Anda di halaman 1dari 7

Norasid bin Jeran v Azilawati bt Jusoh (Hussin Harun

[2016] 4 ShLR ShCAJ) 11

A Norasid bin Jeran v Azilawati bt Jusoh

SHARIAH COURT OF APPEAL (SHAH ALAM) — APPLICATION FOR


REVISION NO 10000–003–0014 OF 2014
B HUSSIN HARUN, MOHAMAD ABDULLAH AND YUSOF MUSA
SHCAJJ
20 JUNE 2014

C Islamic Law — Infants — Custody of infant — Shariah High Court ordered


custody of four year old child based on her choice — Whether decision of trial judge
in allowing four year old child to make her own choice on custody contrary to
written law and codified ‘Hukum Syarak’ — Islamic Family Law (Federal
Territories) Act 1984 s 85(2)
D
The applicant and the respondent divorced on 10 February 2014 and during
the marriage, the parties had three children. Upon the application and
agreement by both parties, the applicant and the respondent’s custodial rights
over the children were determined by the children’s choice. The first and second
E child chose to live with the applicant while the third child who was four chose
to live with the respondent. A hadhanah order was issued by the trial judge on
28 March 2014 (‘the said order’) based on the choices made by the children.
This action was filed by the applicant to review the reasonableness, in view of
Hukum Syarak, relating the said order based on the choices of the children,
F including the four year old. The issue to be determined in this action was
whether the trial judge’s order allowing the third child who was four years old
was consistent with the codified written laws and Hukum Syarak.

Held, allowing the applicant’s application for review:


G
(1) Based on s 85(2) of the Islamic Family Law (Federal Territories) Act
1984, for a child who has reached the age of mummaiyiz, custodial rights
are granted based on the choice of the children themselves. Based on
Hukum Syarak, it is clear that the age for children who have reached
H mumaiyiz is seven years old (see paras 7–8).
(2) During the interview and when the choice was made, the third child was
four years old and clearly did not exceed seven years old. Therefore,
legally speaking and from the Hukum Syarak point of view, the third
child had not reached the age of mumaiyiz and was not entitled to make
I a choice. The trial judge allowed the third child who was four to make his
own choice and made a hadhanah order solely based on the written laws
and Hukum Syarak. The court ordered the order to be quashed and the
decision on hadhanah must be made after hearing both parties (see paras
10–11).
12 Shariah Law Reports [2016] 4 ShLR

[Bahasa Malaysia summary A


Pemohon dan responden telah bercerai pada 10 Februari 2014 dan sepanjang
tempoh perkahwinan, kedua-dua pihak telah dikurniakan tiga orang cahaya
mata. Atas permohonan dan persetujuan kedua-dua pihak, hak penjagaan
anak-anak pemohon dan responden telah ditentukan melalui pemilihan yang
B
dibuat oleh ketiga-tiga anak tersebut. Anak pertama dan kedua telah memilih
untuk tinggal bersama pemohon manakala anak ketiga yang berumur empat
tahun memilih untuk tinggal bersama responden. Satu perintah hak hadhanah
telah dikeluarkan oleh hakim bicara pada 28 Mac 2014 (‘perintah tersebut’)
berdasarkan pilihan yang dibuat oleh ketiga-tiga anak tersebut. Tindakan ini C
telah difailkan oleh pemohon untuk menyemak kewajaran dari segi hukum
Syarak berhubung dengan perintah tersebut berdasarkan pilihan anak-anak
termasuk anak yang berumur empat tahun. Isu untuk penentuan di dalam
tindakan ini adalah sama ada tindakan hakim bicara membenarkan anak ketiga
yang berumur empat tahun tersebut untuk membuat pilihan adalah D
bertentangan dengan undang-undang bertulis dan hukum Syarak yang telah
dikanunkan.

Diputuskan, menerima permohonan semakan pemohon:


E
(1) Berdasarkan s 85(2) Akta Undang-Undang Keluarga Islam
(Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984, bagi kanak-kanak yang telah
mumaiyyiz, hak penjagaan diberikan mengikut pilihan kanak-kanak itu
sendiri. Dari segi hukum syarak pula telah menyatakan dengan jelas
berhubung umur bagi kanak-kanak yang mumaiyyiz adalah berumur
F
tujuh tahun (lihat perenggan 7–8).
(2) Semasa sesi temubual dan pilihan dibuat, anak yang ketiga tersebut
berumur empat tahun dan sudah pasti tidak melebihi tujuh tahun. Oleh
itu, dari sudut perundangan dan hukum syarak, anak ketiga tersebut
belum mencapai umur mumaiyyiz dan tidak layak membuat pilihan. G
Tindakan hakim bicara membenarkan anak ketiga yang berumur empat
tahun membuat pilihan dan membuat perintah hadhanah semata-mata
berdasarkan pilihan tersebut adalah bertentangan dengan
undang-undang bertulis dan hukum Syarak. Mahkamah
memerintahkan perintah tersebut dibatalkan dan keputusan hak H
hadhanah hendaklah dibuat selepas mendengar keterangan pihak-pihak
(lihat perenggan 10–11).]

Notes
For a case on custody of infant, see 8(1) Mallal’s Digest (5th Ed, 2015) para 703. I

Legislation referred to
Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984 ss
81(1),85(2)
Norasid bin Jeran v Azilawati bt Jusoh (Hussin Harun
[2016] 4 ShLR ShCAJ) 13

A Books referred to
A-Fiqh al-Islami wa Adillatuhu, Juz 10, Dar al-Fikr, Damsyiq, Dr Wahbah
al-Zuhaili, 1997M/1418H, cetakan 4, hlm 7324
Nizam al-Usrah wa Hill Musykilatiha fi Dau al-Islam, Dar al-Fikr al-Muasir,
Beirut, Dr Abdul Rahman al-Sabuni, 2005M/1426H, cetakan 3, hlm 207
B
Abdul Razak bin Muhidin (Abdul Razak Muhidin & Assoc) for the applicant.

Hussin Harun ShCAJ (delivering judgment of the court):


C PERMOHONAN

[1] Dalam kes ini, pemohon memohon semakan kepada Mahkamah


Rayuan Syariah untuk mendapatkan perintah-perintah berikut:
D (a) bahawa mahkamah yang mulia ini memanggil dan menyemak
rekod-rekod perjalanan kes Mal Saman No 10300–028–0153 Tahun
2013 di Mahkamah Tinggi Syariah di Shah Alam khususnya untuk
menyemak kewajaran di sisi hukum Syarak satu perintah yang dibuat
pada 28 Mac 2014 bagi memberikan hak kepada seorang anak
E perempuan di bawah umur bernama Dhia Delisha Hannan bt Norasid
untuk membuat pilihan penjaga sama ada dengan pemohon atau
responden dan memutuskan hak penjagaan kekal anak tersebut secara
mutlak mengikut pilihan anak di bawah umur tersebut;
(b) bahawa mahkamah yang mulia ini mengenepikan perintah tersebut dan
F memberikan arahan-arahan yang sewajarnya kepada Mahkamah Tinggi
Syariah di Shah Alam berkaitan dengan perjalanan kes tersebut demi
kepentingan keadilan;
(c) bahawa mahkamah yang mulia ini memerintahkan agar semua
G prosiding menerusi Saman No 10300–028–0153 Tahun 2013 di
Mahkamah Tinggi Syariah di Shah Alam digantung sehingga mendapat
sebarang arahan lanjut dari mahkamah yang mulia ini;
(d) kos permohonan semakan ini ditanggung oleh responden; dan
H (e) sebarang perintah lain yang suaimanfaat.
FAKTA KES

[2] Pemohon dalam afidavit sokongan bertarikh 23 Oktober 2013 telah


I menyatakan yang boleh diringkaskan seperti berikut:
(a) pemohon dan responden telah bercerai pada 10 Februari 2011 di
Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat. Sepanjang tempoh
perkahwinan, pemohon dan responden telah dikurniakan dengan tiga
orang anak iaitu:
14 Shariah Law Reports [2016] 4 ShLR

(i) Nordamia Hannan bt Norasid lahir pada 25 Ogos 2000; A


(ii) Muhammad Dzakirin Hannan bin Norasid lahir pada 14 Oktober
2001; dan
(iii) Dhia Delisha Hannan bt Norasid lahir pada 6 Januari 2010 (selepas ini
disebut sebagai anak-anak tersebut). B
(b) pada 25 Mac 2013 responden telah menfailkan satu tuntutan hak
hadhanah terhadap anak-anak tersebut di Mahkamah Syariah di Shah
Alam menerusi Saman No 10300–028–0153 Tahun 2013;
(c) pemohon pula telah menfailkan satu permohonan untuk mendapatkan C
perintah hak jagaan anak interim secara inter parte terhadap anak-anak
tersebut menerusi permohonan No 10300–038–0320 Tahun 2013
yang diangkat sumpah pada 21 Jun 2013;
(d) pada 28 Mac 2014, kedua-dua kes tersebut telah didengar serentak di
D
hadapan YA hakim Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam. Semasa
pendengaran kes tersebut, mahkamah telah mendapat persetujuan
pemohon dan responden sama ada pihak-pihak bersetuju untuk
anak-anak tersebut membuat pilihan untuk tinggal bersama pemohon
atau responden. Kedua-dua pihak telah bersetuju berhubung dengan
E
anak-anak tersebut membuat pilihan dan mahkamah telah memanggil
ketiga-tiga anak-anak tersebut untuk membuat pilihan di kamar hakim;
dan
(e) hasil daripada proses pemilihan tersebut, anak pertama dan kedua telah
memilih untuk tinggal bersama pemohon dan anak ketiga telah F
memilih untuk tinggal bersama responden. Manakala tiada persetujuan
dicapai berhubung dengan hak lawatan menyebabkan hakim bicara
mengarahkan pihak-pihak menfailkan hujah bagi mahkamah
menentukan hak lawatan ke atas anak-anak tersebut.
G
PENGHAKIMAN MAHKAMAH RAYUAN SYARIAH

[3] Pemohon dalam afidavitnya menyatakan bahawa atas persetujuan


pemohon dan responden, hakim bicara dalam kes Saman No
10300–028–0153 Tahun 2013 telah membenarkan anak-anak tersebut H
membuat pilihan sama ada untuk tinggal bersama pemohon (bapa) atau
responden (ibu) termasuk anak ketiga yang bernama Dhia Delisha Hannan bt
Norasid yang berumur empat tahun. Pemohon menyatakan tindakan hakim
bicara membenarkan anak ketiga tersebut untuk membuat pilihan adalah
bertentangan dengan undang-undang bertulis dan hukum Syarak yang telah I
dikanunkan.

[4] Permohonan ini adalah berkaitan dengan hasrat pemohon untuk


menyemak rekod-rekod perjalanan kes Saman No 10300–028–0153 Tahun
Norasid bin Jeran v Azilawati bt Jusoh (Hussin Harun
[2016] 4 ShLR ShCAJ) 15

A 20011 di Mahkamah Tinggi Shah Alam tersebut iaitu memohon untuk semak
kewajaran dari segi hukum Syarak berhubung dengan perintah yang telah
dikeluarkan pada 28 Mac 2014 berdasarkan pilihan anak-anak termasuk anak
yang berumur empat tahun.

B [5] Berdasarkan prosiding yang dikemukakan kepada kami dan semakan


kepada fail asal (Saman No 10300–028–0153 Tahun 2013), catatan bicara
bertarikh 28 Mac 2014 mendapati bahawa pemohon dan responden telah
bersetuju untuk anak-anak tersebut membuat pilihan untuk tinggal bersama
ibu atau bapa. Mahkamah telah memanggil anak-anak tersebut dan satu
C
perintah hak hadhanah telah dikeluarkan berdasarkan pilihan anak-anak
tersebut termasuklah anak ketiga yang berumur empat tahun. Maka
persoalannya adakah tindakan hakim bicara membenarkan anak ketiga yang
berumur empat tahun tersebut untuk membuat pilihan adalah bertentangan
D dengan undang-undang bertulis dan hukum Syarak yang telah dikanunkan.

Isu sama ada tindakan hakim bicara membenarkan anak ketiga yang berumur
empat tahun tersebut untuk membuat pilihan adalah bertentangan dengan
undang-undang bertulis dan hukum Syarak yang telah dikanunkan
E
[6] Seksyen 81(1) Akta Undang-Undang Keluarga Islam
(Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984 menjelaskan kelayakan seseorang
wanita sebagai hadinah ke atas seorang kanak-kanak yang masih kecil dan
belum mencapai umur mumaiyyiz. Seksyen 81(1) tersebut berbunyi:
F
Seksyen 81 Orang-orang yang berhak menjaga kanak-kanak:
(1) Tertakluk kepada seksyen 82, ibu adalah yang paling berhak dari segala
orang bagi menjaga anak kecilnya dalam masa ibu itu masih dalam
perkahwinan dan juga selepas perkahwinannya dibubarkan.
G (2) Jika Mahkamah berpendapat bahawa ibu adalah hilang kelayakan di
bawah Hukum Syara’ dari mempunyai hak terhadap hadanah atau
penjagaan anaknya, maka hak itu, tertakluk kepada subseksyen (3),
hendaklah berpindah kepada salah seorang yang berikut mengikut
susunan keutamaan yang berikut, iaitu —
H
(a) Nenek sebelah ibu hingga ke atas peringkatnya;
(b) Bapa.

[7] Manakala bagi kanak-kanak yang telah mumaiyyiz, hak penjagaan


I
diberikan mengikut pilihan kanak-kanak itu sendiri, iaitu berdasarkan s 85(2)
Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984
yang memperuntukkan:
85 Lamanya penjagaan
16 Shariah Law Reports [2016] 4 ShLR

(1) ... A
(2) Setelah tamatnya hak hadinah, penjagaan adalah turun kepada bapa, dan
jika kanak-kanak itu telah mencapai umur kecerdikan (mumayyiz), maka
kanak-kanak itu adalah berhak memilih untuk tinggal dengan sama ada
ibu atau bapanya, melainkan jika Mahkamah memerintahkan selainnya.
B
[8] Dari segi hukum Syarak pula telah menyatakan dengan jelas berhubung
umur bagi kanak-kanak yang mumayyiz adalah bermula tujuh tahun. Dr
Abdul Rahman al-Sabuni, 2005M/1426H, Nizam al-Usrah wa Hill
Musykilatiha fi Dau al-Islam, Dar al-Fikr al-Muasir, Beirut, cetatakan 3, hlm
C
207 menyebutkan berkaitan peringkat hadanah seperti berikut:
Maksudnya: Permulaan hadhanah kanak-kanak sejak kelahirannya, dan berakhir
dengan usia yang seseorang tidak memerlukan kepada seseorang lain. Ini berlaku
apabila kanak-kanak itu dapat mengurus keperluannya yang asasi tanpa
pertolongan seseorang pun. Peringkat kehidupan yang dilalui oleh kanak- kanak D
hingga ia dewasa adalah dibahagikan kepada dua peringkat: Pertama: peringkat
hadanah iaitu tempoh masa yang kanak-kanak itu memerlukan jagaan dan khidmat
yang hanya wanita sahaja yang dapat melaksnakan dengan sempurna. Kedua:
peringkat perpindahan jagaan kanak-kanak kepada walinya, iaitu tempoh yang
kanak-kanak itu memerlukan kepada orang yang boleh menguruskan pendidikan
dan pelajarannya ... Dan Ulama’ mazhab Syafie berpendapat bahawa kanak-kanak E
lelaki atau perempuan apabila mencapai usia tamyiz (mumayyiz) iaitu usia tujuh
tahun, ia boleh memilih tinggal tetap bersama ibunya atau berpindah kepada
bapanya.

[9] Dr Wahbah al-Zuhaili, 1997M/1418H, al-Fiqh al-Islami wa F


Adillatuhu, Juz 10, Dar al-Fikr, Damsyiq, cetakan 4 hlm 7324 menyebutkan:
Maksudnya: Berkata oleh ulama’ mazhab al-Syafie: Jika suami isteri bercerai dan
mereka mempunyai anak yang mumayyiz lelaki atau perempuan, berumur tujuh
atau delapan tahun, dan kedua-dua ibubapa mengadakan suluh berkaitan hadanah
G
sekalipun antara ibubapa itu ada kelebihan antara satu dengan lain berkaitan
agama, harta dan kasih sayang, mereka bertelingkah berkaitan hadanah, maka anak
mereka diberi pilihan memilih antara kedua ibubapa, dan anak itu bersama ibu atau
bapa yang dipilih kerana Rasulullah SAW memberi pilihan kepada anak untuk
memilih antara ibu atau bapa. Anak perempuan seperti anak lelaki dari segi
kebajikan, dan bahawasanya tujuan hadanah adalah untuk menjaga kebajikan anak, H
dan anak mumayyiz lebih mengetahui kebajikannya, maslahahnya, dan hadanah
terpulang kepada anak tersebut.

[10] Semasa sesi temubual dan pilihan dibuat oleh anak-anak tersebut, anak
yang ketiga tersebut berumur empat tahun dan sudah pasti tidak melebihi I
tujuh tahun. Oleh demikian, dari sudut perundangan dan hukum Syarak, anak
ketiga tersebut belum mencapai umur mumayyiz dan tidak layak untuk
membuat pilihan. Maka kami berpendapat tindakan hakim bicara
membenarkan anak ketiga yang berumur empat tahun tersebut membuat
Norasid bin Jeran v Azilawati bt Jusoh (Hussin Harun
[2016] 4 ShLR ShCAJ) 17

A pilihan dan seterusnya hakim bicara membuat perintah hak hadhanah


semata-mata berdasarkan pilihan anak ketiga tersebut adalah bertentangan
dengan undang-undang bertulis dan hukum Syarak, walaupun pihak
pemohon dan responden bersetuju supaya anak ketiga tersebut membuat
pilihan. Sewajarnya hakim bicara mendengar juga keterangan pihak-pihak
B sebelum membuat apa-apa keputusan berkaitan dengan hak hadhanah
tersebut.

KEPUTUSAN

C [11] Berdasarkan alasan-alasan di atas, kami sebulat suara membuat arahan


seperti:
(a) semakan pemohon diterima; dan
(b) mahkamah perintahkan perintah hak hadhanah ke atas anak ketiga yang
D bernama Dhia Delisha Hannan bt Norasid yang diputuskan pada 28
Mac 2014 dibatalkan dan keputusan hak hadhanah anak tersebut
hendaklah dibuat selepas mendengar keterangan pihak-pihak.

Applicant’s review application accepted.


E
Reported by Dzulqarnain Ab Fatar

Anda mungkin juga menyukai