Anda di halaman 1dari 9

SMK SERI AMPANG

SMK SERI AMPANG


JALAN AMPANG, 55000 KUALA LUMPUR

PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTERGRASI (PPKI)

KERTAS KERJA LAWATAN KEMBARA ILMU


“HOMESTAY HAJI DORANI”
PELAJAR-PELAJAR PENDIDIKAN KHAS (MASALAH
PEMBELAJARAN)
SMK SERI AMPANG, KUALA LUMPUR
2016

Tarikh : 11 OKTOBER 2016


Tempat : HOMESTAY HAJI DORANI

TEMA :
“Menjana Ketrampilan & Kecemerlangan Insan Istimewa”
KERTAS KERJA LAWATAN KEMBARA ILMU
”HOMESTAY HAJI DORANI”
PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI ( PPKI )
SMK SERI AMPANG ,
55000 KUALA LUMPUR.

TAHUN 2016

PENGENALAN

Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) SMK Seri Ampang adalah satu program yang
dibentuk khas untuk mengembangkan potensi diri pelajar-pelajar yang terdiri daripada pelajar-
pelajar down sindrom, autisma, hiperaktif, cerebral palsy, disleksia dan slow learner.

Sejajar dengan ketidakupayaan mereka ini, pelbagai pendekatan dilakukan bagi


menjayakan proses pembelajaran. Selain daripada pembelajaran akademik, aktiviti riadah
seperti program perkhemahan merupakan salah satu aktiviti yang dapat membantu pelajar-
pelajar ini meningkatkan kemahiran sosial, komunikasi dan perkembangan diri mereka selaras
dengan perkembangan pelajar-pelajar tipikal.

RASIONAL
kan merekan

Aktiviti riadah memberi manfaat yang sangat besar kepada kemahiran dan perkembangan
mental dan fizikal pelajar-pelajar bermasalah pembelajaran. Ia dapat memupuk sikap
kemasyarakatan, kemahiran berdikari dan bersosial dalam kalangan pelajar-pelajar tersebut.
Selain daripada itu, program ini juga dapat melatih sifat berani, yakin diri dan sikap positif
yang boleh meningkatkan jati diri mereka.

MATLAMAT

Program ini bermatlamat agar :


i. Mengukuhkan silatul rahim antara pelajar PPKI, guru-guru dan PPM.

ii. Memupuk semangat kerjasama dan sifat menghargai antara pelajar PPKI.

iii. Memupuk rasa meraikan dan menghargai rakan-rakan.

iv. Mendedahkan pelajar-pelajar dengan aktiviti lawatan luar yang mana aktiviti tersebut
boleh meningkatkan intergrasi antara masyarakat luar dengan warga PPKI SMK Seri
Ampang.


OBJEKTIF

Antara objektif yang diharapkan adalah seperti berikut :

i. Meningkat kemahiran motor kasar dan motor halus pelajar PPKI.

ii. Meningkatkan keyakinan diri pelajar untuk berkomunikasi dengan orang awam.

iii. Mengembangkan kemahiran bersosialisasi dalam masyarakat yang bertatasusila.

iv. Memupuk nilai-nilai murni kepada pelajar erti kesungguhan dan kerjasama.

TEMA

“Menjana Ketrampilan & Kecemerlangan Insan Istimewa”

TARIKH & TEMPAT


Tarikh : 11 Oktober 2016
Tempat : Homestay Haji Dorani

SASARAN

Pelajar-pelajar, Guru-Guru dan PPM Program Pendidikan Khas Integrasi Sekolah Menengah
Kebangsaan Seri Ampang, Kuala Lumpur.

SKOP PROJEK

1. Aktiviti lawatan luar di Homestay Haji Dorani.


 Pelajar dibahagikan kepada beberapa kumpulan mengikut guru yang telah
ditetapkan. Ketua kumpulan bertanggungjawab memastikan ahli-ahli kumpulannya
menjalankan aktiviti mengikut ketetapan yang di arahkan oleh guru. Aspek
kerjasama ditekankan.

2. Aktiviti kembara ilmu bermula di Homestay Haji Dorani.


 Pelajar didedahkan dan diberi peluang merasai sendiri suasana kampung dan juga
merasai masakan kampung disamping dapat mengetahui suasana kampung yang
sebenar. Aspek ingin tahu turut didedahkan kepada pelajar.

PENYERTAAN

1. Semua pelajar Program Pendidikan Khas Integrasi di Sekolah Menengah Kebangsaan


Seri Ampang, Kuala Lumpur.

2. Guru-guru Pendidikan Khas Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Ampang, Kuala


Lumpur.
3. PPM Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Ampang, Kuala Lumpur.

4. Ibubapa ’pelajar Low Function’ Program Pendidikan Khas Integrasi di Sekolah


Menengah Kebangsaan Seri Ampang, Kuala Lumpur.

BUTIRAN PROJEK

Lokasi
Homestay Haji Dorani

Tempoh Aktiviti
Aktiviti ini akan memakan masa selama 1 hari bermula jam 7.30 pagi sehingga 6.00 petang.

ASPEK ORGANISASI DAN PENGURUSAN

AHLI JAWATANKUASA INDUK

Penasihat : Tn. Syed Zakaria Syed Hassan


(PKanan Tadbir & Kurikulum SMK Seri Ampang)

Pengerusi : En. Rosle Yasin


(PKanan Pend. Khas SMK Seri Ampang)

Setiausaha : En. Mohd Faizal Mohamad

N/Setiausaha : Pn. Kang Kim Nee


Bendahari : Pn. Noor Hafizah Mohd Khorish

N/Bendahari : Datin Hjh. Norliza Long

AHLI JAWATANKUASA KERJA

Ketua Pelaksana : En. Mohd Faizal Mohamad

Penolong K/Pelaksana : Pn. Zalinda binti Mohd Zahari

Disiplin / Keselamatan : En. Mohd Zailani Zaid

Makanan : Pn. Chan Kiam Fong

Pengangkutan/Insuran: Datin Hjh. Norliza Long

Dokumentasi : Cik Farah Alwanis Ali

Pencatat Laporan : Pn. Hjh. Naaimah Yaakub

Perakam Peristiwa : En. Mohd Zailani Zaid & 2 Orang pelajar PPKI

Tugas-tugas Khas : Pn. Afizan Adnan


: Pn. Noridayu Jamaludin
: Pn. Farahiyah Mohd Hafiz

ATURCARA LAWATAN

Tarikh : 25 OKTOBER 2016

Bertolak dari sekolah

08.30 pagi : Sarapan pagi di R&R (sendiri)


10.00 pagi : Melawat BENGKEL NATA DE COCO

10.30 pagi : Melawat BENGKEL MINYAK KELAPA DARA

11.30 pagi : Melawat BENGKEL KUIH TRADISIONAL

12.00 tghri : Makan T/hari di BENDANG, MASAKAN KAMPUNG

01.30 ptg : MENUMBUK PADI

02.00 ptg : MEWARNA BATIK CANTING

03.30 ptg : MEMBUAT DAN BERMAIN LAYANG-LAYANG

04.30 ptg : MENGAGAU IKAN di sawah padi

05.00 ptg : Minum petang dan bertolak pulang

BUTIRAN PENDAPATAN DAN BELANJAWAN

A. Butir Pendapatan RM
1. Bayaran peserta (44X RM75) 3300
2. Sumbangan/tajaan 100
3. PCG PPKI (LPBT) 800

JUMLAH 4200

B. Anggaran Perbelanjaan RM
1. Pakej bayaran (44X RM75) 3300
2. Air mineral 56
3. Roti (44X RM1.00) 44
4. Pengangkutan 800

JUMLAH 4200
13.0 PENUTUP

Adalah diharapkan melalui aktiviti ini pelajar kelainan upaya akan mendapat pendedahan yang berguna
dan meningkatkan keyakinan diri untuk berkomunikasi dengan orang awam. Program ini juga adalah
latihan bagi mereka untuk berdikari menjalani kehidupan seharian tanpa memerlukan bantuan orang
lain supaya mereka dapat meniti kehidupan mereka seterusnya dengan sempurna. Melalui program ini
diharap dapat menyedarkan masyarakat bahawa terdapat kelompok Kelainan Upaya dalam kehidupan
harian mereka yang layak menerima hak dan layanan seperti pengguna/orang awam yang lain. Secara
tidak langsung mengeratkan hubungan pelajar PPKI dengan guru-guru dalam membentuk program-
program yang berguna dan bersesuaian dengan kurikulum pendidikan khas negara. Semoga program ini
dapat memberi manfaat kepada pelajar-pelajar Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI), SMK Seri
Ampang, Kuala Lumpur dalam membentuk jati diri mereka.

Disediakan oleh,

________________________
(Mohd Faizal b. Mohamad)
Setiausaha Program Lawatan Kembara Ilmu
Program Pendidikan Khas Intergrasi
SMK Seri Ampang

Disemak oleh,

________________________
(Rosle b. Yasin)
Penolong Kanan Pendidikan Khas
Program Pendidikan Khas Intergrasi
SMK Seri Ampang

Disahkan oleh,
________________________
(Tn. Syed Zakaria b. Syed Hassan)
Penolong Kanan tadbir Dan Kurikulum
SMK Seri Ampang

Anda mungkin juga menyukai