Anda di halaman 1dari 3

Bab 6 : Pengenalan e-perdagangan

Perdagangan elektronik mempunyai pelbagai tafsiran bergantung kepada siapa anda tanya.

 Daripada perspektif ahli ekonomi (economist), perdagangan elektronik dapat membantu pembeli dan
penjual mengurangkan kos sementara meningkatkan mutu barangan dan mempercepatkan

 Pihak pengurusan pula, perdagangan elektronik adalah penggunaan teknologi ke arah otomasi
urusniaga perniagaan dan perjalanan kerja

 Pemasaran pula, perdagangan elektronik merupakan alat baru untuk menyediakan maklumat kepada
sasaran pasaran melalui pengiklanan, promosi dan publisiti

 Perspektif teknologi pula, perdagangan elektronik adalah cara untuk menyampaikan maklumat,
produk, perkhidmatan dan pembayaran melalui jaringan komputer

6.1 Integrasi Perniagaan (Enterprise Integration)

Perisisan komputer yang hanya khusus untuk sesuatu jabatan sahaja sudah tidak mencukupi kerana perlu
berhubung dengan pelbagai jabatan dalam sesuatu perniagaan. Untuk mengurus dengan lebih cekap dan
berkesan satu kelas perisian intergrasi perniagaan dibangunkan.

Sistem ini mengandungi tiga bahagian

1 Pengkalan data teknologi ( technnology database)


Satu pengkalan data (repository) perkongsian yang mengandungi maklumat terperinci dan
spesifikasi semua bahan (materials), produk dan peralatan

2 Sistem Perancangan (Planning system)


Pengaturan pengeluaran untuk tempoh tertentu yang mengandungi jadual kerja kakitangan
(personnel) dan keperluan bahan mentah

3 Pengukuran Prestasi (Performance measurement)


Membandingkan prestasi sebenar dengan yang dirancang

Sistem ini melangkaui batasan satu organisasi sahaja. Ia dapat menyepadukan kontraktor, pembekal dan
pelanggan. Mematuhi standard akan mengurangkan ketidakpastian dan memastikan ketepatan jangkaan
/unjuran. Ketelusan maklumat dan komunikasi yang kerap menghasilkan kerjasama yang berkesan. Secara
keseluruhan dengan adanya jaringan yang berkesan perniaagan juga akan berkembang maju

6.2 Peruncitan

Adakah imej secara maya (virtual images) dapat menyelesaikan perkara-perkara berikut :-
rasa deria mengangkat sesuatu produk ; merasa sesuatu bahan dan teksturnya serta
kekuatannya ; mencubanya seperti pakaian ; atau duduk di atas sofa atau tilam sebelum
buat keputusan membeli

Peruncit menghadapi cabaran-cabaran di atas dalam penggunaan internet untuk menjual produk mereka.
Dalam dunia nyata, urusniaga di atas berlaku disebabkan wujudnya peraturan, adat-adat dan amalan-amalan
yang membentuk kepercayaan. Satu cabaran asas adalah untuk mengguna prinsip-prinsip asas daripada
dunia nyata ke dalam dunia maya. Untuk membentuk satu proses yang selari
Selain daripada isu-isu prosedur meningkatkan keyakinan pengguna terhadap imej digital dan memudahkan
proses memulangkan barangan yang rosak atau tidak diperlukan, peruncitan secara maya mesti juga
menyelesaikan masalah keselamatan data dan kerahsiaan pengguna (consumer privacy).

Masalah keselamatan dalam internet mempunyai pelbagai bentuk. Virus dalam fail, lampiran email yang
merbahaya (malicious email attachment) , pentadbir sistem yang cuai dan pelbagai lagi isu keselamatan.
Masalah ini mesti diterima dan diselesaikan supaya pengguna yakin dan percaya dengan sistem rangkaian
komputer. Mengguna perisian anti-virus, tidak membuka email yang tidak dipercayai sumbernya, dan
membuat pertimbangan yang wajar terhadap pembayaran mengguna web adalah langkah-langkah kes
keselamatan yang boleh.

Lain-lain masalah diselesaikan secara sistematik, contohnhya sistem penyampaian digital. Pelanggan
memulakan pembelian dengan memuat turunkan agen penyampaian syarikat ( company's agent delivery).
Agen mengarah pelanggan mengisi maklumat peribadi dan kad kredit. Sterusnya agen akan mengesahkan
urusniaga, memuat turun dan memasang (install) perisian yang dibeli kepada sistem pengguna. Urusniaga
menjadi selamat sebab agen penyampaian mengguna saluran komunikasi sendiri dengan pelayan (server).
Urusniaga yang diurus oleh agen adalah tepat sebab dapat membandingkan fail-fail yang dipasang dengan
yang disimpan dalam pelayan. Maka ia dapat menjamin penyampaian elektronik bagi setiap pembelian
perisian, serta memudahkan pengguna dengan tidak payah memuat turun dan memasang sendiri perisian
tersebut.

Pengguna memerlukan tahap kepercayaan yang tinggi terhadap integriti dan keselamatan sesuatu sistem,
sebelum mengemukakan maklumat/data peribadi ke dalam web. Maklumat peribadi yang diguna dalam
internet atau disimpan dalam pengkalan data adalah dikawal melalui kod rahsia (encryption).

6.3 Teknologi dan Masyarakat

Masyarakat memerlukan keyakinan bahawa dunia maya ciptaan teknologi dapat menguatkuasakan
perundangan dan standard moral yang tinggi demi keselamatan pengguna. Ini mesti dilaksanakan mengguna
juga teknologi

Ada lima cara mencipta nilai daripada maklumat :-


1 mengumpulkannya (gather it)
2 mengorganisasikannya (organise it)
3 memilihnya (select it)
4 mensintesiskannya (synthesize it)
5 mengagihkannya (distribute it)

Maklumat peribadi boleh diperolehi secara sukarela atau automatik dalam web. Peniaga membuat profil-
profil pengguna untuk membantu menjayakan matlamat perniagaan. Pelawat diminta memberikan
maklumat peribadi secara sukarela melalui tawaran insentif seperti perkhidmatan percuma apabila menjadi
ahli. Pelayan web (web servers) menjejak corak lawatan dan pendedahan kepada pengiklanan secara
terperinci tentang profil pengguna.

Data peribadi yang dikumpul akan dijual kepada pihak tertentu. Sejak ianya dicipta Internet mempunyai tradisi
untuk menukar maklumat (information barter) dimana maklumat ( spt. Reka bentuk, penyelesaian,
dokumentasi) . Maklumat merupakan komoditi yang didagangkan dan juga sebagai medium pertukaran.
Perkara yang merisaukan pengguna adalah maklumat peribadi yang didagangkan, tidak ada pengawalan dari
segi ketepatan, integritii dan penggunaannya.

Dalam dunia perdagangan berasaskan pengetahuan digital, persepsi kita terhadap kekayaan (wealth) perlu
diubah. Kesan web dirasai di semua sektor dalam masyarakat. Teknologi dan automasi dapat meningkatkan
produktiviti. Ia juga membuka peluang-peluang baru manakala yang lama akan pupus/hilang. Kerajaan akan
mengenalpasti bagaimana kekayaan dibentuk serta dimana ia berlaku, mereka akan mencari cara baru untuk
engenakan cukai dan mengagihkan kekayaan baru ini. Kekayaan baru ini adalah hasil ciptaan rangkaian global i
digital.

Anda mungkin juga menyukai