Anda di halaman 1dari 1

Aku sebuah Komputer

Aku berasal daripada sebuah keluarga yang termasyhur di dunia, iaitu


ADHESI. Tubuh aku diperbuat daripada gabungan aluminium, plastik, dan
besi. Kebanyakan anggota badanku diperbuat di Taiwan tetapi aku dipasang di
Malaysia. Aku diberi nama “Adhesi 486 DX2”.

Setelah diriku dilengkapi peranti disket, monitor, papan, kekunci, dan tetikus, aku
dimasukkan ke dalam sebuah kotak. Kemudian, aku dihantar ke sebuah kedai
komputer di Taiping dengan sebuah lori. Selepas dua hari dipamerkan, aku telah dibeli
oleh seorang lelaki sebagai hadiah hari lahir untuk anaknya yang bernama Ali.

Setibanya di rumah tuan aku, aku telah disambut mesra oleh Ali. Dengan mudah
sahaja, Ali sudah memahami perangai dan kehendak aku. Dia memberikan layanan
dan belaian yang istimewa kepadaku. Dia telah menjadikan aku sebagai teman
istimewanya. Akulah penghibur dan pembantu setia dalam pelaksaan tugas-tugas
sekolahnya. Ali amat berpuas hati dengan khidmat aku. Layanan istimewa yang aku
terima sering membuatkan kawan-kawanku yang lain seperti televisyen, radio, dan
kipas berasa iri hati
.
Walau bagaimanapun, pada suatu hari, bapa Ali telah membawa aku ke kedai
untuk dinaikkan taraf. Aku berasa lebih kuat dan bersemangat, lantas aku diberi nama
baharu, iaitu “ Pentium III”.

Ali berasa gembira dengan diriku yang baru dan dia kembali menjadikan aku
sebagai teman setianya. Aku berasa amat gembira dan bangga kerana Ali meneruskan
khidmatku.

Anda mungkin juga menyukai