Anda di halaman 1dari 1

Ruj.

Tuan :
Ruj. Kami : SKTS.BP. 700-6/1/2 ( 8 )
Tarikh : 14 Muharram 1445
01 Ogos 2023

Ketua Balai Bomba,


Balai Bomba dan Penyelamat Slim River,
Jalan Sungkai,
35800 Slim River,
Perak.

Tuan/Puan,

JEMPUTAN UNTUK MENGADAKAN LATIHAN KEBAKARAN

Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa pihak sekolah bercadang untuk menjemput pihak tuan bagi
mengadakan latihan kebakaran di sekolah kami.

3. Latihan ini adalah bertujuan untuk memberi pendedahan dan pengetahuan tentang cara-
cara yang perlu dilakukan oleh semua warga sekolah dalam menghadapi bencana kebakaran di
sekolah.

4. Bagi mencapai objektif tersebut, pihak tuan adalah dengan hormatnya dijemput untuk hadir
mengadakan latihan tersebut seperti ketetapan berikut :

Tarikh : 9 Ogos 2023 (Rabu)


Tempat : SK Trolak Selatan
Masa : 8.30 pagi

5. Bagi urusan selanjutnya, pihak tuan boleh menghubungi Encik Maswafi b. Abd Samat di
talian 014-5837625.

Sekian, terima kasih.

“MALAYSIA MADANI”

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan amanah,

(SHUHAILI BIN SALLEH)


Guru Besar

s.k. - Fail Program 3K


_______________________________________________________________________________
“PERAK SEJAHTERA 2030”

Anda mungkin juga menyukai