Anda di halaman 1dari 1

KENYATAAN TAWARAN SEBUTHARGA

NO. SEBUTHARGA : SK.TIWA.BG. 600-6/1/2 ( )

Sebutharga adalah dipelawa kepada kontraktor-kontraktor yang berdaftar dengan KEMENTERIAN KEWANGAN MALAYSIA di bawah pecahan
kepala 040101 - MAKANAN, MINUMAN & BAHAN KERING / BASAH dan 040103 - MAKANAN BERMASAK (ISLAM) untuk melaksanakan
bekalan berikut:

SEBUTHARGA MEMBEKAL, MENGHANTAR, MEMASAK MAKANAN BAHAN MENTAH & BERMASAK PROGRAM
PRASEKOLAH DI BAWAH INISIATIF PRASEKOLAH TAHUN 2022

Dokumen sebutharga boleh didapati di Pejabat, SK Tiwa di alamat tersebut di bawah pada waktu pejabat mulai 17/01/2022 (Isnin) hingga
21.01.2022 (Jumaat). Dokumen sebutharga tidak akan dikeluarkan selepas tempoh ini.

Pembekal hendaklah mengemukakan Sijil Pendaftaran Asal dan Sijil Pengiktirafan Taraf Bumiputra Asal (jika ada) yang masih sah tempohnya
untuk semakan sebelum dibenarkan mengambil dokumen. Satu salinan Sijil Pendaftaran dan Sijil Pengiktirafan Taraf Bumiputra hendaklah
dikemukakan untuk simpanan Jabatan Pendidikan Perak semasa hendak mengambil dokumen sebutharga.

Tawaran Kewangan dan Tawaran Teknikal hendaklah disediakan dalam sampul yang berasingan dan berlakri. Kedua-dua sampul hendaklah
dilabelkan “Tawaran Kewangan Sebutharga “SK.TIWA.BG. 600-6/1/2 ( )” dan “Tawaran Teknikal No. Sebutharga SK.TIWA.BG. 600-6/1/2
( ) di sebelah kiri atas sampul serta dimasukkan ke dalam satu sampul beralamat seperti berikut:

Guru Besar,
SK Toh Indera Wangsa Ahmad,
31000 Batu Gajah,
Perak Darul Ridzuan.

Sebelum atau pada jam 12.00 tengah hari, 28/01/2022

SEBUTHARGA YANG LEWAT, BERBANGKIT DARI SEBARANG SEBAB, TIDAK AKAN DIPERTIMBANGKAN.

Dokumen sebutharga yang diterima selepas tarikh dan masa tersebut tidak akan diterima. Jabatan Pendidikan Perak tidak terikat untuk
menerima sebutharga yang paling rendah atau sebarang kos perbelanjaan dengan sebutharga ini.

Anda mungkin juga menyukai