Anda di halaman 1dari 12

SEKOLAH KEBANGSAAN PERPADUAN,

31150 ULU KINTA,PERAK DARUL RIDZUAN

KERTAS KERJA CADANGAN

SUKAN RIANG RIA PRASEKOLAH 2023

SEKOLAH KEBANGSAAN PERPADUAN, ULU KINTA, PERAK

TARIKH : 23 SEPTEMBER 2023

HARI : SABTU

MASA : 7.45 PAGI – 12.00 TENGAH HARI

TEMPAT : PADANG SEKOLAH SK. PERPADUAN

ANJURAN :
PRASEKOLAH SEKOLAH KEBANGSAAN PERPADUAN
KERTAS KERJA CADANGAN SUKAN RIANG RIA PRASEKOLAH 2023
SK. PERPADUAN,31150 ULU KINTA,PERAK.

1.0 PENDAHULUAN

Permainan sukaneka adalah sesuatu aktiviti yang dilakukan oleh kebiasaannya kanak-kanak untuk bermain,
berseronok dan mengisi masa lapang. Permainan sukaneka mempunyai peranan yang penting dalam
Pendidikan fizikal bagi murid-murid prasekolah. Walaupun objektif jangka pendek adalah menghiburkan
para peserta, permainan sukaneka banyak memberi sumbangan yang baik terhadap perkembangan para
peserta. Menerusi permainan sukaneka, para peserta dapat membina sifat jasmani dan sosial seperti yang
diingini. Kepantasan, daya tenaga, ketangkasan, kemahiran dan “game sense” adalah beberapa contoh
sifat jasmani yang diperlukan. Selain itu, permainan sukaneka juga dapat memberikan pengalaman dan
pengetahuan kepada penganjur dalam pengelolaan sesuatu pertandingan seperti ini.

2.0 MATLAMAT
Matlamat sukaneka ini diadakan adalah untuk memupuk semangat kerjasama, persefahaman dan
interaksi yang sihat dalam kalangan peserta. Selain itu, aktiviti permainan sukaneka yang dijalankan dapat
membentuk sikap dan amalan positif di kalangan peserta dengan menunjukkan disiplin yang tinggi. Di
samping itu, sukaneka ini juga secara tidak langsung dapat menjadikan kanak-kanak tersebut aktif dan
seronok menjalankan aktiviti yang menarik dan produktif.

3.0 OBJEKTIF
3.1 Memupuk keyakinan dan sikap tidak berputus asa dalam diri para peserta
3.2 Mengeratkan lagi silaturahim dalam kalangan peserta.
3.3 Memberi peluang kepada peserta dalam menunjukkan bakat masing masing.
3.4 Memberi kebebasan kepada guru untuk mencorakkan idea melalui aktiviti-aktiviti sukaneka yang
dijalankan.
3.5 Melahirkan nilai-nilai murni dalam diri seperti bekerjasama, rajin dan bertanggungjawab.
3.6 Memberi peluang kepada kanak-kanak mempelajari, mengaplikasi, memperoleh pengalaman dan
memperkembang kemahiran, pengetahuan dan nilai yang terdapat dalam aktiviti sukaneka yang
dijalankan.

1
4.0 CADANGAN TARIKH, MASA DAN TEMPAT

Tarikh : 23 September 2023


Hari : Sabtu
Masa : 7.45 Pagi– 12.00 Tengah hari
Tempat : Padang Sekolah SK Perpaduan

5.0 SASARAN PENGLIBATAN


5.1 25 orang murid Prasekolah Cahaya Nilam
5.2 25 orang murid Prasekolah Cahaya Baiduri

6.0 AHLI JAWATANKUASA


Pengerusi : Pn. Rokiah Binti Bakar GURU BESAR

Tim. Pengerusi : Pn Nazirah Binti Abu Hanipah GPK KOKU

N. Pengerusi 1 : Pn.Zuhaida Binti Ibrahim GPK 1

N. Pengerusi 2 : Pn.Hjh.Faezah Binti Jamaludin GPK HEM

N. Pengerusi 3 : Pn.Maswati Binti Abdul latif GPK Petang

Penyelaras : Pn. Nur Ammalin Binti Mohd Noor

Tim. Penyelaras : En.Muhammad Khusairi Bin Mohd Yusof

Setiausaha : Pn. Nur Hanis Syazwani Binti Amran

Tim. Setiausaha 1 : Pn. Junaidah Binti Roslan

Tim. Setiausaha 2 : Pn. Munirah Binti Samsudin

Bendahari : Pn. Junaidah Binti Roslan

Tim. Bendahari : Pn. Nur Hanis Syazwani Binti Amran

2
AJK & SKOP TUGASAN

BIL AJK SENARAI GURU SKOP TUGASAN

-Menyediakan buku program, brosur &


1
tentatif acara.
Buku Program /
Brosur & Tentatif -Mengagihkan dalam bentuk
manual/digital kepada perasmi &
ibubapa.

-Melakukan pendaftaran peserta mengikut


rumah sukan masing-masing.
2 Pendaftaran Peserta
-Menyerahkan senarai kehadiran
kepada AJK Dokumentasi.

-Melakukan persediaan tempat termasuklah


hiasan/banner/bendera dan berkaitan.

-Persiapan hendaklah dilakukan sehari


3 Persiapan Tempat Guru & PPM Prasekolah awal.

-Dibantu oleh Staf Pembersihan


Sekolah.

-Menyediakan menu yang telah


dipersetujui dengan kuantiti yang
mencukupi.
4 Makan & Minum
-Mengagihkan kepada 2 orang
ibubapa/penjaga bagi setiap rumah
sukan selepas pendaftaran peserta.

-Agihan mengikut rumah sukan.

-Memastikan keadaan persekitaran


bersih, selamat & dikemas semula
5 Kebersihan Guru & PPM Prasekolah seperti asal.

Ibubapa/Penjaga -Dibantu oleh Staf Pembersihan


Sekolah.

-Melakukan persediaan awal terhadap


Sistem P.A sebelum acara bermula.
6 Sistem P.A
-Memastikan Sistem P.A dalam keadaan
baik.

-Menyediakan teks juruacara.


7 Pengacara Majlis -Mengacarakan majlis hingga selesai.

-Menyerahkan teks juruacara kepada AJK


Dokumentasi setelah acara selesai.

3
BIL AJK SENARAI GURU SKOP TUGASAN

-Memastikan disiplin murid prasekolah


terkawal sepanjang acara berlangsung.

8 Kawalan Disiplin / Guru & PPM Prasekolah -Memastikan keadaan persekitaran


Keselamatan & Kecemasan selamat & bersedia melakukan
pertolongan kecemasan.

-Dibantu oleh Pengawal Keselamatan


Sekolah.

-Menyediakan peralatan sewaktu acara


berlangsung mencukupi, selamat digunakan
10 AJK Peralatan & diatur semula.

-Menyediakan skrip doa yang


11 Bacaan Doa En.Muhammad Izhar Bin Ismail
bersesuaian.

-Mengetuai bacaan doa.

-Menyusun hadiah/cenderamata dengan


kemas.

-Menguruskan penyampaian
12 Hadiah / Cenderamata Ibubapa/Penjaga (2 orang) hadiah/cenderamata sehingga selesai
dengan lancar.

-Menyediakan alas meja & dulang untuk


kegunaan hadiah/cenderamata.

-Mendapatkan senarai kehadiran murid


Pn (ketua)
daripada AJK Pendaftaran.
13 Penyelia Peserta
Guru & PPM Prasekolah -Memastikan murid berada di setiap unit
rumah sukan yang betul.

-Menjadi pengadil bagi semua acara


En. (ketua)
yang dipertandingkan.

14 Pengadil En. -Mencatat keputusan & menyerahkan


kepada Ketua Pengadil.
Ibubapa/Penjaga (2 orang) -Ketua Pengadil akan menyerahkan
kepada AJK Dokumentasi.

-Memastikan dokumen seperti senarai


kehadiran peserta, keputusan pertandingan,
15 Dokumentasi teks juruacara, gambar & berkaitan diterima
bagi tujuan dokumentasi/laporan.

-Mengetuai rumah sukan masing-


16 Pengurus Pasukan Ibubapa/Penjaga (8 orang)
masing.

-Bersedia menghadiri
taklimat/latihan/raptai/hari sukan.

-Membantu guru/ppm prasekolah


melatih/merancang persiapan sukan.

-Terlibat sama pada acara senamrobik.

4
7.0 TENTATIF ACARA SUKANEKA

07.00 - Ketibaan murid & ibubapa/penjaga


- Pendaftaran

07.30 - Bacaan doa

07.45 - Nyanyian lagu :


 Negaraku
 Negeri Perak
 Lagu Sekolah

8.00 - Ucapan Perasmian (Guru Besar SK. Perpaduan)


- Gimik Perasmian

8.30 - Senamrobik

9.00 - Acara Sukan Riang Ria bermula : 1).

2).

3).

4).

10.30 - Acara ibubapa :


1). KELUARGA RIANG RIA

11.00 - Penyampaian hadiah

12.00 - Bersurai

5
8.0 PEMBAHAGIAN KUMPULAN

KUMPULAN MERAH BIRU KUNING HIJAU JUMLAH


KESELURUHAN

JUMLAH 12 ORANG 12 ORANG 13 ORANG 13 ORANG 50 ORANG

9.0 ACARA YANG DIPERTANDINGKAN

9.1 CHEF CILIK

Syarat permainan & cara permainan :

1. Terbuka kepada murid prasekolah SKP sahaja.

2. Terbahagi kepada empat rumah sukan merah, biru, kuning dan hijau.

3. 3 rumah sukan mempunyai 19 orang peserta, 1 rumah sukan mempunyai 18 orang peserta.(Seorang
peserta akan bermain 2 kali)

4. Terdapat seramai 4 orang pengadil bagi setiap rumah sukan.

5. Bagi setiap rumah sukan, seorang peserta akan berlari ke stesen 1 kemudian memakai apron, topi dan
mengangkat pinggan berisi sebotol air mineral kecil.

6. Botol air yang terjatuh boleh dikutip oleh peserta tanpa sebarang bantuan (markah akan ditolak
sekiranya terdapat bantuan).

7. Peserta akan berjalan secara zig-zag melepasi 3 kon dan berpusing kembali ke stesen 1 kemudian wajib
membuka apron, topi chef dan meletakkan pinggan berisi sebotol air mineral kecil tadi.

8. Peserta akan berlari ke stesen asal dan peserta seterusnya akan meneruskan
perlawanan.

9. Kumpulan yang awal menamatkan perlawanan dikira sebagai pemenang.

9. Keputusan adalah muktamad.

6
9.2 LARIAN BERPAGAR MAT

KILAU Syarat permainan & cara

permainan :

1. Terbuka kepada murid prasekolah SKTR sahaja.

2. Terbahagi kepada empat rumah sukan merah, biru, kuning dan hijau.

3. 3 rumah sukan mempunyai 19 orang peserta, 1 rumah sukan mempunyai 18 orang


peserta.(Seorang peserta akan bermain 2 kali)

4. Terdapat seramai 4 orang pengadil bagi setiap rumah sukan.

5. Bagi setiap rumah sukan, seorang peserta akan berlari dan melompat melepasi 4 halangan berpagar.

6. Kumpulan yang awal menamatkan perlawanan dikira sebagai pemenang.

7. keputusan adalah muktamad.

9.3 TEROMPAH GERGASI

Syarat permainan & cara permainan :

1. Terbuka kepada murid prasekolah SKTR sahaja.

2. Terbahagi kepada empat rumah sukan merah, biru, kuning dan hijau.

3. 3 rumah sukan mempunyai 19 orang peserta, 1 rumah sukan mempunyai 18 orang


peserta.(Seorang peserta akan bermain 2 kali)

4. Terdapat seramai 4 orang pengadil bagi setiap rumah sukan.

5. Bagi setiap rumah sukan, seorang peserta akan meletakkan pundi kacang di atas kepala dan berjalan ke
stesen 1.

6. Pundi Kacang yang terjatuh boleh dikutip oleh peserta tanpa sebarang bantuan (markah akan ditolak
sekiranya terdapat bantuan).

7. Setibanya di stesen 1, peserta akan memakai terompah kemudian berjalan ke arah kon dan berpusing
kembali ke stesen 1.

8. Kemudian peserta akan meletakkan kembali pundi kacang di atas kepala berjalan ke stesen awal dan
akan disambung oleh peserta seterusnya.

9. Kumpulan yang awal menamatkan perlawanan dikira sebagai pemenang.

10.. Keputusan adalah muktamad.

7
9.4 TARIK TALI

Syarat permainan & cara permainan :

1. Terbuka kepada murid prasekolah SKTR sahaja.

2. Terbahagi kepada empat rumah sukan merah, biru, kuning dan hijau.

3. Setiap rumah sukan akan menghantar 18 orang peserta sahaja.

4. Terdapat seramai 4 orang pengadil.

5. Hanya satu tarikan sahaja yang perlu dibuat semasa pertandingan ini.

6. Setiap 2 rumah sukan akan berlawan menarik tali untuk mencari pemenang.

7. Rumah sukan yang menang akan berlawan untuk mencari nombor 1 dan 2.

8. Rumah sukan yang kalah akan berlawan untuk mencari nombor 3 dan 4.

9. Keputusan adalah muktamad.

9.5 ACARA KELUARGA RIANG RIA


Syarat permainan & cara permainan :
1. Terbuka kepada 4 pasangan ibu & bapa murid prasekolah SKTR sahaja.

2. Setiap pasangan ibu & bapa mewakili setiap rumah rumah sukan.

3. Semua peserta dikehendaki berdiri bersama-sama di stesen awal.

4. Acara didahului dengan larian bapa menuju ke stesen 1, bapa akan meniupkan belon pertama kemudian
mengangkat tangan kepada ibu untuk berlari menuju ke stesen 1.

5. Ibu akan meletupkan belon dengan kaedah duduk atas belon sehingga pecah, belon
yang pecah akan dimasukkan ke dalam bakul.

6. Bapa akan terus meniup 4 lagi belon sambil dipecahkan oleh ibu dan setiap belon yang pecah akan terus
dimasukkan ke dalam bakul.

7. Sekiranya 5 belon telah berjaya dipecahkan dan berada dalam bakul, bapa akan berlari ke stesen
penamat.

8. Pasangan ibu & bapa yang awal menamatkan perlawanan dikira sebagai pemenang.

9. Keputusan adalah muktamad.

8
10.0 SISTEM PERMARKAHAN

KEDUDUKAN PEMENANG MARKAH


Pertama 10
Kedua 8
Ketiga 6
Keempat 4

11.0 SENARAI ALATAN

BIL ALATAN KUANTITI


1. Tali 1
2. Kon 24
3. Batang Penyapu 12
4. Terompah 4
5. Pundi Kacang 4
6. Apron 4
7. Topi 4
8. Air Mineral 500ml 4
9. Pinggan 4
10. Gelung Rotan 4
11. Belon 20
12. Healer ( P.A system ) 1
13. Bendera merah, biru, kuning dan hijau 4

12.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

Bil Perkara Kuantiti Harga Seunit (RM) Jumlah Harga (RM)


1 Bendera 4 6.50 26.00
2 Pinggan 4 5.00 20.00
3 Belon 10 5.05 50.50
4 Apron 4 4.00 16.00
5 Cenderahati 5 12.00 60.00
6 Makanan Murid Murid/Peserta 100 3.50 350.00
7 Makanan & Minuman AJK/Guru 16 7.00 112.00
8 Medal 76 4.50 342.00
9 Trofi 8 6.00 48.00

JUMLAH 1,024.50

9
13.0 PENUTUP

Diharap agar aktiviti sukaneka yang dijalankan dapat memberi sesuatu yang baru kepada para peserta.
Selain itu, para pelajar juga diharapkan dapat melaksanakan setiap aktiviti untuk mencapai matlamat
permainan sukaneka ini dengan sempurna supaya mendapat input yang berguna kelak. Sukaneka dapat
membentuk kemahiran-kemahiran asas dalam permainan dan sukan. Selain itu, ia juga dapat membentuk
diri para peserta menjadi seorang yang seimbang dari aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek.

Disediakan oleh, Disemak oleh,

SITI KARLINA BINTI PN. HAJAH FARIDAH BINTI BIDIN


SAAT
Guru Penolong Kanan Ko-Kurikulum
Guru Prasekolah Kasih
SK Taman Rimba.
Sk Taman Rimba,

KELULUSAN

Dengan ini, saya MELULUSKAN / TIDAK MELULUSKAN program ini atas sebab

Diluluskan oleh,

PN. YULIANA BINTI MAKKANA @ MANGKANA

GURU BESAR
SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN
RIMBA, 90500 SANDAKAN, SABAH.

10

Anda mungkin juga menyukai