Anda di halaman 1dari 4

PEMBUBARAN PEKAHWINAN DALAM ISLAM: SURAH AL-BAQARAH (2: 228)

َ‫ِفَأ ْرح أام أه َّنَإأنَ ُك َّنَيـُ ْؤأم َّن‬ ‫َِبن ُف أس أه َّنَثـلـٰثةَقُـرو ٍۢءََۚوَل أ‬
ٓ ‫ٱّللَُ أ‬
ََّ َ‫ََي ُّلََلُ َّنَأنَيكْتُ ْمنَماَخلق‬ ُٓ ‫صن أ‬
ْ َّ‫تَيَتب‬َُ ٰ‫َوٱلْ ُمطلَّقـ‬
۟ ‫ٱّللأََوٱلْيـوأَمَٱلْـ أ‬
َ‫صلـٰ ًۭحاََۚوَلُ َّن أَمثْ ُلَٱَلَّ أذىَعلْي أه َّنََبأٱلْم ْع ُر أ‬
ََۚ‫وف‬ ْ ٓ‫َذلكَإأ َْنَأر ُاد‬
‫أ‬‫إ‬َ ‫ا‬
‫و‬ ‫اخ أَرََۚوبـعولتـه َّنَأح ُّقَبأرأد أه َّن أَِف ٰ أ‬
ُ ُ ُُ ْ ََّ ‫َب‬
‫أ‬
ََّ ‫ولأ ألرج أالَعلْي أه َّنَدرج ًۭةَ ََۗو‬
َ ‫ٱّللَُع أزيزَح أك‬
‫يم‬
Maksudnya: Dan isteri-isteri yang diceraikan itu hendaklah menunggu dengan menahan diri
mereka (dari berkahwin) selama tiga kali suci (dari haid). Dan tidaklah halal bagi mereka
menyembunyikan (tidak memberitahu tentang) anak yang dijadikan oleh Allah dalam kandungan
rahim mereka, jika betul mereka beriman kepada Allah dan hari akhirat. Dan suami-suami mereka
berhak mengambil kembali (rujuk akan) isteri-isteri itu dalam masa idah mereka jika suami-suami
bertujuan hendak berdamai. Dan isteri-isteri itu mempunyai hak yang sama seperti kewajipan
yang ditanggung oleh mereka (terhadap suami) dengan cara yang sepatutnya (dan tidak dilarang
oleh syarak); dalam pada itu orang-orang lelaki (suami-suami itu) mempunyai satu darjat
kelebihan atas orang-orang perempuan (isterinya). Dan (ingatlah), Allah Maha Kuasa, lagi Maha
Bijaksana.

1. Iddah

َ‫صنَ أِبن ُف أس أه َّنَثـلـٰثةَقُـ ُرٓوء‬ َُ ٰ‫َوٱلْ ُمطلَّقـ‬


ْ َّ‫تَيَتب‬
Dan isteri-isteri yang diceraikan itu hendaklah menunggu dengan menahan diri mereka
(dari berkahwin) selama tiga kali suci (dari haid).

i. Tempoh iddah ketika suci

Tempoh iddah bagi wanita yang diceraikan dan masih mempunyai haid ialah
tiga kali suci. Kiraan tiga kali suci akan bermula setelah lafaz talak dijatuhkan
semasa suci.
ii. Tempoh iddah ketika haid

Tempoh iddah bagi wanita yang masih mempunyai haid ialah tiga kali suci.

Kiraan tempoh idah yang mencukupi 3 kali suci (quru’) bermula daripada baki
suci walaupun sedikit sisa tempoh suci tersebut semasa talak dilafazkan dan
menyelesaikan 2 kali suci antara dua darah, kemudian tamat tempoh idah
sehingga masuk haid ketiga.

Sekiranya, wanita diceraikan ketika penghujung sisa sedikit baki tempoh suci,
ia tetap dikira suci pertama dan habis tempoh idahnya sehingga masuk haid
yang ketiga.

iii. Tempoh nafkah iddah

Seksyen 66 (1) Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor)


2003

“Hak bagi seseorang isteri yang telah bercerai untuk menerima nafkah
daripada suaminya yang dahulu di bawah sesuatu perintah Mahkamah
hendaklah terhenti apabila tamat tempoh ‘iddah atau apabila isteri itu menjadi
nusyuz.”

iv. Ancaman

‫ٱّللأََوٱلْيـوأَمَٱلْـ أ‬
َ‫اخ أر‬ ‫أ أ‬ ‫ٱّللَ أ ٓ أ أ أ‬ ‫أ‬
ْ ََّ ‫ِفَأ ْرحامه َّنَإنَ ُك َّنَيـُ ْؤم َّنََب‬ ََُّ َ‫وَلََي ُّلََلُ َّنَأنَيكْتُ ْمنَماَخلق‬
Dan tidaklah halal bagi mereka menyembunyikan (tidak memberitahu tentang) anak
yang dijadikan oleh Allah dalam kandungan rahim mereka, jika betul mereka beriman
kepada Allah dan hari akhirat.

- Allah memberi ancaman dalam ayat ini agar qanita-wanita yang dicerai untuk tidak
menyembunyikan apa yang Allah ciptakan dalam rahim mereka berupa kehamilan
atau keadaan haid
- Ada kalanya pihak wanita mahu mempercepatkan masa idahnya atau berkeinginan
memperpanjang masa idahnya kerana ada maksud tertentu dan tujuan tertentu. Oleh
kerana itu, seorang isteri diperintahkan agar menceritakan hal yang sebenarnya
dalam hal ini tanpa menambah-nambahi atau mengurangi.

2. Rujuk
۟ ‫وبـعولتـه َّنَأح ُّقَبأرأد أه َّن أَِف ٰ أ‬
ْ ٓ‫َذلكَإأ َْنَأر ُاد‬
َۚ‫صلـٰ ًۭحا‬‫أ‬‫إ‬َ ‫ا‬
‫و‬ ُ ُ ُُ
Dan suami-suami mereka berhak mengambil kembali (rujuk akan) isteri-isteri itu
dalam masa idah mereka jika suami-suami bertujuan hendak berdamai.

- Suami yang menceraikannya lebih berhak untuk merujukinya selagi ia masih berada
dalam idahnya, jika tujuan rujuk itu adalah untuk perdamaian dan kebaikan.

3. Hak yang sama

‫َذلأكَإأ َْنَأراد ۟واَإأصلـٰ ًۭحاََۚوَل َّن أَمثْلَٱَلَّ أذىَعلي أه َّنََبأٱلْمعر أ‬


َ‫وف‬ ٰ ‫وبـعولتُـه َّنَأح ُّقَبأرأد أه َّن أَِف‬
ُْ ْ ُ ُ ْ ُٓ ُ ُُ
Dan isteri-isteri itu mempunyai hak yang sama seperti kewajipan yang ditanggung oleh
mereka (terhadap suami) dengan cara yang sepatutnya (dan tidak dilarang oleh syarak)

- Isteri ada tanggungjawab dan suami pun ada tanggungjawab. Tanggungjawab isteri
tentulah kepada suami dan tanggungjawab isteri tentulah kepada suami.

- Dalam hadis Mu‘awiyyah bin Haydah al-Qushayri, dari ayahnya dari datuknya
disebutkan bahawa beliau pernah bertanya kepada Rasulullah SAW, “Wahai
Rasulullah, apakah hak isteri seseorang antara kami?” Rasulullah SAW menjawab

Hendaknya kamu memberi makan dia jika kamu makan, memberi pakaian kepadanya
jika kamu berpakaian, dan janganlah kamu memukul wajah, jangan pula berkata-
kata buruk serta jangan pula mengasingnya kecuali dalam lingkungan rumah.

4. Darjat

َ‫ولأ ألرج أالَعلْي أه َّنَدرج ًۭة‬


dalam pada itu orang-orang lelaki (suami-suami itu) mempunyai satu darjat
kelebihan atas orang-orang perempuan (isterinya)

- lelaki mempunyai hak dan kuasa yang tidak ada pada wanita – dalam hal akad nikah,
rujuk, cerai dan nafkah serta hal pembawaan, akhlak, kedudukan, taat pada perintah,
berinfak, mengerjakan semua kepentingan.
- Dalam ayat ini Allah tidak menjelaskan maksud dari kedudukan yang lebih tinggi bagi
suami, namun telah menjelaskannya dalam ayat lain (4:34):

Kaum lelaki itu adalah pemimpin bagi kaum wanita, oleh kerana Allah telah
melebihkan sebahagian mereka (lelaki) atas sebahagian yang lain (wanita), dan
kerana mereka (lelaki) telah menafkahkan sebahagian daripada harta mereka.

Anda mungkin juga menyukai