Anda di halaman 1dari 1

Tarikh : 06 Februari 2015

Pengurus
KPJ Cawangan Sabah
Lot No.2, Off Jalan Damai,
Luyang, 88300 Kota Kinabalu,
Sabah, Malaysia.

Tuan, Puan

PEMBATALAN MENGIKUTI PROGRAM KPJ WELLNESS & LIFESTYLE

Merujuk perkara di atas.

2. Saya MIZAN BIN MUSTAPA bernombor kad pengenalan 820326-03-5937 membuat keputusan
untuk tidak mengikuti program KPJ Wellness & Lifestyle. Keputusan ini dibuat disebabkan masalah
kewangan yang saya hadapi sekarang. Permohonan saya untuk memohon kad kredit dengan CIMB
untuk tujuan pembayaran kepada pihak tuan bagi mengikuti program ini tidak diluluskan oleh pihak
CIMB Bank.

3. Saya tidak dapat mengemukakan resit pertama pembayaran kepada pihak tuan kerana baru sahaja
berpindah rumah dan resit itu tidak lagi dapat dikesan. Namun begitu saya boleh buktikan
pembayaran melalui penyata kad kredit yang telah dikenakan kepada saya sebanyak 5 kali berjumlah
RM83.33 sen yang keseluruhannya berjumlah RM 416.65.

4. Bersama-sama ini juga saya kembalikan semula surat perjanjian dan kad keahlian yang telah
dihantar kepada saya. Selepas pembatalan ini saya berharap pihak tuan tidak lagi membuat
pemotongan pembayaran terus melalui kad kredit saya dengan serta merta. Saya juga berharap
sekiranya pihak tuan dapat mengembalikan semula pembayaran yang telah saya buat.

5. Saya berharap permohonan ini mendapat perhatian daripada pihak tuan dan memohon maaf
atas segala kesulitan ini. Saya akan menghubungi pihak tuan semula sekiranya keadaan kewangan
saya kembali stabil untuk mengikuti program ini.

Sekian, terima kasih.

Yang Benar,

....................................
(MIZAN BIN MUSTAPA)
820326-03-5937
No Tel : 013-9009973

Anda mungkin juga menyukai