Anda di halaman 1dari 1

Ya Allah Ya Tuhan Kami, Hanya kepadaMU sahaja kami panjangkan kesyukuran

di atas segala rahmat yang Engkau kurniakan.

Ya Allah ya tuhan kami, Keluarkanlah kami daripada kegelapan kejahilan,


muliakanlah kami dengan cahaya kefahaman, dan bukakanlah hati kami
dengan cahaya makrifah ilmu, sinarilah hati-hati kami dengan cahaya
petunjukmu sepertimana engkau sinari bumimu dengan cahaya matahari
sepanjang zaman.

Kami memohon dengan kudrat dan iradatMU, berikanlah kami kekuatan dan
ketabahan, menghadapi perjuangan, bagi mencari dan menimba ilmu
pengetahuan, permudahkanlah kami untuk beramal dengan penuh keikhlasan
serta kurniakanlah kepada kami kecemerlangan berdasarkan usaha kami.

Jadikanlah kami, guru-guru kami dan pemimpin-pemimpin kami, terus


berkhidmat dengan istiqamah untuk menabur bakti membangunkan umat,
masyarakat dan agama.

Anda mungkin juga menyukai