Anda di halaman 1dari 2

Di mahkamah Malaysia, proses soal jawab tertakluk di bawah Rules of the High Court 1980 dan

Akta Keterangan 1950. Prosedur dan Akta menetapkan supaya keterangan dapat dibina daripada
pemeriksaan saksi. Saksi-saksi yang dipanggil akan melalui soal jawab yang bermula daripada
pemeriksaan utama oleh peguam pemanggil. Jika didapati bahawa keterangan harus diperiksa
semula, peguam lawan akan menjalankan pemeriksaan balas yang bertujuan untuk merapuhkan
keterangan. Apabila ini terjadi, peguam pemanggil akan menjalankan pemeriksaan semula.

Pemeriksaan utama yang menjadi fokus makalah ini, dikendalikan oleh peguam pemanggil dan
lazimnya ini merupakan satu sesi yang membentuk pendirian melalui satu naratif. Kajian-kajian
yang dilakukan oleh Atkinson and Drew (1979), Drew (1992) dan Tiersma (1999) melaporkan
bahawa peguam akan memberikan soalan-soalan di mana peguam sendiri telah maklum
jawapannya. Peguam juga dilihat seperti bekerjasama dengan saksi dalam membina proses
pembuktian. Justeru, suasana mahkamah tidak tegang dan peguam lazimnya bersikap mesra atau
terhadap saksinya. Keadaan ini sangat berbeza daripada pemeriksaan balas di mana peguam
daripada pihak lawan biasanya bersifat permusuhan.

Peruntukan untuk pemeriksaan saksi ialah bermula dari seksyen 89 hingga seksyen 118 Enakmen
Keterangan Mahkamah Syariah Negeri Selangor 2003. Selain itu, peruntukan khas berhubung
dengan testimoni saksi terkandung dalam seksyen 119 hingga 129 Akta 561 dilihat mewujudkan
sisi perbezaan yang ketara antara kedua-dua akta tersebut. Peruntukan dalam seksyen tersebut
mengandungi beberapa tatacara penting untuk menentukan kelayakan seseorang saksi itu adil atau
sebaliknya semasa mengemukakan keterangan yang juga dikenali sebagai takziyah al-syuhud.

Secara lebih jelas, takziyah al-syuhud merujuk suatu bentuk pemeriksaan sama ada keterangan
seseorang saksi yang berkaitan boleh diterima atau tidak, serta bertujuan mengisytiharkan sama
ada saksi itu adil atau sebaliknya. Pemeriksaan saksi dilakukan melalui tatacara pemeriksaan rahsia
yang diperuntukkan dalam seksyen 121 Akta 561.

Bagi isu mengesahkan seseorang saksi itu adil atau tidak pula memerlukan tazkiyah al-syuhud atau
pemeriksaan saksi. Persoalan yang timbul adalah kerana secara praktikalnya tiada pemeriksaan
rahsia untuk memeriksa saksi dilakukan di mahkamah seperti yang diperuntukkan oleh seksyen
121 Akta 561.
Manakala pula, kebanyakan ulama berpendapat bahawa seseorang saksi itu wajib diperiksa dan
disiasat keadilannya dan pemeriksaan itu dikenali sebagai tazkiyah al-syuhud. Cara melakukan
penyiasatan saksi ini adalah selepas mendengar kesaksian seseorang saksi dan hakim akan
memerintahkan pegawai mahkamah untuk mencatatkan nama, gelaran, keturunan, pekerjaan,
alamat, warna kulit, ketinggiannya dan juga nama orang yang diberikan kesaksian untuknya serta
hak yang didakwa untuk digunakan dalam penyiasatan memastikan keadilan saksi. Pemeriksaan
saksi ini dilakukan oleh seseorang muzakki yang adil dan zahid. Cara pemeriksaan boleh
dibahagikan kepada du acara iaitu secara sulit di dalam seksyen 121 Akta 561 dan secara rahsia di
dalam seksyen 123 Akta 561.

Seterusnya, berlaku perbezaan frasa yang menjelaskan tazkiyah al-syuhud dalam Enakmen
Keterangan Mahkamah Syariah negeri-negeri. Sebagai contohnya, negeri Kedah masih
meletakkan frasa “pemeriksaan saksi” sedangkan negeri-negeri lain menggunakan frasa
“peruntukan khas berhubung dengan testimoni saksi”. Negeri selain Kedah memisahkan kedua-
dua frasa ini supaya lebih jelas dan berbeza dengan frasa “pemeriksaan saksi” dalam Akta
Keterangan 1950.

Anda mungkin juga menyukai