Anda di halaman 1dari 3

KONSTRUK ITEM MATEMATIK TAMBAHAN SPM SUKATAN 2002

Tajuk OP1 OP2 OP3

K1 K2 K1 K2 K1 K2
1. Fungsi Y Y Y Y
2.Persamaan Kuadratik Y Y Y Y
3.Fungsi Kuadratik Y Y Y Y
4. Persamaan Serentak Y Y
5. Indeks & Log Y Y Y Y
6. Janjang Y Y Y Y
7. Hukum Linear Y Y Y
8. Geometri koordinat Y Y Y Y
9.Vektor Y Y Y Y
10. Sukatan Membulat Y Y Y Y
11. Fungsi Trigonometri Y Y Y Y
12. Pembezaan Y Y Y Y
13. Pengamiran Y Y Y Y
14. Statistik Y Y Y
15.Pilihatur & Gabungan Y Y Y
16.Kebarangkalian Mudah Y Y Y
17.Taburan Kebarangkalian Y Y Y
18.Penggunaan Nombor Indeks Y Y
19.Pengaturcaraan Linear Y Y
20. Segitiga Y Y
21. Gerakan Pada Garisan Lurus Y Y
Peratus (%) 20 0 80 60 0 40
KONSTRUK MATEMATIK TAMBAHAN SEMAKAN SEMULA [2002]

OP 1 ( Pengetahuan & Kefahaman )

Konstruk ini mengukur pengetahuan dan kefahaman murid tentang konsep, takrifan,
prinsip, petua, rumus dan hukum tertentu dalam bidang Matematik yang dipelajarinya.
Perlakuan yang berkaitan termasuklah menyatakan, mengenalpasti, mengklasifikasi, menyusun,
mentakrif dan menulis dalam bentuk tertentu.

P1: Kebolehan mengingat semula dan mentafsir takrifan, konsep, prinsip, petua, rumus dan
hukum.
P2: Kebolehan menterjemah idea daripada satu bentuk kepada satu bentuk yang lain.
P3: Kebolehan menaakul suatu idea asas.

OP2 ( Kemahiran Mengaplikasi )

Konstruk ini mengukur kebolehan murid mengaplikasi konsep, takrifan, prinsip, petua,
rumus dan hukum tertentu dalam konteks bukan masalah. Perlakuan yang berkaitan
termasuklah mencari, menghitung, membeza, mengamir, menentukan dan menyelesaikan
persamaan.

P4: Kebolehan melaksanakan proses pengiraan yang melibatkan penggunaa takrifan, konsep,
prinsip, petua, rumus & hukum tertentu dalam konteks bukan masalah .

P5: Kebolehan melakar, melukis atau mentafsir graf


P6: Kebolehan menerbitkan rumus atau perkaitan
P7: Kebolehan membuktikan perkaitan.

OP3 : Kemahiran menyelesaikan masalah.

Konstruk ini mengukur kebolehan mengenal pasti masalah, merancang dan memilih
strategi penyelesaian, melaksanakan strategi itu, serta menyemak semula penyelesaian yang
diperolehi, bagi masalah yang memerlukan kemahiran pada peringkat aplikasi, analisis &
sintesis, yang juga melibatkan pemikiran kritis & kreatis.

P8 : Kebolehan mengaplikasi pengetahuan, kefahaman dan kemahiran tertentu dalam


menyelesaikan masalah [Peringkat aplikasi ]
P9: Kebolehan untuk menganalisis data, maklumat atau idea yang diperolehi daripada
pemerhatian, komunikasi dan penghujahan, untuk mendapatkan kefahaman yang jelas
dan munasabah, ke arah membuat yang jelas dan munasabah, ke arah membuat
pertimbangan, penghakiman dan atau keputusan dalam menyelesaikan masalah
[ peringkat analisis/kritis ]

P10: Kebolehan untuk mengambil suatu idea atau situasi asal dan memperkembangkannya
dengan memanipulasi struktur dan hubungan- hubungan yang terdapat di dalamnya
untuk mencari & menghasilkan idea baru dalam menyelesaikan masalah. [ peringkat
sintesis / kreatis ]

T: Kemahiran berkaitan Teknologi

Konstruk ini mengukur kebolehan murid menggunakan perkakasan dan perisian teknologi
untuk meneroka matematik.

Objektif pentaksiran bagi konstruk ini ialah untuk mengukur ;

P11: Kebolehan menggunakan perkakasan dan perisian teknologi dalam pembelajarannya.

N. Penghayatan dan Amalan Nilai Intriasik Matematik

Konstruk ini mengukur sejauh mana pelajar menghayati dan mengamalkan nilai-nilai
baik yang diperoleh melalui disiplin matematik.

Objektif pentaksiran bagi konstruk ini ialah untuk mengukur ;

P12: Pengamalan nilai-nilai seperti melaksanakan kerja dengan teliti, tersusun, terancang,
sistematik, rasional, kemas dan tepat.

Anda mungkin juga menyukai