Anda di halaman 1dari 3

HUKUM AL YAMIN

Yang dimaksudkan hukum al-yamin ialah kesan sumpah setelah ia dilaksanakan di hadapan
Hakim.

1.Hukum Yamin al-Mudda’i

Menurut Jumhur Ulamak, apabila mudda’i melafazkan sumpah maka sabitlah hak baginya
sekalipun sumpah berserta seorang saksi menurut pendapat yang paling sahih bagi Shafie dan
pendapat yang muktamad bagi Maliki. Namun menurut Ulamak Hanafi, al-yamin tidak berlaku
melainkan bagi pihak mudda’a alaih. ( Yusri al-Sayyid Muhammad. 2000)

2.Hukum Yamin Al-Mudda’a Alaih

Para ulamak bersepakat mengenai kesan sumpah mudda’a alaih iaitu menamatkan perselisihan
dan menggugurkan dakwaan keatasnya. Namun pengguguran dakwaan tersebut adalah bersifat
sementara menurut jumhur selain dari Malikiyyah sehinggalah mudda’i membawa keterangan.
(Al-Kasani. 1998. & Ibn Rushd. 1996)

3.Hukum Yamin al-istizhar

Yamin al-Istizhar tidak menjadi sebagai asas pembuktian, ia hanya berfungsi bagi menambah
kekuatan dan ketenangan serta menguatkan keputusan hakim yang dibuat oleh Hakim beserta
dengan bukti-bukti lain yang telah dikemukakan kepadanya. Lagipun Hakim yang
mengarahkan Yamīn al-Istizharsupaya selamat dalam penghakiman atau lebih selamat tentang
bukti-bukti yang dahulu dalam pendakwaan dan supaya orang yang bersumpah dipertanggung
jawabkan sebahagian keputusan hakim di samping menjadi rakan dalam pembuktian. Hakim
dinasihatkan menggunakannya sebagai langkah berhati-hati sebelum menjatuhkan hukuman
atau membuat keputusan.

YAMIN AL-MUDDA’I DAN SEORANG SAKSI

Para ulamak berselisih bagi penghukuman dibuat berdasarkan sumpah dan seorang saksi.
Menurut jumhur fuqaha’ terdiri imam Malik, Shafie, Ahmad. Daud alZahiri, Abu Thaur
menyatakan bahawa hakim boleh mensabitkan kes dan membuat keputusan berdasarkan
keterangan seorang saksi dan sumpah mudda’i dalam kes-kes yang berkaitan dengan harta.
Hanafiyyah, sahabat-sahabatnya, al-Auza’i, Sya’bi, Jumhur Ulamak Iraq dan sebahagian
Malikiyyah berpendapat, Hakim tidak boleh membuat keputusan berdasarkan sumpah dan
seorang saksi.( al-Kasani. 1998)

Para ulamak Hanafi berhujjah berdasarkan kepada hadith yang telah diriwayatkan oleh
imam al-Baihaqi:

‫البينة على املدعي واليمني على من أنكر‬

Hadith ini memisahkan di antara bayyinah dan al-yamin, ia menunjukkan darjat


bayyinah dan al-yamin adalah berkedudukan berbeza-beza. Sekiranya al-yamīn dibenarkan
kepada pihak mudda’i atau dengan kata lain kedudukan muda’a alaih dan mudda’i adalah sama
taraf sudah tentu hadith akan menyebut:

‫البينة على املدعي و البينة على املدعى عليه‬

Namun hujah Hanafi ini ditolak kerana bayyinah berada di pihak mudda’i kerana
mereka berada di pihak yang lemah dan mereka perlu mendatangkan bayyinah untuk
menguatkan hujah-hujah mereka. Sebaliknya al-yamin merupakan hujah yang lemah
berbanding dengan bayyinah namun ia berada di pihak yang kuat iaitu mudda’a alaih dan
memadai bagi mudda’a alaih menggunakan hujah yang lemah untuk menolak dakwaan yang
lontarkan kepada mereka.

Para jumhur berpendapat harus dijatuhkan hukuman berdasarkan sumpah di pihak al-
Mudda’i dan seorang saksi (pendapat yang rajih) - berdasarkan kepada:

‫أن رسول اهللا صلى اهللا عليه وسلم قضى بيمني وشاهد‬

Bermaksud: “Sesungguhnya Rasulullah S.A.W telah membuat penghukuman berdasarkan


yamin al-mudda’i dan seorang saksi (Muslim)

Adapun kes-kes yang boleh dihukumkan dengan sumpah al-mudda’i dan seorang saksi
melibatkan kes-kes mal dan yang ada kaitan dengannya sahaja, sementara kes hudud tidak
diharuskan sama sekali. Hukum telah disepakati oleh para ulamak tetapi dalam kes-kes lain
dari mal dan hudud seperti qisas, hak-hak badan dan lain-lain, jumhur ulamak terdiri daripada
Malikiyyah, Syafiiyyah dan Hanabilah bersependapat tidak harus dihukum berdasarkan
sumpah pendakwa dan seorang saksi sahaja.

Anda mungkin juga menyukai