Anda di halaman 1dari 4

RBT 3119 PERNIAGAAN DAN KEUSAHAWANAN

BELANJAWAN TUNAI

PENYEDIAAN BELANJAWAN TUNAI


TUGASAN 1 Kedai Buku Wawasan mula beroperasi pada 1 Januari 2012 dengan modal tunai di bank RM 25 000. Maklumat perancangan perniagaannya bagi 3 bulan berakhir 31 Mac 2012 adalah seperti berikut: i) Anggaran jualan tunai: RM 10 500 14 000 18 000

Januari Februari Mac ii) Anggaran belian tunai:

Januari Februari Mac iii) iv) v) vi)

RM 6 000 8 000 7 500

Pada bulan Februari perniagaan akan membeli lengkapan kedai bernilai RM 2 500. Perniagaan menerima komisen jualan buku sebanyak RM 1 200 pada bulan Mac. Sewa kedai untuk 6 bulan pertama berjumlah RM 2 400 akan dibayar pada awal bulan Januari. Belanja bulanan yang tidak berubah: RM 150 450 100

Kadar bayaran Gaji Belanja am

vii) Pada awal bulan Februari perniagaan memperoleh pinjaman bank sebanyak RM 8 000.Pinjaman dibayar balik mulai bulan Mac dengan ansuran RM 400 sebulan. Sediakan Belanjawan Tunai bagi 3 bulan berakhir 31 Mac 2012.

RBT 3119 PERNIAGAAN DAN KEUSAHAWANAN

BELANJAWAN TUNAI

TUGASAN 2 Koperasi SMK Taman Jati telah menyediakan anggaran kewangan bagi tiga bulan berakhir 31 Ogos 2012. Anggaran tersebut adalah seperti berikut: i) Baki tunai pada 1 Jun 2012 adalah RM 3 600. ii) Jualan tunai bagi bulan Jun berjumlah RM 10 000 dan dijangka akan bertambah pada tiap-tiap bulan sebanyak 10% daripada jualan bulan sebelumnya. iii) Belian kredit bulan Julai berjumlah RM 6 500 dan akan dibayar pada bulan Ogos. iv) Koperasi menerima bantuan kewangan daripada Jabatan Pembangunan Koperasi sebanyak RM 5 000 pada bulan Julai. v) Pada bulan Jun koperasi menerima 150 orang ahli baru. Bayaran masuk dikenakan RM 5 seorang. vi) Belanja bulanan yang tidak berubah: RM 250 120 180

Sewa Kadar bayaran Pelbagai belanja

vii) Pada akhir bulan Ogos koperasi dijangka akan membeli sebuah mesin fotostat berharga RM 4 000. Sediakan Belanjawan Tunai bagi tiga bulan berakhir 31 Ogos 2012.

RBT 3119 PERNIAGAAN DAN KEUSAHAWANAN

BELANJAWAN TUNAI

TUGASAN 3

Syafiq Enterprise menganggarkan jualan dan belian bagi tiga bulan akan datang, iaitu dari bulan Februari hingga bulan April 2013. Pengalaman lalu menunjukkan bahawa jualan tunai perniagaan adalah 20%, manakala selebihnya adalah jualan kredit yang dipungut sebulan kemudian. Apabila membuat belian inventori, Syafiq biasanya membayar 50% pada masa pembelian dan bakinya dibayar pada bulan yang berikutnya. Belanja upah setiap bulan yang dijangkakan adalah 10% daripada jualan bulan yang sama. Belanja pengangkutan sebulan adalah RM 4 000 dan belanja pentadbiran dianggarkan sebanyak RM 25 000 sebulan. Encik Syafiq bercadang untuk membeli sebuah lori kecil yang berharga RM 60 000 secara sewa beli pada bulan Februari. Perjanjian sewa beli tersebut memerlukan bayaran muka sebanyak 20% pada masa pembelian dengan ansuran bulanan sebanyak RM 2 000 bermula pada bulan Mac. Setelah mendapat lori baru, Encik Syafiq akan menjual lorinya yang lama dengan serta merta. Beliau menganggarkan aliran tunai bersih daripada jualan lori itu adalah berjumlah RM 5 000. Baki tunai pada akhir bulan Januari ialah RM 10 000. Jualan dan belian untuk bulan Januari masing-masing ialah RM 100 000 dan RM 70 000. Anggaran jualan dan belian untuk tiga bulan akan dating adalah seperti yang berikut:

Bulan Februari Mac April

Jualan (RM) 120 000 160 000 100 000

Belian (RM) 80 000 60 000 60 000

Anda dikehendaki menyediakan Belanjawan Tunai bagi tiga bulan yang berakhir 30 April 2013.

RBT 3119 PERNIAGAAN DAN KEUSAHAWANAN

BELANJAWAN TUNAI

Butir

Bulan 1

Bulan 2

Bulan 3

Baki awal Penerimaan tunai

Jumlah penerimaan Pembayaran tunai

Jumlah pembayaran Lebihan (kurangan) Baki akhir

Anda mungkin juga menyukai