Anda di halaman 1dari 4

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SERI AMPANG

JALAN AMPANG
55000 KUALA LUMPUR.

KERTAS KERJA

PEMOHONAN UNTUK PEMBELIAN PAPAN


TANDA BILIK DARJAH 2021

Disediakan Oleh :
Mohd Faizal Bin Mohamad
Guru SMK Seri Ampang
g-65404314@moe-dl.edu.my
KERTAS KERJA
PEMOHONAN PEMBELIAN PAPAN TANDA BILIK DARJAH 2021

Lokasi : Setiap Bilik Darjah SMK Seri Ampang


Alamat: SMK Seri Ampang, Jalan Ampang, 55000 Kuala Lumpur

PENGENALAN
Papan tanda bilik darjah adalah papan yang membawa maksud tanda yang menunjukkan
sesuatu nama bagi bilik darjah tersebut. Kebiasaannya papan tanda bilik darjah digunakan
untuk menunjukkan bilik-bilik yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah sebagai bilik darjah
dan membantu warga sekolah untuk mengenalpasti bilik darjah tersebut. Pemasangan papan
tanda bilik darjah juga turut digunakan sebagai tanda bagi setiap kelas yang terdapat di SMK
Seri Ampang. Papan tanda bilik darjah juga adalah sebagai alat untuk memberi maklumat atau
petunjuk bagi memudahkan warga pendidik SMK Seri Ampang untuk mencari kelas yang
mereka akan masuk nanti.

Di samping itu dengan pemasangan papan tanda bilik darjah juga dapat merealisasikan
Konsep 3K yang telah diperkenalkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia dalam
mempertingkatkan keselamatan, kesihatan dan keceriaan di sekolah. Justeru, tujuan kertas
kerja ini disediakan adalah untuk mendapatkan kelulusan / bantuan dari pihak tuan untuk
memohon tempahan / pembelian papan tanda keselamatan yang perlu dipamerkan di sekolah.

RASIONAL
Membantu warga SMK Seri Ampang untuk mengetahui lokasi sebenar setiap kelas yang
terdapat di dalam kawasan sekolah.

OBJEKTIF
1. Memudahkan warga sekolah untuk mengenalpasti lokasi bilik darjah.
2. Memberi maklumat dan pentunjuk kepada warga SMK Seri Ampang akan lokasi
sebenar kedudukan bilik darjah.
3. Membantu murid dan guru mengetahui kedudukan bilik darjah mereka.

TEMPAT
1. Bilik Darjah Aliran Perdana
2. Bilik Darjah PPKI

CADANGAN
Untuk merealisasikan sekolah berilmu dalam kalangan warga sekolah, adalah dicadangkan
supaya pemasangan papan tanda bilik darjah ini dapat dijadikan sebagai satu titik permulaan
dalam memberi kemudahan kepada warga sekolah untuk mengatahui kedudukan dan lokasi
sebenar bilik darjah. Disamping dapat membantu murid-murid untuk mengetahui kedudukan
kelas mereka. Dengan pemasangan papan tanda bilik darjah ini juga secara tidak langsung
dapat memberi kesedaran kepada warga sekolah tentang betapa pentingnya akan kemudahan
yang disediakan ini kepada warga sekolah.

REKABENTUK PAPAN TANDA


Rujuk Lampiran 1

SUMBER KEWANGAN
Sumbangan PIBG SMK Seri Ampang

SASARAN
Semua warga SMK Seri Ampang

ANGGARAN KOS
Berikut merupakan anggaran kos pembelian papan tanda :-

Harga
Bi Kuantiti Harga
Alatan 1 unit
l (set) (RM)
(RM)
1 Signadge for Class Tag 50.00 27 1350.00
 Bolth Side
 Material
Metal Bracket
Transparent PVC Sheet
PVC Inkject Sticker
 Size
7" x 13.5" - Bracket
5" x 12" - Base
3" x 12" – Tag
 Artwork " Class Name…"
 Installation

Kelas Aliran Perdana = 20 kelas


Kelas PPKI = 7 kelas

Jumlah keseluruhan bilik darjah = 27 kelas


JUMLAH HARGA (RM) 1350.00

PENUTUP
Diharapkan agar dengan pemasangan papan tanda bilik darjah ini di setiap bilik darjah dapat
membantu dan memudahkan warga sekolah dalam mengetahui akan kedudukan lokasi sebenar
bilik darjah.

Disediakan oleh, Disemak oleh,

(MOHD FAIZAL BIN MOHAMAD) (WAN HANISAH BINTI WAN


Guru SMK Seri Ampang YAAKOB)
Penolong Kanan HEM
SMK Seri Ampang

Disokong oleh, Diluluskan oleh,

(MUSTAFA KAMAL BIN MUSA) (HAZWA BIN SHARIF HASSAN)


Pengetua Yang Dipertua PIBG
SMK Seri Ampang SMK Seri Ampang

Anda mungkin juga menyukai