Anda di halaman 1dari 2

Islam, iman dan ihsan

Pendahuluan

Pada kesempatan kali ini, ruangan ini akan membincangkan tiga istilah utama dalam
penghayatan cara hidup Islam yang sebenar. Perkataan Islam, iman dan ihsan adalah suatu
gabungan yang cukup mantap bagi melahirkan seorang insan yang kamil (sempurna).

Pengertian iman dan konsepnya.

Iman dari segi bahasa membawa erti percaya. Dalam konteks penghayatannya di kalangan umat
Islam, iman membawa maksud mengaku dengan lidah, membenarkan dengan hati dan
mengamalkannya dengan anggota.

Dalam erti kata lain bahawa seseorang yang mengaku dengan lidahnya mengenai keesaan dan
kekua saan Allah, mestilah membenarkannya dengan hati dan melaksanakan segala perintah-Nya
serta meninggalkan larangan-Nya.

Terdapat enam asas kepercayaan dalam amalan, cara hidup Islam yang dikenali sebagai rukun-
rukun iman. Hal ini telah dijelaskan oleh Rasulullah dalam sebuah hadisnya yang bermaksud:

"Iman itu ialah bahawa kamu yakin dan;

percaya kepada Allah,


percaya kepada malaikat-malaikat-Nya,
percaya kepada kitab-kitab-Nya,
percaya kepada rasul-rasul-Nya,
percaya dengan kedatangan Hari Akhirat dan
percaya dengan ketentuan balk dan buruk dari-
Nya".
Orang yang tidak percaya dan tidak yakin dengan perkara-perkara atau rukun-rukun iman
tersebut adalah kafir. Orang Islam yang menafikan salah satu atau semua rukun iman dianggap
murtad iaitu terkeluar daripada agama Islam.

Pengertian Islam dan konsepnya.

Islam daripada segi bahasa bererti sejahtera. Dalam konteks penghayatannya di kalangan umat
Islam ia bermaksud menyerah diri, tunduk dan patuh melaksanakan segala perintah Allah dan
membenarkan semua ajaran yang dibawa oleh Rasulullah.

Terdapat lima perintah Allah yang mesti dipatuhi dan dilaksanakan oleh seseorang Islam yang
dikenali sebagai rukun-rukun Islam. Rukun-rukun Islam ini terkandung dalam sebuah hadis
Rasulullah yang bermaksud:
"Islam itu adalah bahawa engkau bersaksi
tiada Tuhan yang layak disembah melainkan
Allah, Nabi Muhammad adalah pesuruh
Allah, mendirikan solat, menunaikan solat,
menunaikan puasa, mengeluarkan zakat dan
mengerjakan zakat dan mengerjakan haji dia
Makkah jika berkemampuan."

Konsep ihsan

Konsep ihsan ini telah digambarkan oleh Rasulullah dalam sebuah hadisnya yang bermaksud:

"Ihsan adalah bahawa engkau menyembah


Allah seolah-olah kamu melihat-Nya, jika
kamu tidak dapat melihatnya, maka
sesungguhnya Dia sedang melihat kamu"
Hadis ini menjelaskan bahawa ihsan itu adalah tindakan seseorang melakukan sesuatu amalan
atau kebaikan kerana menyedari bahawa Allah sedang memerhatikan gerak-gerinya dan dia
hanya mengharapkan balasan baik daripada Allah semata-mata.

Dalam erti kata lain bahawa semua amalan kebajikan yang dilakukan adalah dengan penuh
keikhlasan.

Intisari hubungan antara iman, Islam dan ihsan.

Setelah dijelaskan maksud iman, Islam dan ihsan, maka suatu kesimpulan dapat dibuat
berdasarkan hubungan ketiga-tiganya iaitu:

Seseorang yang percaya dan yakin dengan keesaan dan kekuasaan Allah (iman) akan sentiasa
tunduk menerima perintah Allah dan patuh melaksanakan nya (Islam) dengan penuh keikhlasan
tanpa mengharapkan ganjaran oleh manusia (ihsan).

Gabung jalin antara keyakinan terhadap Allah, kepatuhan melaksanakan perintah-Nya dan
keikhlasan yang

Anda mungkin juga menyukai