Anda di halaman 1dari 7

BELANJAWAN TUNAi

NOTA RINGKAS (Buku Teks ms 87)


1. Apakah yang dimaksud belanjawan tunai?

2 Apakah tujuan belanjawan tunai disediakan?

3. Apakah kepentingan belanjawan tunai kepada perniagaan?


i)
ii)
iii)
iv)
v)
vi)
4. Apakah yang dimaksudkan dengan penerimaan tunai?

5. Apakah yang dimaksudkan dengan pembayaran tunai?

6. Apakah maksud lebihan?

7. Apakah maksud kurangan?

8. Bagaimana cara mengatasi jika peniagaan mengalami kurangan?


i)
ii)
iii)
9 Perbandingan Penerimaan sebenar dengan Penerimaan yang dijangka
i) Penerimaan sebenar > penerimaan dijangka =
ii) Penerimaan sebenar < penerimaan dijangka =
10. Perbandingan Pembayaran sebenar dengan Pembayaran dijangka
i) Pembayaran sebenar > Pembayaran dijangka =
ii) Pembayaran sebenar < Pembayaran dijangka =
Contoh berjawapan:
1 En Faizal ialah pemilik kedai buku Rico Ent di bandaraya Ipoh. Pada 1 Januari 2012, baki tunai perniagaannya
ialah RM4 600.
Anggaran perbelanjaan bagi tiga bulan pertama tahun 2012 adalah seperti berikut:
Januari Februari Mac
Belian 9600 7300 8200
Susutnilai lengkapan 220 220 220
Kadar bayaran 600 500 550
Maklumat tambahan:
i) Pada bulan Disember 2011, Jumlah jualan RM25 300 dan jumlah belian RM12 200
ii) Anggaran jualan:
Januari : RM20 000
Februari dan Mac : Berkurang sebanyak 5% daripada bulan sebelumnya
iii) Komisen diterima dianggarkan sebanyak 2% daripada jualan bulan sebelumnya
iv) 70% daripada jumlah belian adalah secara kredit dengan tempoh kredit selama satu bulan
v) Terdapat tiga orang pekerja pada bulan Januari dengan gaji bulanan sebanyak RM800 seorang.
Pada bulan Mac seorang pekerjanya menerima kenaikan gaji sebanyak RM30%
vi) Sebuah mesin fotostat baru akan dibeli pada bulan Feb dengan harga RM8 500 dengan bayaran
pendahuluan RM2 500. Bakinya akan dibayar secara ansuran selama tiga bulan bermula pada bulan Mac
vii) Kadar bayaran bulan semasa akan dibayar pada bulan berikutnya. Kadar bayaran bulan Disember 2011
ialah RM670
Anda dikehendaki menyediakan penyata belanjawan tunai Rico Ent bagi tiga bulan berakhir 31 mac 2012.
[20 markah]
Jawapan:
PENYATA BELANJAWAN TUNAI BAGI TIGA BULAN BERAKHIR 31 MAC 2012
BUTIR JAN FEB MAC
A Baki awal 4 600
Peneriman:
Jualan 20 000 19 000 18 050
Komisen diterima 506 400 380
B Jumlah penerimaan
Pembayaran:
Belian tunai (30%) 2 800 2 190 2 460
Ak Belum bayar (70%) 8 540 6 720 5 110
Gaji pekerja 2 400 2 400 2 640
Mesin fotostat 2 500 2 000
Kadar bayaran 670 600 500
C Jumlah pembayaran
D Lebihan / (kurangan) [B – C]
E Baki akhir [A + D]
[JAWAPAN : BAKI AKHIR JAN =10 696, FEB = 15 686, MAC = 21 406]
D = B – C manakala E = A + Lebihan @ - kurangan
*Ak Belum Bayar (Jan) = 70% x 12 200 = 8540, (feb) =70% x 9600 =6720, (mac) = 70% x 7300 = 5110
2. En Selvam, pemilik Canopy Ent menjalankan perniagaan sewaan khemah dan kerusi meja. Beliau ingin
menyediakan anggaran belanjawan tunai bagi tiga bulan berakhir 30 Jun 2007. Baki tunai pada 1 april 2007,
ialah RM10 860.
Anggaran penerimaan dan perbelanjaan adalah seperti berikut:
i) Penerimaan hasil sewa bagi bulan April berjumlah RM9 500 dan bulan Mei berjumlah RM11 400. Pada
bulan Jun hasil sewa meningkat sebanyak 50% daripada bulan sebelumnya
ii) Upah pekerja bagi bulan April dan Mei ialah RM1 200 setiap bulan. Pada bulan Jun unpah meningkat
kepada RM3 200
iii) Belanja pengangkutan bagi tiga bulan adalah seperti berikut:
April 300
Mei 380
Jun 450
iv) Pada bulan April belanja membaiki kerusi meja adalah RM800
Anda dikehendaki menyediakan penyata belanjawan tunai bagi tiga bulan berakhir 30 Jun 2007.

Jawapan: [baki akhir April RM18 060, Mei RM27 880, Jun RM41 330]

………………………………………………………………………………………………………………….
BUTIR
3. Cik Arina, seorang peniaga buku, meminta bantuan anda menyediakan anggaran belanjawan tunai untuk
tempoh tiga bulan bermula 1 Okt 2004 – 31 Dis 2004.
Anggaran penerimaan dan perbelanjaan adalah seperti berikut:
i) Baki tunai pada 1 Oktober 2004 ialah RM2 500
ii) Jualan tunai bagi bulan Oktober dan November adalah sama iaitu RM7 500 tetapi dijangka meningkat
kepada RM8 500 pada bulan berikutnya.
iii) Belian pada bulan Oktober sebanyak RM8 800. Belian dilakukan dua bulan sekali dengan pengurangan
sebanyak 25%
iv) Jualan kredit pada bulan November RM7 425. Penghutang akan membayar sebanyak 80% pada bulan
Disember 2004
v) Pinjaman bank sebanyak RM5 000 akan diperoleh pada bulan November 2004
vi) Sewa bulanan sehingga November 2004 ialah RM800. Mulai bulan Disember, perniagaan akan berpindah
ke premis baru yang dibeli dengan harga RM150 000. Pembayaran pendahuluan RM15 000 dibayar pada
bulan tersebut
Anda dikehendaki menyediakan penyata belanjawan tunai bagi tiga bulan berakhir 31 Disember 2004.

Jawapan:[baki akhir Okt RM400, Nov RM12 100, Dis RM4 940]

………………………………………………………………………………………………………………….
BUTIR
4. Pn Zubaidah ialah pemilik Pusat Asuhan Manjaku di Taman Permai jaya. Baki tunai pada
1 Jan 2003 ialah RM5 640.
Anggaran penerimaan dan perbelanjaan adalah seperti berikut:
i) Sewa premis untuk 3 bulan berjumlah RM2 550 dibayar pada bulan Januari
ii) Alatan bernilai RM2 500 akan dibeli dalam bulan Januari
iii) Kutipan yuran bulanan bagi bulan Januari dan Febuari masing-masing ialah RM2 250.
Dalam bulan Mac dijangkakan 10 orang lagi kanak-kanak akan mendaftar dan yuran
bulanan bagi setiap kanak-kanak itu ialah RM150 seorang manakala bayaran
pendaftaran bagi setiap kanak-kanak adalah RM20 seorang
iv) Gaji pembantu di pusat asuhan ini ialah RM760 sebulan. Pada bulan Mac seorang lagi
pembantu diambil bekerja. Bayaran gaji bagi bulan Mac dijangkakan berjumlah
RM1 140
v) Kadar bayaran bulanan dianggarkan RM80
vi) Belanja makanan dan minuman bagi bulan Januari dan Februari dianggarkan RM500
sebulan. Jumlah ini dijangka meningkat sebanyak 25% pada bulan Mac
Anda dikehendaki menyediakan penyata belanjawan tunai bagi tiga bulan berakhir
31 Mac 2003.
Jawapan:[ Baki akhir Jan RM1 500, Feb RM2 410, Mac RM4 515]

………………………………………………………………………………………………………………….
BUTIR
5. Berikut ialah maklumat yang diberikan oleh Puan Nur, pemilik butik Nur Muslimah. Pada 1
September 2018, baki tunai di tangan ialah RM2 500. Tunai di bank RM25 000 dan
mempunyai perabot bernilai RM8 000. Berikut merupakan anggaran peneriman dan
pembayaran Butik Nur Muslimah bagi 3 bulan berakhir November 2018
i) Anggaran jualan ialah seperti berikut:
September Oktober November
RM29 000 RM34 000 RM30 000
30% jualan ialah secara kredit dan semua jualan diberikan kredit satu bulan. Jualan
kredit pada bulan Ogos ialah RM15 000
ii) Anggaran belian tunai:
September Oktober November
RM11 000 RM9 000 RM12 000
iii) Puan Nur menyewakan sebahagian butiknya pada bulan Ogos RM800 sebulan dan
kadar sewa akan dinaikkan RM150 pada bulan November
iv) Perbelanjaan bagi setiap bulan adalah seperti berikut
Kadar bayaran RM800 Belanja am RM350
Susut nilai perabot RM800 Gaji RM2 000
v) Puan Nur akan menyertai satu pameran fesyen muslimah pada bulan Disember.
Bayaran pendaftaran RM1 500 perlu dibuat dua bulan awal sebelum pameran
berlangsung
vi) Pada bulan Oktober, perniagaan akan menerima pinjaman berjumlah RM40 000
dengan kadar faedah 5% setahun selama 4 tahun. Bayaran balik pinjaman bermula
bulan berikutnya.
Anda dikehendaki menyediakan Penyata Belanjawan Tunai bagi tiga bulan berakhir 30 Nov
2018
Jawapan:
………………………………………………………………………………………………………………….
BUTIR Sept Okt Nov
Baki b/b
Penerimaan:
Jualan
Ak Belum Terima
Sewa di terima
Pinjaman

Pembayaran:
Belian
Kadar bayaran
Belanja am
Gaji
Pendaftaran Pameran Fesyen
Bayaran balik pinjaman dan
Faedah

[Baki akhir September RM49 450, Oktober RM109 100 , November RM125 100]

Anda mungkin juga menyukai