Anda di halaman 1dari 11

CADANGAN KERTAS KERJA

AKTIVITI SUKANEKA TADIKA MESRA RIA

TARIKH : 1 SEPTEMBER 2023 (JUMAAT)

MASA : 8:00 PAGI – 12:00 TENGAH HARI

TEMPAT : PADANG TADIKA MESRA RIA


KERTAS KERJA

AKTIVITI SUKANEKA TADIKA MESRA RIA

1.0 PENGENALAN

Sukaneka merupakan salah satu cabang Tunjang Fizikal Dan Estetika dalam Standard
Kurikulum Prasekolah Kebangsaan. Sukaneka Prasekolah dapat membantu dalam
menyuburkan potensi jasmani dan kerohanian murid. Permainan sukaneka merupakan
sesuatu aktiviti yang selalu dilaksanakan atau dianjurkan oleh setiap Tadika dan Prasekolah
yang melibatkan kanak-kanak untuk bermain, berseronok dan mengisi masa lapang.
Permainan sukaneka mempunyai peranan yang penting dalam pendidikan fizikal bagi murid-
murid Tadika dan Prasekolah. Objektif jangka pendek bagi aktiviti sukaneka ialah
menghiburkan para peserta iaitu murid-murid dan permainan sukaneka banyak memberi
sumbangan yang baik terhadap perkembangan murid-murid. Menerusi permainan sukaneka,
para peserta dapat membina kemahiran jasmani dan sosial pada masa yang sama. Kepantasan,
daya tenaga, ketangkasan, kemahiran dan ”game sense” adalah beberapa contoh kemahiran
jasmani yang ditekankan. Aktiviti sukaneka adalah suatu aktiviti yang akan membentuk
pengalaman pembelajaran yang unik dan paling berharga kepada kanak-kanak. Selain itu,
permainan sukaneka juga dapat memberikan pengalaman serta pengetahuan kepada
penganjur dalam pengelolaan sesuatu pertandingan seperti ini.

2.0 TUJUAN

Tujuan sukaneka ini diadakan adalah untuk memupuk semangat kerjasama,


persefahaman, mengeratkan hubungan antara murid dan ibu bapa serta interaksi yang sihat
dalam kalangan murid-murid dan ibu bapa. Selain itu, aktiviti sukaneka yang dijalankan
dapat membentuk sikap, tingkah laku dan amalan positif dalam kalangan murid-murid
dengan menunjukkan disiplin yang tinggi dalam menjalani aktiviti sukaneka ini. Aktiviti
sukaneka Tadika Mesra Ria ini juga merupakan salah satu cara untuk memupuk semangat
kesukanan di samping mencungkil bakat yang terpendam murid-murid serta memupuk
semangat berpasukan. Di samping itu, aktiviti sukaneka ini juga secara tidak langsung dapat
menjadikan kanak-kanak tersebut aktif, dapat membina kualiti jasmani dan sosial serta berasa
seronok dalam menjalankan aktiviti yang menarik dan produktif bersama-sama ibu bapa.
Selain itu, tujuan aktiviti sukaneka ini juga adalah untuk menyuburkan potensi kanak-kanak
dalam semua aspek perkembangan, menguasai kemahiran asas dan memupuk sikap positif
sebagai persediaan untuk memasuki ke sekolah formal di masa akan datang.

3.0 LATAR BELAKANG


Tadika Mesra Ria telah ditubuhkan pada tahun 2018 dan mula beroperasi pada 3
Januari 2019 oleh Puan Zulaika Binti Muhamad yang merupakan pengusaha tadika ini.
Tadika ini terletak di Petra Jaya, Kuching, Sarawak. Tadika Mesra Ria ini merupakan sebuah
bangunan teras setingkat dan mempunyai tiga buah bilik darjah dua bilik air. Saiz tanah
keluasan 5,654kps. Belakang dan depan menjadikan keluasan bangunan seluas 1900kps.
Kedudukan tadika ini yang berada dikawasan deretan perumahan menjadikan tadika ini
terkenal dikawasan tersebut.

Terdapat dua orang guru yang menjadi tenaga pengajar di tadika ini dan dibantu oleh
dua orang pembantu guru. Kesemua guru di tadika ini mempunyai kelayakan sekurang-
kurangnya Diploma dalam Pendidikan Awal Kanak-Kanak. Tadika ini beroperasi bermula
pukul 7.30 pagi hingga 12.30 tengah hari. Tadika Mesra Ria ini mempunyai 25 orang kanak-
kanak yang berumur di antara 4 hingga 5 tahun. Seterusnya, aktiviti yang didedahkan untuk
kanak-kanak adalah dalam bentuk kesenian ,akademik ,kecerdaan dan sebagainya.

Tadika Mesra Ria ini merupakan tadika yang mengamalkan sistem pendidikan yang
terkini bagi kanak-kanak yang berumur 4 hingga 5 tahun. Tadika ini berkonsepkan penerapan
nilai-nilai murni mengikut berpandukan kurikulum prasekolah iaitu belajar sambil bermain
yang bertujuan untuk melahirkan insan yang seimbang, kreatif dan berakhlak. Sesungguhnya
anak yang seimbang melahirkan generasi yang cemerlang. Penubuhan tadika ini juga adalah
atas dasar ingin melahirkan generasi anak-anak yang mempunyai pendidikan yang cemerlang
dari segi akademik, sahsiah, akhlak, agama, rohani dan jasmani.
4.0 OBJEKTIF

4.1 Memupuk keyakinan dan sikap tidak mudah berputus asa dalam diri.

4.2 Mengeratkan hubungan silaturahim dalam kalangan murid dan ibu bapa.

4.3 Memperkembangkan kemahiran berbahasa untuk berkomunikasi, berinteraksi dan


bersosialisasi

4.4 Melahirkan nilai-nilai murni dalam diri seperti bekerjasama dan bertoleransi.

4.5 Memberi peluang kepada murid-murid untuk mempelajari, mengaplikasi,


memperoleh pengalaman dan memperkembangkan pelbagai kemahiran.

5.0 KUMPULAN SASARAN

5.1 MURID

25 orang murid Tadika Mesra Ria

5.2 IBU BAPA

Dianggarkan seramai 50 orang ibu bapa yang akan menghadiri sukaneka Tadika
Mesra Ria.

6.0 CADANGAN TARIKH, MASA DAN TEMPAT

Tarikh : 1 September 2023

Hari : Jumaat

Masa : 8:00 pagi – 12:00 pagi

Tempat : Padang Tadika Mesra Ria

7.0 ANJURAN

Tadika Mesra Ria akan berkolabrasi bersama Kolej Sidma Sarawak bagi melaksanakan
aktiviti sukaneka Tadika Mesra Ria ini.
8.0 TETAMU KEHORMAT
8.1 YANG BERHORMAT
Dr Abdul Rahman Junaidi

9.0 TENTATIF PROGRAM

WAKTU AKTIVITI
08.00 - Ketibaan murid & ibubapa / penjaga
- Mengambil kehadiran pelajar

08.30 Ketibaan Yang Berhormat Dr Abdul Rahman Junaidi

09.00 Bacaan doa

Nyanyian lagu :
09.10
Negaraku
Sarawak Tanah Airku
Lagu sekolah

-Ucapan perasmian Yang Berhormat Dr Abdul Rahman Junaidi dan Pengusaha


09.20 Tadika
-Gimik perasmian

09.30 Senamrobik

Acara sukan Mesra Ria bermula :


Lumba lari
10.00 Lompat dalam guni
Bawa bola dalam sudu
Tiup belon
Tarik tali

Acara ibubapa :
11.00 Keluarga Mesra Ria

11.30 Penyampaian hadiah

12.00 Bersurai
10.0 AJK & SKOP TUGASAN

BIL AJK SENARAI GURU SKOP TUGASAN


-Melakukan pendaftaran peserta
Pendaftaran mengikut rumah sukan masing-
1 Pn. Sabtuyah Binti Ali masing.
peserta
-Menyerahkan senarai kehadiran
kepada AJK Dokumentasi

-Melakukan persedian tempat


termasuk hiasan/banner/bendera
dan yang berkaitan.
Persiapan tempat
2 Guru & PPM Prasekolah
-Persiapan hendaklah dilakukan
sehari awal.

-Dibantu oleh Staf Pembersihan


Prasekolah

-Menyediakan menu yang telah


dipersetujui dengan kuantiti yang
mencukupi.

3 Makan & Minum Pn. Nadia Binti Zulkifli -Mengagihkan kepada 2 orang
ibubapa/penjaga bagi setiap rumah
sukan selepas pendaftaran peserta.

-Agihan mengikut rumah sukan.

-Memastikan keadaan
persekitaran bersih,selamat
4 Guru & PPM Prasekolah & dikemas semula seperti asal.
Kebersihan Ibubapa Penjaga
-Dibantu oleh Staf
Pembersihan Sekolah.
-Melakukan persediaan awal
terhadap Sistem P.A sebelum acara
dimulakan.
Sistem P.A
5 En. Mikail Bin Rizuan
-Memastikan Sistem P.A dalam
keadaan baik.

-Menyediakan teks jurucara

-Mengacarakan majlis hingga selesai


Pengacara Majlis Pn. Amira Natasha Binti
6 Abdul
-Menyerahkan teks jurucara kepada
AJK
-Memastikaan disiplin murid
prasekolah terkawal sepanjang acara
berlangsung.
7
Kawalan Disiplin/ -Memastikan keadaan persekitaran
Keselamatan Guru & PPM Prasekolah selamat & bersedia melakukan
pertolongan kecemasan apabila
& Kecemasan
sesuatu berlaku.

-Dibantu oleh Pengawal


Keselamatan Prasekolah.

-Menyediakan peralatan sewaktu


AJK Peralatan acara berlangsung dengan
8 En.Zulkifli Bin Zakaria
mencukupi,selamat digunakan dan
diatur semula.

-Menyediakan skrip doa yang


bersesuaian.
9
Ibubapa / Penjaga
Bacaan Doa -Mengetuai bacaan doa
-Menyusun hadiah/cenderamata
Hadiah dengan kemas.
Ibubapa / Penjaga ( 2
10 / Cederamata orang)
-Menguruskan penyampaian
hadiah dan cenderamata.

-Mendapatkan senarai kehadiran


murid daripada AJK Pendaftaran.
Pn. Zubaidah Binti Razali
11 Penyelia Peserta (ketua)
-Memastikan murid berada di setiap
Guru & PPM Prasekolah
unit rumah sukan yang betul.
-Menjadi pengadil bagi semua acara
yang dipertandingkan.

En. Aiman Bin Abdullah -Mencatat keputusan & menyerahkan


12 Pengadil (Ketua) kepada Ketua Pengadil.
Ibubapa/Penjaga ( 3
Orang) -Ketua Pengadil akan menyerahkan
kepada AJK Dokumentasi
-Memastikan dokumen seperti
kehadiran peserta, keputusan
pertandingan, teks jurucara
13 Dokumentasi Pn. Syafinaz Nazirah
Binti Imran ,gambar & berkaitan diterima
bagi tujuan dokumentasi
/ laporan.

-Mengetuai rumah sukan masing-


masing.

-Bersedia menghadiri taklimat


/taklimat/latihan/raptai/hari sukan.
14 Pengurus Sukan Ibubapa / Penjaga ( 10
Orang ) -Membantu guru/ppm
prasekolah melatih/merancang
persiapan sukan.

-Terlibat sama pada acara


senamrobik.
11.0 JAWATANKUASA PELAKSANA

PENGERUSI : Pn. Zulaika Binti Muhammad PENGUSAHA

TIM. PENGERUSI : En. Mikail Bin Razuan GPK KOKUM

N. PENGERUSI 1 : Pn. Sabtuyah Binti Ali GPK 1

N. PENGERUSI 2 : Pn. Nadia Binti Zulkifli GPK HEM

N. PENGERUSI 3 : Pn. Amira Natasha Binti Razuan GPK PETANG

PENYELARAS : Pn. Syafinaz Nazirah Binti Imran

TIM. PENYELARAS : En. Zulkifli Bin Zakaria

SETIAUSAHA : En. Aniq Aiman Bin Aidan

TIM. SETIAUSAHA 1 : En. Aiman Bin Abdullah

TIM. SETIAUSAHA 2 : Pn. Zubaidah Binti Razali

BENDAHARI : Pn. Amina Binti Ali

TIM. BENDAHARI : En. Imran Bin Abu


12.0 IMPLIKASI KEWANGAN

BI PERKARA KUANTITI HARGA SEUNIT JUMLAH HARGA

L ( RM) (RM)

1 Pinggan 5 5.00 25.00

2 Bendera 5 8.50 42.50

3 Belon 10 2.90 29.00

4 Sudu Plastik 20 2.30 46.00

5 Cawan Plastik 20 3.90 78.00

6 Medal 25 5.00 125.00

7 Sijil 10 5.30 53.00

8 Makanan 100 5.00 500.00


Murid-murid/ Ibubapa
9 Makanan 50 8.00 400.00
&Minuman AJK/Guru
10 Bola Pingpong 20 2.90 58.00

11 Cenderahati 15 10.00 150.00

JUMLAH 1,506

13.0 PENUTUP
Diharapkan dengan adanya aktiviti sukaneka yang dijalankan dapat memberi sesuatu yang
baru kepada para peserta dan pelajar. Selain itu, para pelajar juga diharapkan dapat
melaksanakan setiap aktiviti untuk mencapai matlamat permainan sukaneka ini dengan
sempurna supaya mendapat input yang berguna di suatu hari nanti. Sukaneka juga dapat
membentuk kemahiran-kemahiran asas dalam permainan dan sukan. Kebaikan sukaneka juga
dapat membentuk diri dan setiap pelajar untuk menjadi seorang yang seimbang dari aspek
jasmani, emosi, rohani dan intelek.

Disediakan oleh, Disemak oleh,

_____________________ ________________________
Syafinaz Nazirah Binti Imran Mikail Bin Razuan
Guru Tadika Mesra Ria Guru Penolong Kanan Ko-Kurikulum
Tadika Mesra Ria

KELULUSAN

Dengan ini, saya MELULUSKAN / TIDAK MELULUSKAN program ini atas sebab

______________________________________________________________________

Diluluskan oleh,

____________________________________

PN. ZULAIKA BINTI MUHAMMAD

PENGUSAHA
TADIKA MESRA RIA, PETRA JAYA
93050 KUCHING, SARAWAK

Anda mungkin juga menyukai