Assignment 1 (Gerko) Miss Zawani
Assignment 1 (Gerko) Miss Zawani
Sila sertakan Muka Depan pada setiap tugasan untuk diserahkan kepada pensyarah.
Pastikan anda mengisi semua maklumat dengan lengkap dan betul dan membubuh
tandatangan di ruang yang disediakan di bawah.
Anda diingatkan untuk membuat salinan setiap tugasan yang telah anda hasilkan.
KOD SUBJEK: M P U 2 4 2 2
DIHASILKAN OLEH
NAMA PELAJAR: NOMBOR MATRIK:
TARIKH SERAHAN: 1 3 / 0 4 / 2 0 2 3
AKUAN PELAJAR
Saya mengaku bahawa tugasan ini dihasilkan oleh saya sendiri dan tidak melibatkan
ciplakan atau peniruan.
……………………………………
(NURAYUNI IZZATI BINTI RAMBLI)
PENGENALAN
Pada dasarnya, cemas merupakan hal wajar yang pernah dialami oleh setiap manusia.
Cemas telah dianggap sebagai bahagian dari kehidupan seharian seseorang individu. Cemas
juga adalah suatu perasaan yang bersifat umum, dimana seseorang merasa ketakutan atau
kehilangan kepercayaan diri yang tidak jelas. Kecemasan adalah sesuatu yang menimpa
hampir setiap orang pada waktu tertentu dalam kehidupannya. Kecemasan merupakan reaksi
normal terhadap situasi yang sangat menekan kehidupan seseorang. Kecemasan selalunya
berlaku dengan sendiri atau bergabung dengan gejala-gejala lain dari berbagai gangguan
emosi.
Selain itu, kecelaruan keresahan menyeluruh (GAD) adalah penyakit yang sangat
biasa, di mana pesakit mengalami kerisauan yang berlebihan atau kebimbangan mengenai
peristiwa‐peristiwa dan masalah‐masalah harian. Penyakit anxiety merupakan salah satu
penyakit emosi yang kerap berlaku dan boleh dihidapi sesiapa sahaja tanpa mengira umur.
Kecemasan juga adalah kekuatan yang besar dalam menggerakkan tingkahlaku, baik
tingkah laku yang menyimpang ataupun yang terganggu. Kedua-duanya merupakan
pernyataan, penampilan, penjelmaan dari pertahanan terhadap kecemasan tersebut.
PUNCA BERLAKUNYA KECELARUAN KERESAHAN
Dengan adanya masalah pekerjaan, kehilangan orang yang disayangi, atau bahkan
masalah ekonomi dapat mendorong seseorang untuk mengalami anxiety disorder. Akhir
sekali, dengan wujudnya cara didikan ibu bapa yang tegas atau terlampau melindungi
(overprotective) hingga menjejaskan kehidupan anak, trauma di masa silam (fizikal, emosi
dan seksual) dapat menyebabkan kanak-kanak mengalami tekanan sehingga mendorong ke
arah depresi. Contohnya, ibu bapa yang sering mengongkong anak-anak sehingga mereka
tidak merasa kebebasan dalam menjalani kehidupan mereka.
JENIS KECELARUAN KERESAHAN
Gangguan panik akan muncul dan terjadi dengan berlakunya serangan panik yang
berulang dan tidak terduga. Serangan panik ini adalah rasa takut yang teramat dan berlaku
hanya dalam beberapa minit. Serangan-serangan panik melibatkan reaksi kecemasan yang
intens disertai dengan simptom-simptom fizikal, seperti jantung yang berdebar-debar,
bernafas dengan cepat, nafas tercungap-cungap atau sukar untuk bernafas, banyak
mengeluarkan peluh, dan cepat rasa penat serta pening. Serangan ini juga boleh berlaku
secara tiba-tiba atau disebabkan oleh perasaan takut terhadap sesuatu objek atau situasi.
Post-traumatic stress disorder atau (PTSD) adalah sebuah gangguan kecemasan yang
berkembang melalui paparan terhadap suatu kejadian yang menjadi trauma, situasi-situasi
yang menekan, penyiksaan yang parah, bencana alam mahupun bencana akibat kelalaian
manusia. (PTSD) adalah gangguan kecemasan yang berkembang melalui pengalaman-
pengalaman trauma, seperti situasi yang sangat opresif, penyiksaan yang parah semasa kecil
atau bencana alam, seperti banjir dan kemalangan yang tidak disebabkan oleh alam, seperti
kemalangan kapal terbang.
Phobic disorder atau gangguan fobia adalah sebuah bentuk gangguan kecemasan
dimana seseorang individu memiliki ketakutan yang berlebihan dan berterusan akan suatu
objek tertentu atau situasi. Sebuah ketakutan berkembang menjadi fobia ketika sebuah situasi
demikian mengancam sehingga individu tersebut menjadi selalu mengusahakan untuk
menghindari dirinya. Gangguan fobia juga merupakan gangguan yang tidak dapat
dikendalikan. Fobia terdiri dari tiga jenis iaitu;
Fobia spesifik adalah ketakutan yang beralasan dan disebabkan oleh kehadiran atau
jangkaan suatu objek atau situasi spesifik.
Fobia sosial adalah ketakutan yang tidak dapat dikawal yang berkaitan dengan
keberadaan orang lain. Individu menghindari situasi dimana dirinya dievaluasi atau
dikritik, yang membuatnya merasa terhina atau dipermalukan fobia sosial melibatkan
rasa resah, takut dan cuba untuk mengelak daripada bersosial akibat rasa malu,
kurang keyakinan diri atau takut untuk dinilai atau dipandang negatif oleh orang lain.
Individu yang menderita fobia sosial biasanya mencuba menghindari situasi yang
membuatnya mungkin dinilai dan menunjukkan tanda-tanda kecemasan atau
berperilaku secara memalukan.
Agrophobia merangkumi ketakutan apabila berada ditempat yang terbuka dan ramai
orang. Pada gangguan panik dengan agoraphobia ini, orang hidup dengan ketakutan
terjadinya serangan yang berulang dan menghindari tempat-tempat umum.
Contohnya, majlis perkahwinan, pasar raya, dan lain-lain. Orang-orang dengan
agoraphobia yang tidak dengan gangguan panik dapat mengalami sedikit simptom
panik seperti pening yang menghalangi mereka untuk keluar dari tempat umum
tersebut. Oleh itu, orang-orang yang memiliki agrophobia akan berasa takut pada
kerumunan dan tempat-tempat ramai.
TERAPI DAN RAWATAN
Rawatan terbahagi kepada dua iaitu melalui psikoterapi atau ubat-ubatan;
1. Psikoterapi
Psikoterapi juga dikenali sebagai kaunseling psikologi atau terapi perbualan. Terapi
ini melibatkan perbualan dengan ahli terapi mengenai keresahan yang dialami. Untuk lebih
berkesan, terapi ini harus terus menumpukan khusus kepada jenis keresahan yang dihadapi
dan disesuaikan dengan keperluan pesakit.
Terapi tingkahlaku kognitif adalah antara psikoterapi yang berkesan untuk kecelaruan
keresahan. Selain itu, terapi ini menumpukan cara untuk melawan atau mengatasi rasa takut
yang menyelubungi penghidap kecelaruan keresahan agar mereka boleh kembali melakukan
aktiviti yang mereka hindari sebelum ini.
2. Rawatan perubatan
Beta-blockers adalah ubat darah tinggi yang turut membantu mengurangkan simptom-
simptom keresahan seperti degupan jantung laju, mengeletar atau mengigil.
PENUTUP
Anxiety disorder atau gangguan kecemasan merupakan salah satu gangguan yang
sering ditemui di kalangan remaja. Dengan itu, remaja hendaklah mengelakkan diri dari
menghidapi penyakit anxiety ini sebelum semakin teruk. Contohnya, individu itu hendaklah
mendekatkan diri dengan Tuhan, selalu bersosial atau meluahkan masalah, dan jauhkan diri
daripada orang yang negatif. Rasa cemas itu merupakan rasa yang pasti dialami oleh semua
orang, dan rasa itu menjadi penggera sendiri pada tubuh badan kita setiap kali kita
menghadapi situasi yang berbahaya atau mengancam.
Selain itu, kecemasan merupakan suatu sensasi aprehensif atau sikap takut
menyeluruh yang bersifat normal pada berbagai kondisi, namun dapat menjadi abnormal jika
berlebihan dan tidak sesuai dengan proporsi ancamannya. Pola-pola tingkah laku terganggu
dimana kecemasan menjadi ciri yang paling menonjol diberi label gangguan kecemasan.
LAMPIRAN