Anda di halaman 1dari 1

Pengarah Eksekutif

Destini Prima Sdn Bhd,


No. 10 Jalan Jurunilai U1/20,
Hicom Glenmarie Industrial Park,
40150 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan.

(U/P : Unit Modal Insan) 26 Jun 2023

Datuk,

RAYUAN PERMOHONAN PEMBAYARAN PENGURANGAN NOTIS 1 BULAN

Saya Nurul Syamila binti Shamsul Zahri dengan rendah diri ingin membuat rayuan pembayaran di
atas pengurangan notis 1 bulan yang dinyatakan dalam Surat Berhenti bertarikh 15 Jun 2023
seperti yang turut dilampirkan.

2. Kadar pembayaran balik baki ‘’Short Notice’’ yang dikenakan kepada saya adalah berjumlah
RM2,151.60 . Sejujurnya jumlah tersebut sangat membebankan saya kerana ianya perlu diselesai
pada atau sebelum 10 Julai 2023. Untuk makluman, status kewangan saya banyak terkesan akibat
pemotongan gaji dua bulan berturut-turut yang dikenakan baru-baru ini oleh pihak syarikat berkaitan
keputusan siasatan dalaman dan tindakan tatatertib. Selain itu, saya juga bertanggungjawab
menyara ibu bapa saya yang sudah tidak bekerja dan membantu dalam segala kos bulanan rumah.

3. Justeru itu, saya memohon jasa baik pihak pengurusan bagi mempertimbangkan
permohonan pembayaran pengurangan notis 1 bulan ini dengan cara saya dilepaskan dengan notis
1 bulan tanpa sebarang pembayaran. Seandainya ianya mustahil saya mohon agar pembayaran
boleh dibuat secara berfasa.atau apa-apa cara lain yang boleh membantu mengurangkan bebanan
kos tersebut.

4. Saya berharap pihak pengurusan dapat mempertimbangkan keadaan saya dengan adil dan
saksama. Saya telah berkhidmat dengan Syarikat selama 3 tahun 0 bulan dan telah memberi
sepenuh komitmen sepanjang tempoh perkhidmatan demi kelangsungan dan kemajuan Syarikat.
Saya berjanji akan melaksanakan tanggungjawab saya dengan sepenuhnya selama tempoh notis
yang diberikan, serta memastikan peralihan tugas kepada rakan sekerja dapat dilakukan dengan
lancar.

5. Jasa dan pertimbangan dari pihak Tuan amat saya hargai.

Sekian, terima kasih.

NURUL SYAMILA BINTI SHAMSUL ZAHRI


Eksekutif, Peraturan & Pematuhan
Destini Prima Sdn Bhd

DESTINI PRIMA SDN BHD


NO. 10Jalan Juru Nilai U1/20 T : +603 5567 0333
Hicom Glenmarie Industrial Park F : +603 5567 0713
40150 Shah Alam, Selangor E : prima@destinigroup.com
Malaysia W : www.destinigroup.com

Anda mungkin juga menyukai