
‫ال َّن ِة‬ َ ‫ك ْم م ِْن أَ َحد َما م ِْن َن ْفس َمنْ ُف‬
َ ِ ‫وسة إ َّ ُكت‬ ُ ْ َ َ َ
‫قال ما مِن‬
ِ ٍ ٍ ٍ
َ َ ُ َّ َ َ َ َ َّ َ ُ َ َ ٌ ُ َ َ َ َ ً َ َ ْ َ ً َّ َ َ ُ ْ َ َّ َّ َ
‫قد كتِب ش ِقية أو سعِيدة فقال رجل يا رسول ا ِ أف نت ِك‬ ِ‫والار‬
ْ َ َ َ َ ُ َ َ َ َ َ َّ ْ َ ْ َّ َ َ ْ َ َ َ َ َ ْ ُ َ َ َ َ َ
‫كِتابِنا وندع العمل فمن كن مِنا مِن أه ِل السعادة ِ فسي ِصي إ ِ عم ِل أه ِل‬
َِ ‫الش َقاوة‬َّ ْ َ َ َ َ ُ َ َ َ َ َ َّ ْ َ ْ َّ َ َ ْ َ َّ َ َ َ َ َّ
‫السعادة ِ وأما من كن مِنا مِن أه ِل الشقاوة ِ فسي ِصي إ ِ عم ِل أه ِل‬
َ ُ َّ َ ُ َ َ َ َّ ُ ْ َ َّ َ َ َ َ َّ َ َ َ ُ َّ َ ُ َ َ َ َّ ُ ْ َ َّ َ َ َ
‫قال أما أهل السعادة ِ فييسون ل ِعم ِل السعادة ِ وأما أهل الشقاوة ِ فييسون‬
َ َ َ
{‫ال ْس َن‬ ُ ْ ‫اوة ِ ُث َّم قَ َرأ } فَأ َّما َم ْن أ ْع َطي َو َّات َق َو َص َّد َق ب‬ َّ
َ ‫الش َق‬ ‫ل َِع َم ِل‬
ِ
Maksudnya:
Tiada seseorang pun dalam kalangan kamu melainkan telah ditentukan
tempatnya oleh Allah SWT dalam syurga dan neraka. Begitu juga telah
ditetapkan sama ada dia mendapat kecelakaan atau kebahagiaan. Maka
bertanya seorang sahabat, „Wahai Rasulullah SAW! Kalau begitu apakah
tidak lebih baik kita (diam sahaja dan) bertawakal (atau berserah) sahaja
kepada suratan (nasib) kita yang telah ditetapkan) dan kita tidak berbuat
apa-apa amalan? Sesiapa dalam kalangan kita yang termasuk dalam
kalangan orang-orang yang berbahagia, maka dia akan (dengan sendirinya)
(cenderung) melakukan amalan (yang dilakukan oleh) orang-orang yang
berbahagia, manakala sesiapa dalam kalangan kita yang termasuk dalam
kalangan orang-orang yang celaka, maka dia akan (dengan sendirinya)
(cenderung) melakukan amalan (yang dilakukan oleh) orang-orang yang
celaka.‰ Sabda Rasulullah SAW: „Adapun orang-orang yang berbahagia,
maka mereka akan dipermudahkan untuk melakukan amalan yang
dilakukan oleh orang-orang yang berbahagia, manakala orang-orang yang
celaka, maka mereka akan dipermudahkan untuk melakukan amalan yang
dilakukan oleh orang-orang yang celaka,‰ kemudian Baginda membaca ayat
al-Quran (yang bermaksud), „Adapun orang-orang yang memberikan
(hartanya di jalan Allah) dan bertakwa, dan membenarkan adanya pahala
yang terbaik (di syurga), maka kami kelak akan menyiapkan baginya jalan
yang mudah.‰

(Hadis riwayat Bukhari)

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 7 BERIMAN KEPADA QADAK DAN QADAR 141

(d) Bersyukur Apabila Menerima Segala Nikmat yang telah Ditetapkan dan
Bersabar Apabila Menerima Musibah
Orang yang beriman dengan qadak dan qadar akan bersyukur apabila
menerima segala nikmat yang telah ditetapkan oleh Allah SWT kepadanya
dan bersabar apabila menerima musibah yang menimpanya.

Sabda Rasulullah SAW:

ْ ْ ْ َّ َ َ َ َ َْ َ ٌْ َ
‫اك ِل َح ٍد إ ِ ل ِل ُمؤم ِِن إِن‬ ‫خي و ل ي س ذ‬ ُ‫ج ًبا ِلَ ْمر ال ْ ُم ْؤمِن إ َّن أَ ْم َرهُ ُكَّه‬
َ ‫َع‬
ِ ِ ِ
َ ً ْ َ َ َ َ َ َ َ ُ َّ َ ُ ْ َ َ َ ْ َ ً ْ َ َ َ َ َ َ َ ُ َّ َ ُ ْ َ َ َ
‫يا ُل‬ ‫ن أصابته ضاء صب فكن خ‬ ‫يا ُل‬ ‫أصابته ساء شكر فكن خ‬

Maksudnya:
Sesungguhnya amat menghairankan (jikalau diperhatikan kepada) urusan
orang-orang Mukmin, semua urusannya baik. Tiada seorang pun Mukmin
melainkan apabila dia menerima sesuatu yang menggembirakannya, lalu
dia bersyukur, maka dia akan mendapat kebaikan (atau pahala), manakala
sekiranya dia ditimpa kesusahan, lalu dia bersabar, maka dia (juga) akan
mendapat kebaikan.

(Hadis riwayat Muslim)

SEMAK KENDIRI 7.3

Huraikan kesan beriman kepada qadak dan qadar dalam kehidupan


Muslim.

AKTIVITI 7.1

Debatkan dengan rakan sekuliah anda tentang konsep berusaha


terhadap sesuatu berbanding dengan menerima sahaja takdir dalam
sesuatu situasi (contohnya, mendapat sesuatu penyakit).

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


142 TOPIK 7 BERIMAN KEPADA QADAK DAN QADAR

• Manusia wajib beriman dengan ketetapan qadar Allah SWT sejak azali dan
pelaksanaan ketetapan tersebut menerusi qadak-Nya di alam realiti.

• Kefahaman terhadap konsep beriman kepada qadak dan qadar bergantung


pada kefahaman manusia terhadap konsep ilmu Allah SWT, Luh Mahfuz,
kehendak Allah SWT dan kekuasaan-Nya dalam mencipta segala sesuatu.

• Beriman kepada qadak dan qadar boleh menanam nilai yang positif dalam
jiwa manusia dan memberi kesan bermakna dalam kehidupannya.

Azali MasyiÊah
Kasb Takdir
Luh Mahfuz

ÂAbd al-Malik ÂAbd al-Rahman al-SaÊdi. (1999). Syarah al-nasafiyyah fi al-Êaqidah


al-Islamiyyah. Dar al-Anbar.

MaÊhad al-Tarbiyyah al-Islamiyyah al-Hadisah. (1422). Al-Tawhid. Darussalam


Press.

Nuh ÂAli Salman. (2004). Al-mukhtasar al-mufid fi jawharah al-tawhid. MuÊasasah


al-Bayan.

Sayid Sabiq. (2003). Aqidah Islam. (Terj.) H Moh Abdai Rathomy. Pustaka Jiwa.

Yusri Abu. (2004). Kefahaman akidah di kalangan saudara baru: Suatu kajian
di Kuala Lumpur. Disertasi Sarjana, Jabatan Akidah dan Pemikiran Islam,
Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, Kuala Lumpur.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

Anda mungkin juga menyukai