Anda di halaman 1dari 2

Tujuan Penyelidikan Dalam Pendidikan Secara umumnya, penyelidikan dijalankan dalam pendidikan untuk meningkatkan mutu pengajaran dan

pembelajaran. Sering kali ia melibatkan penyelesaian masalah atau penjelasan teori pendidikan. Secara khususnya, tujuan penyelidikan boleh dibahagikan kepada empat iaitu penerokaan, penghuraian, penerangan dan ramalan (University of Texas, 2011). Rajah 1.1 merumuskan tujuan penyelidikan dalam pendidikan.

Tujuan Penyelidikan dalam Pendidikan Penerokaan Penghuraian Penerangan Ramalan

Biasanya, kajian dijalankan untuk menerokai apabila sesuatu masalah masih dalam peringkat awal atau isu yang diterokai agak baru. Ia digunakan untuk menjawab soalan seperti apa, mengapa, dan bagaimana (Babbie, 1989; Exploratory Research, 2011). Contohnya, pada awal pelaksanaan PPSMI (Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris), kajian mungkin dijalankan untuk menerokai apakah masalah yang dihadapi oleh guru dan murid dalam pengajaran dan pembelajaran.

Satu lagi tujuan penyelidikan ialah untuk penghuraian. Kajian sedemikian biasanya dijalankan untuk menghuraikan perkara (Kotler & Armstrong, 2005) seperti sifat-sifat murid yang suka ponteng kelas, ciri-ciri guru yang baik dan sebagainya. Akan tetapi kajian sedemikian tidak menerangkan mengapa dan bagaimana. Untuk itu, seseorang penyelidik akan menjalankan kajian dengan tujuan untuk menerangkan. Contohnya, kajian boleh dijalankan untuk menerangkan mengapa tahap kelesuan guru di Lembah Kelang adalah agak

tinggi. Tujuan terakhir penyelidikan adalah untuk ramalan. Dalam hal ini,

kajian dijalankan untuk menentukan kesudahan pada masa depan berdasarkan data pada masa kini. Contohnya, kajian boleh dijalankan untuk menentukan sama ada calon yang mendapat skor yang tinggi dalam Ujian MTEST (Malaysian Teacher Selection Test) juga akan menjadi guru yang cemerlang pada masa hadapan.

Anda mungkin juga menyukai