Anda di halaman 1dari 8

“KURSUS CITRA KEBUDAYAAN”

SENI TARI GAMELAN I


SESI 2023/2024
SEM 1 SET 2
LMCZ1112

LAPORAN
PENTAS GEGAR SISWA (KARKON 51)

TARIKH
26 NOVEMBER 2023

TEMPAT
DATARAN PANGGUNG SENI

MASA
8.30 MALAM

DISEDIAKAN OLEH
AINAA NATHASYA BINTI ALIAS
A196178
PENTAS GEGAR SISWA
11/26/23

ISI KANDUNGAN

1.0 PENGENALAN.................................................................................................................. 1
2.0 BERKAITAN PROGRAM ............................................................................................... 1
3.0 PENGLIBATAN ................................................................................................................. 2
4.0 KEPUTUSAN ..................................................................................................................... 3
5.0 RUMUSAN ......................................................................................................................... 3
6.0 LAMPIRAN........................................................................................................................ 4
PENTAS GEGAR SISWA
11/26/23

1.0 PENGENALAN

Pentas Gegar Siswa adalah Pertandingan nyanyian yang bertemakan Rock Kapak. Pentas
Gegar Siswa dalam kalangan pelajar Universiti adalah acara yang diadakan untuk
menghasilkan mahasiswa yang berkualiti dan berdaya saing dalam dunia profesional. Pentas
ini mencerminkan kemampuan siswa dalam bidang kreativiti dan komunikasi. Pentas ini juga
menjadi sebuah platform mahasiswa untuk menyerlahkan dan mengembangkan bakat dalam
nyanyian dan kemahiran menggunakan alat muzik. Selain tu, program ini menjadi sebuah
peluang untuk mereka memperolehi penghargaan dan pengesahan dari pihak luar kerana
kebanyakkkan juri-juri terdiri daripada mereka berbakat dan terkenal dalam industri muzik dan
mampu membantu mahasiswa untuk lebih aktif dalam industri muzik.

2.0 BERKAITAN PROGRAM

Program Pentas Gegar Siswa ini telah diadakan di Dataran Panggung Seni, UKM pada
tarikh 26 November 2023 jam 8.40 pm. Program ini telah berlangsung selama 3 jam sehingga
jam 11.30 pm. Program ini dianjurkan oleh Karnival Konvokesyen UKM ke-51 dengan
penglibatan seramai 10 kumpulan yang bertanding yang terdiri daripada wakil setiap kolej
kediaman dengan tema Rock Kapak. Pentas Gegar Siswa ini dihakimi oleh 3 juri yang
profesional.

Program ini dimulakan dengan kumpulan dari Kolej Dato Onn yang menyanyikan lagu
Taman Rashidah Utama dan diakhiri oleh kumpulan dari Kolej Aminudin Baki dengan lagu
Kembali Merindu dan Hati Emas. Setelah semua kumpulan melakukan persembahan, Pentas
Gegar Siswa ini dimeriahkan lagi dengan penyanyi jemputan Hasif Ipin atau lebih dikenali
sebagai abang upin dan ipin yang menyanyikan lagu Malampagi dan Jahat sementara
menunggu juri mengira markah pemenang.

Akhirnya, tibalah masa yang dinanti-nantikan iaitu keputusan pemenang Pertandingan


Pentas Gegar Siswa pada jam 11.15 pm. Sebanyak 3 tempat yang dipertandingankan dan 2
anugerah. Anugerah Vokal Terbaik dimenangi oleh Kolej Pendeta Zaba manakala Anugerah
Persembahan Terbaik dimenangi oleh Kolej Ibrahim Yaakub. Tempat ketiga dimenangi oleh
Kolej Ibrahim Yaakub yang membawa pulang sebanyak RM 200 dan sebuah trofi. Tempat

1
PENTAS GEGAR SISWA
11/26/23

kedua pula dimenangi oleh kumpulan dari Kolej Keris Mas yang membawa pulang sebanayak
RM 300 dan sebuah trofi. Manakal Johan Pertandingan Pentas Gegar Siswa dimenangi oleh
Kolej Pendeta Zaba yang membawa pulang sebanyak RM 500 dan sebuah trofi. Selepas selesai
penyampaian hadiah bagi semua pemenang, program berakhir pada pukul 11.30 pm.

3.0 PENGLIBATAN

1. Kolej Dato Onn


• Taman Rashidah Utama

2. Kolej Pendeta Zaba


• Semangat Lamina
• Bujang Senang

3. Kolej Rahim Kajai


• Mengintai Dari Tirai Kamar
• Siapa Sangka Siapa Menduga

4. Kolej Keris Mas


• Dua Insan Bercinta
• Lamunan Terhenti

5. Kolej Ungku Omar


• Sembilu
• Kesal

6. Kolej Burhanudin Helmi


• Rama-Rama
• Sembilu

7. Kolej Tun Syed Nasir


• Purnama Merindu
• Langkah Seiringan

8. Kolej Ibrahim Yaakob


• Seroja
• Sejati

2
PENTAS GEGAR SISWA
11/26/23

9. Kolej Tun Hussein Onn


• Astakona
• Pawana

10. Kolej Aminudin Baki


• Kembali Merindu
• Hati Emas

4.0 KEPUTUSAN

Tempat Pertama : Kolej Pendeta Zaba


Tempat Kedua : Kolej Keris Mas
Tempat Ketiga : Kolej Ibrahim Yaakob
Anugerah Vokal Terbaik : Kolej Pendeta Zaba
Anugerah Persembahan Terbaik : Kolej Ibrahim Yaakob

5.0 RUMUSAN

Pertandingan Pentas Gegar siswa seringkali menjadi tumpuan oleh para penonton. Ini
adalah kesempatan bagi para mahasiswa untuk menunjukkan bakat vokal mereka,
menampilkan kreativiti, dan mengekspresikan diri melalui muzik. Pentas Gegar Siswa ini
menilai pelbagai aspek dalam pertandingan ini seperti kualiti vokal, teknik vokal, interpretasi
lagu, keaslian penampilan, ekspresi, serta kemampuan untuk berhubung dengan penonton.
Akhir sekali, saya berharap agar program seperti ini dapat diadakan lagi pada masa akan datang
dan menampilkan beragam jenis gaya muzik, mulai dari pop, jazz, rock hingga muzik yang
lebih klasik untuk membuka peluang dan bakat para mahasiswa dari segi nyanyian dan
penggunaan alat muzik supaya mahasiswa tidak tertumpu kepada pembelajaran akademik
sahaja.

3
PENTAS GEGAR SISWA
11/26/23

6.0 LAMPIRAN

Gambar 1 : Gambar Selfi ketika program berlangsung

Gambar 2: Persembahan dari Kolej Tun Hussein Onn

4
PENTAS GEGAR SISWA
11/26/23

Gambar 3: Persembahan dari Kolej Tun Syed Nasir

Gambar 4: Persembahan dari Kolej Burhanuddin Helmi

Gambar 5: Persembahan dari Artis Jemputan

5
PENTAS GEGAR SISWA
11/26/23

Gambar 6: Penyampaian hadiah bagi Johan Pentas Gegar Siswa

Anda mungkin juga menyukai