Anda di halaman 1dari 5

PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN DENGAN

KEPUJIAN(PISMP)
MATLAMAT PROGRAM PISMP
Matlamat program ini adalah untuk melahirkan guru sekolah rendah yang berkualiti
dari segi penguasaan ilmu pengetahuan, kemahiran, dan keterampilan
profesionalisme dalam bidang masing-masing selaras dengan Falsafah Pendidikan
Kebangsaan dan Falsafah Pendidikan Guru.
HASIL PEMBELAJARAN PROGRAM
Para lulusan PISMP dengan Kepujian berkemampuan menjadi guru sekolah rendah
yang
i. mempunyai pengetahuan dan kefahaman yang mendalam tentang kandungan
ilmu,bahan kurikulum, pentaksiran, pengurusan persekitaran pembelajaran dan
sumber pembelajaran yang berkaitan dalam bidang masing-masing;
ii. menggunakan proses inkuiri dan penyelesaian masalah dalam pembelajaran
melalui kemahiran berfikir aras tinggi dan kritikal dalam bidang masing-masing; 
iii. menggunakan ilmu pengetahuan dan kemahiran untuk melaksanakan pengajaran
dan pembelajaran dalam bidang masing-masing dengan mengambil kira faktor
fizikal, sosial, budaya, psikologi, dan etika profesional keguruan;
iv. berkeupayaan memindahkan dan mengaplikasikan kemahiran yang dikuasai
melalui bidang masing-masing dalam pelbagai situasi sebenar;
v. memiliki dan menampilkan nilai, etika, dan amalan yang bertepatan dengan
Prinsip Etika Kerja Perkhidmatan Awam dan Kod Etika Keguruan Malaysia;
vi. menghayati dan mengamalkan nilai murni sebagai insan yang percaya dan patuh
kepada ajaran agama dan kesejahteraan bermasyarakat;
vii. mempunyai semangat jati diri dan berupaya mengamalkan pembelajaran
sepanjang hayat; dan
viii. mempunyai kemahiran pengurusan dan keusahawanan
SISTEM AKADEMIK
Tempoh Pengajian Program
PISMP dengan Kepujian dikendalikan selama empat tahun dalam lapan semester.
Tahun Akademik
Tahun akademik IPG dibahagikan kepada dua semester iaitu Semester Pertama
dan Semester Kedua. Setiap semester mengandungi 20 minggu. Pelaksanaan
aktiviti Semester Pertama dan Semester Kedua dijalankan seperti yang berikut:

Prinsip Pengiraan Jam Kredit


Peruntukan jam bagi tujuan pengiraan kredit adalah berdasarkan interaksi
bersemuka dan tidak semuka, yang mencakupi teori dan amali serta Amalan
Profesional yang diberi peruntukan 40 jam pembelajaran pelajar bersamaan 1 kredit.
Amalan Profesional terdiri daripada Pengalaman Berasaskan Bekolah (PBS),
praktikum, dan internship yang memperuntukkan 1 kredit bagi tempoh dua minggu
pelaksanaan. Kokurikulum dan Bina Insan Guru masing-masing diberi peruntukan
40 jam pembelajaran pelajar bersamaan 1 kredit.
Seseorang pelajar perlu menamatkan pengajian selama 8 semester dengan jayanya
dengan menyempurnakan pembelajaran sebanyak 133 kredit untuk dianugerahkan
Ijazah Sarjana Muda Perguruan dengan Kepujian
STRUKTUR PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN
Struktur program merupakan kerangka dan komponen kurikulum yang menetapkan
kursus-kursus yang ditawarkan serta jumlah kredit dan kewajarannya. Reka bentuk
kurikulum bagi PISMP dengan Kepujian adalah untuk melatih pelajar sebagai guru
sekolah rendah bagi memenuhi aspirasi pendidikan negara. Struktur program ini
adalah seperti yang berikut:

Kursus Wajib 
Kursus Wajib terdiri daripada Kursus Wajib Institusi Pengajian Tinggi (IPT) dan
Kursus Wajib Institut Perguruan Guru  (IPG).Kursus Wajib ialah kursus yang wajib
dipelajari oleh setiap pelajar IPG yang mengikuti PISMP. Kursus ini bertujuan untuk
memperkenalkan pengetahuan asas, kemahiran generik, dan kemahiran insaniah
yang perlu dikuasai oleh seseorang guru. Kursus Wajib diagihkan sejumlah 23
kredit.
Kursus Teras
Kursus Teras terdiri daripada Pengajian Profesional, Major, dan Amalan Profesional.
Pengajian Profesional memberi pendedahan dalam bidang-bidang asas pendidikan
yang merangkumi aspek pengetahuan, nilai dan etika keguruan serta kemahiran
profesional bagi melahirkan guru yang mampu memainkan peranan dengan baik
dan berkesan. Pengajian Profesional diagihkan sejumlah 27 kredit.
Kursus Major ditawarkan untuk membekalkan pelajar dengan pengetahuan
kandungan subjek dan pengetahuan kandungan pedagogi bagi membolehkan
pelajar menguasai major yang berkenaan. Penguasaan pengetahuan kandungan
subjek adalah sehingga tahap ijazah. Kursus Major diagihkan sejumlah 45 kredit.
Amalan Profesional membolehkan pelajar menguasai pengetahuan dan kemahiran
pengajaran dan pembelajaran dalam situasi sebenar di sekolah. Sepanjang
mengikuti program, pelajar dikehendaki menjalani Amalan Profesional selama 32
minggu yang dilaksanakan  melalui  tiga  proses,  iaitu  Pengalaman Berasaskan
Sekolah (PBS), praktikum, dan internship.  PBS  dijalankan  selama  4 minggu, 
praktikum 24 minggu, manakala internship selama 4 minggu. Amalan Profesional
diagihkan sejumlah 14 kredit yang merupakan salah satu syarat penganugerahan
ijazah.
Kursus Elektif
Kursus Elektif terdiri daripada dua Pakej Elektif yang diitawarkan untuk
membolehkan pelajar mengajar dua mata pelajaran lain selain daripada kursus
major. Skop kursus merangkumi aspek pengetahuan kandungan pedagogi dan
pentaksiran yang berasaskan sukatan pelajaran Kurikulum Bersepadu  Sekolah
Rendah (KBSR). Pakej Elektif diagihkan sejumlah 24 kredit. Setiap Pakej Elektif
diagihkan sejumlah 12 kredit.

Kursus Tanpa Kredit (TK)


Kursus Tanpa Kredit merupakan Elektif Tambahan yang terdiri daripada English
Language Enrichment yang ditawarkan untuk menampung keperluan pelajar dalam
meningkatkan pencapaian Bahasa Inggeris bagi memenuhi keperluan Malaysian
University English Test (MUET). Elektif ini tidak diagihkan kredit
PERINCIAN KURSUS YANG DITAWARKAN DALAM PROGRAM IJAZAH
SARJANA MUDA PERGURUAN
Perincian kursus yang ditawarkan dalam program ini adalah seperti yang berikut:
                                                  KURSUS WAJIB

*KT adalah Kredit Terkumpul yang diberi sebanyak 3 kredit dan dilaksanakan secara
teragih selama 6 semester. Nilai 3 kredit dimasukkan pada semester 6.
                                                   KURSUS TERAS
PENGAJIAN PROFESIONAL

AMALAN PROFESIONAL
*Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) dilaksanakan berasaskan tugasan yang
diberikan oleh Kursus Pengajian Profesional, Kursus Major, dan Kursus Elektif
mengikut semester yang ditetapkan.
SENARAI KURSUS MAJOR DAN KOD

Anda mungkin juga menyukai