Anda di halaman 1dari 1

Abram diPanggil oleh Allah

Petikan dari Kitab Taurat: Kejadian 12:1-9.


1
TUHAN berfirman kepada Abram,
“Tinggalkanlah negerimu, kaum
keluargamu, dan rumah bapamu;
pergilah ke negeri yang akan Aku
tunjukkan kepadamu.
2
Aku akan memberi engkau keturunan
yang banyak dan mereka akan
menjadi satu bangsa yang besar. Aku
akan memberkati engkau dan
menjadikan namamu termasyhur, sehingga engkau menjadi berkat bagi
bangsa-bangsa.
3
Aku akan memberkati orang yang memberkati engkau, dan mengutuk orang
yang mengutuk engkau. Melalui engkau, Aku akan memberkati semua bangsa
di bumi.”
4-5
Abram berumur 75 tahun ketika dia meninggalkan Haran, menurut perintah
TUHAN kepadanya. Abram berangkat ke tanah Kanaan bersama-sama Sarai
isterinya, Lot anak saudaranya, dan membawa semua harta benda serta
hamba yang diperoleh mereka di Haran.

Selepas mereka tiba di Kanaan, 6Abram menjelajahi tanah itu sehingga dia tiba
di pokok keramat di More, tempat ibadat di Sikhem. (Pada masa itu orang
Kanaan masih tinggal di tanah itu.)
7
TUHAN menampakkan diri kepada Abram dan berfirman kepadanya, “Inilah
negeri yang akan Kuberikan kepada keturunanmu.” Kemudian Abram membina
sebuah mazbah di situ untuk TUHAN yang sudah menampakkan diri
kepadanya.
8
Selepas itu Abram meneruskan perjalanannya ke selatan, ke kawasan berbukit
di sebelah timur kota Betel, lalu berkhemah di antara Betel dan kota Ai; Betel
di sebelah barat dan Ai di sebelah timur. Di situ juga dia membina sebuah
mazbah dan menyembah TUHAN. 9Kemudian Abram meneruskan perjalanan,
dari satu tempat ke tempat berikutnya, menuju ke bahagian selatan tanah
Kanaan.

Anda mungkin juga menyukai