Anda di halaman 1dari 1

RADZIAH BINTI TARIS

32, PARIT 12
BAGAN TERAP
45300 SUNGAI BESAR
SELANGOR 6 Jun 2022

Kepada,

AGENSI KAUNSELING DAN PENGURUSAN KREDIT


BANGUNAN BANK NEGARA MALAYSIA,
JLN LAPAN BELAS, KOTA KINABALU, 88000 KOTA KINABALU, SABAH

Tuan/Puan,

PERKARA : RAYUAN PENJADUALAN SEMULA PROGRAM DMP AKPK


NAMA PENUH : RADZIAH BINTI TARIS
KAD PENGENALAN : 810704-10-5420
NO TEL : 0192392606

Perkara di atas adalah dirujuk.

Saya memohon pertimbangan dan jasa baik dari pihak tuan/puan agar dapat mengurangkan bayaran bulanan saya
melalui penjdualan semula DMP bermula bulan JUN ini.
2. Untuk makluman pihak tuan/puan saya tidak dapat meneruskan komitmen bayaran sebanyak RM3570
sebulan bermula Jun 2022 ini kerana saya akan kehilangan elaun bulanan sebanyak RM1,785.35. Ini kerana saya akan
berpindah keluar dari Labuan dan bakal berkhidmat di negeri kelahiran saya di Selangor Darul Ehsan disebabkan
faktor yng tidak dapat dielakkan.
3. Kedudukan kewangan suami saya yang sebelum ini hanyalah sebagai pemandu grab di Labuan, dan hanya
akan bekerja sendiri apabila berada di Selangor nanti, bakal menjadikan kedudukan kewangan kami menjadi
bertambah tidak stabil.
4. Disebabkan 2 faktor diatas, saya mengemukakan rayuan ini kerana tidak mahu dikeluarkan daripada
program yang sangat membantu keluarga saya ini berikutan ketidakmampuan saya membuat pembayaran DMP
sejurus selepas gaji Jun 2022 ini.

Bersama surat ini saya iringi surat perpindahan dan slip gaji terkini yang menunjukkan dua elaun yang bakal ditarik
daripada pendapatan saya. Belas ihsan dan keprihatinan pihak tuan sangat saya hargai.
Sekian, terima kasih.
Yang Benar,

……………………
(RADZIAH TARIS)

Anda mungkin juga menyukai