Anda di halaman 1dari 3

SMK SERI AMPANG

SMK SERI AMPANG


JALAN AMPANG, 55000 KUALA LUMPUR

PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI (PPKI)

KERTAS KERJA
PROGRAM PENDIDIKAN SIVIK DAN
KEWARGANEGARAAN

PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI


SMK SERI AMPANG, KUALA LUMPUR
2021

PROGRAM PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN

1.0 PENGENALAN
Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) SMK Seri Ampang adalah satu program yang
dibentuk khas untuk mengembangkan potensi diri murid berkeperluan khas (MBK) yang
terdiri daripada murid-murid down sindrom, autisma, hiperaktif, cerebral palsy, disleksia dan
slow learner.

Sejajar dengan ketidakupayaan mereka ini, pelbagai pendekatan dilakukan bagi


menjayakan proses pembelajaran. Selain daripada pembelajaran akademik, aktiviti riadah
seperti aktiviti perkhemahan merupakan salah satu aktiviti yang dapat membantu MBK ini
meningkatkan kemahiran sosial, komunikasi dan perkembangan diri mereka selaras dengan
perkembangan murid-murid tipikal. Disamping itu, program sedemikian dilaksanakan untuk
memenuhi keperluan silibus bagi mata pelajaran sivik dan kewarganegaraan dan juga
beberapa mata pelajaran lain yang terdapat dalam sukatan pelajaran. Selain itu juga,
perubahan Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) menggantikan kurikulum lama
ada menerapkan nilai EMK (Elemen Merentas Kurikulum) untuk mengukuhkan kemahiran
dan keterampilan modal insan yang dihasratkan dalam FPK serta dapat menangani cabaran
semasa dan masa hadapan dalam kalangan MBK. Elemen Merentas Kurikulum seperti unsur
nilai tambah yang diterapkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran selain yang
ditetapkan dalam standard kandungan. Elemen-elemen ini diterapkan bertujuan
mengukuhkan kemahiran dan keterampilan modal insan MBK yang dihasratkan serta dapat
menangani cabaran semasa dan masa hadapan. Penerapan elemen merentas kurikulum seperti
Bahasa, Sains dan Teknologi, Pendidikan Alam Sekitar, Nilai Murni, Patriotisme, Kreativiti
dan Inovasi, Keusahawanan sebenarnya secara tidak langsung dapat diterapkan di dalam
Program Pendidikan Sivik Dan Kewarganegaraan yang akan dilaksanakan kelak.

Mengikut Akta Pendidikan 1996 ada menjelaskan bahawa setiap program PPKI yang
ingin dirancangkan boleh diubahsuai mengikut tahap kemahiran dan kebolehan individu
dalam program tersebut. Adalah diharap dengan pengubahsuaian aktiviti-aktiviti tersebut
dapat mencapai tujuan dan matlamat dalam Pendidikan Khas. Bagi memenuhi keperluan
individu yang pelbagai kategori ini, satu bentuk pengajaran dan pembelajaran yang fleksibel
dan bersifat lebih mendekati keperluan dan kemahiran pelajar perlu dilaksanakan. Oleh itu,
pelaksanaan aktiviti seperti perkhemahan yang dirancang bagi memenuhi tuntutan keperluan
khas MBK, bukan sahaja menjurus kepada perkembangan kemahiran sosialisasi tetapi juga
menilai dari segi pengurusan tingkah laku, pengurusan diri dan kemahiran manipulatif
pelajar.

Anda mungkin juga menyukai