Anda di halaman 1dari 1

KU CHAI KUN

882, PEKAN GURNEY,

32010 SITIAWAN, PERAK.

03 JUN 2023

Kepada,

Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit ( Cawangan Perak)

B-2-1, Greentown Square,

Jalan Dato Seri Ahmad Said,

30450 Ipoh, Perak.

Tuan/Puan,

PERKARA: RAYUAN MENYAMBUNG PROGRAM AKPK

NAMA PENUH: KU CHAI KUN

KAD PENGENALAN: 880619086767

NO TEL: 010-3889913

Perkara di atas adalah dirujuk.

Saya memohon pertimbangan dan jasa baik dari pihak tuan/puan agar dapat memberi peluang kepada saya
untuk meneruskan semula program AKPK saya yang telah ditamatkan pada bulan Jun 2023.

2. Untuk makluman pihak tuan/puan, saya tidak dapat meneruskan komitmen bayaran saya pada masa itu
kerana saya telah kehilangan sumber pendapatan saya. Kini saya telah mendapat pekerjaan yang baru dan
berupaya untuk menyambung balik pembayaran saya.

3. Saya berjanji akan berusaha sedaya upaya untuk membuat bayaran mengikut jadual bayaran pinjaman
yang telah ditetapkan.

Semoga rayuan saya diberi pertimbangan yang sewajarnya.

Sekian, terima kasih.

Yang benar,

KU CHAI KUN

880619-08-6767

Anda mungkin juga menyukai