Anda di halaman 1dari 7

Antaranya ialah :

🏆 Tahniah atas kejayaan anda yang cemerlang. Teruskan


berusaha bersungguh-sungguh untuk terus mencapai
kecemerlangan pada masa akan datang dengan penuh gemilang.

🏆 Tahniah diucapkan atas pencapaian dan prestasi yang


cemerlang. Tingkatkan usaha untuk terus cemerlang dalam
segala bidang pada masa akan datang.

🏆 Anda lakukan yang terbaik. Syabas diucapkan di atas


pencapaian yang baik. Teruskan berusaha bersungguh-sungguh
demi sebuah kejayaan yang sedang menanti.

🏆 Usaha tangga kejayaan. Tahniah di atas pencapaian yang baik.


Cikgu doakan anda akan menjadi murid yang cemerlang.
Teruskan usaha.

🏆Tahniah, anda memiliki pencapaian yang baik. Namun begitu,


tingkatkan usaha untuk mencapai prestasi yang cemerlang.
🏆 Anda seorang yang berpotensi untuk menjadi seorang yang
berjaya. Tingkatkan usaha, fokus kepada matlamat untuk
mencapai kejayaan. Cikgu yakin, anda boleh!

🏆 Anda seorang pelajar yang rajin dan berpotensi menjadi orang


yang berjaya. Tingkatkan usaha untuk mencapai prestasi yang
cemerlang.

🏆 Anda pasti berjaya sekiranya anda berusaha bersungguh-


sungguh kerana anda memiliki potensi yang sangat baik.
Tingkatkan usaha untuk mencapai kejayaan.

🏆 Keputusan anda berada di tahap sederhana. Tingkatkan usaha


untuk mencapai prestasi yang cemerlang.

🏆 Usaha anda telah menunjukkan hasil yang baik. Gandakan


usaha anda untuk mencapai kejayaan yang lebih cemerlang.

🏆 Tingkatkan usaha. Pasti keputusan anda lebih baik dan


cemerlang.
🏆 Usaha mesti berterusan demi menjamin keputusan yang lebih
baik di masa akan datang.

🏆 Tingkat usaha. hargailah masa dan penuhi


masa dengan belajar bersungguh-sungguh demi
masa depan yang cerah.

🏆 Kebolehan anda boleh digilap lagi. Teruskan usaha untuk


menggengam kejayaan di masa akan datang.

🏆 Anda seorang yang berpotensi untuk berjaya, Tingkatkan


keyakinan diri dan teruskan usaha bersungguh-sungguh demia
sebuah masa depan yang cerah.

🏆 Keputusan prestasi anda sungguh memberangsangkan.


Tingkatkan usaha dan positifkan minda untuk kejayaan yang
lebih cemerlang di masa hadapan.
🏆 Anda seorang yang tekun dan berkeupayaan untuk mencapai
prestasi yang baik dan cemerlang. Oleh itu, berusahalah secara
berterusan agar kejayaan yang cemerlang menjadi milik anda.

🏆 Prestasi anda setakat ini memuaskan. Anda mampu mencapai


prestasi cemerlang jika anda tingkatkan usaha secara berterusan
tanpa mengenal erti putus asa.Selamat maju jaya.

🏆 Prestasi anda setakat ini memuaskan. Tingkatkan usaha. Anda


mampu lakukan yang terbaik demi masa depan yang cemerlang.

🏆 Anda seorang murid yang berpotensi dan berbakat besar.


Berikan tumpuan ketika belajar di dalam kelas dan buat
ulangkaji pelajaran selalu. Anda pasti menjadi murid yang
cemerlang.

🏆 Tahniah atas kejayaan anda yang cemerlang. Teruskan


berusaha untuk kejayaan lebih cemerlang untuk masa depan
yang gemilang.
🏆 Sekalung tahniah atas kejayaan anda. Teruskan usaha dengan
lebih gigih untuk kejayaan lebih baik.

🏆Prestasi anda memberangsangkan. Usaha lagi untuk kejayaan


yang lebih cemerlang.

🏆 Pencapaian anda pada tahap yang memuaskan. Berikan lebih


tumpuan kepada mata pelajaran tertentu.

🏆 Kejayaan tertakluk kepada daya usaha anda. Oleh itu


tingkatkan usaha anda untuk kejayaan yang lebih baik daripada
hari ini.

🏆 Usaha anda telah menunjukkan hasil yang agak baik.


Gandakan usaha anda untuk mencapai kejayaan yang lebih
baik.

🏆Tingkatkan usaha anda. Anda pasti akan berjaya dengan lebih


baik daripada hari ini ………….

🏆Hargailah masa dan tingkatkan usaha anda.


🏆Pencapaian masih lemah. Tingkatkan usaha dan ubah sikap
demi masa depan anda.

🏆Hargailah masa dan buangkan sikap kerap ponteng


kelas.Pencapaian memuaskan. Teruskan usaha anda. Anda pasti
berjaya.

🏆Berusaha dengan lebih gigih untuk berjaya.

🏆Pencapaian agak lemah. Perlu lebih banyak mengulangkaji


pelajaran.

🏆Jangan jadikan kekurangan sebagai beban, itu hanya akan


membuatmu sulit untuk berlari mengejar impianmu

🏆Anda seorang yang berpotensi untuk berjaya. Tingkatkan


keyakinan anda dan berikan sepenuhnya tumpuan ketika belajar.

🏆Hidup adalah satu kesilapan yang berterusan di mana kita


belajar untuk menjadi sempurna.

🏆Tanamkan minat sentiasa mahu belajar dan teruskan usaha.


🏆Kebolehan anda boleh digilap lagi. Teruskan usaha anda untuk
lebih berjaya.

🏆Kegagalan hanyalah satu peluang untuk anda mencuba lagi


untuk berjaya.

🏆Seorang yang tekun dan berkeupayaan menyiapkan tugasan


yang diberi dengan baik. Mampu menguasai dan memahami
apa yang diajar oleh guru dengan baik dan berfokus.
Berpotensi tinggi untuk lebih cemerlang. Tingkatkan usaha anda

🏆Bertanggungjawab dalam melaksanakan tugasan yang


diberikan.

🏆Anda mesti mempunyai motivasi yang tinggi dan minat


terhadap pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Anda
mampu mencapai lebih kecemerlangan dengan bersikap proaktif
di dalam kelas.

Anda mungkin juga menyukai