Anda di halaman 1dari 1

FESTIVAL TARI RAKYAT JOHOR (FTRJ) JOHOR 2023

1. SYARAT-SYARAT UMUM TARIAN ZAPIN JOHOR

1.1 Video penyertaan diserahkan secara dalam talian & mengikut ciri-ciri ini:-
• Full HD (1920 x 1080)
• HD (1080 x 720)
• Format Video (MOV/MP4)

1.2 Festival ini terbuka kepada pelajar-pelajar pra sekolah, sekolah rendah, sekolah menengah, kakitangan
jabatan kerajaan, pelbagai etnik dan NGO yang dipilih untuk mewakili kategori yang dipertandingkan
dalam negeri Johor.

1.3 Bagi Kategori IPT dan Kategori Terbuka B, penyertaan adalah terbuka kepada seluruh Malaysia.

1.4 Semua warga kerja yang masih dalam tempoh perkhidmatan di Yayasan Warisan Johor tidak
dibenarkan menyertai, melatih, mengajar dan berkarya di dalam festival ini.

1.5 Setiap kumpulan yang mengambil bahagian dalam festival ini hendaklah menanggung sendiri
perbelanjaan kumpulan masing-masing dari segi persediaan latihan, kostum dan perbelanjaan lain.

1.6 Kumpulan yang terpilih ke peringkat akhir akan ditanggung makan & minum oleh pihak penganjur.

1.7 Pihak penganjur tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang kemalangan, kehilangan jiwa dan harta
benda serta sebarang kerugian sebelum, semasa dan selepas rakaman dijalankan.

1.8 Pihak penganjur juga tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang kemalangan, kehilangan jiwa dan
harta benda serta sebarang kerugian semasa perjalanan pergi dan balik dan sepanjang peringkat akhir
festival ini dijalankan.

1.9 Setiap peserta dan pereka tari hanya dibenarkan mengambil bahagian dalam satu kumpulan dan satu
kategori sahaja.

1.10 Olahan muzik adalah dibenarkan tetapi haruslah mengekalkan keaslian muzik zapin dari sudut
intrumentasi dan bentuknya.

1.11 Semua penyertaan berbentuk video yang dihantar adalah menjadi hak milik pihak penganjur untuk
disiarkan di mana-mana platform.

1.12 Keputusan juri adalah muktamad. Sebarang bantahan, rayuan dan surat-menyurat tidak akan dilayan.

Anda mungkin juga menyukai