Anda di halaman 1dari 7

SEKOLAH KEBANGSAAN BATU MUDA

51200 KUALA LUMPUR

KERTAS KERJA

PROGRAM JASAMU DIKENANG BAGI PENGAWAS SEKOLAH,


PENGAWAS SPBT, PENGAWAS PUSAT SUMBER DAN PEMBIMBING
RAKAN SEBAYA

TARIKH : 5 NOVEMBER 2014


HARI : RABU
MASA : 11.30 1.05
TEMPAT : KANTIN SK BATU MUDA

KERTAS KERJA PROGRAM JASAMU DIKENANG BAGI PENGAWAS SEKOLAH, PENGAWAS


SPBT, PENGAWAS PUSAT SUMBER DAN PEMBIMBING RAKAN SEBAYA
SEKOLAH KEBANGSAAN BATU MUDA.
VISI
Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera

MISI
Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu Bagi Memenuhi
Aspirasi Negara

PIAGAM SEKOLAH
Kami, warga Sekolah Kebangsaan Batu Muda dengan penuh kesedaran berikrar untuk mencapai
kecemerlangan ke tahap optima dalam bidang kurikulum, kokurikulum dah sahsiah berteraskan
Falsafah Pendidikan Negara. Kami akan mencapai hasrat ini dengan :
I.
II.
III.
IV.
V.

Menjalankan sistem pendidikan dengan berkesan dan berkualiti.


Penglibatan secara menyeluruh dan bersepadu dalam aktiviti kurikulum.
Melahirkan pelajar yang berdisiplin, berakhlak mulia dan mencintakan sekolah.
Mewujudkan iklim sekolah yang kondusif, harmoni, selamat dan selesa.
Melayani Ibu bapa / Penjaga dengan penuh hormat dan tanggungjawab.

1.1 Pengenalan

Program Jasamu dikenang pengawas merupakan program tahunan sekolah. Ia dijalankan pada hujung
tahun bagi menghargai jasa pengawas-pengawas dalam usaha membantu beberapa bidang dalam
pengurusan sekolah. Selain itu, ia dapat menerapkan sikap bekerjasama dan mengeratkan sillaturrahim
ahli pengawas-pengawas dan guru-guru.
1.2 Matlamat
Melahirkan pemimpin muda yang berilmu pengetahuan, memiliki jiwa dan peribadi unggul dan
bersemangat muhibbah. Di samping itu, ia juga dapat mewujudkan ikatan silaturrahim dan semangat
setia kawan serta menerap amalan bekerjasama dalam kumpulan.
1.3 Objektif
Pada akhir program diharapkan murid ;
I.
II.

Dapat menimba ilmu dan pengalaman disamping menanam sifat kasih sayang sesama insan.
Merasai segala pengorbanan yang diberikan selama ini dihargai disamping menanam sifat-sifat

III.
IV.

bersyukur dalam diri.


Menanam semangat setia kawan dan amalan bekerjasama dalam kumpulan.
Membina keperibadian mulia yang mencakupi unsur-unsur jasmani, emosi, rohani intelek dan
sosial.

1.4 Kumpulan Sasaran


BIL PENGAWAS
1
SEKOLAH
2
SPBT
3
PSS
4
BIMBINGAN DAN KAUNSELING
JUMLAH

JUMLAH MURID
113
35
35
45
228

1.5 Tempat
Kantin SK Batu Muda Kuala Lumpur
1.6 Tarikh Pelaksanaan
5 November 2014
1.7 Masa
11.30 tengah hari 1.30 tengah hari
AHLI JAWATANKUASA KERJA PROGRAM
PENASIHAT

: PN. HAJAH NOR AISHAH BT ASADUR RAHMAN

(GURU BESAR, SK BATU MUDA)


PENGERUSI

: PN. HASHAFA BT HUSIN


(PENOLONG KANAN HEM)

PENYELARAS/ : SHALMA RHINA BT PAWI


SETIAUSAHA
Pengerusi Majlis
En. Mohammad Saifulrizan Bin Said

AJK Kebersihan
En. Abdul Nin Bin Hajim

AJK Persiapan Tempat

Cik Rosyimah Bt Osman@Ishak

En. Zakaria Bin Ahmad @ Harun


En. Ahmad Shahnizam Bin Shazali

AJK Fotografi/Dokumentasi
Pn. Majidah Binti Mohd. Shukri

AJK Jamuan

Pn. Shalma Rhina Bt Pawi

Pn. Sh. Maizatul Zuraida


Pn. Normazita Bt Hussain

AJK PA Sistem

Pn. Norheda Bt Ismail

En. Faizul Bin Abdul Malek

AJK Disiplin

AJK Hadiah

En. Mohd. Shamsol Bin Mohamed Zahari

Pn. Farah Sazuanee Binti Awang


Pn. Hasfatasha

AJK Penyediaan Sijil


En. Anwaruddin Bin Salamon

Cik Nor Zahida

ATURCARA
PROGRAM JAMUAN PENGAWAS SEKOLAH, PSS, PRS DAN SPBT
Hari

: Rabu

Tarikh : 5 November 2014


Tempat : Kantin SK Batu Muda
Masa
11.30 pagi

1.05

Aktiviti

Murid berkumpul di Kantin


Bacaan doa
Ucapan Ketua Pengawas
Ucapan Aluan Pn. Hjh Nor Aishah Bt Asadur Rahman (Guru Besar SKBM)
Penyampaian cenderahati untuk semua pengawas
Penyampaian Sijil Pengawas
Penyampaian Hadiah untuk :

Pengawas Sekolah terbaik

Pengawas PSS terbaik

Pengawas SPBT terbaik

PRS terbaik
Jamuan

Bersurai

ANGGARAN PERBELANJAAN
PROGRAM MENGENANG JASA, JAMUAN PENGAWAS SEKOLAH, PSS, PRS DAN SPBT
ANGGARAN PERBELANJAAN
BIL
1
2
3

PERKARA
Cenderahati
Makanan / Jamuan
Hadiah pengawas terbaik
JUMLAH

Disediakan oleh :
.................................................
(SHALMA RHINA BINTI PAWI)

Disemak oleh :
..............................................

Diluluskan oleh :
..............................................

HARGA
RM5 x 228
RM6 x 228
RM20 x 4

JUMLAH
RM1140.00
RM1368.00
RM80.00
RM2588.00

Anda mungkin juga menyukai