Anda di halaman 1dari 16

Topik 8

Hakikat Iman

Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat melakukan perkara


berikut:
1. Menjelaskan kedudukan iman yang boleh bertambah dan
berkurang
2. Menerangkan pembatalan iman menerusi iktikad, lisan dan
amalan.
3. Menghuraikan isu takfir Muslim menurut perspektif ulama
Islam.

Dalam topik ini, kita akan membincangkan beberapa isu yang berkaitan dengan
kedudukan iman sama ada ia boleh bertambah atau berkurang dari semasa ke
semasa ataupun berada dalam kedudukan yang statik, iaitu tidak berubah selama-
lamanya.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


144 TOPIK 8 HAKIKAT IMAN

Kita juga akan membincangkan perkara yang membatalkan iman menerusi


iktikad, lisan dan amalan. Kemudian bagi menyempurnakan topik ini, kita akan
turut membincangkan secara ringkas isu takfir Muslim yang muncul di dunia
Islam termasuk di negara kita yang tercinta dari perspektif akidah Islam.
8.1

IMAN BERTAMBAH DAN BERKURANG

Iman dari segi konsepnya merujuk pembenaran (al-tasdiq) di dalam hati. Hal
inilah konsep iman yang sebenarnya menurut jumhur ulama. Adapun,
manifestasi pembenaran tersebut yang diserlahkan melalui ucapan dua kalimah
syahadah merupakan syarat untuk membolehkan seseorang individu itu
dilaksanakan hukum Islam ke atasnya (ÂAbd al-Malik ÂAbd al-Rahman al-SaÊdi,
1999).

Hal ini bermakna seseorang yang beriman dengan hatinya tetapi tidak
mengungkapkan dengan lidahnya, dia dikira sebagai seorang Mukmin di sisi
Allah SWT. Semua ini menunjukkan bahawa pembenaran hati itu ialah asas dalam
menentukan keimanan seseorang. Seseorang yang diuruskan segala urusan
kehidupannya mengikut kebiasaan orang kafir masih tetap dikira Mukmin, jika
dia tetap dengan pembenaran tadi.

Contohnya, seorang Muslim yang tidak diketahui status keislamannya oleh orang
lain, sekiranya dia meninggal dunia dan urusan kematiannya diuruskan mengikut
upacara yang sesuai dengan seorang kafir yang meninggal dunia, dia masih dikira
Mukmin. Begitu juga sebaliknya, seseorang yang mengaku bahawa dirinya
beriman, namun hatinya tidak beriman kepada Allah SWT seperti orang munafik,
maka dia seorang kafir walaupun semasa dia hidup dunia ini, segala urusan
hidupnya diuruskan mengikut kebiasaan seorang Muslim.

Imam al-AsyÊari berpendapat bahawa keimanan tidak cukup sekadar pembenaran di


dalam hati, namun perlu ada pengakuan menerusi lidah atas keimanannya.
Manakala, sebahagian ulama lain cenderung kepada pandangan ketiga, iaitu iman
merangkumi pembenaran di dalam hati, pengakuan menerusi lidah dan pengamalan
(tuntutan iman) menerusi anggota badan.

Berbangkit daripada perbezaan pandangan sebelum ini, golongan Muktazilah dan


Khawarij berpendapat bahawa sesiapa yang meninggalkan salah satu rukun Islam
ataupun melakukan perbuatan dosa besar, maka dia menjadi kafir.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 8 HAKIKAT IMAN 145

Jumhur ulama yang terdiri dalam kalangan ulama Mutakalim, ulama hadis dan
fikah, termasuk Imam Syafii berpendapat bahawa pelaksanaan amalan adalah
rukun bagi penyempurnaan iman. Hal ini bermakna seseorang yang
meninggalkan rukun Islam ataupun melakukan perbuatan yang terkutuk, ia tidak
menjejaskan keimanan yang ada tetapi menjejaskan kesempurnaan iman atau
menyebabkan ia menjadi semakin kurang.

Perbezaan pandangan ini mengheret pula kepada berlakunya perbezaan


pandangan tentang isu sama ada iman boleh bertambah ataupun berkurang.
Terdapat dua pandangan ulama mengenai isu ini, iaitu:

(a) Pandangan pertama diwakili oleh jumhur ulama yang berpendapat bahawa
iman boleh bertambah dan berkurang. Hujah mereka adalah seperti yang
berikut:

(i) Firman Allah SWT:

4 $ΖY ≈yϑƒ)Î ⎯ É ≈yδ μç ?ø Šy #—y Ν


ÿ νÍ ‹ à ƒ• &r ãΑθ)
ö 6 à ƒt ⎯Β¨ Ογ
ß Ψ÷ ϑ ß M
Ï sù ο× ‘u θ™ ô 9s Ì“Ρ&é $! Βt #Œs )Î ρu

ó „o Ο
∩⊇⊄⊆∪ tβρã ϱö;Gt ¡ è ρu $YΖ≈yϑƒ)Î Ν
ó δ ö γ
ß ?ø Šy #“t ùs #( θΖã Βt #u™ š⎥⎪%
Ï !© #$ $Β¨ 'r ùs

Maksudnya:
Dan apabila diturunkan sesuatu surah (daripada al-Quran), maka
antara mereka (yang munafik) ada yang bertanya (secara mengejek):
„Siapakah antara kamu yang imannya bertambah disebabkan oleh
surah ini?‰ Adapun orang-orang yang beriman, maka surah itu
menambahkan iman mereka, sedang mereka bergembira (dengan
turunnya surah tersebut).

(Surah at-Taubah, 9:124)

(ii) Firman-Nya lagi:

Ν
ö κÍ ö =n ã
t M
ô ‹u =Î ?è #Œs )Î ρu Ν
ö κå 5æ θ=è %è M
ô =n _
Å uρ !
ª #$ t .Ï Œè #Œs )Î t⎦⎪%
Ï ©!#$ šχθãΖΒÏ σ÷ ϑ
ß 9ø #$ $ϑ
y Ρ¯ )Î

∩⊄∪ tβθ=è .© θu Gt ƒt Ο
ó γ
Î /nÎ ‘u ’
4 ?n tãρu $ΖY ≈yϑƒ)Î Ν
ö κå Eø Šy #—y …μç Gç ≈ƒt #™u

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


146 TOPIK 8 HAKIKAT IMAN

Maksudnya:
Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu (yang sempurna
imannya) ialah mereka yang apabila disebut nama Allah (dan sifat-
sifat-Nya) gementarlah hati mereka; dan apabila dibacakan kepada
mereka ayat-ayat-Nya, menjadikan mereka bertambah iman, dan
kepada Tuhan mereka jualah mereka berserah.

(Surah al-Anfal, 8:2)

(iii) Allah SWT turut berfirman:

…&ã !è θ™
ß ‘u uρ !
ª #$ $Ρt y‰ã
t uρ $tΒ #‹
x ≈δ
y #( θ9ä $s% >
z #“t m
ô {
F #$ tβθΖã ΒÏ σ÷ ßϑ9ø #$ #u™‘u $ϑ
£ 9s ρu

∩⊄⊄∪ $VϑŠ=Î ó¡@n uρ $ΖY ≈yϑƒ)Î ω


H )Î Ν
ö δ
è Šy #—y $tΒuρ 4 …&ã !è θ™
ß ‘u uρ !
ª #$ −
s ‰
y ¹
| ρu

Maksudnya:
Dan tatkala orang-orang Mukmin melihat golongan-golongan yang
bersekutu itu, mereka berkata: „Inilah yang dijanjikan Allah dan
Rasul-Nya (kemenangan sesudah melalui kesukaran dan kepayahan)
kepada kita.‰ Dan benarlah Allah dan Rasul-Nya dan yang demikian
itu tidaklah menambah kepada mereka kecuali iman dan ketundukan.

(Surah al-Ahzab, 33:22)

(iv) Sabda Rasulullah SAW:

‫لو وزن ايمان أب بكر بايمان الّاس  لرجح ايمان أب بكر‬


Maksudnya:
Sekiranya ditimbang iman Abu Bakar dengan iman semua khalayak
manusia, nescaya iman Abu Bakar adalah lebih berat lagi.

(Hadis riwayat Ishaq bin Rahawayh dan al-Bayhaqi)

Hadis ini menunjukkan bahawa terdapat iman yang lebih sempurna


dan yang kurang sempurna. Iman Abu Bakar adalah lebih sempurna
berbanding dengan seorang Mukmin biasa.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 8 HAKIKAT IMAN 147

(b) Manakala golongan kedua pula berpendapat bahawa iman tidak bertambah
dan berkurang. Pandangan ini dikemukakan oleh golongan yang tidak
menjadikan amal perbuatan sebagai sebahagian daripada komponen iman. Hal
ini demikian kerana mereka berpendapat bahawa pembenaran di dalam hati
apabila ia mencecah tahap jazam (putus) dan pengakuan yang tulus, iman
tersebut tidak boleh digambarkan sebagai bertambah ataupun berkurang lagi.
Golongan ini mengemukakan dalil berikut bagi mengukuhkan pandangan
mereka:

(i) Allah SWT mengungkapkan iman kepada mereka yang melakukan


perbuatan maksiat dalam beberapa ayat al-Quran. Hal ini
menunjukkan bahawa amalan tidak memberi kesan kepada iman.

Contohnya, firman Allah SWT:

ôMtó/t .β*Î sù ( $yϑκå ]s ÷ t/ #( θßs=Î ô¹r'sù #( θ=è tGtGø%#$ t⎦⎫ÏΖÏΒσ÷ ßϑ9ø #$ ⎯


z ÏΒ Èβ$tG
x Í←!$sÛ β)Î uρ

βÎ*sù 4 !
« #$ Ì øΒ&r ’
# n<Î) u™’
þ ∀Å s? 4©®Lm
y ©öÈ 7ö s? ©ÉL9© #$ #( θè=ÏG≈)
s sù 3“t÷z{
W #$ ’n?ã
t $ϑ
y ßγ1‰
y ÷n)Î

š⎥⎫Ü
Ï Å¡)
ø ßϑ9ø #$ =
 Ïtä† ©!$# ¨β)Î ( #( þθÜ
ä Å¡%ø &r uρ ÉΑ‰
ô yè9ø $$/Î $yϑκå ]s ÷/t (#θs
ß Î=ô¹'r sù N
ô ™u !$sù

÷/3
ä ª=yè9s !
© $# #( θ)
à ¨?#$ uρ 4 /ö 3
ä ƒ÷ uθyz&r t⎦⎫÷ /t #( θßs=Î ô¹'r sù ο× uθ÷z)Î tβθΖã ÏΒσ÷ ßϑ9ø $# $yϑ¯Ρ)Î ∩®∪

∩⊇⊃∪ β
t θΗç q
x öè?

Maksudnya:
Dan kalau ada dua golongan daripada mereka yang beriman itu
berperang, hendaklah kamu damaikan antara kedua-duanya! Tetapi
kalau yang satu melanggar perjanjian terhadap yang lain, hendaklah
yang melanggar perjanjian itu kamu perangi sampai dia kembali pada
perintah Allah. Kalau dia telah kembali kepada perintah Allah,
damaikanlah antara kedua-duanya menurut keadilan, dan hendaklah
kamu berlaku adil; sesungguhnya Allah mencintai orang-orang yang
berlaku adil. Orang-orang beriman itu sesungguhnya bersaudara. Sebab
itu damaikanlah (perbaikilah hubungan) antara kedua-dua saudaramu
itu dan takutlah terhadap Allah, supaya kamu mendapat rahmat.

(Surah al-Hujurat, 49:9−10)

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


148 TOPIK 8 HAKIKAT IMAN

(ii) Allah SWT memperhubungkan dengan kata sendi „dan‰ antara


amalan dengan iman dalam al-Quran. Hal ini menunjukkan bahawa
amal soleh tidak termasuk dalam komponen iman. Oleh sebab itu, ia
tidak memberi kesan kepada penambahan atau pengurangan iman
seseorang.

Firman Allah SWT:

∩⊇⊃∠∪ ω
» “â Ρç ¨
Ä ρ÷ Šy ö 
Ï 9ø #$ M
à ≈Ζ¨ _
y Ν
ö λç ;m M
ô Ρt %.x M
Ï ≈s
y Î=≈Á
¢ 9#$ #( θ=è ΗÏ å
x ρu #( θΖã Βt #™u t⎦⎪%
Ï !© #$ β)Î

Maksudnya:
Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan beramal soleh,
disediakan bagi mereka syurga-syurga Firdaus, sebagai tempat tetamu
(yang serba mewah).

(Surah al-Kahfi, 18:107)

(iii) Al-Quran menjadikan iman sebagai syarat bagi penerimaan amal


kebaikan. Hal ini menunjukkan bahawa amalan adalah berbeza
dengan iman kerana sesuatu yang disyaratkan tidak termasuk dalam
sesuatu syarat.

Firman Allah SWT:

y ×Í ≈¯ 9s ρ' 'é ùs ⎯
7 Ö ΒÏ ÷σΒã uθδ
è uρ 4©s\Ρ&é ρ÷ &r @ Ÿ2Œs ⎯ΒÏ M
Ï ≈ y s Î= ≈ Á
¢ 9#$ ⎯
z ΒÏ ≅
ö yϑ÷èƒt ∅Βt uρ

∩⊇⊄⊆∪ #Z )
É Ρt tβθßϑ=n à
ô ƒã ω
Ÿ ρu πs Ψ¨ f
y 9ø #$ tβθè=z
ä ô‰ƒt

Maksudnya:
Dan sesiapa yang mengerjakan amal soleh, daripada lelaki atau
perempuan, sedangkan dia beriman, maka mereka itu akan masuk
syurga, dan mereka pula tidak akan dianiaya (atau dikurangkan
balasannya) sedikit pun.

(Surah an-NisaÊ, 4:124)

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 8 HAKIKAT IMAN 149

Hujah ini ditolak oleh golongan pertama yang berpandangan bahawa iman
boleh bertambah dan berkurang. Hal ini demikian kerana golongan yang
menyatakan bahawa iman boleh bertambah, tidak bermaksud menyatakan
bahawa amalan adalah sebahagian daripada komponen asasi iman dan tidak
juga bermaksud bahawa apabila amalan tersebut tiada ataupun tidak
dilakukan oleh seseorang hamba.

Maka, imannya juga akan tiada ataupun hilang. Mereka hanya menegaskan
bahawa amalan perbuatan ialah bahagian yang boleh menyempurnakan
iman itu sendiri.

Berdasarkan huraian ini, boleh dirumuskan bahawa iman boleh bertambah


dan berkurang. Iman boleh menjadi kuat apabila seseorang Muslim
terdedah dengan bacaan ayat al-Quran, iaitu ayat Allah SWT dan apabila dia
meneliti keajaiban ciptaan-Nya di alam ini.

Begitu juga apabila dia merenung bagaimana Allah SWT mentadbirkan alam
maya ini dan menciptakan sesuatu perkara yang tidak pernah terlintas
langsung pada fikirannya. Iman boleh menjadi lemah apabila seseorang
Muslim berpaling daripada mendengar bacaan ayat al-Quran serta kurang
memerhatikan tanda keagungan dan kebesaran Allah SWT.

SEMAK KENDIRI 8.1

Adakah iman boleh bertambah dan berkurang? Jelaskan.

AKTIVITI 8.1

Bincangkan dengan rakan sekuliah anda tentang seseorang yang tewas


melawan godaan nafsu dengan alasan imannya kurang. Adakah alasan
ini boleh diterima dan apakah yang patut dilakukan untuk
menghindarinya?

Bincangkan hasil carian anda dalam forum myINSPIRE.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


150 TOPIK 8 HAKIKAT IMAN

PEMBATALAN IMAN MELALUI IKTIKAD,


8.2

LISAN DAN AMALAN


Setelah diterangkan kedudukan iman yang boleh bertambah dan berkurang,
sekarang kita akan bincangkan pula kedudukan iman yang boleh terbatal melalui
tiga bentuk, iaitu melalui iktikad, amalan dan lisan.

Kefahaman tentang hal ini adalah penting supaya kita dapat menjaga iman kita
supaya ia bukan sahaja akan terus bertambah apabila kita melaksanakan amalan
soleh. Namun begitu, tidak terbatal menerusi tiga cara tersebut yang akan
dihuraikan dalam subtopik ini.

Berdasarkan pegangan mazhab ahli sunah wal-jamaah, sebagaimana yang


dinyatakan oleh Imam al-AsyÊari, kita tidak boleh mengkafirkan, sebagaimana
mazhab Khawarij, mana-mana ahli kiblat ataupun orang Islam yang melakukan
sesuatu dosa seperti berzina, mencuri dan minum arak.

Kekufuran boleh berlaku apabila pelaku dosa besar tersebut menghalalkan


perbuatan tersebut dan tidak meyakini bahawa kesalahan tersebut diharamkan
oleh Allah SWT (Al-AsyÊari, t.t.).

Pembatalan iman melalui iktikad, lisan dan amalan boleh berlaku apabila
seseorang terlibat (sama ada menerusi iktikad, lisan dan amalan) dalam perkara
seperti yang berikut (SaÊid Hawwa, 1989; ÂAbd al-Wahhab Lutf al-Daylami, 2005):

(a) Mengingkari Allah SWT sebagai Tuhan pencipta alam, atau salah satu sifat
kesempurnaan-Nya atau menyifatkan-Nya dengan sifat yang tidak layak
bagi-Nya seperti Dia satu daripada tiga tuhan (triniti), atau Dia berjasad,
lemah dan penat.

Kekufuran juga berlaku apabila seseorang mengingkari nabi yang telah


dinyatakan secara qatÊi (putus) tentang nama mereka daripada sumber
wahyu, salah seorang daripada mereka atau menolak keuniversalan risalah
Nabi Muhammad SAW dan dia ialah rasul yang terakhir.

Begitu juga apabila dia mengingkari perkara samiyyat (perkara yang


didengar keterangan mengenainya daripada nabi) seperti menolak adanya
kebangkitan manusia dari kubur, hari kiamat, terdapatnya malaikat, jin atau
mengingkari satu ayat daripada al-Quran.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 8 HAKIKAT IMAN 151

(b) Mengingkari perkara yang diketahui secara daruri atau diketahui secara
mudah oleh setiap lapisan masyarakat Muslim. Perkara ini merujuk sesuatu
perkara yang telah diisbatkan secara qatÊi dalam al-Quran ataupun hadis
yang mutawatir dan maknanya juga diisbatkan secara qatÊi oleh jumhur
ulama Islam, yang tiada keraguan timbul tentang maksud keterangan
tersebut. Misalnya, kewajipan solat, pengharaman zina dan riba.

(c) Mengingkari sesuatu perkara yang telah disepakati ataupun telah diijmak
oleh para ulama Islam dan menghalalkan sesuatu yang telah diharamkan
oleh Allah SWT ataupun sebaliknya. Menurut al-AsyÊari, beriktikad bahawa
dosa besar seperti zina, mencuri dan minum arak adalah tidak diharamkan
oleh Allah SWT ialah kufur.

Hal ini bermakna, seseorang yang menghalalkan perlakuan zina, mencuri


dan minum arak adalah terkeluar daripada Islam. Adapun mereka yang
melakukan perbuatan dosa tersebut tetapi tidak menghalalkannya, dia tidak
dianggap sebagai kafir (Al-AsyÊari, t.t.).

Firman Allah SWT:

#( ρç tI
ø Gt 9jÏ Π× #t ym #‹
x ≈yδρu ≅
× ≈=n m
y #‹
x ≈yδ z>‹
É 3
s 9ø #$ Ν
ã 6
à Gç Ψo ¡
Å 9ø &r #
ß Á
Å s? $yϑ9Ï #( θä9θ)
à ?s ω
Ÿ ρu

∩⊇ ∉∪ tβθßs=Î 
ø ƒã ω
Ÿ z>É‹3
s 9ø #$ !
« #$ ’?n ã
t tβρç It 
ø ƒt ⎦
t ⎪Ï%!© #$ β
¨ )Î 4 z>É‹3
s 9ø #$ !
« #$ ’?n ã
t

Maksudnya:
Dan janganlah kamu mengatakan terhadap apa-apa yang disebut-sebut oleh
lidahmu secara dusta „Ini halal dan ini haram,‰ untuk mengada-adakan
pembohongan terhadap Allah. Sesungguhnya orang-orang yang mengada-
adakan pembohongan terhadap Allah tiadalah beruntung.

(Surah an-Nahl, 16:116)

(d) Memperkatakan sesuatu yang tidak harus bagi Allah SWT kerana ia termasuk
perkara mustahil bagi Allah SWT seperti menyifatkan-Nya sebagai jahil. Begitu
juga mempersendakan sesuatu rukun iman atau rukun Islam, atau menyatakan
bahawa peraturan Islam tidak cukup untuk membahagiakan hidup manusia di
dunia ini.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


152 TOPIK 8 HAKIKAT IMAN

(e) Mendakwa bahawa syariat Islam terdapat kelemahan atau kekurangan, atau
menyatakan bahawa ia tidak sesuai dilaksanakan selain dari zaman nabi.
Begitu juga menyatakan bahawa sebahagian hukumnya atau hukum hudud
adalah keras dan oleh sebab itu, ia tidak sesuai dilaksanakan kini.

(f) Melakukan perbuatan seperti menggantungkan pada dirinya syiar


kekufuran secara sukarela, mengoyakkan al-Quran dengan tujuan
menghinanya atau mencampaknya ke tempat yang kotor, atau melakukan
amalan sujud kepada berhala.

(g) Melaksanakan hukuman selain daripada apa-apa yang telah diturunkan


oleh Allah SWT yang diiringi dengan iktikad bahawa tidak wajib
melaksanakan hukum yang telah diturunkan oleh Allah SWT, atau
mempercayai bahawa dia dibenarkan membuat pilihan dalam menjalankan
sesuatu hukum atau menghina hukum tersebut, sedangkan dia mengetahui
bahawa hukum tersebut datang daripada Allah SWT.

SEMAK KENDIRI 8.2

Bagaimanakah iman boleh terbatal melalui iktikad, lisan dan amalan?


Jelaskan.
8.3

ISU TAKFIR MUSLIM

Antara cabaran dalaman yang tercetus dalam masyarakat Islam ialah


permasalahan takfir. Apakah yang dimaksudkan dengan takfir?

Takfir ialah menuduh seseorang sebagai kafir ataupun saling kafir-


mengkafirkan sesama Islam.

Permasalahan ini bukan sahaja berlaku pada zaman awal Islam, bahkan ia juga
terjadi mutakhir ini. Fenomena ini dilihat boleh melambatkan lagi proses
pembentukan ummah cemerlang, jika ia tidak ditangani dengan bijaksana.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 8 HAKIKAT IMAN 153

Pada zaman awal Islam, permasalahan ini ditimbulkan bagi mengalih perhatian
umat Islam daripada tugas utama mereka, iaitu menguatkan kekuasaan politik
ummah bagi melebarkan lagi pengaruh dakwah ke seluruh pelosok dunia.
Namun, keadaan sebaliknya berlaku. Tenaga yang sepatutnya digunakan untuk
memperkuatkan saf dan menghadapi musuh sebenar umat Islam terpaksa
digunakan juga untuk menghadapi golongan takfir ketika itu, iaitu golongan
Khawarij.

Pada hari ini, sejarah lama berulang kembali. Permasalahan takfir juga
memainkan peranannya dalam membendung kebangkitan Islam daripada
mendapat tempat dalam kalangan umat Islam. Masa dan tenaga banyak
dihabiskan untuk berpolemik sesama sendiri. Pada masa yang sama, musuh
utama umat Islam dibiarkan bergerak bebas tanpa halangan (Razali Musa et al.,
2008).

Isu takfir Muslim muncul pada sepanjang sejarah umat Islam. Isu ini pernah
muncul apabila lahirnya golongan Khawarij yang mengkafirkan orang Islam yang
melakukan dosa besar seperti zina, minum arak dan mencuri.

Sebagaimana yang ditegaskan sebelum ini, jumhur ahli sunah tidak mengkafirkan
orang Islam yang melakukan dosa tersebut, sekiranya dia tidak menghalalkan
apa-apa yang dilakukannya. Walaupun Islam mengutuk perbuatan dosa tersebut,
pelakunya akan terdedah dengan azab seksaan Allah SWT di akhirat kelak.
Sekiranya dia tidak sempat bertaubat sebelum dia meninggal dunia, dia tetap
dianggap sebagai seorang Mukmin yang derhaka.

Sepanjang sejarah umat Islam, muncul golongan ataupun individu yang terang-
terang melakukan dosa besar dengan membunuh sesama umat Islam yang tidak
berdosa dan melakukan perbuatan yang zalim. Namun, mereka tetap tidak
mengkafirkan sesama mereka tetapi menghukumnya sebagai seorang yang fasik.
Diriwayatkan bahawa sahabat Rasulullah SAW yang terkenal, Abdullah bin Umar
pernah menunaikan solat di belakang al-Hajjaj bin Yusuf al-Thaqafi, seorang
pemimpin zalim dan fasik daripada khilafah Umayyah (Al-AsyÊari, t.t.).

Muncul dalam masyarakat Islam, pemimpin Islam yang melakukan kezaliman


terhadap pejuang Islam dengan melakukan penyeksaan dan kezaliman yang amat
dahsyat dalam penjara, sebagaimana yang pernah berlaku di Mesir suatu masa
dahulu. Maka, lahir dalam kalangan pemuda Islam yang diseksa dalam penjara
Mesir yang berkecenderungan untuk mengkafirkan para pemimpin negara
tersebut yang melakukan kezaliman dan penyeksaan terhadap mereka.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


154 TOPIK 8 HAKIKAT IMAN

Hal ini demikian kerana tahanan penjara lain seperti pendukung aliran sesat yang
lain tidak diperlakukan sebagaimana yang diperlakukan kepada mereka.
Lantaran itulah muncul isu takfir yang bermula dari dalam penjara hingga dibawa
ke luar masyarakat awam.

Isu ini juga berlaku dalam masyarakat kita di Malaysia ekoran pergeseran politik
yang berlaku dalam masyarakat Melayu-Islam disebabkan isu yang hampir
serupa, kalaupun tidak sama 100%. Isu ketidakadilan, kezaliman dan penindasan
hak menyemarakkan lagi isu ini.

Para ulama Islam lebih cenderung memilih pendekatan untuk tidak mengambil
sikap mudah mengkafirkan individu Muslim ini, sebagaimana keterangan berikut
(Muhammad RabiÊ Muhammad Jauhari, 2005):

(a) Imam Malik r.h.


Beliau menyatakan, „Apa-apa yang terbit daripada (kata-kata seseorang)
yang boleh diandaikan (ihtimal) 99 aspek (atau 99%) kufur dan hanya satu
sahaja (1% sahaja) boleh diandaikan iman, maka perkara tersebut
diandaikan sebagai iman.‰

Maksudnya, andainya seseorang mengeluarkan sesuatu ungkapan kata


yang boleh diandaikan ataupun ditafsirkan 99% cenderung kepada
kekufuran dan hanya 1% yang boleh ditafsirkan sebagai tidak bercanggah
dengan Islam.

Maka kata-kata tersebut wajar ditafsirkan sebagai tidak boleh membawa


seseorang yang mengatakannya sebagai kafir. Hal ini membawa maksud
bahawa 1% iman itu perlu diberi perhatian dalam menilai keimanan
seseorang Muslim.

(b) Imam Syafii r.h.


Beliau menyatakan, „Aku tidak menolak penyaksian mana-mana orang
yang mengikut hawa nafsu (ahl al-ahwaÊ) melainkan pendukung aliran
al-Khitabiyyah kerana pengikut aliran ini beriktikad bahawa berdusta
adalah dihalalkan.„

Kenyataan ini bermakna bahawa Imam Syafii tidak mengkafirkan mana-mana


pengikut aliran ataupun kumpulan yang mengikut hawa nafsu pada
zamannya.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 8 HAKIKAT IMAN 155

(c) Imam Abu Hanifah r.a.


Diriwayatkan daripada Imam Abu Hanifah r.a. bahawa beliau tidak
mengkafirkan mana-mana ahli kiblat.

(d) Imam al-AsyÊari r.h.


Beliau menyatakan, „Manusia telah berbeza pandangan selepas kematian
Rasulullah SAW dalam banyak perkara. Sebahagian menyatakan kesesatan
sebahagian yang lain dan membersihkan sebahagian yang lagi daripada
kesesatan. Lantaran itu, terbentuklah beberapa puak (firqah) dan aliran
pemikiran yang pelbagai. Namun, semua mereka disatukan atas agama
Islam yang satu dan Islam mencakupkan semua mereka.‰

(e) Imam Fakhruddin al-Razi r.h.


Beliau berpendapat, „Pandangan terpilih daripada kita ialah kita tidak
mengkafirkan mana-mana ahli kiblat melainkan berdasarkan dalil yang
terperinci (atas kekufurannya).‰ Katanya lagi: „Mana-mana ahli kiblat tidak
dikafirkan kalau mereka mengingkari sesuatu perkara yang dibawa oleh
Rasulullah SAW yang tidak diketahui secara mudah ataupun daruri
mengenainya.‰

(f) Imam al-Ghazali r.h.


Menurutnya, „Apa-apa yang patut dicenderungi oleh seseorang ialah
berwaspada daripada mengkafirkan seseorang kalau ada jalan untuk
mengelakkannya. Sesungguhnya, tindakan menghalalkan darah dan harta
orang yang bersolat arah kiblat (Baitullah di Mekah) yang secara terang
mengungkapkan lafaz syahadah, iaitu tiada Tuhan melainkan Allah dan
Muhammad ialah Rasulullah ialah satu tindakan yang silap. Kesilapan
membiarkan 1,000 orang kafir untuk terus hidup adalah lebih ringan
daripada menumpahkan semangkuk darah seorang individu Muslim.‰

Secara ringkasnya, pemikiran takfir ini hendaklah dihadapi dengan bijaksana dan
penuh hikmah, iaitu dengan menggunakan hujah dan dalil yang jelas. Mereka
yang terpengaruh dengan pemikiran ini perlu diajak supaya kembali kepada jalan
yang benar, sebagaimana yang dilakukan oleh Ali ibn Abi Talib r.a. yang
mengutus ÂAbdullah ibn Abbas r.a. berhujah dengan golongan Khawarij.

Mereka perlu didedahkan dengan manhaj dakwah yang betul dan pendekatan
wasatiyyah yang disarankan Islam. Muslim perlu menjelaskan batas iman dan
kufur berdasarkan hujah yang meyakinkan, tanpa melabelkan orang tertentu
ataupun kumpulan tertentu sebagai kafir, fasik dan sebagainya, kecuali dia
melakukan suatu pelanggaran ajaran agama yang sifatnya maÊlum min al-din bi
al-darurah.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


156 TOPIK 8 HAKIKAT IMAN

Sementara itu, pihak pemerintah dan penguasa yang melakukan kezaliman,


penyeksaan terhadap umat Islam sama ada secara fizikal ataupun mental dan
menafikan hak selain itu, jalan keluar untuk menghindarkan ummah daripada
terjebak dalam pemikiran takfir ini hendaklah digali daripada khazanah keilmuan
Islam. Misalnya, sebagaimana yang disarankan oleh al-Ghazali menerusi kitab
Al-Iqtisad Fi al-ÊItiqad dan al-Hudaybi menerusi bukunya DuÊah la Qudah (Razali
Musagha et al., 2008).

Umat Islam juga perlu didedahkan dengan pemikiran takfir yang menyeleweng
daripada asas manhaj kesederhanaan Islam. Dalam pada itu, batas iman dan
kufur, benar dan salah hendaklah diterangkan secara meluas dalam masyarakat
Islam supaya mereka tidak terdedah dengan falsafah Barat moden yang
berteraskan falsafah humanisme dan sekularisme.

Falsafah tersebut melahirkan fahaman seperti Islam liberal, antihadis dan


pluralisme agama. Semoga Allah SWT menjaga keharmonian dan keutuhan umat
Islam di negara kita supaya kecemerlangan ummah dapat kita raih di negara kita
yang tercinta ini.

Warganegara Muslim dinasihatkan supaya menghentikan amalan tersebut.


Mereka disarankan supaya kembali menghayati ajaran al-Quran dan sunah yang
menyuruh umat Islam melakukan keadilan, melakukan ihsan dan melakukan
amalan kebajikan terhadap rakyat jelata, khususnya golongan yang tidak bernasib
baik.

Mereka juga disarankan supaya menghormati hak warganegara Muslim dari segi
perundangan, kebajikan, ekonomi, politik dan sebagainya. Tujuannya bukan
sahaja demi memenuhi tuntutan Islam tetapi juga untuk menutup pintu ke arah
lahirnya bibit kebencian dalam kalangan masyarakat awam Muslim sehingga
perasaan benci, rasa tidak puas hati dan meluat ini, dalam situasi yang tidak
terkawal, akan melahirkan fenomena takfir dalam masyarakat Islam.

SEMAK KENDIRI 8.3

1. Huraikan isu takfir menurut perspektif akidah Islam.

2. Huraikan pandangan ulama mengenai isu takfir Muslim.

3. Jelaskan sikap yang sepatutnya anda ambil dalam menangani isu


takfir.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 8 HAKIKAT IMAN 157

• Iman boleh bertambah dan berkurang berdasarkan amalan ataupun perbuatan


yang dikerjakan oleh seseorang Muslim.

• Iman boleh terbatal menerusi iktikad, perkataan dan perbuatan.

• Kita dilarang untuk mengkafirkan seseorang Muslim melainkan dia


melakukan sesuatu yang jelas bertentangan dengan Islam.

Ahli kiblat Pembenaran (al-tasdiq)


Fasik QatÊi
Iktikad Takfir
Jazam (putus) Wasatiyyah
Khawarij

ÂAbd al-Malik ÂAbd al-Rahman al-SaÊdi. (1999). Syarah al-nasafiyyah fi al-Êaqidah


al-Islamiyyah. Dar al-Anbar.

ÂAbd al-Wahhab Lutf al-Daylami. (2007). Manhaj al-Êaqidah fi al-kitab wa


al-sunnah. Maktabah Khalid bin al-Walid dan ÂAlam al-Kutub
al-Yamaniyyah.

Al-AsyÊari. (t.t.). Al-ibanah Âan usul al-diyanah. Dar al-Kitab al-ÊArabi.

Muhammad RabiÊ Muhammad Jauhari. (2005). ÂAqidatuna. Kulliyah Usul al-Din,


JamiÊah al-Azhar.

Nuh ÂAli Salman. (2004). Al-mukhtasar al-mufid fi jawharah al-tawhid. MuÊasasah


al-Bayan.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


158 TOPIK 8 HAKIKAT IMAN

Razali Musa et al. (2008). Permasalahan takfir dan cabaran ke arah pembentukan
ummah cemerlang. Prosiding Seminar al-Quran dan Pembentukan Ummah
Cemerlang, Universiti Darul Iman (UDM), Kampus Kolej Ugama Sultan
Zainal Abidin, 19−20 Ogos 2008.

SaÊid Hawwa. (1989). Al-asas fi al-sunnah wa fiqhuha: Al-ÊaqaÊid al-Islamiyyah


(Jil. 1, Bah. 2). Dar al-Salam.

Sayid Sabiq. (2003). Aqidah Islam. (Terj.) H. Moh. Abdai Rathomy. Pustaka Jiwa.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

Anda mungkin juga menyukai