Geo B1 F5 Studwithadmin

Anda mungkin juga menyukai

Anda di halaman 1dari 8

˗ˏˋ Graf Bar Berganda ´ˎ˗

Ciri-ciri Graf Bar Berganda


• Tajuk: Menjelaskan maklumat yang hendak disampaikan
• Skala: Menentukan skala yang bersesuaian
• Paksi menegak: Satu garisan yang dilukis secara menegak
• Paksi mendatar: Satu garisan yang dilukis secara mendatar
atau melintang
• Petunjuk: Paparan maklumat yang diwakili oleh setiap bar
• Bar: Ketinggian bar menunjukkan kuantiti atau nilai

Studywithadmin – ns
˗ˏˋ Graf Garisan Berganda´ˎ˗ Studywithadmin – ns

Ciri-ciri Graf Garisan Berganda


• Tajuk: Menjelaskan maklumat yang hendak disampaikan
• Skala: Menentukan skala yang bersesuaian
• Paksi menegak: Satu garisan yang dilukis secara menegak
• Paksi mendatar: Satu garisan yang dilukis secara
mendatar atau melintang
• Petunjuk: Paparan maklumat yang diwakili oleh setiap garisan
• Plot garisan: Menunjukkan kuantiti atau nilai melalui
garisan yang diplot
˗ˏˋ Carta Pai ´ˎ˗

Ciri-ciri Carta Pai


• Tajuk: Menerangkan data yang hendak dipersembahkan
• Jejari: Menentukan jejari yang bersesuaian
• Jumlah: Menyatakan nilai keseluruhan
• Peratus: Memaparkan nilai sektor yang hendak
dipersembahkan
• Petunjuk: Memaparkan maklumat yang mewakili sektor
• Bulatan sektor: Mengandungi sudut sektor yang mewakili data
Studywithadmin – ns
˗ˏˋ Kegunaan Graf Bar Berganda ´ˎ˗
• menunjukkan perbandingan antara dua atau lebih maklumat.
• sesuai digunakan untuk membuat perbandingan tentang
pelbagai komponen yang hendak dikaji.
• mempunyai perkaitan antara satu sama lain.

˗ˏˋ Kegunaan Graf Garisan Berganda ´ˎ˗


• membandingkan perubahan nilai atau kuantiti beberapa
unsur yang dikaji mengikut skala masa tertentu..

˗ˏˋ Kegunaan Carta Pai ´ˎ˗


• mewakilkan data dalam bentuk bulatan yang terdiri daripada
beberapa sektor.
• menunjukkan taburan atau kadar peratusan sesuatu aspek
yang dikaji.

Studywithadmin – ns
˗ˏˋ Langkah-langkah Membina Graf Bar Berganda ´ˎ˗

(a) Lukis paksi menegak dan paksi mendatar.
(b) Labelkan bagi kedua-dua paksi tersebut. (Paksi
menegak mewakili bilangan murid dan paksi
mendatar mewakili tahun).
(c) Menentukan skala yang bersesuaian
berdasarkan data yang diperoleh, contohnya 1 cm
mewakili 100 orang murid


(a) Lukiskan bar-bar mewakili bilangan murid lelaki
dan perempuan mengikut tahun.
(b) Tinggi bar menunjukkan bilangan murid

Studywithadmin – ns

(a) Lorek atau warnakan bar yang telah dilukis.
Lorekan atau warna mestilah berbeza bagi
menunjukkan perbezaan setiap bar.
(b) Sediakan petunjuk berpandukan lorekan atau
warna yang telah dibuat pada setiap bar.
(c) Tuliskan tajuk yang sesuai.
(d) Tuliskan skala graf di bahagian bawah graf.
˗ˏˋ Langkah-langkah Membina Graf Garisan Berganda ´ˎ˗

(a) Lukis paksi menegak dan paksi mendatar.
(b) Labelkan kedua-dua paksi tersebut. (Paksi
menegak mewakili nilai eksport dan paksi mendatar
mewakili tahun).
(c) Menentukan skala yang bersesuaian
berdasarkan data yang diperoleh, contohnya 1 cm
mewakili 5 000 tan metrik.


(a) Tandakan ‘x’ bagi menunjukkan nilai eksport
ke negara China untuk setiap tahun.
(b) Sambungkan semua titik tersebut.
(c) Langkah (a) dan (b) diulang semula bagi
menunjukkan nilai eksport ke negara Jerman.


(a) Pastikan kedua-dua garisan yang diplot
mempunyai garisan yang berbeza seperti warna
atau corak garisan.
(b) Lengkapkan graf tersebut dengan tajuk dan
petunjuk yang sesuai.
(c) Tuliskan skala graf di bahagian bawah graf.

Studywithadmin – ns
˗ˏˋ Langkah-langkah Membina Carta Pai ´ˎ˗

Studywithadmin – ns

(a) Gunakan jejari 5 cm, lukis bulatan
dengan menggunakan jangka lukis di atas sehelai
kertas graf.
(b) Lukis garisan tegak dari pusat bulatan
sebagai jejari 5 cm bagi saiz bulatan tersebut.


(a) Letakkan jangka sudut secara menegak di
atas garisan jejari bulatan.
(b) Ukur saiz sudut bermula dengan 0º mengikut
arah putaran jam.
(c) Lukis garisan setiap sudut sektor
berdasarkan nilai sudut sektor.


(a) Lorek dan warnakan setiap sudut sektor yang
telah dibuat.
(b) Lengkapkan dengan nilai peratus setiap sektor
dan tulis petunjuk.
(c) Nyatakan jumlah keseluruhan.
(d) Tulis tajuk carta pai bagi menunjukkan
maklumat yang hendak dipaparkan.
˗ˏˋ Langkah-langkah menganalisis graf bar berganda dan graf
garisan berganda ´ˎ˗
1. Baca dan fahami tajuk graf.
2. Perhatikan label paksi menegak dan
paksi mendatar.
3. Telitikan nilai pada skala dan bar atau
titik garisan.
4. Kenal pasti nilai paling tinggi dan paling
rendah serta nilai bagi bar atautitik
garisan yang lain.
5. Perhatikan perubahan atau perbezaan
nilai yang nyata.
6. Huraikan isi tersirat berdasarkan data
yang diwakili.
7. Buat satu rumusan bagi mentafsir
graf tersebut.

˗ˏˋ Langkah menganalisis carta pai´ˎ˗

1. Baca dan fahami tajuk carta pai.


2. Perhatikan tajuk dan label yang
terdapat pada carta pai.
3. Telitikan petunjuk dan nilai sektor yang
terlibat.
4. Kenal pasti nilai setiap sektor
melibatkan sektor terkecil dan terbesar.
5. Perhatikan perbezaan peratus bagi
setiap sektor dalam carta pai.
6. Huraikan isi tersirat berdasarkan data
yang diwakili.
7. Buat satu rumusan terperinci
berkaitan perkara yang telah anda kaji.

Studywithadmin – ns

Anda mungkin juga menyukai